– Laporan Disemak · Broker Forex

HFM Malaysia Review 2026: Ulasan Lengkap Broker HF Markets

Ini adalah ulasan penuh kami tentang broker HFM (HF Markets) untuk trader Malaysia bagi tahun 2026 dikemaskini selepas kami semak semula setiap fakta regulasi, jenis akaun terkini, dan pengalaman deposit/withdrawal melalui bank tempatan.

Disahkan · Jul 2026

Bonus & promo berubah kerap
Dagangan forex melibatkan risiko kerugian modal.
HFM, yang dahulunya dikenali sebagai HotForex, ditubuhkan pada tahun 2010 dan menjenamakan semula kepada HFM pada 2022. Hari ini kumpulan HF Markets melayani lebih 3.5 juta akaun pelanggan di seluruh dunia, dan Malaysia adalah antara pasaran paling aktif mereka di Asia Tenggara.

Ditulis oleh Shahrul FX

Dikemaskini: Julai 2026 | Ditulis oleh Shahrul FX

Status Semakan
Maklumat broker
disahkan & dikemas kini
Laman web rasmi hfm.com (global) · hfmmalaysia.com (domain akses Malaysia)
Ditubuhkan 2010 (sebagai HotForex; dijenama semula HFM pada 2022)
Entiti untuk trader Malaysia HF Markets (SV) Ltd, St. Vincent & the Grenadines
Regulasi kumpulan FCA (UK), CySEC (Cyprus), DFSA (Dubai), FSCA (Afrika Selatan), FSA (Seychelles), CMA (Kenya), FSC (Mauritius)
Platform MT4, MT5, HFM App, WebTrader
Deposit minimum Tiada minimum tetap (praktikal: ~RM50 melalui bank tempatan)
Leverage maksimum Sehingga 1:2000
Akaun Islamik Ada (swap-free, atas permintaan)
Bonus Top-up bonus 20% (had ~USD 5,000)
Deposit bank tempatan Ya — Maybank, CIMB dan lain-lain, dalam MYR

01

Adakah HFM Selamat? Regulasi Sebenar

Ini bahagian yang kebanyakan review lain tulis secara kabur. Kami tulis secara terus terang.
Kumpulan HF Markets memegang lesen daripada regulator berikut (semua nombor lesen boleh disemak di laman web regulator masing-masing):
Entiti Regulator No. Lesen
HF Markets (UK) Ltd FCA, United Kingdom 801701
HF Markets (Europe) Ltd CySEC, Cyprus 183/12
HF Markets (DIFC) Ltd DFSA, Dubai F004885
HF Markets SA (PTY) Ltd FSCA, Afrika Selatan FSP 46632
HF Markets (Seychelles) Ltd FSA, Seychelles SD015
HFM Investments Ltd CMA, Kenya 155

 

TETAPI, dan ini penting  sebagai trader Malaysia, akaun anda kemungkinan besar akan dibuka di bawah HF Markets (SV) Ltd, entiti yang berdaftar di St. Vincent & the Grenadines (no. pendaftaran 22747 IBC 2015). SVG ialah pendaftaran syarikat, bukan lesen kewangan — FSA St. Vincent tidak menyelia aktiviti dagangan forex dan tidak menawarkan skim pampasan pelabur.
Apa maksudnya secara praktikal:
  • Kelebihan:  leverage tinggi sehingga 1:2000, bonus dibenarkan, akses penuh kepada semua jenis akaun.
  • Kekurangan: jika berlaku pertikaian dengan broker, anda tiada regulator tempatan atau skim pampasan (seperti FSCS £85,000 untuk klien UK) untuk berlindung.

Faktor yang mengimbanginya: HFM ialah kumpulan yang sama memegang lesen FCA dan CySEC  regulator tier-1 yang tidak akan mengekalkan lesen syarikat yang menipu klien di mana-mana cawangan. Rekod operasi 16 tahun tanpa skandal besar, pengasingan dana pelanggan di bank utama, perlindungan baki negatif merentas semua akaun, dan insurans liabiliti sivil tambahan semua ini memberikan lapisan keselamatan yang jauh lebih kukuh berbanding broker offshore tanpa sebarang lesen tier-1 dalam kumpulan.

