Memilih broker forex terbaik di Malaysia bukan sekadar mencari broker yang paling popular, paling tinggi leverage atau paling banyak bonus. Untuk trader Malaysia, perkara yang lebih penting ialah minimum deposit, spread, kemudahan deposit dan withdrawal, akaun Islamik, platform MT4/MT5, sokongan pelanggan dan reputasi broker itu sendiri.
Dalam artikel ini, kami senaraikan broker forex yang popular dan praktikal untuk trader Malaysia pada tahun 2026. Fokus kami bukan hanya pada broker global yang mempunyai regulasi kuat, tetapi juga broker yang mudah digunakan oleh trader tempatan, termasuk mereka yang baru bermula dengan modal kecil.
Kami menilai broker dari sudut pengguna Malaysia biasa: mudah buka akaun, deposit tidak terlalu tinggi, platform mudah digunakan, withdrawal jelas, dan sesuai untuk trader yang baru belajar mengurus risiko.
Senarai ini sesuai untuk anda jika anda sedang mencari broker forex yang boleh digunakan dari Malaysia, mempunyai pilihan akaun yang jelas, kos dagangan yang munasabah dan proses pembukaan akaun yang mudah.
Namun, forex trading melibatkan risiko tinggi. Pastikan anda memahami risiko leverage, tidak berdagang menggunakan wang yang anda tidak mampu rugi, dan sentiasa semak status broker sebelum membuka akaun.
Senarai LAPAN (8) Broker Forex Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2026
Berikut adalah senarai broker forex terbaik yang ada di Malaysia yang boleh anda pilih. Saya akan memberi sedikit ulasan tentang setiap broker yang disenaraikan di bawah.
| #No | Broker Forex | Modal Permulaan (Min. Deposit) – Dalam USD | Laman Web |
| 1 | XM | 5 USD | xm.com |
| 2 | JustMarkets | 1 USD | justmarkets.com |
| 3 | HF Market | 5 USD | hfm.com |
| 4 | TICKMILL | 100 USD | tickmill.sc |
| 5 | MTrading | 5 USD | mtrading.com |
| 6 | RoboForex | 10 USD | roboforex.com |
| 7 | ATFX | 100 USD | atfx.com |
| 8 | AvaTrade | 100 USD | avatrade.com |
1# – XM
– “Broker forex legend yang paling tahan lama dan paling banyak pengguna di Malaysia”

Untuk tahun 2026, sekali lagi kami telah memilih broker XM sebagai broker forex terbaik di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, broker XM merupakan salah satu broker yang paling popular di Malaysia. XM ditubuhkan pada tahun 2009 dan beroperasi dengan baik sehingga hari ini.
Antara sebab broker ini dikenali kerana 50$ welcome bonus yang mereka tawarkan.
XM juga merupakan broker yang dikawal-selia dengan baik oleh badan-badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai iaitu CySEC dan FSC.
XM menawarkan tiga jenis akaun dagangan yang boleh anda pilih iaitu akaun Micro, akaun Standard dan akaun Zero dengan deposit serendah 5 USD. Baca ulasan broker XM lebih lanjut disini.
Akhir sekali, XM juga menyediakan produk dagangan forex, mata wang kripto, saham CFD, komoditi, indeks ekuiti, logam berharga, tenaga dan syer.
Kelebihan XM
- Dikawal selia oleh CySEC dan FSC.
- Manawarkan empat jenis akau iaitu akaun Standard, akaun XM Ultra Low, akaun Shares dan akaun Micro.
- Welcome bonus sebanyak 50 USD.
- Menawarkan perlindungan baki negatif kepada pelanggan mereka supaya tidak berada di risiko untuk rugi lebih daripada baki akaun mereka.
- Telah menerima banyak anugerah antaranya adalah dianugerahkan sebagai Program Afiliasi Broker Forex Terbaik Eropah oleh Global Forex Awards 2020, dianugerahkan sebagai Broker Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan oleh FX168 dan banyak lagi.
- Membuka peluang kepada pelanggan mereka untuk menjana pendapatan melalui Program Affiliate XM atau IB.
- Menyediakan produk dagangan Forex, mata wang kripto, saham CFD, komoditi, indeks ekuiti, logam berharga, tenaga dan syer.
- Majlis Eksklusif seperti Seminar & Gala
- Bonus Deposit 10.5K
- Affiliate boleh mendapat sehingga $25 setiap klot
- Pendidikan percuma secara langsung, Isnin – Jumaat, 1PM – 9PM
- Dapatkan sehingga $150 setiap orang sekiranya anda memperkenalkan XM kepada rakan anda.
- Copy Trading & XM Competition
| Deposit Minimum | 5 USD |
| Jenis Akaun | Micro, Standard, XM Ultra Low dan akaun Share |
| Leverage | 1:1000 |
| Platform Dagangan | MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan XM Mobile Apps |
| Deposit dan Withdrawal | Kredit/Debit kad, E Wallet, Online Bank Transfer dan Local Depositor |
| Dikawal-selia Oleh | FSC dan CySEC |
| Negara | Cyprus |
| Sokongan Pelanggan | Ya (Email, Live Chat, WhatsApp, Line danTelefon) |
#2 – JUSTMARKETS
– “Nama baru, reputasi baik, bonus menarik, pelanggan gembira”

