XM Partner: Affiliate Program Terbaik Di Malaysia?

XM Partner program adalah affiliate program paling bagus di Malaysia. Fakta atau auta?

Dalam artikel ini, saya akan bagi TIGA sebab kenapa XM partner program menjadi pilihan hati saya.

Saya nak buat pengakuan:

Saya bukanlah baru setahun jagung dalam dunia forex dan affiliate marketing. Saya sebenarnya telah bermula sejak tahun 2010 lagi. Masa itu, anda mungkin masih lagi budak hingusan.

Saya telah mencuba hampir semua program affiliate marketing yang ditawarkan oleh vendor dan affiliate network di dalam dan luar negara. Berdasarkan data empirik yang saya telah perolehi, saya telah membuat keputusan bahawa tidak ada satu pun program affiliate marketing di Malaysia yang boleh mengatasi program affiliate yang ditawarkan oleh broker XM.

Dalam artikel ini, saya akan membongkarkan 3 sebab kenapa program XM affiliate adalah program affiliate marketing terbaik di Malaysia.

#1. XM menawarkan komisen affiliate yang tinggi dan lumayan.

XM tak kedekut dengan rakan niaga mereka – affiliate dan introducing broker (IB). Mereka menawarkan affiliate komisen yang sangat tinggi, sehinggalah 25 USD per lot.

Saya telah berurusan dengan broker selain XM, seperti Octafx dan IC Markets. Kedua-dua broker ini menawarkan affiliate komisen yang sangat menyedihkan.

Octafx menawarkan affiliate komisen sebanyak 1 USD per lot manakala IC Markets pula menawarkan komisen sebanyak 3 USD per lot.

Anda boleh bayangkan usaha berbentuk wang dan masa yang dilaburkan untuk menarik trafik ke “landing page” broker-broker ini dan sebagai ganjaran, anda diberi komisen bersamaan nilai sebuah selipar jepun.

Selain itu, saya telah membuka akaun affiliate dengan affiliate network terbesar di Malaysia setakat ini, iaitu Involve Asia. Walaupun mereka menawarkan banyak tawaran affiliate, saya mendapati komisen affiliate yang ditawarkan sangat kecil.

Saya bagi satu contoh: Komisen untuk jualan di Shopee (melalui Involve Asia) cuma 4.5% untuk pembeli kali pertama dan 0.49% untuk pembeli sedia ada.

Jika anda seorang affiliate marketer yang serius, saya menyarankan supaya anda mengelakkan diri daripada mempromosikan tawaran affiliate di Involve Asia, Octafx ataupun IC Markets.

#2. XM mempunyai sistem affiliate “backend” yang canggih.

XM menawarkan platform affiliate yang canggih dan berteraskan data. Jika anda seorang affiliate marketer yang mementingkan data trafik dan conversion berbentuk real-time, anda akan suka dengan XM.

Selain daripada update data berbentuk real-time, pasukan creative XM telah upload banner-banner promosi di sistem affiliate mereka untuk digunakan oleh affiliate marketer. Anda sebagai affiliate tak perlu design banner anda sendiri untuk mempromosikan XM. Semuanya telah disediakan oleh pihak XM. Anda boleh memberi tumpuan kepada tugas hakiki anda sebagai affiliate, iaitu menarik/menjana trafik yang berkualiti tinggi.

#3. Tawaran dan landing page yang disediakan oleh XM mempunyai “conversion” yang tinggi.

Landing page yang berupaya untuk membuat prospek mengambil tindakan, samada memasukkan email atau membuat pembelian boleh dianggap sebagai landing page yang mampu untuk convert prospek menjadi client.

Semakin tinggi kadar conversion ini, semakin untung atau efektif sesebuah kempen affiliate itu. Jika saya hantar 100 prospek ke landing page vendor, jika 9 prospek menjadi pelanggan, maka kadar conversion landing page itu adalah 9%.

XM terkenal sebagai vendor atau broker yang menawarkan promo yang menarik dan landing page yang mempunyai kadar conversion yang tinggi.

Buat masa sekarang, kadar conversion untuk landing page mereka berada di paras lebih daripada 12% untuk “warm traffic” dan 9.5% untuk “cold traffic”.

Kesimpulan

XM menawarkan affiliate program yang jauh lebih kompetitif berbanding kebanyakan affiliate program yang ditawarkan di Malaysia. Mereka menawarkan komisen affiliate yang lumayan, platform berteraskan data real-time, banner-banner yang siap untuk digunakan dalam promosi dan landing page yang terbukti memberikan kadar conversion yang tinggi.

Sebagai XM affiliate , tugas anda menjadi mudah. Anda hanya perlu fokus untuk mencari lebih banyak sumber trafik untuk disalurkan ke landing page yang disediakan oleh XM, dan XM akan membuat kerja yang selebihnya.

Adakah anda berminat untuk menjadi affiliate dengan XM?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *