Artikel ini memberi review atau ulasan terperinci tentang FBS Malaysia, sebuah forex broker yang trusted dan mempunyai reputasi tinggi di Malaysia.
FBS Malaysia (atau nama global mereka FBS Markets Inc )adalah CFD dan Forex broker yang ditubuhkan pada tahun 2009 dan menawarkan perkhidmatan mereka di hampir setiap negara di dunia. FBS adalah antara broker terawal menawarkan platform MT4 dan MT5 yang membolehkan anda untuk trade pelbagai jenis kelas aset seperti Forex, Saham, CFD, metal dan cryptocurrency.
FBS mempunyai 12 juta trader di 190 negara. 7000 akaun trading dan akaun rakan niaga FBS dibuka setiap hari.
FBS Malaysia menggunakan model hybrid: Straight Through Processing (STP) dan Electronic Communications Network (ECN). Mereka tidak menggunakan dealing desk. Broker FBS mendakwa bahawa order dihantar terus ke liquidity provider pada harga sebenar, oleh itu, requotes adalah mustahil.
- Laman web FBS Malaysia: www.fbs.com
- Regulation: CySEC(license 331/17), IFSC (license IFSC/60/230/TS/18
- Negara: Russia
- Tahun Ditubuhkan: 2009
- Leverage maximum: 1:3000
- Khidmat Sokongan Pelanggan: Disediakan
- Deposit & Withdrawal Menggunakan Bank tempatan: Disediakan
- Bonus: $100 Tanpa Deposit Bonus
- Ciri-Ciri Istimewa: FBS Copy Trade
- Platform Dagangan: MT4, MT5
- Pilihan Deposit: Kredit kad ,Neteller, PerfectMoney, Skrill, Local Bank Transfer
Kelebihan FBS Malaysia
- FBS Malaysia dikawal selia oleh CySEC dan IFSC.
- Mempunyai akses kepada dana pampasan pelabur sekiranya terdapat unsur penipuan dari pihak broker.
- FBS Malaysia menyediakan pendidikan yang menyeluruh kepada trader.
- FBS Malaysia menyediakan deposit rendah untuk mula trade dengan mereka.
- FBS Malaysia mempunyai sistem sokongan pelanggan yang kuat.
- Sangat mudah untuk membuat deposit dan withdrawal menggunakan kemudahan yang disediakan oleh FBS Malaysia.
Kelemahan FBS Malaysia
- FBS Malaysia mengenakan spread yang lebih tinggi daripada kebanyakan retail broker.
- FBS Malaysia menawarkan leverage adalah terlalu tinggi.
Badan Berkuasa Yang Memantau FBS Malaysia
FBS Inc. didaftarkan di Kepulauan Marshall. Nombor pendaftaran mereka adalah 74825. fbs.com dikendalikan oleh FBS Markets Inc. FBS Market Inc merupakan cabang syarikat FBS yang meyeliakan perniagaan global mereka.
FBS Market Inc didaftarkan di Belize dengan nombor pendaftaran 119771. Ia diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSC), Belize dengan nombor pendaftaran IFSC / 60/230 / TS / 18.
fbs.eu merupakan cabang syarikat yang mengelola perniagaan mereka di Eropah. Ia dikendalikan oleh Trade Stone Ltd, sebuah syarikat pelaburan Cypriot yang terletak di Limassol, Cyprus. Ia diberi kuasa oleh Suruhanjaya Keselamatan dan Sekuriti Cyprus (CySEC) dengan nombor pendaftaran 331/17.
Di Malaysia, FBS Malaysia menyimpan dana pedagang dalam akaun bank berasingan dan tidak menggunakannya untuk operasi mereka sendiri. Ini dilakukan untuk memastikan pelaburan pedagang selamat walaupun broker mengalami kerugian atau menjadi bankrap.
Pelanggan EU dilindungi oleh skim Dana Pampasan Pelabur (ICF). Sekiranya broker bankrap, pelabur harus menerima pampasan sehingga € 20,000.
Produk-Produk Yang Didagangkan
FBS Malaysia menawarkan 37 currency pairs, 4 metals, 3 CFDs, 4 cryptocurrencies and 32 saham.
