MTrading Malaysia Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2023

Jika anda sedang mencari broker forex yang boleh dipercayai, mudah nak withdraw, menawarkan spread yang berpatutan, dan mempunyai deposit minimum yang rendah di Malaysia, maka anda datang di tempat yang betul. Oleh itu, sila baca artikel ini sehingga selesai. Mungkin broker forex ini yang anda cari.

Anda tak nak baca MTrading review? Nak pergi terus ke laman web rasmi MTrading? Klik butang di bawah:

Pada masa kini, peluang untuk melabur dalam pasaran kewangan semakin mudah. Salah satu cara yang paling popular untuk melibatkan diri dalam pasaran kewangan adalah melalui dagangan Forex atau Forex trading. Langkah pertama dalam perjalanan forex anda ialah membuka akaun dagangan dengan broker forex. Di Malaysia, ada banyak broker forex yang anda boleh pilih dan satu yang patut dipertimbangkan ialah MTrading.

Artikel ini akan menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh broker forex MTrading Malaysia secara mendalam seperti jenis akaun dagangan yang disediakan, kaedah deposit dan withdrawal, instruments dagangan, platform dagangan dan banyak lagi.

MTrading merupakan broker forex yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talia yang membolehkan perdagangan pasangan mata wang, logam berharga, saham, indeks, dan bahan api fosil. Mtrading ditubuhkan pada tahun 2012, namun MTrading baru sahaja mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2018.

Pada tahun 2022, MTrading telah menerima beberapa anugarah atau award seperti Best broker for professionals in Asia-Pacific dan Best broker for beginners in Asia-Pacific.

Badan Berkuasa Yang Memantau MTrading Malaysia

Broker forex MTrading berdaftar dan merupakan ahli The Financial Commission. Dimana kepentingan pelanggan MTrading dilindungi oleh Dana Pampasan Suruhanjaya Kewangan sehingga €20 000 bagi setiap tuntutan.

Selain itu, kualiti pelaksanaan MTrading juga telah disahkan oleh VMT dan mematuhi piawaian pelaksanaan terbaik.

Laman Webhttp://mtrading.com
NegaraSanto Kitts dan Nevis
Tahun Penubuhan2012
Dikawal Selia OlehThe Financial Commission dan Verify My Trade (VMT)
Deposit Minimum10 USD
BonusAda
Leverage MaksimumSehingga 1000
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan MTrading

  • Deposit minimum rendah iaitu 10 USD sahaja.
  • Leverage tinggi sehingga 1000.
  • Sesuai untuk trader baru dan trader berpengalaman.

Kelemahan Mtrading

  • Tidak ada sokongan perkhidmatan pelanggan pada hujung minggu

Produk Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Mtrading Malaysia

Forex broker MTrading menawarkan beberapa produk dagangan atau instruments dagangan kepada traders Malaysia. Instruments dagangan yang ditawarkan adalah Commodities, Indices, Crypto, dan CFD.

Sokongan Perkhidmatan Pelanggan

How can I help you? Beautiful call center workers in headphones are working at modern office.

Sokongan perkhimdatan pelanggan MTrading di Malaysia tersedia dari hari Isnin hingga Jumaat. Anda boleh menghubungi mereka melalui Live Chat yang tersedia di website rasmi MTrading atau melalui email di support@mtrading.com.

Sokongan perkhidmatan pelanggan tersedia dalam beberapa jenis bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mereka juga menyediakan halaman Fequent Ask Questions di website rasmi mereka yang boleh menjadi sumber rujukan.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan oleh MTrading

MTrading menawarkan tiga jenis akaun (accounts types) dagangan atau trading account kepada pelanggan mereka. Akaun dagangan tersebut adalah M.Cent, M.Premium dan M.Pro. Ketiga-tiga jenis akaun dagangan ini mempunyai tawaran dan syarat dagangan yang berbeza.

M.Cent

Akaun dagangan M.Cent adalah jenis akaun mikro. Ia membolehkan traders untuk berdagang dengan saiz yang lebih kecil. Selain itu, minimum deposit pula hanya 10 USD. Akaun M.Cent ini sesuai untuk trader baru atau trader berpengalaman yang ini menguji platform perdagangan MTrading.

Minimum deposit10 USD
Instrument daganganCurrencies – 27, Spot metal CFDs – 2, Cash Indices – 2 dan Crypto – 1
LeverageFloating (sehingga 1000)
SpreadBermula dari 1 pip
Limit/ Stop levelTiada
Komisen Tiada
Jenis PelaksanaanPelaksanaan pasaran
RequotesTiada
Saiz pesanan minimum (lot)0.01 (step 0.01)
Saiz pesanan maksimum (lot)1
Maksimum open dan pending order200
Stop out0.3
HedgingYa
Trading platformMetaTrader 4
Mobile tradingAndroid dan Apple
Automated Trading (EA)Ya
Ciri tambahanMetaTrader 4 Supreme Edition, Perdagangan satu klik

M.Premium

Akaun dagangan M.Premium merupakan akaun standard yang ditawarkan oleh MTrading. Akaun M.Premium menyediakan lebih 100 instrumen dagangan dengan hanya minimum deposit serendah $100.

