OANDA Malaysia ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Doktor Olsen dan Stumm di Amerika Syarikat dan merupakan salah satu broker forex yang terbesar di industri forex. Oanda dikawal-selia oleh badan-badan berkuasa yang paling kukuh seperti National Futures Association (CFTC) dan UK’s Financial Conduct Authority (FCA). Visi utama mereka adalah untuk mengubah semua aspek bagaimana dunia berinteraksi dengan matawang, sama ada berniaga atau menggunakan data mata wang dan informasi.
Oanda menawarkan platform dagangan yang popular di kalangan pedagang forex iaitu MetaTrader 4 (MT4). Oanda menyediakan produk dagangan Forex, Indices, Metal dan Commodities. Selain itu, Onda juga menyediakan alat perdagangan seperti analisi teknikal. Pada masa yang sama, Oanda juga menyediakan portal pendidikan yang bermanfaat kepada pelanggan mereka tidak kira pedagang baru mahu pun pedagang berpengalaman.
Selain itu, Oanda juga merupakan broker yang mendapat pelbagai anugerah seperti Highest Overall Client Satisfaction oleh Investment Trends oleh US Foreign Exchange Report, Best Retail FX Platform oleh FX Week oleh eFX, Value for Money oleh Investment Trends oleh US Foreign Exchange, Best Mobile Platform/App oleh Investment Trends US FX Report dan banyak lagi.
Laman Web | https://www.oanda.com/ |
Negara | United State |
Tahun Penubuhan | 1996 |
Dikawal Selia Oleh | RFED CFTC NFA (#0325821) MAS (CMS No Lesen: CMS100122-4) IES (nombor lesen OAP / CBL / 2012) IIROC FCA ( No: 542574) ASIC (ABN 26 152 088 349, AFSL No. 412981) |
Deposit Minimum | 1 USD |
Bonus | Ada (mengikut musim) |
Leverage Maksimum | 1:200 |
Spread Minimum | Fix Spread bermula dari 1.4 pip |
Platform Dagangan | MetaTrader 4 |
Platform Berasaskan Web | Ya |
Aplikasi Mudah Alih | Ya |
Sokongan Di Malaysia | Ya |
Kelebihan Oanda
- Deposit rendah
- Dikawal-selia dengan ketat
- Lebih 70 pasangan mata wang unik untuk diperdagangkan
- Menawarkan platform dagangan MT4
Kelemahan Oanda
- Tidak ada akaun islam
Badan Berkuasa Yang Memantau Oanda
Oanda dikawal-selia oleh badan-badan berkuasa yang berbeza iaitu:
- OANDA Corporation berdaftar dengan Retail Foreign Exchange Dealer (RFED) yang berdaftar dengan United State Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Forex Dealer Member (FDM) of dari National Futures Association (NFA #0325821).
- OANDA Asia Pacific Pte. Ltd. dikawal-selia dan dilesenkan di Singapura oleh Monetary Authority of Singapore (CMS No Lesen: CMS100122-4) dan International Enterprise Singapore (Commodity Brokers nombor lesen OAP / CBL / 2012) untuk memperdagangkan CFD komoditi.
- OANDA (Canada) Corporation ULC dikawal-selia di Kanada oleh Investment Industry Regulatory Organization of Canada (IIROC).
- OANDA Europe Limited OANDA Europe Limited dibenarka dan dikawal-selia oleh Financial Conduct Authority – FCA ( No: 542574) di United Kingdom.
- OANDA Australia Pty Ltd. dikawal-selia di Australia oleh Australian Securities and Investment Commission (ASIC) ABN 26 152 088 349, AFSL No. 412981
Produk-Produk Yang Didagangkan
Anda boleh berdagang lebih dari 100 instrumen dagangan termasuk pasangan matawang, komoditi, indeks, bon dan logam tanpa komisen tambahan. Satu-satunya kos perdagangan anda adalah spread.
Perkhidmatan Sokongan Pelanggan Oanda
Anda boleh menghubungi wakil pelanggan mereka melalui panggilan telefon, email dan juga live chat. Sokongan disediakan 24 jam, 5 hari dalam seminggu. Perkhidmatan sokongan pelanggan mereka tersedia dalam empat bahasa termasuk bahasa English dan Cina. Selain itu, pihak Oanda juga menyediakan ruang FAQ, di mana anda akan mendapat jawaban bagi soalan-soalan yang umum.
Jenis Akaun Yang Boleh Dibuka Dengan Oanda Malaysia
Mereka menawarkan dua jenis akaun iaitu akaun Standard dan akaun Premium. Mereka menawarkan pelbagai faedah, termasuk pelaksanaan peringkat institusi, dua pilihan harga, sokongan 24 jam dan pelbagai ciri platform dan kelebihan akaun. Sokongan 24 jam hanya tersedia ketika pasaran dibuka.
Akaun Standard
70 Pasangan Forex | Ya | |
Pelaksanaan Gred Institusi (kurang dari 1 milisaat pada platform V20) | Ya | |
Baki Akaun Minimum | 0 | |
Pengurus Dikhaskan | Tidak | |
Platform Dagangan | MT4 (Web, platform desktop platforms dan mobile apps) | |
Wire Transfer Percuma Tanpa Had | Tidak | |
Tiada “Requotes” | Ya | |
Pelaksanaan Automatik Sepenuhnya | Ya | |
Komisen | Ya | |
Harga Spread Sahaja | Ya | |
Perdagangan API | Ya | |
Sokongan 24/5 | Ya | |
Saiz Kontrak Variable (serendah 1 unit) | Ya | |
Dashboard analisis prestasi perdagangan OANDA | Ya | |
Petunjuk Pesanan Terbuka MT4 | Dikemas Kini Setiap 20 Minit |
Akaun Premium
70 Pasangan Forex | Ya | |
Pelaksanaan Gred Institusi (kurang dari 1 milisaat pada platform V20) | Ya | |
Baki Akaun Minimum | 20, 000 USD | |
Pengurus Dikhaskan | Ya | |
Platform Dagangan | MT4 (Web, platform desktop platforms dan mobile apps) | |
Wire Transfer Percuma Tanpa Had | Ya | |
Tiada “Requotes” | Ya | |
Pelaksanaan Automatik Sepenuhnya | Ya | |
Komisen | Ya | |
Harga Spread Sahaja | Ya | |
Perdagangan API | Ya | |
Sokongan 24/5 | Ya | |
Saiz Kontrak Variable (serendah 1 unit) | Ya | |
Dashboard analisis prestasi perdagangan OANDA | Ya | |
Petunjuk Pesanan Terbuka MT4 | Dikemas Kini Setiap 5 Minit |
Deposit Dan Withdrawal
Deposit
Anda boleh deposit akaun dagangan anda dengan menggunakan Kad Debit dan Bank Wire Transfer. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu login ke Member Area kemudian klik butang “Fund Account”. Selepas itu, sila pilih kaedah deposit yang anda mahu gunakan kemudian sila masukkan jumlah wang yang ingin anda masukkan. Selepas semuanya okay, sila klik butang “submit” untuk permohonan deposit.
Withdrawal
Anda boleh mengeluarkan dana dari akaun Oanda anda melalui Kad Debit dan Bank Wire Transfer. Anda boleh mengeluarkan dana dari akaun dagangan dengan login ke akaun Oanda anda dengan menggunakan butiran akaun Oanda Trade anda.
Anda akan menerima pemberitahuan email apabila permintaan pengeluaran anda diproses. Proses masa yang di ambil untuk wang anda dikreditkan ke dalam akaun anda adalah bergantung dengan kaedah pengeluaran yang anda gunakan. Sila ambil perhatian bahawa, pengeluaran dana melalui kredit kad/debit kad mungkin mengalami kelewatan sehingga 2-3 hari.
Leverage
Oanda menawarkan leverage sehingga 200:1.
Platform Yang Disediakan Oleh Oanda Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan
Oanda menawarakn platform dagangan yang popular iaitu MetaTrader 4 atau MT4. Platform dagangan ini boleh dimuat turun ke telefon pintar anda (iOS dan Android) dan juga boleh dipasang dalam versi dekstop atau website.
Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan Oanda Malaysia
Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk membuka akaun dagangan Oanda:
Langkah 1
Sila klik link ini untuk buka akaun dagangan dengan Oanda. Kemudian, sila lengkapkan maklumat seperti gambar dibawah kemudian tekan butang “Continiue”.
Langkah 2
Sila isi maklumat peribadi anda, seperti nama, nombor telefon dan tarikh lahir.
Langkah 3
Sila isi alamat kediaman anda. Kemudian klik butang “Continue”
Langkah 4
Sila isi maklumat pekerjaan anda.
Langkah 5
Anda perlu memuat naik dokumen pengesahan akaun anda iaitu salinan Kad Pengenalan atau pasport dan juga dokumen sokongan bagi Proof of Residence.
Langkah 6
Akhir sekali, sila cek email anda untuk mengesahankan email yang anda gunakan. Akaun anda akan diproses dalam masa 1 hingga 2 hari dan anda akan dimaklumkan melalui email kemudian.
Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Oanda
- Oanda adalah “award-winning” broker yang paling awal ditubuhkan.
- Dikawal selia oleh badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai.
- Menurut Oanda, mereka menawarkan harga yang tulus dan spread yang kompetitif.
- Pilihan deposit dan pengeluaran yang pelbagai.
- Sokongan perkhidmatan pelanggan yang mesrah dan informatif
- Menyediakan bahan rujukan dan pembelajaran yang bagus kepada pemula dan pedagang berpengalaman.
Kesimpulan
Oanda ditubuhkan pada tahun 1996 dan beroperasi di lapan pusat kewangan global serta melayani pelanggan lebih dari 196 negara melalui entiti yang dikawal-selia dan diluluskan oleh badan-badan berkuasa utama termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura. Selain itu, Oanda juga tidak meletakkan sebarang minimum deposit. Yang bermaksud anda boleh mula berdagang dengan hanya 1$ sahaja.