Forex Trading Sebagai Strategi Menjana Aliran Tunai (Cash Flow)

Cash flow sangat penting untuk kehidupan anda. Jika anda berhenti menjana wang tunai, kualiti kehidupan anda akan merosot. Anda tidak akan dapat membayar bil-bil elektrik dan Unifi, pembayaran pinjaman rumah dan kereta pun akan tergendala. Anda tidak akan dapat menyara hidup – put food on the table.

Cara Yang Paling Senang Untuk Buat Duit Dari Forex. Nak Tahu? Klik Disini Untuk Info Lanjut.

Lebih kurang 50 tahun yang lalu, ibu bapa, datuk dan nenek kita menyara kehidupan mereka dengan menjadi petani atau nelayan. Mereka mungkin mempunyai tanah untuk diusahakan dan kebiasaannya, mereka akan mengusahakan tanaman sawah padi untuk menghasilkan beras.

Beras akan dijual di pasar atau tamu untuk mendapatkan wang tunai. Wang tunai itu akan digunakan untuk membeli keperluan harian yang lain.

Sekiranya berlaku musim kemarau atau musim hujan yang berpanjangan, mereka tidak akan dapat turun ke sawah padi untuk menanam dan menuai padi, dan sekaligus menjejaskan potensi hasil tuaian mereka pada satu musim. Ini akan menjejaskan jumlah wang tunai yang akan masuk ke poket mereka dan akan menyebabkan kualiti kehidupan mereka semakin merosot.

Kini, pada tahun 2019, majoriti penduduk Malaysia tidak lagi menanam dan menuai padi. Mereka sudah menjadi semakin moden, berpendidikan tinggi, bekerja di pejabat, dengan gajet terbaharu dan akses kepada maklumat tanpa batas. Namun begitu, mereka masih lagi hidup dengan aliran tunai yang terhad.

Pekerjaan mereka adalah sumber aliran tunai tunggal.

Situasi ini sangat menyedihkan kerana pekerjaan tidak menjamin kestabilan kawangan. Bila-bila masa sahaja mereka boleh dibuang kerja. Jika mereka sakit atau terlantar di hospital, mereka tidak akan dapat bekerja dan aliran tunai pun akan berhenti.

Sedih dan menakutkan tetapi ini adalah kisah benar yang dihadapi oleh ramai orang pada masa kini.

Tentu Ada Jalan Yang Lebih Baik?

Memang benar, ada jalan yang lebih baik. Jika pekerjaan anda adalah satu-satunya punca rezeki anda, anda bakal menghadapi masalah besar!

Anda HARUS mempelbagaikan punca pendapatan anda. Anda perlu mendapatkan aliran tunai daripada pekerjaan anda dan juga daripada beberapa sumber yang lain seperti pelaburan hartanah, saham, perniagaan, ASB atau fixed deposit, dan pelaburan berbentuk spekulasi seperti forex trading.

Video di bawah menerangkan dengan lebih lanjut cara untuk mempelbagaikan aliran tunai:

Bagaimana Untuk Menggunakan Forex Trading Untuk Melipatgandakan Pendapatan Anda?

Forex trading merupakan bentuk pelaburan yang agak unik sebab anda tak perlu modal yang besar untuk mula. Anda boleh mula dengan duit serendah $100 USD (MYR 416.30).

Jika dibandingkan dengan ASB, anda boleh mendapatkan pulangan yang jauh lebih tinggi jika anda melabur atau trade dengan forex. Namun begitu, risiko yang perlu anda ambil jika anda trade forex pun lebih tinggi.

Jika anda seorang individu yang berjimat cermat, play safe, low risk low return…Saya mencadangkan supaya anda mengelakkan diri daripada forex trading.

Forex trading adalah pelaburan berbentuk spekulasi. Risiko untuk join sangat tinggi dan anda memerlukan ilmu dan kemahiran lanjutan untuk berjaya sebagai seorang forex trader atau investor.

Sebaliknya, jika anda adalah seorang individu yang tidak takut untuk mengambil risiko, mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan yang paling penting, anda mempunyai wang yang mencukupi untuk memulakan kerjaya sebagai seorang forex trader sambilan, saya sangat-sangat menyarankan supaya anda terjun ke dalam bidang forex kerana forex trading merupakan peluang terbaik bagi anda untuk menjana pulangan yang tinggi supaya anda boleh “get out of the rat race”.

Pulangan 20% Sebulan Selama 24 Bulan : Jutawan (Orang Kaya Baru)

Dengan modal permulaan $5000 USD dan dengan pulangan konsisten sebanyak 20% sebulan, anda boleh menjadi jutawan (dalam Ringgit) dalam 24 bulan.

Jadual di bawah menunjukkan proses penggandaaan modal anda:

Artikel asal: Kaedah Simple Tapi Power Untuk Menjadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan Dengan Forex Trading

Jika anda sudah mahir menganalisa pasaran forex, untuk mendapatkan pulangan sebanyak 20% sebulan bukanlah sesuatu yang mustahil. Saya kenal ramai forex trader di luar sana yang membuat jauh lebih tinggi daripada 20% sebulan.

Dalam pertandingan forex yang dianjurkan oleh broker FXPRIMUS baru-baru ini, trader yang sedang berada di tempat pertama (dari Vietnam) telah menjana pulangan sebanyak 1,255.7% daripada modal dalam tempoh kurang daripada 15 hari.

Anda boleh tengok jadual di bawah untuk info lanjut:

Prestasi Traders’ Challenge Dari 1 September 2019 Hingga 13 September 2019

Saya nak bagi satu contoh supaya anda lebih faham.

Katakan anda bermula dengan modal 1000 USD. Sekiranya anda mendapat pulangan sebanyak 1,255.7% dalam 13 hari, duit yang ada di tangan anda sudah berganda menjadi $12,557.

$1000 USD menjadi $12,557 USD dalam 13 hari!

Pelaburan ASB dan fixed deposit tidak akan memberi pulangan seperti di atas. Paling tinggi pun, ASB akan bagi 7% setahun. Fixed deposit pula akan bagi 4% setahun.

Beza antara pelaburan forex dan ASB/fixed deposit adalah, anda perlu mempunyai ilmu untuk berjaya dalam forex trading.

Jika anda mahir menghidu peluang dalam pasaran, mengawal risiko, mahir melaksanakan strategi-strategi forex yang low risk high return, anda boleh berjaya.

Kesimpulan

Anda harus mempelbagaikan sumber aliran tunai. Mana yang lebih baik? Satu punca pendapatan atau lima punca pendapatan? Lebih banyak lebih bagus, betul tak?

Jika anda mempunyai dana yang berlebihan dan anda berani untuk mengambil risiko, anda harus menjadikan forex trading sebagai salah satu portfolio pelaburan anda. Sebelum anda bermula, sila pastikan yang anda sudah melengkapkan diri dengan ilmu forex supaya peluang anda untuk berjaya dalam bidang ini lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *