FXCM Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

FXCM Markets Limited ditubuhkan pada tahu 1999 di New York, Amerika Syarikat dan menjadi salah satu perintis dan a leading broker forex yang menyediakab perdagangan dalam talian, pertukaran mata wang asing atau perdagangan CFD, Saham, Komoditi, Indeks dan “Spread betting” (yang tersedia untuk trade dari United Kingdom dan Ireland sahaja).

FXCM menawarkan dua jenis akaun dagangan iaitu akaun Standard dan akaun Active kepada pelanggan mereka. FXCM juga merupakan sebuah broker forex yang telah menerima banyak penghargaan sejak tahun 1999 antaranya adalah Top Rated 2020 Forex Trading Platform Oleh Investors Chronicle, Best Customer Support Oleh Fxempire 2018, Best Fx Provider Oleh Personal Wealth dan banyak lagi.

FXCM juga menyediakan ruang pembelajaran dan rujukan yang bermanfaat kepada pelanggan mereka dalam bentuk Video, Online Live Classroom dan SMS Trade Alerts yang disediakan secara percuma. Selain itu, mereka juga menyediakan sumber rujukan seperti Kalendar Ekonomi, Berita Pasaran, Live Forex Chart, Trade Volatility dan Heat Map. Saya akan Terangkan secara terperinci mengenai broker FXCM di bawah.

Laman Webhttps://www.fxcm.com
NegaraAmerika Syarikat
Tahun
Penubuhan
1999
Dikawal
Selia Oleh
FXCM Markets Limited (“FXCM Markets”) diperbadankan di Bermuda
sebagai anak syarikat operasi dalam kumpulan syarikat FXCM
(secara kolektif, “FXCM Group” atau “FXCM”).
Deposit Minimum500 USD
BonusAda disediakan
Leverage Maksimum1:400
Spread MinimumBermula dari 0.1
Platform DaganganTrading Station
MetaTrader 4
Ninja Trader
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan FXCM

  • Deposit serendah 50 USD
  • Proses pembukaan akaun dagangan yang mudah.
  • Tindak balas sokongan perkhidmatan pelanggan yang cepat dan informatif.

Kelemahan FXCM

  • Tidak dikawal-selia oleh badan-badan berkuasa yang kukuh.

Badan Berkuasa Yang Memantau Broker FXCM

FXCM Markets Limited (“FXCM Markets”) diperbadankan di Bermuda sebagai anak syarikat operasi dalam kumpulan syarikat FXCM (secara kolektif, “FXCM Group” atau “FXCM”). FXCM Markets tidak diperlukan untuk memegang lesen atau kebenaran perkhidmatan kewangan di Bermuda untuk menawarkan produk dan perkhidmatannya.

Produk-Produk Yang Didagangkan

FXCM (FXCM Group) menyediakan produk dagangan Forex, Share, Commodities, Indices dan Cryptocurrencies.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan FXCM

Sokongan perkhidmatan pelanggan FXCM (FXCM Group) beroperasi selama 24 jam, 5 hari dalam seminggu. Mereka boleh dihubungi melalui panggilan telefon, Live Chat, Email dan juga Fax. Sokongan perkhidmatan pelanggan FXCM tersedia dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa English. Selain itu, FXCM juga menyediakan ruang FAQ di laman web rasmi mereka yang menjawab soalan-soalan awam.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan oleh FXCM

Akaun Standard

Akaun Standard direka khas untuk retail trader. Akaun Standard FXCM tidak menetapkan minimum deposit tetapi anda di nasihatkan untuk deposit 50 USD ke atas. 

Deposit Minimum50 USD
Minimum Size Lot Dagangan0.01 Lot
Komisen (Forex/CFD)Tiada Komisen
Platform DaganganTrading Station, MetaTrader 4 dan Ninja Trader
Pelaksanaan DaganganDealing Desk
Dagangan SosialYa
ScalpingYa
HedgingYa

Akaun Active

Akaun Active direka khas untuk high volume investor. Anda akan mendapat status Active apabila anda deposit dan dapat mengekalkan baki 25000 USD ke atas setiap bulan. Akaun ini menawarkan spread paling rendah di FXCM dengan potongan komisen, sokongan khusus dan dan banyak lagi

Deposit Minimum25, 000 USD
Minimum Size Lot Dagangan0.1 Lot
Komisen (Forex/CFD)$50 juta sehingga 150 juta $3 setiap 1000 lot
$150 juta sehingga $500 juta – $2.5 setiap 1000 lot
Platform DaganganTrading Station, MetaTrader 4 dan Ninja Trader
Pelaksanaan DaganganHybrid
Dagangan SosialYa
ScalpingYa
HedgingYa

Deposit & Withdrawal Untuk Pedagang Dari Malaysia

Deposit

FXTM menyediakan kaedah deposit menggunakan Online Bank Transfer melalui bank-bank tempatan, Bank Wire, Neteller, MY FXCM (dengan menggunakan Kad Kredit/Kad Debit), dan Skrill. Deposit anda akan diproses dalam tempoh 2 hingga 3 jam jika anda deposit menggunakan Kad Kredit/Debit,  6 hingga 8 jam untuk local bank transfer, 1 hingga 2 hari bekerja untuk Bank Wire dan 1 hari bekerja untuk Skrill dan Neteller.