02

Status Undang-Undang di Malaysia

Satu perkara berasingan daripada soal keselamatan: HFM tidak dilesenkan oleh Securities Commission Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM). Ini sama seperti hampir semua broker forex antarabangsa yang menerima klien Malaysia. Trading dengan broker luar negara adalah kawasan kelabu dari segi perundangan tempatan  bukan haram untuk individu, tetapi anda tidak dilindungi oleh rangka kerja pengguna kewangan Malaysia. Kami sentiasa sarankan baca panduan kami tentang cara kenal pasti scammer forex di Malaysia supaya anda boleh bezakan broker sebenar dengan skim penipuan yang menyamar sebagai broker.

03

Jenis Akaun HFM 2026

HFM telah rombak struktur akaun mereka. Lineup semasa ialah lima akaun: Cent, Premium, Zero, Pro, dan Pro Plus. Jika anda baca review lain yang masih senaraikan “Micro Account” atau tiada Pro Plus, review itu sudah lapuk.
Cent Premium Zero Pro Pro Plus
Deposit minimum Tiada* Tiada* Tiada* USD 100 USD 250
Spread dari ~1.2 pip ~1.0 pip 0.0 pip ~0.5 pip ~0.2 pip
Komisen Tiada Tiada USD 3/lot/sisi (USD 6 pergi-balik) Tiada Tiada
Saiz kontrak 1 lot = 1,000 1 lot = 100,000 1 lot = 100,000 1 lot = 100,000 1 lot = 100,000
Leverage sehingga 1:2000 1:2000 1:2000 1:2000 1:2000
Instrumen Forex & Emas sahaja Semua Semua Semua Semua
Swap-free (Islamik) Ya Ya Ya Ya Ya
Tiada minimum tetap, tetapi kaedah pembayaran menetapkan minimum praktikal melalui bank tempatan Malaysia, sekitar RM50.

Baru bermula: Pilih Akaun Cent. Saiz kontrak 1,000 unit membantu mengurangkan risiko kerana keuntungan dan kerugian dikira dalam nilai yang lebih kecil. Ia sesuai sebagai langkah pertama selepas akaun demo. Ketahui lebih lanjut tentang bila masa sesuai buka akaun real.

Trader biasa: Pilih Akaun Premium. Tiada komisen, spread berpatutan dan tiada deposit minimum tetap, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kebanyakan trader.

Scalper atau pengguna EA: Pilih Akaun Zero. Menawarkan spread serendah 0.0 pip dengan komisen USD 3 setiap lot setiap sisi (USD 6 pergi-balik), sesuai untuk strategi yang memerlukan kos transaksi rendah.

Trader berpengalaman dengan modal lebih besar: Pilih Akaun Pro Plus. Spread bermula sekitar 0.2 pip tanpa komisen, menjadikannya pilihan yang lebih menjimatkan untuk trader dengan jumlah dagangan tinggi.

04

Deposit & Withdrawal untuk Trader Malaysia

Ini bahagian di mana HFM benar-benar menonjol untuk pasaran Malaysia, dan sebab utama ramai trader tempatan kekal dengan mereka bertahun-tahun.

Deposit:

  • Pemindahan bank tempatan dalam MYR — Maybank, CIMB dan bank utama lain disokong melalui gateway pembayaran tempatan. Deposit minimum adalah sekitar RM50.

  • Deposit melalui bank tempatan biasanya diproses serta-merta hingga 10 minit.

  • Tiada caj deposit — kos pemprosesan gateway ditanggung oleh HFM.

  • Kaedah alternatif termasuk kad kredit/debit, Skrill, Neteller dan crypto (tertakluk kepada ketersediaan).

  • Sokongan wallet MYR — anda boleh mengurangkan kos penukaran mata wang dengan menggunakan base currency yang sesuai.

Withdrawal:

  • Permintaan pengeluaran yang dihantar sebelum 10 pagi (waktu server) biasanya diproses pada hari bekerja yang sama.

  • Untuk bank tempatan, dana biasanya diterima dalam tempoh 1–3 hari bekerja.

  • Tiada caj pengeluaran dikenakan untuk kaedah bank tempatan.

Perkara yang review lain jarang sebut: HFM mengenakan fi ketidakaktifan USD 5/bulan selepas 6 bulan tiada aktiviti dagangan. Bukan pemecah tawaran, tetapi anda patut tahu sebelum biarkan akaun terbiar.

