Pepperstone Malaysia Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2024

Ini adalah review atau ulasan kami tentang Pepperstone broker bagi tahun 2024.

Anda tak nak baca Pepperstone review? Nak pergi terus ke laman web rasmi Pepperstone? Klik butang di bawah:

Pepperstone ditubuhkan pada tahun 2010 di Melbourne Australia dan kini beroperasi di alamat Sea Sky Lane, B201, Sandyport, Nassau, New Providence, The Bahamas.

Menurut Pepperstone, misi utama mereka adalah untuk mewujudkan perdagangan atas talian yang berteknologi tinggi dan memberi peluang kepada peniaga yang bercita-cita tinggi untuk berdagang di pasaran global yang lebih mencabar.

Pepperstone menyediakan produk dagangan CFD seperti Forex, Indices, Commodities, Share dan Cryptocurrencies kepada pelanggan mereka. Pepperstone juga menyediakan pelbagai platform dagangan forex iaitu MetaTrader 4 (MT4), MetaTrader 5 (MT5), cTrader dan TradingView.

Mereka telah mendapat beberapa anugerah seperti Best MT4 Broker 2022 dan Best FX Broker Overall 2022 dan banyak lagi.

Laman Webhttps://pepperstone.com
NegaraAustralia
Tahun Penubuhan2010
Dikawal Selia OlehASIC, SCB, CySEC, DFSA, BaFin, CMA dan FCA
Deposit Minimum1 USD
BonusTiada
Leverage Maksimum1:200 untuk retail
1:500 untuk profesional
Spread Minimum0.0 pip
Platform DaganganMT4
MT4
cTrader
TradingView
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan Pepperstone

  • Anda boleh deposit serendah 1 USD.
  • Dikawal-selia oleh badan-badan berkuasa yang boleh dipercayai.
  • Menyediakan platform dagangan MT4, MT5, cTrader dan TradingView

Kelemahan Pepperstone

  • Laman web rasmi tidak ada pilihan Bahasa Melayu.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau Pepperstone

Pepperstone dikawal-selia oleh beberapa badan berkuasa dari tujuh buah negara iaitu Australia, Bahamas, Cyprus, Dubai, Germany, Kenya dan United Kingdom.

  • Pepperstone Group Limited yang beralamat di Level 16, Tower One, 727 Collins Street, Melbourne VIC 3008 AUSTRALIA dikawal-selia oleh Australian Securities & Investments Commission (ASIC).
  • Pepperstone Markets Limited yang beralamat di Sea Sky Lane, B201 Sandyport, Nassau, New Providence, The Bahamas dikawal-selia oleh Securities Commission of The Bahamas (SCB)
  • Pepperstone EU Limited yang beralamat di Franklin Roosevelt 142, Limassol 3011, CYPRUS dikawal-selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC)
  • Pepperstone Financial Services (DIFC) Limited yang beralamat di Al Fattan Currency House, Tower 2, Level 15 – Office 1502A, DIFC Dubai, United Arab Emirates dikawal-selia oleh ubai Financial Services Authority (DFSA)
  • Pepperstone GmbH yang beralamat di Neubrückstrasse 1, 40213 Düsseldorf dikawal-selia oleh Federal Financial Supervisory Authority BaFin
  • Pepperstone Markets Kenya Limited yang beralamat di The Oval Ring Road, Westlands, P.O Box 2905-00606, Nairobi, Kenya dikawal-selia oleh Capital Markets Authority (CMA)
  • Pepperstone Limited yang beralamat di 70 Gracechurch St, London EC3V 0XL, UNITED KINGDOM dikawal-selia oleh Financial Conduct Authority (FCA)

Produk-Produk Yang Didagangkan

Pepperstone menawarkan produk dagangan lebih daripada 60 pasangan forex, 25 index, lebih daripada 900 share, 18 commodity, 18 cryptocurrency, dan 3 currency index. 

Pedagang yang memilih untuk berdagang di platform dagangan MT4 mempunyai peluang untuk berdagang dengan saham CFD Amerika Syarikat.

Terdapat lebih daripada 900 saham Amerika Syarikat yang boleh dipilih untuk didagangkan sebagai CFD dengan komisen serendah 0.02 USD per saham. Selain itu, anda juga boleh berdagang Saham Hong Kong dengan Pepperstone.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan Pepperstone

Wakil perkhidmatan pelanggan mereka boleh dihubungi melalui panggilan telefon di nombor +1786 628 1209. Mereka juga boleh dihubungi melalui email di support@pepperstone.com.

Untuk mendapatkan tindak balas yang lebih cepat, anda boleh menghubungi mereka melalui Live Chat yang tersedia di laman web rasmi mereka atau melalui aplikasi Whatsapp.

Perkhidmatansokongan pelanggan mereka tersedia selama 24 jam, 7 hari seminggu dan mempunyai empat pilihan bahasa termasuk Bahasa Inggeris.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Pepperstone

Pepperstone menawarkan dua jenis akaun dagangan iaitu akaun Razo dan akaun Standard. Kedua-dua akaun tersebut merangkumi perkara seperti berikut:

  • Size perdagangan minimum 0.01 lot
  • Size perdagangan minimum 100 lot
  • Leverage 1:200 untuk retail dan 1:500 untuk profesional
  • Minimum deposit 1 USD
  • Matawang yang tersedia adalah AUD, USD, JPY, GBP, EUR, CAD, CHF, NZD, SGD and HKD
  • Scalping dibenarkan
  • Expert advisor (EA) dibenarkan
  • Hedging dibenarkan
  • Berita dagangan tersedia
  • Tidak ada “dealing desk execution”

Akaun Razor

Spread Gred InstitusiYa
Purata spread EURUSD0.0 – 0.3 pip
KomisenDari $7 pusingan 100k diniagakan
Rollover SwapsSila  rujuk platform dagangan anda untuk kadar pasaran
Sesuai UntukPedagang scalpers dan algorithmic

Akaun Standard

Spread Gred InstitusiYa
Purata spread EURUSD0.6 pips
Komisen0
Rollover SwapsSila  rujuk platform dagangan anda untuk kadar pasaran
Sesuai UntukPedagang baru

Deposit Dan Withdrawal

Deposit

Anda boleh membuat deposit ke dalam akaun trading anda dengan menggunakan Visa, Mastercard, POLi, Bank transfer, BPay, PayPal, Neteller, Skrill dan Union Pay. Untuk membuat deposit, anda hanya perlu login ke Member Area dan klik butang “Funds” kemudian pilih kaedah deposit yang anda mahu.

Withdrawal

Anda boleh mengeluarkan keuntungan anda melalui kaedah yang sama seperti deposit. Contohnya, jika anda deposit menggunakan Bank Transfer maka anda perlu mengeluarkan dana dengan menggunakan Bank Transfer. 

Anda perlu mengesahkan permintaan pengeluaran dana dalam masa satu jam dengan mengklik pautan “Terima Pengeluaran” yang disertakan dalam email pengesahan pengeluaran. Sekiranya akaun anda mempunyai 2 Factor Authentication (2FA), anda hanya perlu masukkan kod dari aplikasi Authenticator anda untuk mengesahkan pengeluaran.

Leverage

Untuk pelanggan Pepperstone di Malaysia, anda akan berdagang dibawah Pepperstone Markets Limited yang dikawal selia oleh Securities Commission of the Bahamas (SIA-F217).

Oleh itu, leverage untuk pasangan mata wang utama boleh mencapai sehingga 500:1 bergantung pada instrumen dagangan yang anda pilih.

Platform Yang Disediakan Oleh Pepperstone Untuk Melaksanakan Dagangan

Pepperstone menawarkan empat platform dagangan untuk memenuhi keperluan perdagangan pelanggan mereka iaitu MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader dan TradingView yang dilengkapi dengan peralatan dagangan yang mudah digunakan.

Platform dagangan ini boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda, tablet, desktop dan aplikasi web mereka. 

Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan Pepperstone

Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk buka akaun dagangan Pepperstone.

Langkah 1

Klik butang di bawah untuk buka akaun dagangan dengan Pepperstone.

Kemudian, sila isi maklumat yang diminta seperti gambar di bawah.

Selepas semuanya telah diisi, sila klik butang “Sign up” untuk ke step seterusnya.

Langkah 2

Sila isi maklumat yang diminta seperti gambar di bawah. Kemudian, klik butang “Next”.

Langkah 3

Pada bahagian ini, anda perlu memilih platform dagangan, jenis akaun dan juga leverage anda.

Selepas anda selesai membuat pilihan, sila klik butang “Next” untuk ke step seterusnya.

Langkah 4

Di bahagian ini anda perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pekerjaan dan pendapatan serta pengalaman perdagangan anda.

Langkah 5

Selepas anda menjawab semua soalan tersebut, pihak Pepperstone akan menghantar pengesahan alamat email ke alamat email yang anda berikan sebagai pengesahan.

Sila semak email anda dan klik butang “Confirm my email” untuk mengesahkan email anda.

Langkah 6

Selepas itu, anda perlu mengesahkan nombor telefon anda pula.

Klik butang “SEND SMS” kemudian sila masukkan kod pengesahan yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda untuk mengesahkan nombor telefon anda.

Step 7

Akhir sekali adalah, anda perlu memuat naik salinan Kad Pengenalan depan dan belakang anda. Ini bertujuan untuk mengesahkan dan mengaktifkan akaun dagangan anda.

Sila klik butang “Start” dan muat naik salinan Kad Pengenalan anda. Selepas itu, klik butang “Continue”

Langkah 8

Pendaftaran akaun anda akhirnya selesai.

Di bahagian ini, anda boleh terus deposit akaun dagangan anda dengan menekan butang “Fund Now”. Anda boleh deposit dengan menggunakan Online Bank Transfer melalui bank tempatan Malaysia serendah 1 USD.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Pepperstone

  • Pepperstone mendapat pengiktirafan sebagai Best Forex ECN Broker 2018 oleh UK Forex Award, Best Client Relationship Manager Service 2019 oleh Professional Trader Awards, Best Trading Platform 2018 oleh Compareforexbrokers.com dan banyak lagi.
  • Pepperstone tidak menetapkan minimum deposit, oleh itu anda boleh mula berdagang dengan deposit serendah 1 USD.
  • Menawarkan tiga jenis platform perdagangan iaitu MT4, MT5, cTrader dan TradingView.
  • Dikawal-selia oleh badan-badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai iaitu ASIC, SCB, CySEC, DFSA, BaFin, CMA dan FCA.
  • Menurut Pepperstone kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka.
  • Anda boleh berdagang dengan Forex, Indices, Commodity, Share, Cryptocurrencies, Currency Indices dan EFT.
  • Mempunyai sumber rujukan pembelajaran dan analisis yang bermanfaat.

Kesimpulan

Pepperstone menawarkan pengalaman perdagangan yang lengkap kepada pelanggan mereka dalam komuniti broker forex dalam talian. Pepperstone juga dikawal-selia dengan baik oleh badan-badan berkuasa yang boleh dipercayai seperti ASIC, BaFin, CMA, CySEC, DFSA, FCA dan SCB. Selain itu, Pepperstone juga menyediakan rujukan pembelajaran yang bermanfaat kepada pelanggan mereka seperti video tutorial bagaimana menggunakan platform dagangan MT4. Yang lebih menarik adalah, Pepperstone tidak mengenakan sebarang minimum deposit, oleh itu anda boleh mula berdagang dengan deposit serendah 1 USD sahaja.

Amaran Risiko

CFD ialah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko yang tinggi untuk kehilangan wang anda dengan cepat disebabkan oleh leverage. 81.18% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda telah memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi untuk kehilangan wang anda. Rujuk RDN mereka dan dokumen undang-undang lain. Pepperstone Markets Limited, SCB no. SIA-F217.