Fullerton Market Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

Fullerton Markets International Limited (FMIL) ditubuhkan pada tahu 2015 dan beralamat di First Floor, First St. Vincent Bank Ltd Building James Street, P.O. Box 1574 Kingstown, VC0100 St. Vincent and the Grenadines, nombor pendaftaran syarikat 24426 IBC 2017. Fullerton Market adalah antara broker forex yang paling cepat berkembang terutamanya di Asia.

Syarikat ini diasaskan oleh Mario Singh. Beliau merupakan orang “veteran” dalam industri  forex. Beliau aktif dijumput menjadi pengajar, pemcerama dan beliau juga mempunyai beberapa buah buku iaitu 17 Proven Currency Trading Strategies, Unlocking the World’s Largest Financial Secret, Secret Conversations with Trading Tycoons dan The Magical Rule of 3.

Walaupun masih dianggap baru, namun Fullerton Market telah pun mengukir kejayaan yang banyak. Fullerton Market telah menerima beberapa penghargaan iaitu, Best Companies to Watch in Asia 2020, Best Social Trading Platform Asia Pacific 2020, Best White Label Solution Provider Asia Pacific 2020, Best Forex Broker Asian Pacific 2021, Best New ECN Broker Asia Pacific 2017, Best New Trade Execution Asia Pacific 2017 dan banyak lagi. 

Fullerton Market menawarkan instrumen dagangan dalam forex, logam, indeks dan juga minyak mentah. Mereka juga menawarkan platform dagangan yang popular di kalangan pedagang forex iaitu MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5).

Fullerton Market menawarkan satu jenis akaun dagangan sahaja dengan minimum deposit 100 USD. Mereka juga menawarkan ruang rujukan dan pembelajaran kepada pedagang baru dalam lama di laman web rasmi mereka.

Laman Webwww.fullertonmarkets.com
NegaraSt. Vincent and the Grenadines
Pengawal-selia Fullerton Markets International Limited berdaftar dengan St. Vincent and the Grenadines, nombor syarikat 24426 IBC 2017
Deposit Minimum100 USD
Bonus Ada
Leverage Maksimum1:500
Spread Minimum0.0 pip
Platform DaganganMT4 dan MT5
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan di MalaysiaYa

Kelebihan 

  • Platform MT4 dan MT5 tersedia
  • Leverage sehingga 1:500
  • Spread kompetitif

Kelemahan

  • Tidak dikawal selia oleh badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai.
  • Menawarkan copy trading platform dan affiliate program

Badan Berkuasa Yang Memantau Fullerton Market

Fullerton Markets International Limited berdaftar dengan St. Vincent and the Grenadines. Alamat penuh di First Floor, First St. Vincent Bank Ltd Building James Street, P.O. Box 1574 Kingstown, VC0100 St. Vincent and the Grenadines nombor syarikat 24426 IBC 2017.

Sebagai info tambahan FMIL buat masa ini tidak menerima trader dari Iran, Cuba, Sudan, Syria dan Korea Utara. Ini kerana, FMIL mematuhi peraturan forex dengan ketat seperti yang dikawal selia oleh Hong Kong, Singapura, Jepun dan United Kingdom.

Produk-Produk Yang Didagangkan

Fullerton Market menawarkan instrument dagangan dalam forex, logam, indeks dan juga minyak mentah.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan Fullerton Market

Anda boleh menghubungi wakil sokongan perkhidmatan pelanggan mereka melalui email, panggilan telefon dan Live Chat yang tersedia di laman web rasmi mereka. Perkhidmatan pelanggan mereka beroperasi 24 jam 5 hari seminggu dan tersedia dalam pelbagai pilihan bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa English. Selain itu, lama web mereka juga mempunyai bahagian Q&A untuk membantu menjawab soalan-soalan umum.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Fullerton Market Malaysia

Fullerton Market menawarkan satu jenis akaun dagangan sebenar sahaja dengan leverage sehingga 1: 500, spread bermula daripada 0.1 pip, dan minimum deposit serendah 100 USD.

Akaun Standard

Minimum deposit100USD
Leverage1:500
SpreadBermula dari 0.1 pip
Minimum trade size 0.01 lot
Sokongan 24 jamYa

Deposit & Withdrawal

Deposit

Fullterton Market menyediakan perkhidmatan deposit dengan menggunakan kredit kad, Digital Wallet, Bank Wire Transfer dan local bank transfer melalui bank tempatan Malaysia seperti CIMB, Maybank, AmBank, Public Bank, RHB Bank dan Hong Leong Bank.

 Withdrawal

Fullerton Market menyediakan perkhidmatan pengeluaran dana dengan menggunakan kredit kad, Digital Wallet, Bank Wire Transfer dan local bank transfer melalui bank tempatan Malaysia seperti CIMB, Maybank dan AmBank.

Leverage

Fullerton Markets menawarkan leverage sehingga 1:500.

Platform Yang Disediakan Oleh Fullerton Markets Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan

Fullerton Markets menyediakan platform dagangan yang paling digemari oleh para trader iaitu MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Kedua-dua platform perdagangan ini boleh dipasang dalam versi desktop komputer anda. Ia juga boleh dipasang di telefon pintar anda (Android/iOs).

Rujukan pembelajaran

Fullerton Market menyediakan sumber rujukan dan pembelajaran yang bagus untuk trader lama atau pun trader baru di laman web rasmi mereka. Rujukan pembelajaran ini tersedia dalam bentuk blog dan juga video.

Bagaimana buka akaun dengan Fullerton Markets Malaysia?

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun dagangan Fullerton Markets?

Anda dikehendaki untuk menyediakan satu salinan Bukti Pengenalan (Proof of Identity – POI) dan Bukti Kediaman (Proof of Residence – POR):

Bukti Pengenalan (POI). Dokumen tersebut perlu menunjukkan gambar anda, nama dan tarikh lahir. Sila muat naik mana-mana dari: 

●      Kad Pengenalan (salinan depan dan belakang)

●      Lesen Memandu (salinan depan dan belakang)

●      Passport

●      Angkatan Tentera ID Card (salinan depan dan belakang) 

Bukti Kediaman (POR). Dokumen tersebut  perlu menunjukkan nama anda, alamat dan tarikh yang tidak lebih dari 6 bulan dari tarikh permohonan atau pengeluaran. Sila muat naik mana-mana dari:

●      Bil Utiliti

●      Penyata Kad Akaun Bank Penyata / Kredit dari bank yang diiktiraf

●      Rang Undang-undang Cukai Kerajaan

●      Penyata Gadaian daripada pemberi pinjaman yang diiktiraf

 Step by step buka akaun dengan Fullerton Market:

Langkah 1

Sila buka akaun Fullerton Market di sini. Di  bahagian ini, anda perlu mengisi maklumat peribadi anda seperti nama, nombor telefon, email dan juga kata laluan anda.

Langkah 2

Seterusnya, sila cek email anda untuk mengaktifkan alamat email anda. Sila klik bahagian kotak warna merah seperti dalam gambar dibawah untuk mengaktifkan alamat email anda.

Langkah 3

Yang terakhir sekali, login semula ke akaun trading anda dan lengkapkan pendaftaran akaun anda. Klik bahagian Personal info/document, anda akan diminta untuk memasukkan alamat kediaman, leverage dan juga beberapa info lain. Untuk mereka yang mahu tukarkan akaun ke akaun Islam(Swap Free syariah account), anda boleh lakukan di sini. Ia adalah percuma sahaja. Selain itu anda juga perlu memuat naik dokumen pengesahan anda di bahagian ini.

Langkah 4

Selepas semuanya selesai, anda boleh membuat deposit ke dalam akaun trading anda. Sila rujuk bahagian deposit dan withdrawal untuk perkhidmatan deposit yang ditawarkan oleh Fullerton Market.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Fullerton Markets

  • Telah memenangi beberapa anugerah antaranya adalah, Best Companies to Watch in Asia 2020, Best Social Trading Platform Asia Pacific 2020, Best White Label Solution Provider Asia Pacific 2020, Best Fund Safety 2019, Best New Trade Execution Asia Pacific 2017 dan banyak lagi. 
  • Aktif melakukan kerja amal. Salah satunya adalah, sokongan untuk bantuan banjir pusat Vietnam pada 26th October 2020.
  • Fullerton Markets menaja Anugerah Khidmat Masyarakat di Wellington, New Zealand pada 19 November 2016.
  • Tiada sebut harga semula dan menyediakan liquidity daripada beberapa bank global terbesar dan ECN termasuk Credit Suisse, Citibank, Deutsche Bank, FXSpotStream, Hotspot, Barclays dan J.P. Morgan
  • Sokongan perkhidmatan pelanggan tersedia dalam pelbagai pilihan bahasa termasuk Bahasa English, Bahasa Melayu dan Bahasa China.

Kesimpulan

Fullerton Markets adalah broker STP terkemuka yang menyediakan perdagangan dalam forex dan CFD dengan satu jenis akaun sahaja melalui platform MT4 dan MT5 yang popular. Walaupun Fullerton Markets tidak dikawal selia oleh badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai, tetapi broker ini masih mendapat kepercayaan daripada pelanggan mereka kerana memberikan perkhidmatan yang baik.