JustMarkets, dahulunya dikenali sebagai Justforex, ditubuhkan pada tahun 2012 di St. Vincent and the Grenadines dan dikawal selia oleh Financial Service Authority (FSA). Baca review penuh di sini.
JustMarkets menawarkan tiga jenis akaun dagangan kepada pelanggan mereka iaitu akaun Standard Cent, akaun Standard Pro dan akaun Raw Spread dengan minimum deposit seredndah 1 USD.
JustMarkets juga menawarkan instrumen dagangan seperti Forex, Stock, Indices dan Commodities.
JustMarkets menyediakan ruang rujukan dan pembelajaran kepada pelanggan mereka seperti kelas online, webinar, free seminar, artikel tentang forex, video pendidikan dan banyak lagi yang boleh diakses secara mudah alih.
Kelebihan JustMarkets
- Deposit serendah 1 USD
- Leverage sehingga 1:3000
- Justforex mendapat rating 4.6 berdasarkan 357 ulasan pelanggan mereka di Trustpilot
- Menyediakan rujukan dan pembelajaran kepada pelanggan mereka seperti online webinars, seminar percuma, artikel tentang forex, glosari forex dan video pendidikan.
- Website rasmi dan sokongan perkhidmatan pelanggan tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English.
#3 – HF Markets
“Broker global popular, lesen kukuh, spread kompetitif”

HF Markets atau HFM ialah broker global yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini beroperasi di bawah pengawasan beberapa badan kawal selia terkemuka antarabangsa. Broker ini dikenali dengan syarat dagangan yang fleksibel, spread rendah serta platform yang stabil.
HFM menawarkan beberapa jenis akaun seperti Micro, Premium, Zero Spread dan Akaun Islamik. Minimum deposit juga sangat rendah, bermula dari USD 5, menjadikannya pilihan sesuai untuk trader baru dan berpengalaman.
Instrumen dagangan yang ditawarkan termasuk Forex, Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Kripto.
HFM turut menyediakan bahan pendidikan seperti webinar, video pembelajaran, analisis pasaran dan berita harian.
Kelebihan HF Markets
- Minimum deposit hanya 5 USD
- Leverage sehingga 1:1000
- Spread rendah terutamanya akaun Zero Spread
- Pengeluaran cepat melalui bank tempatan Malaysia & e-wallet
- Bahan pendidikan lengkap seperti webinar, analisis harian dan video
- Sokongan pelanggan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu
| Deposit Minimum | 5 USD |
| Jenis Akaun | Micro, Premium, Zero Spread, Cent, Islamic |
| Leverage | Sehingga 1:1000 |
| Platform Dagangan | MetaTrader 4 & MetaTrader 5 |
| Deposit dan Withdrawal | Bank Tempatan Malaysia, FPX, Kad Bank, E-Wallet |
| Dikawal-selia Oleh | CySEC, FCA, FSA, DFSA |
| Negara | Cyprus / St. Vincent |
| Sokongan Pelanggan | Ya (Live Chat, Email, Telepon) |
#4 – Tickmill
“Broker yang fokus pada prestasi, bukan gimik”

Tickmill ditubuhkan pada tahun 2014 dan dikawal selia oleh tiga badan berkuasa yang kukuh iaitu FCA (United Kingdom), FSA (Seychelles) dan CYSEC (Cyprus).
Tickmill menawarkan instrumen dagangan dalam forex, indeks saham dan minyak, logam berharga dan bon. Mereka menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu akaun Classic, akaun Pro dan akaun VIP dengan minimum deposit 100 USD.
Tickmill juga menyediakan ruang rujukan dan pembelajaran kepada pelanggan mereka seperti webinar, seminar, ebook, tutorial video, analisis teknikal dan banyak lagi.
Kelebihan Tickmill
- Menawarkan lebih daripada 80 instrumen dagangan dengan spread serendah 0.0 pips.
- Mempunyai masa pelaksanaan pantas – 0.20s secara purata dan tidak ada requotes
- Semua strategi perdagangan dibenarkan seperti EA, lindung nilai dan scalping.
- Dana pelanggan diasingkan (segregated account) dan menawarkan perlindungan baki negatif.
- Welcome bonus $30 untuk pedagang-pedagang dari Malaysia
- Memenangi anugerah Best Forex Execution Broker di UK Forex Awards pada tahun 2018
| Minimum Deposit | 100 USD |
| Jenis Akaun | Classic, Pro dan VIP |
| Leverage | 1:500 |
| Platform Dagangan | MetaTrader 4 |
| Deposit dan Withdrawal | Kad Kredit, Kad Debit, Bank Wire, E-Wallet Dan Local Bank Transfer |
| Dikawal-selia Oleh | FCA, CySEC dan FSA |
| Negara | Seychelles |
| Sokongan Pelanggan | Ya (Email, Live Chat, Telefon) |
#5 – MTrading
“Sesuai untuk trader baru, deposit rendah, akaun fleksibel”

MTrading ialah broker antarabangsa yang menawarkan akses kepada Forex, logam, indeks serta CFD saham. Ditubuhkan pada tahun 2013, broker ini kini digunakan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.
Dengan minimum deposit serendah 5 USD, MTrading menyediakan akaun M.Premium dan M.Pro dengan spread ketat serta eksekusi pantas. Broker ini juga menggunakan platform popular MetaTrader 4 yang boleh digunakan secara mudah alih.
MTrading turut menyediakan kelas latihan forex, webinar, panduan analisis serta artikel pendidikan untuk trader baru.
Kelebihan MTrading
- Minimum deposit bermula 5 USD
- Akaun Pro spread rendah
- Platform MT4 yang stabil dan mudah digunakan
- Deposit & withdrawal melalui e-wallet / bank pilihan
- Bahan pembelajaran percuma dalam bentuk video & artikel
| Minimum Deposit | 5 USD |
| Jenis Akaun | M.Premium, M.Pro |
| Leverage | Sehingga 1:1000 |
| Platform Dagangan | MetaTrader 4 |
| Deposit dan Withdrawal | Bank tempatan, Kad Debit/Kredit, E-wallet |
| Dikawal-selia Oleh | FSA |
| Negara | St. Vincent |
| Sokongan Pelanggan | Ya (Email & Live Chat) |
#6 – Roboforex
“Banyak pilihan akaun, bonus menarik, eksekusi laju”

RoboForex ialah broker antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2009 dan beribu pejabat di Belize. Broker ini terkenal dengan tawaran leverage tinggi, spread rendah dan lebih daripada 12,000 instrumen dagangan.
RoboForex menawarkan pelbagai jenis akaun seperti ProCent, Pro, ECN dan Prime. Minimum deposit bermula 10 USD, sesuai untuk semua peringkat trader.
Selain itu, RoboForex menyediakan promosi menarik seperti bonus deposit, cashback dan program rebat.
Kelebihan RoboForex
- Minimum deposit rendah: 10 USD
- Banyak pilihan akaun termasuk ECN dan Prime
- Lebih 12,000 instrumen dagangan
- Bonus deposit & cashback
- Eksekusi pantas dan spread rendah
- Platform MT4, MT5, cTrader & RStocksTrader
| Minimum Deposit | 10 USD |
| Jenis Akaun | ProCent, Pro, ECN, Prime, Islamic |
| Leverage | Sehingga 1:2000 |
| Platform Dagangan | MT4, MT5, cTrader, RStocksTrader |
| Deposit dan Withdrawal | Bank, e-wallet, crypto |
| Dikawal-selia Oleh | IFSC Belize |
| Negara | Belize |
| Sokongan Pelanggan | Ya (24/7 Live Chat) |
#7 – ATFX
“Broker global premium, perkhidmatan profesional & sokongan kuat”