Minimum deposit100 USD
Instrument daganganCurrencies – 38, Spot metal CFDs – 4, Spot energy CFDs – 3, Cash indices – 10, Stock CFDs – 67 dan Crypto – 12
LeverageFloating (sehingga 1000)
SpreadBermula dari 1 pip
Limit/ Stop levelTiada
Komisen Tiada
Jenis PelaksanaanPelaksanaan pasaran
RequotesTiada
Saiz pesanan minimum (lot)0.01 (step 0.01)
Saiz pesanan maksimum (lot)100
Maksimum open dan pending order200
Stop out0.3
HedgingYa
Trading platformMetaTrader 4
Mobile tradingAndroid dan Apple
Automated Trading (EA)Ya
Ciri tambahanMetaTrader 4 Supreme Edition, Perdagangan satu klik

M.Pro

Akaun dagangan M.Pro memerlukan deposit minimum yang lebih tinggi berbanding dengan akaun M.Cent dan akaun M.Premium. Minimum deposit bagi akaun dagangan ini adalah 500 USD. Kelebihan akaun trading M.Pro adalah ianya zero spread. Jika anda mempunyai modal yang besar, anda boleh memilih akaun M.Pro.

Minimum deposit500 USD
Instrument daganganCurrencies – 38, Spot metal CFDs – 4, Spot energy CFDs – 3, Cash indices – 10 dan Crypto – 12
LeverageFloating (sehingga 1000)
SpreadBermula dari 0 pip
Limit/ Stop levelTiada
Komisen $4 setiap 1.0 lot
Jenis PelaksanaanPelaksanaan pasaran
RequotesTiada
Saiz pesanan minimum (lot)0.01 (step 0.01)
Saiz pesanan maksimum (lot)200
Maksimum open dan pending order200
Stop out0.3
HedgingYa
Trading platformMetaTrader 4
Mobile tradingAndroid dan Apple
Automated Trading (EA)Ya
Ciri tambahanMetaTrader 4 Supreme Edition, Perdagangan satu klik

Selain daripada tiga akaun dagangan di atas, MTrading juga menawarkan akaun demo dan kaun swap-free.

Deposit & Withdrawal

Mtrading menawarkan beberapa kaedah deposit kepada pelanggan mereka bagi memudahkan proses pengeluaran dana dilakukan.

Deposit

MTrading menyediakan pelbagai kaedah deposit yang mudah dan selesa, termasuk Perbankan Dalam Talian, Visa Mastercard, Cryptocurrency, TouchnGo, Local Deposit, Neteller, Skrill dan Perfect Money.

Bagi trader di Malaysia, cara yang paling mudah dan sesuai untuk membuat deposit adalah melalui Pembayaran Perbankan Dalam Talian menggunakan bank tempatan seperti Maybank, CIMB, RHB Bank, dan banyak lagi.

Withdrawal

Broker forex MTrading Malaysia menyediakan beberapa kaedah pembayaran kepada pelanggan mereka. Anda boleh membuat pengeluaran melalui Perbankan Atas Talian, Local Depositor, Neteller, Skrill dan Perfect Money.

Bagi trader dari Malaysia, saya mengesyorkan anda menggunakan kaedah online banking kerana ia lebih mudah dan lebih efisien.

Untuk mengeluarkan wang anda dari akaun trading MTrading, anda perlu mengesahkan akaun dagangan anda terlebih dahulu. Proses pengesahan ini mudah sahaja. Anda boleh membuat pengesahan melalui Trader Room anda.

Platform Perdagangan

MTrading menawarkan beberapa platform dagangan kepada pelanggan mereka iaitu:

MetaTrader 4 (MT4)

MetaTrader 4

MT4 adalah platform dagangan forex yang popular di kalangan pedagang Malaysia. Ia menawarkan carta, analisis teknikal, dan pelbagai alat dagangan. Dengan MT4, pedagang boleh berdagang mata wang asing dengan mudah dan cekap, serta menggunakan pelbagai strategi dagangan.

MT4 Supreme Edition

MT4 Supreme Edition

MT4 Supreme Edition ialah platform lanjutan MetaTrader 4 (MT4) yang dibangun oleh MTrading. Platform ini mempunyai pelbagai fungsi dagangan dengan ciri tambahan. Ia menyediakan pelbagai alat analisis, carta, berita langsung dan alat pengurusan risiko.

