Panduan Menggunakan FBS CopyTrade Bagi Tahun 2024

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan ini telah pun ditutup pada 22 September 2022. Ulasan ini hanya sebagai rujukan dan pembelajaran sahaja.

Apakah FBS Copy Trade dan bagaimana untuk bermula? Artikel FB copy trade review ini akan menerangkan dengan terperinci bagaimana untuk menggunakan platform FBS Copy Trade untuk menjana profit secara konsisten dalam forex trading. Baca di sini jika anda berminat nak tahu tentang pesaing utama FBS, iaitu Octafx melalui perkhidmatan Octafx Copy Trade mereka.

FBS Markets atau FBS telah memulakan operasi pada tahun 2009 dan mempunyai ibu pejabat di Arch. Makariou 111 & Vyronos Р. LORDOS CENTER BLOCK В Office 203 3105, 2nd floor, Limassol, Cyprus.

Mereka adalah Forex dan CFD broker yang menawarkan perkhidmatan di hampir setiap negara di dunia. Mereka mempunyai 12 juta trader aktif di 190 negara dan 7000 akaun trading dan akaun rakan niaga FBS dibuka setiap hari.

FBS Inc. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSC), Belize dengan nombor pendaftaran IFSC / 60/230 / TS / 18.

Perniagaan FBS di Eropah pula dikelola oleh syarikat cadangan fbs.eu dan dikendalikan oleh Trade Stone Ltd, sebuah syarikat pelaburan Cypriot yang terletak di Limassol, Cyprus. Ia diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Keselamatan dan Sekuriti Cyprus (CySEC) dengan nombor pendaftaran 331/17.

Anda boleh baca review penuh tentang FBS di sini.


FBS melancarkan perkhidmatan Copy Trade mereka pada September 2018 melalui aplikasi iOS dan Android. Sehingga kini, aplikasi tersebut telah di muat turun oleh 2 500 000 pengguna di App Store dan Google Play, dan melayakkan mereka menerima anugerah “Best Copy Trading Application 2018 Global” dari CFI.

Apa Itu Copy Trade?

FBS Copy Trade adalah platform perdagangan sosial yang membolehkan anda untuk “meniru” strategi trader profesional yang anda sendiri pilih dengan menyalin (copy) dagangan (trade) mereka secara automatik, untuk memperoleh keuntungan.

Jika trader yang anda “copy” menjana keuntungan, anda pun turut mendapat keuntungan. Anda boleh menjana keuntungan (profit) walaupun anda mempunyai ZERO ilmu dalam forex trading.

Sekiranya anda seorang forex trader yang mahir, anda boleh menjadi Trader-To-Copy dan membenarkan orang lain menyalin “trade” anda. Anda boleh mengenakan caj dalam bentuk “profit-sharing” bagi setiap pelanggan yang memilih servis anda.

Anda sudah BERSEDIA untuk copy trade? Buka akaun trading hari ini dan dapatkan cashback tunai PERCUMA setiap kali anda trade, walaupun trade anda berakhir dengan kerugian! Klik butang di bawah untuk mendapat maklumat lanjut:

Bagaimana Memilih “Leader” CopyTrader Yang Betul?

Kadar Pulangan

Bahagian ini menunjukkan keuntungan yang diperolehi dengan modal permulaan, bagi suatu tempoh masa yang ditentukan. Ia dinyatakan dalam bentuk peratusan. Anak panah di sebelah parameter Kadar Pulangan menunjukkan dinamiknya, di mana ia boleh jadi positif (untung) atau negatif (rugi). Ia dikira bagi tiga hari yang terakhir. Jadi walaupun ia merah iaitu dinamik ke bawah, ini tidak bererti pedagang ini rugi sepanjang masa. Analisa purata kadar pulangan sekurang-kurangnya bagi tempoh satu bulan.

Sila berikan perhatian kepada peratusan kadar pulangan. Jika sepanjang bulan yang dianalisa ia cukup tinggi, tetapi indikator anak panah berwarna merah dan menunjuk ke bawah, ini bermakna pedagang ini mempunyai urus niaga yang merugikan di tiga hari yang terakhir. Ia tidak bermakna beliau tidak berjaya secara umumnya.