Withdrawal

Untuk proses pengeluaran dana pula (Withdrawal), anda perlu menggunakan kaedah yang sama dengan deposit. Contohnya, jika anda deposit akaun dagangan anda dengan menggunakan Bank Wire maka anda perlu membuat pengeluaran dana melalui Bank Wire. Wang anda akan dikreditkan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Pihak FXCM tidak mengenakan sebarang bayaran bagi proses deposit dan withdrawal tetapi anda mungkin akan dikenakan bayaran oleh pihak bank. Hal tersebut adalah diluar kawalan FXCM.

Leverage

FXTM menyediakan leverage sehingga 1:400 untuk akaun Standard dan akaun Active.

Platform Dagangan

FXCM menyediakan platform dagangan (trading tools)yang popular dalam industri forex iaitu MetaTrader 4 (MT4) dan Trading Station. Platform dagangan (trading tools) ini boleh dimuat turun di telefon pintar anda (tersedia untuk iOS dan Android), Desktop dan juga boleh diakses dalam versi website.

Cara Buka akaun Trading FXCM

Sila ikut langkah-langkah dibawah untuk buka akaun trading dengan FXCM Malaysia.

Langkah 1

Sila klik link ini untuk buka akaun dagangan https://www.fxcm.com/my/.

Kemudian sila pilih platform dagangan yang anda mahu.

Langkah 2

Sila isi nama, alamat email dan juga mata wang pilihan anda seperti gambar dibawah. Kemudian pilih Akaun Individu. Selepas itu klik butang “Meneruskan”.

Langkah 3

Sila isi maklumat peribadi anda seperti tempat kelahiran, tarikh lahir, kewarganegaraan, maklumat hubungan dan nombor Kad Pengenalan bagi pelanggan di Malaysia. Kemudian klik butang “Meneruskan”.

Langkah 4

Anda perlu menjawab beberapa soalan berkaitan dengan pekerjaan, pengalaman perdagangan forex dan juga maklumat sumber pendapatan. Selepas anda selesai menjawab soalan, sila klik butang “Meneruskan”.

Langkah 5

Sila masukkan soalan keselamatan, jawapan bagi soalan keselamatan, kata laluan, dan maklumat rujukan. Kemudian, sila baca terma dibahagian bawah dengan teliti. Kemudian sila tanda pilihan “Ya” selepas anda membaca dan memahami terma mereka. Kemudian, klik butang “Meneruskan”.

Langkah 6

Maklumat anda akan dipaparkan sekali lagi. Sila semak maklumat yang anda masukkan adalah benar. Selepas semuanya tepat, klik butang “Hantar”.

Langkah 7

Anda akan dibawa ke halaman seterusnya iaitu bahagian Risk Disclosure Notification. Sila baca dengan teliti. Jika anda sudah faham dan bersedia untuk menerima risiko perdagangan forex sila klik butang “Meneruskan dan Lengkap”. Jika anda menolak, sila klik butang “Batal” untuk membatalkan permohonan anda.

Langkah 8

Sila muat naik salinan Kad Pengenalan, Lesen Memandu atau Pasport untuk mengesahkan akaun dagangan anda. Harap maklum jika Kad Pengenalan anda menyatakan alamat kediaman anda sekarang, anda tidak perlu memuat naik bukti dokumen alamat, jika tidak sila muat naik dokumen bukti alamat anda seperti bill air, bill elektrik, bill telefon atau penyata bank yang terbaru.

Sila ambil perhatian bahawa akaun anda akan kekal di “Lock” jika anda tidak memuat naik dokumen pengesahan akaun anda.

Selepas anda memuat naik dokumen pengesahan dan akaun anda telah pun diaktifkan. Anda boleh deposit akaun dagangan anda dan mula berdagang.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker FXCM

  • Menawarkan kemudahan pembelajaran yang bermanfaat kepada pelanggan mereka seperti Free Online Live Classroom.
  • Menyediakan sumber rujukan seperti Kalender Ekonomi, Berita Pasaran, Live Forex Chart, Trade Volatility dan Heat Map.
  • Menerima banyak penghargaan seperti  Top Rated 2020 Forex Trading Platform Oleh Investors Chronicle, Best Customer Support Oleh Fxempire 2018, dan Best Fx Provider.
  • FXCM menyediakan kemudahan deposit dan withdrawal yang mudah seperti Online Bank Transfer melalui bank-bank tempatan.
  • FXCM menyediaka platform dagangan yang mudah digunakan iaitu MetaTrader 4.

Kesimpulan

Sebagai a leading broker forex, FXCM memberikan kelebihan kepada pedagang baru dan berpengalaman. Pedagang baru boleh memanfaatkan kemudahan pembelajaran yang ditawarkan oleh FXCM. Sementara itu, pedagang berpengalaman dan high volume trader boleh memanfaatkan peluang mereka untuk berdagang dengan FXCM dengan spread yang rendah, potongan komisen dan sokongan khusus. Walaupun Broker FXCM tidak dikawal-selia oleh badan-badan berkuasa yang kukuh tetapi Broker FXCM masih menjadi salah satu broker yang harus anda pertimbangkan.