Dagangan Forex: Apa yang Perlu Anda Tahu

Foreign Exchange, atau yang kita lebih suka panggil sebagai ‘Forex’, adalah tempat yang penuh dengan cabaran dan keseronokan kerana ianya adalah pasaran di mana wang asing ditukarkan. Tahukah anda, ia merupakan pasaran yang paling aktif di dunia dan boleh mencecah purata pasaran sehingga $5 Trillion setiap hari!

Dalam dagangan Forex, pedagang akan menukar satu mata wang dengan mata wang lain sebagai ‘pasangan’ untuk mendapat keuntungan. Terdapat lebih daripada 50 pasangan mata wang yang terlibat dalam dagangan ini seperti Dolar AS (USD), Euro (EUR), Yen Jepun (JPY), Pound Sterling (GBP), Dolar Kanada (CAD), Swiss Franc (CHF), dan banyak lagi!

Uniknya pasaran Forex ini kerana beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu, dari Isnin hingga Jumaat. Ianya digerakkan oleh beberapa sesi seperti ‘Sydney open’, ‘Tokyo open’, ‘London open’, dan ‘New York open’. 

Mari kita jelajahi dunia Forex dengan lebih mendalam lagi!

Jenis-jenis Pasangan Mata Wang 

Seperti dinyatakan mata wang ini dibentuk sebagai ‘pasangan’ untuk didagangkan. Mari kita ketahui jenis-jenis ‘pasangan’ mata wang ini terlebih dahulu sebelum kita terjun ke dunia dagangan. 

i) Pasangan Major: 

Dimulai dengan pasangan yang paling popular iaitu ‘Major’ yang boleh membentuk sekitar 75% dari semua urusniaga dan biasanya melibatkan mata wang USD. Contohnya, pasangan EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, JPYUSD dan banyak lagi. Pasangan ini popular dalam kalangan pedagang kerana merupakan pasangan paling cair.

ii) Pasangan Silang:

Seterusnya ada pasangan mata wang ‘Silang’ hasil gabungan pasangan utama lain, tetapi tanpa campur tangan USD. Sebagai contoh, terdapat AUDUSD, EURCAD, GBPJPY, NZDCHF dan banyak lagi! Pasangan ini mempunyai kecairan yang signifikan dan spread yang lebih besar. Oleh itu, ianya tidak digalakkan untuk pedagang pemula. 

iii) Pasangan Eksotik 

Terakhir kita mempunyai pasangan ‘eksotik’ yang mencampurkan mata wang popular seperti USD atau EUR dengan mata wang yang jarang digunakan seperti Dolar Singapura (SGD), Dolar Hong Kong (HKD), dan banyak lagi membentuk USDSGD, EURHKD, EURZAR, dan lain-lain. Pasangan eksotik ini sering menjadi bintang utama dalam memburu keuntungan tinggi dan sebagai alternatif lindung nilai. 

Istilah Asas dalam Dagangan 

Jom kita kenali beberapa istilah dan prinsip asas yang akan sentiasa wujud dalam perbincangan dagangan. 

1. Harga ‘Ask’ 

Harga ‘Ask’ adalah harga permintaan, di mana situasi pedagang mahu membeli suatu pasangan matawang. 

2. Harga ‘Bid’

Harga ‘Bid’ pula adalah harga tawaran, di mana apabila pedagang bersedia untuk menjual suatu pasangan matawang. Ianya bertentangan dengan harga ‘Ask’. 

3. Leveraj

Leveraj pula seperti ‘boost’ yang diberikan oleh broker untuk buka posisi dagangan. Semakin tinggi leveraj yang ditawarkan, semakin banyak peluang untuk buka posisi dagangan. 

4. Lot 

Lot adalah jumlah unit matawang yang akan dibeli atau dijual dalam satu dagangan. Jadi, ini yang menentukan saiz dagangan kita.

Mari kita ketahui tips-tips untuk memilih broker yang terbaik untuk anda!

Panduan Memilih Broker yang Baik 

Broker memainkan peranan penting dalam dunia dagangan. Mereka adalah ‘orang tengah’ yang menguruskan transaksi kewangan pedagang. Oleh itu, sangat penting untuk memilih broker yang boleh dipercayai dan terbaik.

Salah satu broker yang sedang mendapat tempat di hati pelanggan dalam dagangan atas talian ialah Broker XM. Di sini sedikit perkongsian mengapa XM adalah pilihan terbaik untuk para pedagang:

1. Broker yang Dikawal Selia dan Memenangi Banyak Anugerah.

XM telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia dagangan selama lebih dari 15 tahun, dengan lebih dari 10 juta pelanggan global.

Bukan itu sahaja, XM dikawal selia dan mendapat pengiktirafan oleh pelbagai negara membuktikan XM komited dan mematuhi standard peraturan. Berbeza dengan broker-broker lain yang tidak menyatakan status berlesen.

XM turut meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti “Broker Paling Dipercayai, Global”, “Broker Paling Telus, Global”, dan “Sokongan Pelanggan Terbaik, Global” sepanjang beroperasi, menunjukkan bahawa ia merupakan broker yang dipercayai dan amat popular di kalangan pedagang.

2. Syarat Dagangan yang Baik

XM menawarkan kelebihan dan syarat dagangan yang berpatutan kepada para pelanggan mereka seperti: 

a. Leveraj

XM menawarkan leveraj sehingga 1:1000, yang menjadikannya lebih menguntungkan berbanding OctaFx yang menawarkan 1:500.

b. Minimum Deposit yang Rendah

Deposit serendah $5 untuk akaun Standard, Ultra Low dan Micro. Inilah yang dicari pedagang pemula yang tidak mahu merisikokan wang terlalu banyak. 

c.  Kemudahan Deposit dan Withdrawal

Proses Deposit dan Pengeluaran dengan XM sangatlah mudah. Deposit diproses secara automatik, yang bermaksud wang akan terus dimasukkan ke dalam akaun dagangan. Bagi Pengeluaran, ia hanya mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja sahaja. Yang terbaik lagi, tiada sebarang caj dikenakan untuk deposit dan pengeluaran kerana XM menanggung semuanya.

d. Menyediakan Khidmat Copy Trading

Copy trading semakin popular di kalangan pedagang kerana membolehkan mereka berdagang seperti pakar hanya dalam beberapa minit. Dengan paparan laman web XM, pedagang boleh memilih ‘Pengurus Strategi’ yang ingin diikuti dengan mudah. Seterusnya, boleh melabur, menyalin dagangan dan mendapat keuntungan bersama. Pedagang juga dapat menetapkan paras Stop Loss dan Take Profit sendiri untuk mengurangkan risiko. 

Kesimpulan

Akhir kata, dunia dagangan adalah medan yang dinamik dan kompleks yang memerlukan pemahaman yang mendalam serta kecekapan dalam membuat keputusan.

Jika anda mahu jimatkan masa anda dan peroleh keuntungan seperti pakar, anda boleh cuba Copy Trading XM sekarang. 

Mari jana keuntungan bersama Copy Trading XM!

Tagged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *