HYCM Malaysia Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2024

HYCM Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977 dan telah berada di pasaran lebih dari 40 tahun lamanya. HYCM merupakan sebuah broker forex yang terkenal dan masih kekal di pasaran sehingga hari ini kerana menyediakan perkhidmatan yang bagus dan boleh dipercayai kepada pelanggan mereka. Ramai pelanggan mereka berpendapat bahawa HYCM merupakan sebuah forex broker yang selamat untuk berdagang forex dan juga untuk pelaburan.

HYCM telah memenangi banyak anugerah sepanjang perjalanan mereka di industri forex. Di antaranya adalah, Best Mobile Trading App 2020, Best Forex Broker 2019 dan banyak lagi. Ibu pejabat syarikat HYCM terletak  di London dan beroperasi di bawah pengawasan pengawal selia yang kukuh seperti CySEC dan FCA. Syarikat ini mempunyai cawangan di Hong Kong, United Kingdom, Dubai, dan Cyprus.

HYCM menyedia tiga jenis akaun dagangan iaitu akaun Fixed, akaun Classic dan akaun Raw dengan minimum deposit 100 USD serta leverage sehingga 1:500. Selain itu, HYCM juga menyediakan dua platform dagangan yang popular di kalangan pedagang forex iaitu MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5). HYCM juga menyediakan sumber rujukan dan pembelajaran seperti pengetahuan asas forex, webinar dan workshop (kelas atas talian) serta seminar. Mereka juga menyediakan alat perdagangan seperti kalkulator, kalender ekonomi, berita pasaran dan market outlook.

Laman Webhttps://www.hycm.com/en
NegaraLondon
Tahun
Penubuhan
1997
Dikawal
Selia Oleh
FCA 186171
CySEC 259/14
CIMA 1442313
DIFC 00048
Saint Vincent and the Grenadines 25228 (IBC 2018).
Deposit Minimum100 USD
BonusAda disediakan
Leverage Maksimum1:500
Spread MinimumBermula dari 0.02
Platform DaganganMT4
MT5
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan

  • Mempunyai sumber rujukan dan pembelajaran yang bermanfaat.
  • Proses buka akaun yang mudah dan cepat
  • Dikawal-selia dengan baik

Kelemahan

  • Sokongan perkhidmatan pelanggan tidak tersedia dalam Bahasa Melayu.

Badan Berkuasa Yang Memantau HYCM

HYCM dikawal-selia oleh beberapa badan-badan berkuasa yang berbeza. HYCM diberi kuasa dan dikawal-selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) United Kingdom dengan nombor rujukan syarikat 186171. HYCM (Europe) Ltd diberi kuasa dan dikawal-selia di bawah Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) dengan nombor lesen 259/14. HYCM Ltd diberi kuasa dan dikawal-selia di bawah Cayman Islands Monetary Authority dengan nombor rujukan 1442313. Henyep Capital Markets (DIFC) Limited dibenarkan dan dikawal-selia oleh Dubai Financial Services Authority (DFSA) dengan nombor lesen 000048. Akhir sekali, HYCM Limited adalah Syarikat Perniagaan Antarabangsa yang berdaftar di Saint Vincent dan Grenadines dengan nombor pendaftaran 25228 (IBC 2018).

Produk-Produk Yang Didagangkan

HYCM menawarkan produk dagangan Forex, Stock, Indices, Cryptocurrencies, Commodities dan EFT.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan HYCM

Sokongan perkhidmatan pelanggan HYCM beroperasi selama 24 jam, 5 hari dalam seminggu. Mereka boleh dihubungi melalui panggilan telefon, Live Chat, Email, Whatsapp, Telegram, Messenger, Skype dan juga Viber. Sokongan perkhidmatan pelanggan HYCM tersedia dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa English. Selain itu, HYCM juga menyediakan ruang Help Centre di laman web rasmi mereka.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh HYCM