ATFX merupakan broker global yang beribu pejabat di UK dan dikawal selia oleh badan besar seperti FCA dan CySEC. Adakah anda mencari broker premium dengan eksekusi tinggi? ATFX memang dikenali dengan kualiti servis dan sokongan pelanggan yang sangat baik.
Minimum deposit bermula dari 100 USD untuk akaun Standard dan Premium. ATFX menawarkan pelbagai instrumen termasuk Forex, Komoditi, Indeks dan CFD Saham serta platform yang menyokong dagangan mudah alih, sesuai jika anda ingin memantau pasaran melalui telefon.
ATFX juga mempunyai reputasi kukuh dalam menyediakan seminar, webinar dan kajian pasaran yang berkualiti.
Kelebihan ATFX
- Broker global berlesen kukuh
- Eksekusi pantas & stabil
- Pendidikan berkualiti (webinar, analisis pasaran, event offline)
- Deposit minimum 100 USD
- Spread kompetitif
- Sokongan pelanggan dalam banyak bahasa
| Deposit Minimum | 100 USD |
| Jenis Akaun | Standard, Premium, Raw, Islamic |
| Leverage | Sehingga 1:500 |
| Platform Dagangan | MetaTrader 4 |
| Deposit dan Withdrawal | Bank tempatan / e-wallet |
| Dikawal-selia Oleh | FCA UK, CySEC, FSA |
| Negara | UK / Cyprus |
| Sokongan Pelanggan | Ya (Live Chat, Email, Telefon) |
#8 – Avatrade
“Broker berlesen global, sesuai untuk pemula & intermediate”

AvaTrade ialah broker yang ditubuhkan pada 2006 dan salah satu yang paling lama dalam industri forex global. Adakah anda mencari broker yang kukuh? Avatrade dikawal selia oleh badan seperti Central Bank of Ireland, ASIC dan FSA.
Broker ini menawarkan lebih 1,200 instrumen dagangan dan minimum deposit bermula dari 100 USD. Platform mereka menyokong dagangan mudah alih, sesuai jika anda ingin memantau pasaran melalui telefon.
AvaTrade juga terkenal dengan platform khas mereka – AvaTradeGO – selain MT4 dan MT5.
Kelebihan AvaTrade
- Broker lama & sangat berlesen
- Platform mudah digunakan (AvaTradeGO)
- Minimum deposit 100 USD
- Spread kompetitif
- Sokongan pelanggan 24/5
- Banyak instrumen termasuk kripto
| Deposit Minimum | 100 USD |
| Jenis Akaun | Standard, Islamic |
| Leverage | Sehingga 1:400 |
| Platform Dagangan | MT4, MT5, AvaTradeGO |
| Deposit dan Withdrawal | Kad bank, bank transfer, e-wallet |
| Dikawal-selia Oleh | ASIC, FSA, Central Bank of Ireland |
| Negara | Ireland |
| Sokongan Pelanggan | Ya (Live Chat, Email, Telefon) |
Kesimpulan
Sekarang anda sudah memahami kriteria penting dan apa yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih broker yang sesuai. Dengan panduan ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat apabila memilih senarai broker forex terbaik untuk berdagang.
Setiap pelaburan dalam pasaran forex mempunyai risiko yang tinggi, jadi pastikan anda hanya berdagang dengan forex broker yang dikawal selia dan yang tersedia untuk pelabur Malaysia. Elakkan tawaran yang rendah atau promosi yang nampak terlalu mudah, kerana banyak broker tidak beretika cuba menarik perhatian trader baharu.
Sebelum membuka akaun dan untuk berdagang dengan mana-mana broker, pastikan anda memahami risiko sebenar dan mempunyai strategi akaun yang kukuh serta spread yang berpatutan. Pengurusan risiko yang anda amalkan sangat penting untuk perdagangan yang selamat dan yang perlu diberi perhatian oleh semua trader.
Akhir kata, berdagang dengan broker yang mudah digunakan dan yang sesuai untuk gaya trading anda akan membantu anda membuat keputusan yang penting untuk jangka panjang. Semoga panduan ini membantu anda mengelakkan broker yang meragukan dan membuat pilihan broker dan platform yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memulakan perjalanan trading.


Bagaimana dgn octafx?