Perkhidmatan Sokongan Pelanggan FBS Malaysia
FBS Malaysia menyediakan sokongan pelanggan selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Sebagai pelanggan, anda boleh berhubung dengan mereka dalam pelbagai bahasa seperti: Bahasa Inggeris, Korea, Arab, Thailand, Rusia, Lithuania, Vietnam, Sepanyol, Portugis, Melayu, Indonesia dan Cina. Anda boleh berhubung dengan wakil sokongan pelanggan FBS melalui panggilan telefon, live chat atau melalui e-mel.
Jenis Akaun Yang Boleh Dibuka Dengan FBS Malaysia
Akaun Cent
- Deposit minimum: Bermula dari $1 USD
- Spread: Floating spread dari 1 pip.
- Komisen: $0
- Leverage: Sehingga 1:1000
- Open position & pending order maksimum: 200
- Matawang asas: USD, EUR
Akaun Micro
- Deposit minimum: Bermula dari $5 USD
- Spread: Fixed spread dari 3 pip.
- Komisen: $0
- Leverage: Sehingga 1:3000
- Open position & pending order maksimum: 200
- Matawang asas: USD, EUR
Akaun Standard
- Deposit minimum: Bermula dari $100 USD
- Spread: Floating spread dari 0.5 pip.
- Komisen: $0
- Leverage: Sehingga 1:3000
- Open position & pending order maksimum: 200
- Matawang asas: USD, EUR
Akaun Spread Sifar
- Deposit minimum: Bermula dari $500 USD
- Spread: Fixed spread dari 0 pip.
- Komisen: Bermula $20 USD / lot
- Leverage: Sehingga 1:3000
- Open position & pending order maksimum: 200
- Matawang asas: USD, EUR
Akaun ECN
- Deposit minimum: Bermula dari $1000 USD
- Spread: Floating spread dari -1 pip.
- Komisen: Bermula $6 USD
- Leverage: Sehingga 1:500
- Open position & pending order maksimum: No limit
- Matawang asas: USD, EUR
Deposit & Withdrawal
Cara terbaik untuk membuat deposit & withdrawal jika anda dari Malaysia adalah dengan menggunakan local bank transfer: Transaksi menggunakan bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB Bank Berhad, RHB Banking Group, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad, AmBank Group. Biasanya withdrawal akan mengambil masa sehingga 24 jam waktu berkerja untuk dikreditkan ke akaun bank anda. (Khas untuk pelanggan FBS Malaysia).
Selain itu, anda boleh menggunakan kaedah-kaedah lain seperti Webmoney, Skrill, PerfectMoney, Neteller, OkPay, Bitcoin dan FasaPay.
Leverage
Untuk akaun Zero Spread dan Standard trader boleh memilih leverage sehingga 1:3000. Leverage yang tinggi membolehkan trader memiliki lebih banyak peluang untuk membuka position.
Platform Yang Disediakan Oleh FBS Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan
FBS Malaysia menggunakan tiga platform untuk melaksanakan dagangan iaitu, MetaTrader4, MetaTrader5 dan Webtrader. Kesemua platform ini berfungsi dengan baik dan boleh di pasang pada Windows dan Mac serta platform mudah alih Android dan iOS.
Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan FBS Malaysia
FBS Malaysia menyediakan proses pembukaan akaun Trading yang sangat mudah. Di mana anda hanya perlu buka akaun di sini.Selepas itu anda akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat peribadi seperti nama, email dan nombor telefon.
Selepas itu anda akan diminta untuk memilih apa jenis akaun yang anda mahu. Seterusnya anda perlu menetapkan mata wang akaun. Sila baca perjanjian pelanggan FBS, pastikan anda membaca dengan teliti dan memahaminya.
Untuk proses pengesahan akaun, FBS hanya memerlukan salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.
Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker FBS?
- Broker yang sesuai untuk para scalper.
- Analisis harian.
- Spread bermula dari 0 dan leverage sehingga 1:3000
- Bonus percuma sehingga $50 untuk pelanggan baru
- Perkhidmatan 24/7 dalam Bahasa Melayu.
- Menawarkan platform dagangan yang mudah untuk digunakan: MT4, MT5 dan Webtrader.
- Dagangan dalam Forex (31 pasangan mata wang, 2 logam berharga, minyak CFD).
Kesimpulan
FBS Malaysia adalah sebuah forex broker yang mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Proses deposit dan withdrawal sangat pantas dan mereka mempunyai sistem sokongan yang kuat di Malaysia.