Aktiviti

Ini adalah nisbah peratusan antara bilangan hari sejak akaun dibuka dan bilangan hari di mana pedagang ada menutup urus niaga. Jika aktiviti adalah rendah, beliau bukan calon yang bagus untuk ditiru kerana anda akan menantikan keuntungan selama berminggu-minggu, atau malah berbulan-bulan.

Peniru Atau Pelabur

Ia menunjukkan bilangan pelabur yang mempercayakan dana mereka kepada pedagang tersebut. Ia tidak semestinya menjamin bahawa pedagang ini berjaya. Bahagian ini perlu dipertimbangkan setelah anda meneliti bahagian yang lain.

Jumlah Pesanan Yang Telah Ditutup

Ia menunjukkan bilangan jumlah urus niaga yang sudah ditutup dan nisbah antara urus niaga yang berjaya (profit) dan yang gagal (loss). Dengan klik bar progress bar, anda akan membuka carta pai yang mendedahkan butiran per pasangan matawang. Ia membantu anda memahami arah pasaran yang manakah yang lebih menguntungkan bagi pedagang ini. Dengan mengetahui info ini, anda akan membuat keputusan yang lebih bijak.

Lifetime Akaun Pedagang

Ini adalah tempoh sejak dari akaun pedagang itu dibuka sehingga hari ini. Jika suatu profil itu mempunyai sejarah yang cukup panjang, ini bererti pemiliknya tidak pernah mengalami kerugian yang terlalu besar sehingga memaksanya untuk berhenti berdagang dan berputus asa untuk mencari urus niaga yang menguntungkan. Pedagang sebegini berhak mendapat lebih banyak kepercayaan.

Deposit Dan Withdrawal

Proses deposit dan withdraw dengan FBS adalah sangat mudah. Anda boleh deposit melalui bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB Bank dan banyak lagi.

Jika anda deposit dengan menggunakan bank Maybank, maka untuk proses withdrawal pula anda harus menggunakan kaedah yang sama.

Anda hanya perlu klik Deposit, pilih kaedah deposit pilihan anda, kemudian masukkan amaun dan ikut arahan seterusnya. Mudah sahaja!

Bagaimana Untuk Mula FBS CopyTrade?

Perdagangan ini sangat mudah, anda tidak pun memerlukan laptop untuk bermula. Cukup hanya anda mempunyai telefon pintar dan talian internet sahaja. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini boleh di muat turun melalui App Store dan Google Play. Cari FBS CopyTrade – Online Investment dalam Google Play atau App Store anda, kemudian muat turun aplikasi tersebut.

Anda boleh mendaftar dengan email yang sama yang anda gunakan untuk akaun FBS (jika ada) atau anda boleh mendaftar akaun baru (jika anda tidak mempunyai akaun FBS sebelum ini). Segala trade untuk salin, deposit dan withdraw semuanya hanya boleh dilakukan di aplikasi CopyTrade pada telefon pintar anda sahaja.

Sebaik sahaja anda berada selesai mendaftar, anda boleh melaraskan/adjust setting dalam profil anda dan membuat deposit awal.

Jika anda menggunakan bank tempatan, deposit minimum adalah MYR50.

Selepas itu anda boleh memilih Pedagang yang sesuai dan lihat maklumat pedagang dengan terperinci. Semak senarai pedagang teratas, semak statistik keuntungan mereka, dan pilih yang pedagang paling berjaya.

Setelah anda mula menyalin perdagangan pedagang, maka segala pedagang anda bergantung sepenuhnya kepada strategi “leader” anda.

Anda boleh menutup dengan klik bahagian Stop Copying atau menunggu sehingga leader anda menutup sendiri perdagangan tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa sejarah perdagangan leader anda tidak akan dipaparkan. Oleh itu, anda perlu bijak untuk memilih leader anda.

One Comment on “Panduan Menggunakan FBS CopyTrade Bagi Tahun 2024”

  1. Assalam Tn. Adakah trader boleh memilih swap free utk trading dia. Bagaimana pula utk pelabur tahu sbm copy trade trading tsb. Mohon penjelasan. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *