ICM Capital Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2024

Dalam dunia perdagangan mata wang asing (forex), proses memilih broker adalah langkah penting yang boleh mempengaruhi hasil dagangan anda. Untuk membantu anda membuat pilihan, pasukan kami telah membuat beberapa ulasan broker forex di Malaysia.

Dalam artikel kali ini, kami akan mengulas dan meneroka lebih dalam tentang broker forex ICM Capital seperti jenis akaun dagangan, cara deposit, sokongan pelanggan dan banyak lagi.

ICM Capital ditubuhkan pada tahun 2009, broker ini telah mendedikasikan dirinya untuk menyediakan akses yang mudah dan boleh dipercayai kepada pasaran forex global. ICM capital Menawarkan pelbagai produk dagangan dalam satu akaun dagangan.

Ia membolehkan anda untuk melabur dalam indeks saham (DJ30), CFDS Saham (AAPL), pasangan Forex (EURUSD), Emas, Minyak, Cryptos dan banyak lagi. Semua ini boleh diakses dari satu platform sahaja.

Badan Berkuasa Yang Memantau ICM Capital Malaysia?

ICM Capital merupakan broker multinasional yang dikawal selia oleh beberapa badan berkuasa seperti FCA, ADGM, FSA, FSCA, ARIF, FSC, Labuan FSA, QFC, CAB dan banyak lagi. Di bawah ini merupakan beberapa entiti syarikat mereka serta badan berkuasa yang mengawal dan membenarkan perkhidmatan mereka.

  1. ICM Capital (Labuan) Limited dikawal dan diberi kuasa oleh Financial Services Authority of Labuan di bawah nombor lesen: MB/18/0029
  2. ICM Capital Limited (UK) dikawal dan diberi kuasa oleh Financial Conduct Authority (FCA) nombor pendaftaran: 520965.
  3. ICM Capital Limited (MU) dikawal dan diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius di bawah nombor lesen: C118023357.
  4. ICM Limited (Abu Dhabi, UAE) dikawal dan diberi kuasa oleh Abu Dhabi Global Markets (ADGM) Financial Services Regulatory Authority (FSRA) nombor pendaftaran: 210045.
Laman Webicm.com
Ibu PejabatLevel 17, Dashwood House, 69 Old Broad St, London, EC2M 1QS, United Kingdom
NegaraLondon, United Kingdom
Tahun Penubuhan2009
Dikawal Selia OlehFCA, ADGM, FSA, FSCA, ARIF, FSC, Labuan FSA, QFC, CAB
Maksimum Leverage1:200
Platform Berasaskan Web Ya
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan ICM Capital

  • Dikawal selia di Labuan Malaysia oleh Financial Services Authority of Labuan di bawah nombor lesen: MB/18/0029.
  • Menawarkan akses (access) kepada pelbagai instrument dagangan.
  • Pelaksanaan pasaran pantas tanpa sebut harga semula dan platform mudah alih

Kelemahan

  • Sokongan perkhidmatan pelanggan lemah.
  • Minimum deposit (funds) tinggi.

Produk Dagangan Yang Ditawarkan Oleh ICM Capital di Malaysia

ICM Capital menawarkan akses kepada produk dagangan termasuk Pertukaran Asing (Forex), Kontrak CFD pada Minyak (WTI & Brent), Indeks, Perak dan Emas.

Sokongan Perkhidmatan Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan (clients support) mereka boleh dihubungi melalui panggilan telefon, email dan Live Chat yang tersedia di laman web rasmi mereka. Walau bagaimanapun, sokongan perkhidmatan pelanggan mereka agak lambat dan hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan ICM Capital

ICM Capital hanya menawarkan dua jenis akaun trading sahaja untuk trade forex iaitu akaun ICM Direct dan akaun ICM Zero.

ICM Direct

Mata wangUSD, EUR, GBP atau SGD
Leverage1:200
Komisen0
Saiz Transaksi Minimum 0.01 daripada Lot Standard
Instrumen TersediaForex, Metals, Futures , Shares, dan Cash CFDs
Stop/Limit LevelsTiada Minimum untuk Forex & Logam
Tersedia untukSecara global
Berita Pasaran Pusat PerdaganganYa
Penasihat PakarYa
Suapan Berita Masa NyataYa
Platform Dagangan Mudah AlihYa
Segregated accountsYa
Carta & PlatformYa
Tutorial video percumaYa
Perpuluhan KelimaYa
Perkhidmatan Peribadi dalam +16 BahasaYa
Kemas Kini SMSYa
Swap freeYa
Perkhidmatan Premium PelengkapYa
Syarat Dagangan TersuaiYa
PerlaksanaanMarket Execution
Stop out level0
Platform DaganganMT4: Windows, Mac, iOS, Android

ICM Zero

Mata wangUSD, EUR, GBP atau SGD
Leverage1:200
Komisen$7/Lot pusingan(3)
Saiz Transaksi Minimum 0.01 daripada Lot Standard
Instrumen TersediaForex, Metals, Futures , Shares, dan Cash CFDs
Stop/Limit LevelsTiada Minimum untuk Forex & Logam
Tersedia untukSecara global
Berita Pasaran Pusat PerdaganganYa
Penasihat PakarYa
Suapan Berita Masa NyataYa
Platform Dagangan Mudah AlihYa
Segregated accountsYa
Carta & PlatformYa
Tutorial video percumaYa
Perpuluhan KelimaYa
Perkhidmatan Peribadi dalam +16 BahasaYa
Kemas Kini SMSYa
Swap freeYa
Perkhidmatan Premium PelengkapYa
Syarat Dagangan TersuaiYa
PerlaksanaanMarket Execution
Stop out level0
Platform DaganganMT4: Windows, Mac, iOS, Android

Deposit & Withdrawal

ICM Capital menawarkan beberapa cara untuk deposit akaun dagangan clients mereka. Wang atau dana anda pula akan dimasukkan ke dalam akaun trading dalam tempoh 24 jam selepas transaksi dibuat.

Kaedah deposit yang disediakan adalah online bank transfer, kad kredit, Neteller, dan Skrill / Moneybookers.

Bagi withdrawal pula, kaedah yang disediakan adalah bank transfer, kad kredit, Neteller, dan Skrill / Moneybookers. Permintaan pengeluaran anda akan selesai dalam tempoh hari yang sama atau sehingga 3-5 hari bekerja.

Platform Perdagangan

ICM Capital menyediakan tiga jenis platform perdagangan iaitu MetaTrader 4, MetaTrader 5, dan cTrader.

Cara Untuk Buka Akaun Trading ICM Capital

Cara buka akaun Trading mudah sahaja. Saya akan terangkan di bawah ini.

Langkah 1

Klik di sini untuk buka akaun trading.

Langkah 2

Isi borang pendaftaran seperti gambar di bawah.

Langkah 3

Sila cek email anda untuk dapatkan maklumat log masuk akaun trading.

Langkah 4

Dalam email anda, sila klik butang “Login to ICM Access”.

Langkah 5

Selepas anda log masuk, sila klik “Open Live Account” untuk membuka akaun dagangan sebenar.

Langkah 6

Sila isi borang pendaftaran untuk buka akaun dagangan sebenar.

Langkah 7

Sila pilih jenis akaun dan platform dagangan yang anda mahu gunakan.

Langkah 8

Selepas itu, anda perlu muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan. Anda perlu muat naik dua jenis dokumen pengesahan iaitu:

  1. Dokumen pengesahan identiti – Sila muat naik salinan depan dan belakang kad pengenalan anda.
  2. Dokumen pengesahan kediaman – Sila muat naik penyata bank, bil utiliti atau permit kediaman.

Selepas akaun anda disahkan anda sudah boleh mendeposit akaun dagangan anda dan mula berdagang forex.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker ICM Capital?

  • ICM Capital merupakan broker forex yang dikawal selia (regulated) oleh Financial Services Authority of Labuan.
  • Dana pelanggan disimpan dalam akaun bank yang diasingkan di pelbagai bank utama.
  • Menawarkan lebih 65 instrumen kewangan termasuk Forex, logam, niaga hadapan dan saham.

Kesimpulan

Broker forex ICM Capital menawarkan perkhidmatan yang hampir serupa dengan broker forex yang ADA di Malaysia. Jika anda mempunyai modal yang besar, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan broker forex ini kerana deposit minimumnya adalah 200 USD.