IC Markets Malaysia Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2024

IC Markets Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007 di Sydney, Australia. IC Markets ditubuhkan oleh pasukan profesional dalam industri perkhidmatan kewangan yang berperanan dalam kejayaan IC Markets menjadi penyedia CFD terbesar yang sah dan dikawal-selia. Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh dunia dan dikawal selia oleh Financial Services Authority of Seychelles (FSA) dan Australian Securities and Investments Commission (ASIC).

Misi IC Markets adalah untuk mewujudkan persekitaran perdagangan yang terbaik dan telus bagi pelanggan runcit dan institusi yang membolehkan para pedagang memberi tumpuan lebih kepada perdagangan mereka. Dibina oleh pedagang untuk pedagang IC Markets didedikasikan untuk menawarkan spread, pelaksanaan dan perkhidmatan yang unggul.

IC markets menyediakan rujukan dan pembelajaran di laman web rasmi mereka seperti webinar, panduan dalam bentuk video, web TV dan banyak lagi. Selain itu, mereka menawarkan alat perdagangan seperti blog analisis pasaran, kalkulator forex, kalender ekonomi dan glosari forex. IC markets menawarkan empat jenis pilihan akaun dagangan iaitu akaun ECN, akaun cTrader, akaun Standard dan akaun Islamic. Pada masa yang sama, IC Markets juga menawarkan tiga platform dagangan kepada pelanggan mereka iaitu MetaTrader 4 (MT4), MetaTrader 5 (MT5) dan cTrader.

Laman Webhttps://www.icmarkets.com
NegaraAustralia
Tahun
Penubuhan
2010
Dikawal
Selia Oleh
ASIC No. lesen 335692
FSA No. pendaftaran 362/18.
Deposit Minimum200 USD
BonusAda disediakan
Leverage Maksimum1:500
Spread Minimum0.0
Platform DaganganMT4
MT5
cTrader
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan

  • Dikawal-selia oleh ASIC No. lesen 335692 dan FSA No. pendaftaran 362/18.
  • Mempunyai pilihan akaun Islam.
  • Spread rendah bermula daripada 0.0 pip untuk akaun cTrade.

Kelemahan

  • Minimum deposit tinggi iaitu 200 USD

Badan Berkuasa Yang Memantau IC Markets

IC Markets dikawal-selia oleh Australian Securities and Investment Commission (ASIC) dengan nombor lesen 335692 dan The Seychelles Financial Services Authority (FSA) dengan nombor pendaftaran 362/18.

Produk-Produk Yang Didagangkan

IC Markets menyediakan beberapa produk dagangan iaitu Forex, Commodities, Indices, Bonds, Digital currencies, Stocks dan Futures

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan IC Markets boleh dihubungi melalui panggilan telefon, email dan Live Chat yang tersedia 24 jam, 7 hari seminggu. Sokongan perkhidmatan pelanggan mereka tersedia dalam pelbagai pilihan bahasa termasuk Bahasa English dan Bahasa Melayu. Selain itu, IC Markets juga menyediakan ruang Help Center di laman web rasmi mereka yang menjawab soalan-soalan umum.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh IC Markets

Akaun ECN

Platform DaganganMT4
MT5
Komisen Per Lot$3.5
SpreadBermula daripada 0.0 pip
Deposit Minimum200 USD
Leverage1:500
Lokasi ServerLondon
Micro Lot Trading (0.01)Ya
Pasangan Matawang64
Index CFD TradingYa
Stop Out Level50%
One-Click TradingYa
Akaun IslamYa
Gaya Perdagangan
Yang Dibenarkan
Semua dibenarkan
Sesuai UntukDay Trader
Scalper

Akaun cTrader

Platform DagangancTrader
Komisen Per Lot$3.0
SpreadBermula daripada 0.0 pip
Deposit Minimum200 USD
Leverage1:500
Lokasi ServerLondon
Micro Lot Trading (0.01)Ya
Pasangan Matawang64
Index CFD TradingYa
Stop Out Level50%
One-Click TradingYa
Akaun IslamYa
Gaya Perdagangan
Yang Dibenarkan
Semua dibenarkan
Sesuai UntukDay Trader
Scalper

Akaun Standard

Platform DaganganMT4
MT5
Komisen Per Lot$0.0
SpreadBermula daripada 1.0 pip
Deposit Minimum200 USD
Leverage1:500
Lokasi ServerNew York
Micro Lot Trading (0.01)Ya
Pasangan Matawang64
Index CFD TradingYa
Stop Out Level50%
One-Click TradingYa
Akaun IslamYa
Gaya Perdagangan
Yang Dibenarkan
Semua dibenarkan
Sesuai UntukDiscretionary Traders

Akaun Islamik

Instrumen DaganganMempunyai lebih daripada 90 Instrumen dagangan
Leverage1:500
SpreadBermula daripada 0.0 pip
KosTiada kos tambahan sebagai ganti swap
Platform DaganganMT4
MT5

Deposit & Withdrawal

Deposit

IC Markets menawarkan beberapa cara untuk memasukkan dana ke dalam akaun perdagangan pelanggan mereka. Kaedah deposit yang disediakan adalah pemindahan Online Bank Transfer, Wire Transfer, Paypal, kad kredit, Skrill, Neteller, UnionPay, Bpay, FasaPay dan Poli. Semua transaksi adalah instant kecuali anda deposit dengan menggunakan Wire Transfer, ia mengambil masa 2 hingga 5 hari bekerja.

