AvaTrade Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

Dalam artikel ini, saya akan memberi ulasan (review) terperinci tentang forex broker yang dikenali sebagai AvaTrade. Anda boleh juga klik di sini untuk melawat laman sesawang rasmi AvaTrade.

AvaTrade merupakan sebuah syarikat forex broker yang gah dalam dunia forex. Ava Trade Ltd ini telah memulakan operasi pada tahun 2006 di Dublin, Ireland. Pada ketika ini (tahun 2020), Avatrade mempunyai 200,000 pedagang yang aktif dari seluruh pelusuk dunia yang membuat lebih daripada 2 juta trade setiap bulan.

Ava Trade mempunyai kepakaran dalam perdagangan atas talian (online trading) untuk kelas aset seperti Forex, saham, CFD untuk komoditi, ETF, bond dan indeks. Mereka mempunyai pejabat serantau dan pusat jualan di Paris, Dublin, Milan, Tokyo dan Sydney. Ibu pejabat pentadbiran syarikat ini terletak di Dublin, Ireland.

  • Laman web rasmi: avatrade.com
  • Negara: Ireland
  • Tahun Ditubuhkan: 2006
  • Pengawal Selia: MiFID, Central Bank of Ireland, ASIC, FSC, BVIFSC
  • Deposit Minimum: 100 USD
  • Leverage Maksimum: 1:400
  • Spread Minimum: 0.0
  • Platform Dagangan: Metatrader 4 (MT4), Metatrader 5 (MT5), AvaTradeGO, AvaOptions, Automated Trading, Web Trading, Mobile Trading, Mac Trading, MQL 5 – Signal Service.
  • Platform berasaskan web: Disediakan
  • Aplikasi Mudah Alih: Disediakan
  • Sokongan Pelanggan Di Malaysia: Disediakan

Siapa Yang Mengawal Aktiviti Broker AvaTrade?

Ava Trade dikawal selia oleh institusi kewangan di 5 negara.

  • European Union dipantau oleh Central Bank of Ireland (CBI) no. lesen C53877.
  • British Virgin Islands dipantau oleh Financial Services Commission FSC.
  • South Africa dipantau oleh Financial Services Board (FSB) dengan nombor lesen 45984.
  • Australia dipantau oleh Securities and Investments Commission (ASIC) dengan nombor lesen 406684.
  • Jepun dipantau oleh dua buah badan berkuasa iaitu, Financial Futures Association (FFA) dengan nombor lesen 1574 dan Financial Services Agency (FSA) dengan nombor lesen 1662.

Leverage & Spread AvaTrade

Leverage bergantung dengan jenis akaun yang anda pilih. Leverage untuk forex adalah 1:400, Gold 1:200, CrudeOil 1:100 dan tidak boleh diubah kecuali leverage untuk Forex yang mana boleh diubah ke 1:33.

Spread di Ava Trade bergantung dengan pair yang anda gunakan, contohnya untuk pair EUR/USD ianya bermula dari 0.6 spread.

Sokongan Pelanggan AvaTrade

Di Malaysia, anda boleh menghubungi mereka di laman sesawang www.avatrade.com.my. Anda boleh menghubungi mereka melalui nombor telefon yang tertera (di laman sesawang) atau anda boleh chat dengan ejen khidmat pelanggan mereka melalui chat bot yang disediakan. Sekiranya anda sudah menjadi trader dengan AvaTrade, anda akan dibantu oleh seorang pengurus khidmat pelanggan peribadi yang akan membantu anda untuk menyelesaikan sebarang isu yang anda mungkin hadapi.

Jenis Akaun AvaTrade

Akaun Spread Rendah

  • Deposit minimum: 5000 USD
  • Platform: Metatrader 4 (MT4)
  • Spread: Floating (5 angka perpuluhan)
  • Leverage: 1:400
  • Saiz lot minimum: 0.1
  • Saiz lot maksimum: 10000
  • Rebate ke atas spread: 10%
  • Bonus: Tidak disediakan

Akaun Standard

  • Deposit minimum: 100 USD (200 USD jika anda mahu mendapatkan deposit bonus).
  • Platform: Metatrader 4 (MT4)
  • Spread: Floating
  • Leverage: 1:400
  • Saiz lot minimum: 0.1
  • Saiz lot maksimum: 10000
  • Rebate ke atas spread: Tiada
  • Bonus: 20% daripada jumlah deposit (minimum 200 USD)

Akaun Islamik

  • Deposit minimum: 100 USD
  • Platform: Metatrader 4 (MT4)
  • Spread: Floating (Tambah 1 pip)
  • Leverage: 1:400
  • Saiz lot minimum: 0.1
  • Saiz lot maksimum: 10000
  • Rebate ke atas spread: 10% hingga 50% spread rebate
  • Bonus: 20% daripada jumlah deposit

Akaun Rebate

  • Deposit minimum: 500 USD
  • Platform: Metatrader 4 (MT4)
  • Spread: Floating
  • Leverage: 1:400
  • Saiz lot minimum: 0.1
  • Saiz lot maksimum: 10000
  • Rebate ke atas spread: 10% hingga 50% spread rebate
  • Bonus: 20% daripada jumlah deposit

Deposit & Withdrawal

Deposit – Ava Trade menawarkan pelanggan dengan pelbagai pilihan deposit. Pedagang boleh deposit akaun mereka dengan menggunakan kad kredit (VISA, MasterCard, debit), Bank Wire Transfer, dan melalui E-Wallet seperti Paupal, Skrill, NETELLER dan WebMoney. Minimum deposit adalah serendah 100 USD.

Withdrawal – Trader boleh membuat pengeluaran dana melalui kaedah yang sama digunakan semasa membuat deposit. Pengeluaran biasanya mengambil masa sehingga 5 hari bekerja untuk diproses. Kaedah pengeluaran dana yang terpantas adalah melalui Ava Debit Mastercard, yang mana anda boleh memohon Ava Debit Mastercard ini sekali semasa proses mendaftar akaun trading.

Kelebihan Broker AvaTrade

  • Dipantau oleh 6 badan berkuasa iaitu CBI (C53877), FSC, FSB (45984), ASIC (406684), FFA (1574).
  • Proses untuk membuka akaun trading amat mudah dan cepat.
  • Proses deposit dan pengeluaran yang percuma serta anda mempunyai beberapa pilihan deposit dan pengeluaran.
  • Kadar caj trading yang rendah.
  • Sumber dan bahan pembelajaran yang bagus (video, webinar, ebook dsb).
  • 250+ instrumen untuk berdagang termasuk forex, cryptocurrency, saham, komoditi dan indeks.
  • Desktop, tablet, mobile dan perdagangan berasaskan web dengan MetaTrader 4 dan AvaTradeGO.
  • Pelbagai platform perdagangan automatik dan keserasian EA.
  • Dana pelanggan diletakkan dalam akaun berasingan untuk meningkatkan keselamatan.
  • Laman web perdagangan terdapat dalam lebih daripada 20 bahasa.

Kesimpulan

Broker AvaTrade adalah broker yang sangat popular di kalangan trader-trader di Malaysia berbanding dengan broker-broker yang lain kerana kadar deposit yang rendah, merupakan broker yang terkemuka di dunia, mereka mempunyai pejabat di Malaysia untuk membantu trader-trader dari Malaysia dan mereka menyediakan persekitaran trading (trading conditions) yang baik.