Dengan MT4 Supreme Edition, trader boleh memperhalus strategi mereka dan meningkatkan prestasi dagangan mereka dengan lebih mudah. Ciri tambahan ini membolehkan pedagang mengakses pelbagai alat yang berguna untuk membantu mereka membuat keputusan perdagangan yang lebih baik dan mencapai matlamat kewangan mereka.

MetaTrader 4 WebTrader

MetaTrader 4 WebTrader

MetaTrader 4 WebTrader ialah platform perdagangan dalam talian yang mudah digunakan untuk memantau pasaran, menganalisis carta, dan menjalankan urusniaga mata wang serta aset lain.

MT4 MultiTerminal

MT4 MultiTerminal adalah platform perdagangan MetaTrader 4 yang membolehkan account manager menguruskan beberapa akaun dagangan dengan mudah.

Bonus Yang Ditawarkan Oleh MTrading

Broker forex MTrading menawarkan beberapa bonus kepada pelanggan mereka. Bonus yang ditawarkan adalah:

30$ Bonus Deposit

$30 Bonus Selamat Datang adalah tawaran promosi yang diberikan kepada pelanggan baru oleh MTrading. Pelanggan yang mendaftar dan memenuhi syarat akan menerima bonus sebesar $30 untuk memulakan perdagangan mereka.

Bonus ini dapat digunakan untuk melakukan transaksi di platform MTrading dan merupakan kesempatan yang baik bagi para pemula untuk merasakan perdagangan forex tanpa risiko besar. Namun, penting untuk memahami persyaratan dan ketentuan yang ditetapkan untuk bonus ini sebelum menggunakannya.

200% Deposit Bonus

Promosi Bonus Deposit 200% yang ditawarkan oleh MTrading, di mana jika anda mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun dagangan anda, anda akan menerima bonus tambahan sebanyak 200% daripada jumlah deposit anda.

Sebagai contoh, jika anda mendepositkan RM100, anda akan menerima RM200 sebagai bonus. Bonus ini bertujuan untuk meningkatkan modal dagangan anda. Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi sebelum anda boleh mengeluarkan bonus.

Cara Untuk Buka Akaun Trading MTrading

Cara buka akaun Trading MTrading mudah sahaja. Saya akan terangkan di bawah ini.

Langkah 1

Klik butang “Buka Akaun” di bawah untuk buka akaun dagangan MTrading.

Langkah 2

Masukkan alamat email anda dan klik butang “Continue”

Langkah 3

Masukkan nama penuh dan nombor telefon anda dan klik butang “Open Account”.

Langkah 4

Sila semak email anda untuk mengaktifkan akaun dagangan MTrading anda.

Langkah 5

Dalam email tersebut, klik butang “Login” untuk melengkapkan pendaftaran akaun trading anda.

Langkah 6

Sila cipta kata laluan untuk akaun trading anda. Kemudian klik butang “Next”

Langkah 7

Kemudian anda perlu mengesahkan akaun dagangan anda. Sila klik butang Verify untuk mengesahkan akaun anda.

Langkah 8

Selepas itu, sila muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda. Caranya mudah sahaja, pergi ke bahagian Personal Information dan klik butang “Verify Account” seperti gambar di bawah. Kemudian muat naik dokumen pengesahan atau KYC anda.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Forex MTrading?

  • Broker Forex seperti MTrading menawarkan akses kepada pelbagai pasangan mata wang.
  • MTrading telah beroperasi dalam industri forex untuk waktu yang cukup lama, menciptakan reputasi yang kuat dalam menyediakan layanan trading yang handal.
  • MTrading mendakwa bahawa mereka menyediakan teknologi terkini dan platform dagangan yang canggih. Ini boleh membantu peniaga mengoptimumkan strategi dagangan mereka dengan alat dan ciri yang inovatif.
  • MTrading menawarkan pelbagai jenis akaun dagangan untuk memenuhi keperluan dan tahap pengalaman pedagang, termasuk akaun demo untuk pemula yang ingin belajar dan akaun langsung (live account) untuk pedagang berpengalaman.
  • Pasukan sokongan pelanggan MTrading digambarkan sebagai profesional dan bersedia untuk membantu pedagang dengan soalan dan masalah mereka. Ini mewujudkan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pelanggan mereka.

Kesimpulan

Dalam ini, kita telah melihat bagaimana broker forex ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelbagai jenis pedagang. Dengan deposit minimum yang rendah, leverage yang tinggi dan pelbagai jenis akaun dagangan, MTrading menyediakan pelbagai pilihan untuk pedagang dari semua peringkat pengalaman.

Mereka juga menawarkan sokongan pelanggan yang baik dan pelbagai platform dagangan yang canggih. Dengan reputasi yang kukuh dalam industri forex, MTrading adalah pilihan yang baik untuk sesiapa yang mencari broker forex yang boleh dipercayai di Malaysia pada tahun 2023.