05

Bonus HFM untuk Malaysia

Article lama kami menyatakan tiada bonus tetap untuk Malaysia maklumat itu sudah tidak tepat dan kami betulkan di sini.

HFM menawarkan Top-up Bonus 20% untuk semua pindahan masuk ke akaun bonus, dengan had terkumpul sekitar USD 5,000 (~RM23,000). Cara ia berfungsi:
Bonus dikreditkan sebagai margin tambahan bonus itu sendiri tidak boleh dikeluarkan.
Profit yang dijana menggunakan bonus boleh dikeluarkan sepenuhnya.

Anda perlu buka akaun jenis Top-up Bonus yang berasingan untuk melayakkan diri.

 

Untuk perbandingan broker forex terbaik lain yang menerima trader Malaysia, lihat senarai bonus tanpa deposit forex kami yang dikemaskini.

06

Instrumen Dagangan

Lebih 1,000 instrumen merentas kelas aset:
  • Forex: 50+ pasangan mata wang major, minor dan eksotik.

  • Logam: Emas, perak, platinum dan palladium.

  • Tenaga: Minyak mentah (WTI, Brent) dan gas asli.

  • Indeks: US500, UK100 serta indeks global utama.

  • Saham CFD: Apple, Amazon, Meta dan ratusan saham lain.

  • Crypto CFD: Bitcoin, Ethereum dan aset kripto lain (tertakluk kepada wilayah).

  • Bon & ETF: Pelbagai pilihan instrumen tambahan.

Akaun Cent terhad kepada Forex dan Emas sahaja  sesuai dengan tujuannya sebagai akaun pembelajaran.

07

Platform Dagangan

HFM menyokong MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 sepenuhnya desktop (Windows/Mac), web, dan mudah alih. Semua akaun menggunakan market execution, EA dan hedging dibenarkan, dan scalping tidak disekat.
HFM App (iOS/Android) pula semakin matang  anda boleh urus akaun, deposit, withdraw dan trade terus dari aplikasi tanpa buka MT4/MT5. Untuk trader yang banyak bergerak, ini kemudahan sebenar.
Tambahan yang berguna:

VPS percuma tersedia untuk klien yang memenuhi syarat dagangan minimum 2 lot standard sebulan dengan deposit bersih USD 400. Ciri ini sesuai untuk pengguna EA yang memerlukan sambungan stabil.

HFM Copy Trading membolehkan anda mengikuti strategi trader lain atau menjadi Strategy Provider dan menerima performance fee.

Pelbagai alat analisis seperti kalendar ekonomi dan kalkulator dagangan turut disediakan secara percuma.

08

Program IB HFM

HFM turut menawarkan program Introducing Broker (IB) dengan struktur rebate per lot yang kompetitif untuk pasaran Asia. Jika anda mempunyai audiens atau rangkaian trader sendiri, program ini boleh menjadi pilihan untuk dipertimbangkan. Kami menerangkan cara program IB forex berfungsi secara umum dalam panduan IB forex kami.

09

Kelebihan & Kekurangan HFM Malaysia

Kelebihan:

Rekod 16 tahun beroperasi (sejak 2010) tanpa skandal besar

Kumpulan memegang lesen tier-1 (FCA UK, CySEC)  bukan broker lesen tunggal offshore

Deposit & withdrawal bank tempatan Malaysia dalam MYR, tiada caj, proses pantas
Lima jenis akaun yang benar-benar berbeza dari Cent (RM50) hingga Pro Plus (spread 0.2 pip)
Leverage sehingga 1:2000 dengan perlindungan baki negatif
Akaun Islamik swap-free tersedia untuk semua jenis akaun
Top-up bonus 20% masih ditawarkan untuk Malaysia
VPS percuma untuk trader aktif, copy trading terbina dalam

Kekurangan:

Trader Malaysia biasanya didaftarkan di bawah entiti SVG yang tidak dikawal selia oleh pengawal selia utama  tiada skim pampasan pelabur sekiranya berlaku pertikaian.

HFM tidak dilesenkan oleh SC atau BNM, sama seperti kebanyakan broker forex antarabangsa lain yang menerima klien Malaysia.

Terdapat fi ketidakaktifan USD 5 sebulan selepas akaun tidak aktif selama 6 bulan.

Akaun Cent hanya menawarkan akses kepada Forex dan Emas.

Sesetengah alat premium seperti Autochartist mungkin memerlukan baki akaun minimum USD 100.

Spread bagi Akaun Premium (bermula sekitar 1.0 pip) bukan yang paling rendah dalam pasaran untuk akaun tanpa komisen.

10

HFM vs Broker Lain yang Kami Review

Bagaimana HFM berbanding broker lain yang menerima trader Malaysia?
  • HFM vs XM: Kedua-duanya menawarkan sokongan untuk trader Malaysia serta kemudahan deposit MYR. XM lebih menonjol dari segi sokongan tempatan, manakala HFM menawarkan pilihan akaun yang lebih pelbagai seperti Pro Plus serta leverage maksimum yang lebih tinggi.
  • HFM vs FxPro: FxPro mempunyai kelebihan dari segi akses kepada regulasi seperti FCA/CySEC serta pilihan platform yang lebih luas termasuk cTrader. HFM pula lebih sesuai untuk trader dengan modal kecil melalui akaun Cent dan promosi bonus yang tersedia.

Lihat senarai lengkap pilihan kami dalam panduan broker forex terbaik Malaysia.

11

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah HFM selamat untuk trader Malaysia?
HFM ialah kumpulan broker berusia 16 tahun yang memegang lesen FCA (UK), CySEC, DFSA, FSCA dan lain-lain. Namun trader Malaysia di-onboard bawah entiti St. Vincent (HF Markets (SV) Ltd) yang tidak dikawal selia — dana diasingkan dan perlindungan baki negatif terpakai, tetapi tiada skim pampasan pelabur. Selamat secara relatif dalam kategori offshore, dengan risiko yang perlu difahami.
Berapa deposit minimum HFM di Malaysia?
Tiada minimum tetap untuk akaun Cent, Premium dan Zero. Secara praktikal, deposit terkecil melalui bank tempatan ialah sekitar RM50. Akaun Pro memerlukan USD 100 dan Pro Plus USD 250.
Bolehkah saya deposit HFM guna bank Malaysia?
Ya. HFM menyokong deposit dan withdrawal dalam MYR melalui bank tempatan seperti Maybank dan CIMB. Deposit biasanya serta-merta, withdrawal 1–3 hari bekerja, dan kedua-duanya tanpa caj.
Adakah HFM ada akaun Islamik?
Ya. Semua jenis akaun HFM (Cent, Premium, Zero, Pro, Pro Plus) boleh ditukar kepada swap-free atas permintaan.
Adakah HFM ada bonus untuk Malaysia?
Ya — Top-up Bonus 20% pada pindahan masuk, dengan had terkumpul sekitar USD 5,000. Bonus tidak boleh dikeluarkan tetapi profit daripadanya boleh.
Apa beza HFM dan HotForex?
Syarikat yang sama. HotForex menjenamakan semula kepada HFM pada 2022.

12

Kesimpulan: Adakah HFM Berbaloi pada 2026?

Ya — untuk profil trader yang sesuai.

HFM sesuai untuk anda jika anda mahu bermula dengan modal kecil melalui akaun Cent, memerlukan kemudahan deposit dan pengeluaran bank tempatan dalam MYR, mahukan leverage tinggi, atau merupakan scalper/pengguna EA yang mencari spread mentah dengan kos komisen yang rendah.

HFM mungkin kurang sesuai jika keutamaan utama anda ialah perlindungan regulator tier-1 secara langsung untuk akaun trading anda. Dalam situasi ini, broker yang mendaftarkan klien Malaysia di bawah entiti CySEC atau FCA mungkin lebih memenuhi keperluan anda, walaupun biasanya menawarkan leverage lebih rendah dan tiada bonus.

Dengan lebih 16 tahun operasi, jutaan akaun dibuka, serta rekod perkhidmatan yang konsisten untuk pasaran Malaysia, HFM kekal sebagai salah satu broker yang boleh dipertimbangkan dengan pemahaman yang jelas mengenai struktur entiti dan perlindungan yang tersedia.

Lawati Laman Web Rasmi HFM → Dagangan forex dan CFD melibatkan risiko tinggi. 75–90% trader runcit mengalami kerugian. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.