Pelancaran Kempen Double Raya Rewards 2021 Oleh AvaTrade

AvaTrade telah melancarkan kempen Double Raya Rewards Campaign 2021 yang berlangsung pada 12 April 2021 sehingga 13 Jun 2021.

Kempen ini terbuka kepada semua trader. Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi adalah Apple iPad Mini 256GB, Apple iPhone 12 Pro Max 512GB, Apple MacBook Pro 16 inch, Apple Watch Series 6 dan banyak lagi. 

Kategori Peraduan

Double Raya Rewards Campaign ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Guaranteed Rewards dan Lucky Draw.

Guaranteed Rewards mempunyai dua pusingan iaitu pusingan pertama bermula dari 12 April 2021 sehingga 13 May 2021 dan pusingan kedua pula bermula dari 13 May 2021 sehingga 13 Jun 2021.

Manakala untuk Lucky Draw pula, ia hanya mempunyai satu pusingan sahaja iaitu bermula dari 12 April 2021 sehingga 13 Jun 2021

Penerima hadiah bagi kategori Guaranteed Rewards ditentukan berdasarkan jumlah saiz lot yang didagangkan. Contohnya, jika seseorang trader berdagang sebanyak 250 lot dalam tempoh kempen tersebut dijalankan maka trader itu akan menerima hadiah PERCUMA daripada AvaTrade berupa Apple iPad Mini 256GB. 

Kategori yang kedua adalah Lucky Draw. Pemenang bagi kategori ini ditentukan melalui cabutan bertuah. Untuk menyertai pertandingan ini, anda  perlu berdagang (trade)  sekurang-kurangnya 1 lot untuk mendapatkan 1 tiket Lucky Draw bagi trader Avatrade sedia ada dan 1 lot untuk mendapatkan 5 tiket bagi trader yang baru pertama kali trade dengan Avatrade.

Terma Dan Syarat Double Raya Reward Campaign 2021 oleh AvaTrade

Pengenalan

AvaTrade adalah broker Forex dan CFD terkemuka, yang komited terhadap nilai teras integriti, inovasi, dan memperkasakan orang di seluruh dunia untuk berdagang dengan yakin.

AvaTrade ditubuhkan pada tahun 2006 dengan visi menjadikan dunia perdagangan dapat diakses oleh semua orang, bila-bila masa dan di mana sahaja.

AvaTrade Ltd merupakan syarikat yang berdaftar dengan perkhidmatan kewangan di British Virgin Islands dan dilesenkan sepenuhnya serta dikawal selia oleh British Virgin Islands Financial Services Commission (No. SIBA / L / 13/1049).

Kelayakan Penyertaan

  1. “DOUBLE RAYA REWARDS CAMPAIGN 2021” AvaTrade SEA dianjurkan oleh Lynx Consultings Sdn Bhd (Penganjur) bagi pihak AvaTrade SEA.
  2. Kempen ini hanya terbuka kepada pelanggan yang tinggal di Malaysia, Thailand dan Indonesia sahaja.
  3. Kempen ini akan dijalankan pada 12 April 2021 sehingga 13 Jun 2021 (14 minggu). Kempen ini tersedia untuk pelanggan AvaTrade yang mempunyai Akaun Sebenar melalui platform AvaTrade.
  4. Individu seperti di bawah ini tidak boleh menyertai kempen ini:
    1. Individu yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
    2. Kakitangan tetap atau kontrak atau pekerja sementara Lynx Consultings Sdn Bhd (termasuk anak syarikatnya dan syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa, saudara dan saudari).
    3. Akaun Super Account / Low-Spread

Hadiah dan Syarat Kempen Double Raya Rewards

  1. Semua pelanggan yang memenuhi syarat kelayakan penyertaan akan dapat mengambil bahagian dalam kempen ini dan berpeluang memenangi salah satu hadiah yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
  1. Tidak ada keperluan deposit. Pemenuhan saiz lot mesti diselesaikan dalam tempoh kempen Double Raya Rewards ini dijalankan iaitu bermula dari 12 April 2021 sehingga 13 Jun 2021.
  2. Hadiah 1: Guaranteed Rewards, pemenuhan saiz lot mesti diselesaikan dalam tempoh kempen yang ditetapkan antara dua pusingan kempen yang berasingan. Pusingan pertama bermula dari 12 April 2020 sehingga 12 May 2021 dan pusingan kedua pula bermula dari 13 May 2021 sehingga 13 Jun 2021.
  3. Hadiah 2: Cabutan Bertuah atau Lucky Draw ini tersedia untuk semua pelanggan sedia ada/pelanggan lama dan baru. Tempoh anda untuk mengumpulkan tiket Lucky Draw adalah 2 bulan (1 kitaran).
    1. Pelanggan sedia ada akan menerima 1 Lucky Draw untuk setiap 1 Lot yang diperdagangkan.
    2. Pelanggan Baru akan menerima 5 tiket Lucky Draw untuk setiap 1 Lot yang diperdagangkan ( Pelanggan baru adalah mereka yang bergabung mulai bulan April 2021).

Hadiah-Hadiah Yang Bakal Anda Menangi

1# Apple iPad Mini 256GB

2# Apple iPhone 12 Pro Max 512GB

3# Apple MacBook Pro 16 inch

4# Apple Watch Series 6

Cara Untuk Menyertai Kempen Double Raya Rewards Campaign 2021

Untuk menyertai Double Raya Rewards Campaign 2021 ini, anda hanya perlu buka akaun dagangan sebenar dengan AvaTrade dan membuat deposit sekurang-kurangnya 100 USD untuk memulakan trade. Jika anda merupakan pelanggan lama AvaTrade, anda boleh terus berdagang dengan menggunakan akaun dagangan yang sedia ada.

Menurut AvaTrade, hadiah-hadiah kemenangan anda tidak boleh ditukar dengan wang ringgit. Semua hadiah akan dihantar ke alamat penghantaran anda dalam masa 30 hari setelah menuntut hadiah anda. Penghantaran adalah percuma untuk pelanggan di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.