LiteForex Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

Syarikat LiteForex Malaysia ditubuhkan pada tahun 2005. Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas siapakah sebenarnya mereka ini. Sila baca sehingga habis.

Peringatan: Pelaburan mata wang mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Oleh itu, sila kaji dengan teliti sebelum anda menceburkan diri.

Broker LiteForex Investments Limited dilancarkan pada 2 Julai 2005 di kepulauan Marshall. Broker LiteForex menawarkan dagangan Mata Wang, Saham, Indeks, Komoditi dan Kriptografi untuk didagangkan. Liteforex Malaysia mempunyai 13 tahun pengalaman dalam industri broker dan mereka dikenali sebagai broker ECN yang trusted.

Syarikat LiteForex Malaysia merupakan broker pertama yang menawarkan deposit mata wang terendah iaitu $1 untuk akaun Cent. Mereka menawarkan platform Metatrader 4 (MT4) sebagai platform dagangan utama. Selain daripada akaun persendirian, LitaForex juga menawaran akaun Partnership dan juga Copy Trade.

Pejabat induk yang terletak di Majuro Kepulauan Marshall merupakan pejabat yang mengawal perkhidmatan LiteForex global. Perniagaan mereka di Eropah dikendalikan oleh pejabat EU yang beroperasi di Limassol, Cyprus. LiteForex mempunyai beberapa cawangan yang terletak di Malaysia, Iran, Indonesia, Vietnam, Nigeria Nicaragua, India, Kyrgyzstan dan Filipina.

Siapa Yang Mengawal Aktiviti Broker LiteForex?

LiteForex Investments Limited berdaftar di Kepulauan Marshall dengan nombor pendaftaran 63888 dan dikawal selaras dengan Akta Perbadanan Perniagaan Kepulauan Marshall. Sementara itu LiteForex (Europe) Ltd adalah sebuah firma pelaburan Cyprus yang berdaftar di Cyprus dengan nombor pendaftaran HE230122. Manakala pejabat LiteForex (Europe) terletak di Limassol Cyprus dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) dengan nombor lesen 093/08.

Jenis Akaun

LiteForex Malaysia menawarkan tiga jenis akaun kepada pelanggan mereka iaitu, ECN, Classic dan Cent. Bagi trader yang baru berjinak-jinak dalam dunia forex, saya sarankan anda untuk buka akaun jenis Cent, kerena minimum deposit adalah rendah. Jika anda trader yang sudah mahir, anda boleh berdagang dengan akaun ECN atau Classic. Saya akan sertakan ringkasan menpengai ketiga-tiga akaun ini dibawah.

Akaun ECN

Spread: Bermula dari 0.1 pip
Komisen: Bermula dari $5 per lot
Jenis pelaksanaan: Pelaksanaan pasaran
Platform: MT4/MT5
Leverage: 1:500 – 1:1
Matawang: USD, EUR, CHF, RUB, MBT
Minimum deposit: $50
Akaun Islam: Ya

Akaun Classic

Spread: Bermula dari 1.8 pip
Komisen: Tiada
Jenis pelaksanaan: Pelaksanaan pasaran
Platform: MT4/MT5
Leverage: 1:500 – 1:1
Matawang: USD, EUR, CHF, RUB, MBT
Minimum deposit: $50
Akaun Islam: Ya

Akaun Cent

Spread: Terapung bermula daripada 3.
Komisen: Tiada
Jenis pelaksanaan: Pelaksanaan pasaran
Platform: MT4/MT5
Leverage: 1:1 – 1:500
Matawang: USD cents, EUR cents, CHF rappens, RUB kopecks
Minimum deposit: $10
Akaun Islam: Ya

Deposit

Anda boleh deposit akaun trading anda dengan menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Skrill, Neteller dan Local Deposit LiteForex Malaysia. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk deposit.

Untuk trader dari Malaysia, saya sarankan anda untuk deposit melalui Local Deposit LiteForex Malaysia. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu login ke akaun trading LiteForex Malaysia anda dan pergi ke bahagian Deposit. Dalam “Payment Method” sila pilih Local Deposit LiteForex Malaysia.

Kemudian anda akan melihat maklumat bank seperti screenshot dibawah. Sila gunakan maklumat bank tersebut untuk pemindahan wang anda. Anda boleh “transfer” wang anda secara atas talian, cash deposit, tunai, cek atau pemindahan melalui kaunter bank. Sila pastikan anda menyimpan resit transaksi deposit anda kerana anda akan diminta untuk memuat naik resit tersebut sebagai bukti nanti.

This image has an empty alt attribute; its file name is dp.png

Selepas anda melakukan deposit, sila isi tarikh dan masa transaksi tersebut dilakukan kemudian muat naik resit transaksi deposit dan jumlah deposit anda. Akhir sekali sila klik butang “Continue” untuk menghantar permohonan deposit anda.

This image has an empty alt attribute; its file name is dp1.png

Withdrawal

Anda boleh membuat pengeluaran dana dengan menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Local Withdawal LiteForex Malaysia, Skrill dan Neteller. Caj pengeluaran dana adalah bergantung dengan kaedah pengeluaran yang anda pilih.

This image has an empty alt attribute; its file name is wd.png

Platform Perdagangan

LiteForex menyediakan dua jenis platform perdagangan iaitu, MetaTrader4 dan MetaTrader5. Platform ini boleh dipasang di telefon pintar anda atau boleh download di komputer desktop/laptop. Anda boleh muat turun aplikasi ini melalui google play, app store dan melalui google.

Sokongan Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat. Manakala pasukan sokongan teknikal beroperasi 25/5, Isnin hingga Jumaat. Anda boleh menghubungi wakil mereka melalui live chat, telefon, email dan juga media sosial. Sokongan perkhidmatan tersedia dalam pelbagai bahasa termasuk Melayu dan English.

This image has an empty alt attribute; its file name is cs-1024x374.png

Rujukan Pembelajaran

LiteForex mempunyai lebih daripada 100 buah buku yang disyorkan kepada trader untuk membacanya. Ada di antara mereka adalah Get Smart, Popular Economics, Attacking currency trend, dan banyak lagi. Selain itu, LiteForex juga menyediakan tutorial dagangan Forex komprehensif untuk trader baru. Terdapat juga beberapa artikel asas mengenai perdagangan Forex, dan penunjuk dagangan. Yang terakhir adalah, glosari yang menerangkan difinisi tentang 220 istilah berkaitan perdagangan forex juga disediakan.

This image has an empty alt attribute; its file name is rp.png

Bonus Dan Promosi

LiteForex memberikan beberapa bonus serta promosi yang menarik kepada trader mereka. Bonus dan promosi yang saya senaraikan dibawah ini adalah bonus dan promosi yang tersedia pada saat artikel ini ditulis.

LITEFOREX100

Bonus ini hanya tersedia untuk pelanggan LiteForex dari negara Malaysia. Kod promosi memberi anda hak untuk menerima bonus sebanyak 100% daripada deposit anda. Promosi 100% bonus deposit ini hanya diberikan kepada trader yang deposit 500 USD dan ke atas. Untuk mendapatkan bonus ini, trader perlu memasukan kod promosi LITEFOREX100 apabila melakukan deposit. Bonus ada dikreditkan selepas anda deposit akaun trading anda.

Return of commission with ZERO Fees

LiteForex selalu fokus pada keperluan trader mereka dan memutuskan untuk mengembalikan komisen yang dibayar oleh trader ke sistem pembayaran ketika membuat deposit ke dalam akaun perdagangan mereka. Dengan bantuan penyelesaian ini, bayaran deposit akan dibayar kembali ke akaun perdagangan anda secara automatik.

Social Trading (Liteforex Copytrade)

Social Trading Liteforex yang juga dikenali sebagai Liteforex Copytrade adalah salah satu platform perdagangan yang membolehkan trader atau disebut sebagai “Copier”untuk meniru transaksi perdagangan trader yang profesional ke akaun mereka. Platform ini pada awalnya telah mengumpulkan pedagang dari seluruh dunia, yang lebih menariknya adalah ia memberikan anda peluang untuk mengetahui serta berkongsi pengalaman perdagangan kerana anda boleh berkomunikasi terus dengan pedagang yang berlainan latar belakang.

This image has an empty alt attribute; its file name is cp-1024x395.png

Konsep Liteforex Copytrade ini adalah mudah sahaja, Copier akan meniru dagangan daripada trader profesional. Apabila trader profesional profit, Copier juga akan profit. Copier akan berkongsi sebahagian keuntungan dengan trader profesional sebagai upah atau komisen. Jumlah komisen yang yang ditetapkan oleh trader profesional adalah berbeza. Anda boleh lihat syarat yang ditetapkan oleh trader profesional di profile mereka.

Untuk menikmati kemudahan ini mudah sahaja, anda hanya perlu buka akaun Copy Trading dengan LiteForex untuk mendapat akses kepada pedagang profesional di seluruh dunia dan mula untuk meniru transaksi perdagangan mereka. Dalam platform Copy Trading ini, anda boleh memilih trader profesional yang mempunyai prestasi yang bagus. Anda tinggal meniru sahaja dan trader profesional yang akan melalukan segala aktivti perdagangan.

This image has an empty alt attribute; its file name is cp2-1024x421.png

Cara Buka Akaun LiteForex

Proses buka akaun trading LitaForex mudah sahaja. Anda cuma perlu sediakan Laptop atau telefon pintar, sambungan internet dan juga deposit minimum 100 USD.

Untuk bermula, sila klik di sini untuk buka akaun trading dengan LiteForex.

Jika anda sudah mempunyai akaun trading dengan LiteForex, anda boleh login di sini – LiteForex Login.

Seterusnya, sila masukan negara, email atau nombor telefon, matawang asas dan kata laluan anda.

This image has an empty alt attribute; its file name is eRrDhYIbvfLy50v22q_t7Yy6B0q7nKbWwas1thpBo1HXuiQyu__6jqPtev9vTQktkeXY3Ybjuu4ZBSFHjknT3Hh3wpfVjpMQLdSnDvbVZ4lOpyNM7W87kzwCwhk1tNepq6b1ypTv

Selepas itu, anda akan dibawa terus ke bahagian halaman akaun anda. Sila klik bahagian profile dan lengkapkan maklumat anda yang diminta dan muat naik dokumen pengesahan anda. Anda perlu memuat naik salinan Kad Pengenalan anda untuk bukti identiti dan juga bill utiliti atau penyata bank untuk pengesahan kediaman.

This image has an empty alt attribute; its file name is 2Mb2F3QFn7Xi1fFzMXyT9TX9PJeVrOEd1ecv5OwcxZQNE32q6DuiUoT00Vue9TuG6ROSVKDjHSCtZGrldUWgN5-4v5jW90E-WMTIHIW60B09CFOwBFmyY7yTSdJDd-rI_9sgXjuX

Akhir sekali, anda boleh klik bahagian deposit di bawah untuk deposit akaun trading anda. Sila rujuk bahagian Deposit dan Withdrawal untuk cara deposit.

This image has an empty alt attribute; its file name is e78UUm8qeYhNfa-BaeS32lqeERNKwnYcNQnkJ6Xce8av0d6VjixY-VddSf9XDG28tu8QaSLuTEd3kCYD_TYvCftgb0mgGQzvF4ak1Drkm9cI8v2CMTQnvYUs-dP2Jf2BDzyAYxKz

Selepas anda deposit akaun trading anda, anda sudah boleh mula berdagangan forex dengan memuat turun platform MT4 atau MT4.

Kesimpulan

LiteForex merupakan broker yang berpengalaman, yang telah berkembang selama bertahun-tahun untuk menjadi sebuah jenama global. Dengan kualiti perkhidmatan yang baik, platform yang disediakan moden, canggih, dan sesuai untuk setiap gaya perdagangan serta platform perdagangan sosial yang disediakan sesuai untuk kedua-dua pakar dan peniaga baru menjadikan broker LiteForex sebagai salah satu broker yang menjadi pilihan para trader di Malaysia.