Withdrawal

Anda boleh mengeluarkan dana dari akaun perdagangan anda dengan mengemukakan permintaan pengeluaran dari Client Area anda. Kaedah pengeluaran dana bergantung pada kaedah deposit yang anda gunakan untuk deposit akaun anda pada awalnya. Semua pengeluaran yang diterima sebelum jam 12:00 tengah hari AEST/AEDT akan diproses pada hari perniagaan yang sama. Permintaan pengeluaran dana akan diproses dalam tempoh 1 jam hingga 3 hari bekerja.

IC Markets tidak akan dikenakan bayaran deposit dan pengeluaran kecuali anda menggunakan kaedah Wire Transfer, anda akan dikenakan bayaran sebanyak 20 AUD (bank fee).

Leverage

IC Markets menawarkan leverage 1: 1 hingga 1: 500. Anda boleh menukar leverage akaun perdagangan anda melalui Client Area anda.

Platform Yang Disediakan Oleh IC Market Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan

IC Market menawarkan tiga platform dagangan iaitu MT4, MT5 dan cTrader. MT4 dan MT5 boleh dimuat turun di desktop anda (MAC) sementara cTrader boleh diakses dalam versi website. Semua platform boleh dimuat ke telefon pintar anda (iOS dan Andorid).

Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan IC Markets Malaysia

Sila ikut langkah-langkah dibawah untuk buka akaun trading dengan IC Markets Malaysia

Langkah 1

Sila klik link ini untuk buka akaun dagangan IC Markets https://www.icmarkets.com

Kemudian, sila masukkan maklumat peribadi anda seperti gambar dibawah. Kemudian klik butang Next.

Langkah 2

Sila pilih jenis akaun anda sama ada Individual, Join atau Corporate. Selepas itu, sila isi tarikh lahir dan alamat kediaman anda. Kemudian klik butang Next.

Langkah 3

Sila pilih platform dagangan, jenis akaun dagangan anda dan mata wang akaun dagangan anda. Selepas membuat pilihan, sila klik butang Next untuk ke halaman seterusnya.

Langkah 4

Anda akan dibawa ke halaman seterusnya iaitu halaman Declaration. Sila tentukan tahap pengalaman perdagangan anda dan soalan keselamatan. Sila baca Declaration dihagian bawah dengan teliti. Selepas itu, sila klik butang Accept Declaration & Submit.

Langkah 5

Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan pekerjaan, pendapatan dan pengalaman perdagangan anda. Sila jawab semua soalan tersebut mengikut kesesuaian anda.

Langkah 6

Akhir sekali, sila muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda. Dokumen yang diperlukan adalah;

  • Pengesahan identiti – Salinan Pasport, salinan lesen memandu atau salinan Kad Pengenalan.
  • Pengesahan kediaman-  Bill utiliti, bill telefon, bill internet atau penyata bank.

Langkah 7

Akaun dagangan anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam sehingga 48 jam. IC Markets akan menghantar email pemberitahuan bahawa akaun dagangan anda telah pun diaktifkan. Selepas itu, anda boleh deposit akaun dagangan anda dan mula berdagang.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker IC Markets

  • Dikawal-selia dengan baik oleh ASIC No. lesen 335692 dan FSA No. pendaftaran 362/18.
  • Spread rendah pada akaun cTrader bermula dari 0.0 pip
  • Menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan 24 jam 7 hari seminggu dengan pelbagai pilihan bahasa.
  • Menawarkan akaun 4 akaun dagangan termasuk akaun Islam.
  • Menawarkan platform dagangan yang popular dikalangan pedagangan iaitu MT4, MT5 dan cTrader.

Kesimpulan

IC Markets merupakan broker yang dikawal-selia dengan baik oleh ASIC dengan nombor lesen 335692 dan FSA dengan nombor dan pendaftaran 362/18. Mereka menawarkan empat jenis akaun dagangan dan tiga jenis platform perdagangan. Pada masa yang sama, mereka juga menyediakan ruang rujukan dan pembelajaran yang bermanfaat kepada pelanggan mereka. Selain itu, sokongan perkhidmatan pelanggan IC Market juga bertindak balas dengan cepat. IC Markets menetapkan minimum deposit 200 USD (sekitar RM815.00), ia mungkin tidak sesuai bagi pedagang volume rendah.