Akaun Fixed

Deposit Minimum100 USD
SpreadBermula Dari 1.8 Pip
KomisenTidak Ada
Leverage1:500
Expert AdvisorTidak Ada
Jumlah Dagangan Minimum0.01 Lot
Akaun IslamYa

Akaun Classic

Deposit Minimum100 USD
SpreadBermula Dari 1.2 Pip
KomisenTidak Ada
Leverage1:500
Expert AdvisorTidak Ada
Jumlah Dagangan Minimum0.01 Lot
Akaun IslamYa

Akaun Raw

Deposit Minimum200 USD
SpreadBermula Dari 0.2 Pip
KomisenSekitar 4 USD Untuk Setiap Pusingan
Leverage1:500
Expert AdvisorTidak Ada
Jumlah Dagangan Minimum0.01 Lot
Akaun IslamYa

Deposit & Withdrawal

Deposit 

HYCM menawarkan pelbagai kaedah deposit yang merangkumi Online Bank Transfer, Bank Wire, Mastercard, WebMoney, Neteller dan Skrill. Permintaan deposit anda akan diproses dalam tempoh 1 jam kecuali anda deposit menggunakan Bank Wire, ia akan diproses dalam tempoh 1 hingga 7 hari bekerja. 

Withdrawal

Untuk permintaan pengeluaran dana pula, anda perlu menggunakan kaedah yang sama dengan deposit. Jika anda deposit dengan menggunakan Bank Wire, anda perlu membuat pengeluaran melalui Bank Wire juga. Permintaan pengeluaran dana anda akan diproses dalam tempoh 1 jam kecuali pengeluaran melalui Bank Wire, ia akan mengambil masa 1 hingga 5 hari bekerja. 

HYCM tidak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan pengeluaran dana dan deposit, tetapi pihak bank mungkin akan mengenakan bayaran perkhidmatan. Ia adalah diluar kawalan mereka.

Leverage

HYCM menyediakan leverage dari 1:2 sehingga 1:500 bergantung produk dagangan apa yang anda dagangkan.

Platform Yang Disediakan Oleh HYCM Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan

HYCM menyediakan dua pilihan platform dagangan iaitu MT4 dan MT5. Kedua-dua platform dagangan ini boleh dimuat turun di telefon pintar anda (iOS dan Android) dan juga boleh dipasang dalam versi Desktop (Laptop dan PC).

Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan HYCM Malaysia

Sila ikut langkah-langkah dibawah untuk buka akaun trading dengan HYCM Malaysia

Langkah 1

Sila klik link ini untuk buka akaun dagangan HYCM https://hycm.com.Kemudian, sila masukkan nama, email dan nombor telefon anda. Kemudian klik butang Next

Langkah 2

Sila isi tarikh lahir dan alamat kediaman anda. Kemudian klik butang Next.

Langkah 3

Sila pilih platform dagangan, jenis akaun dagangan, mata wang akaun dan leverage akaun dagangan anda. Selepas membuat pilihan, sila klik butang Next untuk ke step seterusnya.

Langkah 4

Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan dan menetapkan kata laluan akaun anda. Selepas anda selesai menjawab soalan dan menetapkan kata laluan, sila klik butang Next.

Langkah 5

Anda akan dibawah ke laman seterusnya iaitu laman Declaration. Sila tanda kotak seperti gambar dibawah sebagai persetujuan bahawa anda telah pun membaca dan memahami perjanjian pelanggan, terma perniagaan, privacy policy dan polisi lain yang telah ditetapkan oleh pihak HYCM.

Langkah 6

Akhir sekali, sila muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda. Dokumen yang diperlukan adalah;

  • Identity Verification – Salinan passport, salinan Kad Pengenalan atau salinan lesen memandu.
  • Address Verification -Bank statement atau bill utiliti.

Langkah 7

Selepas semuanya selesai, anda boleh deposit akaun dagangan anda dan mula berdagang.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker HYCM

  • HYCM mempunyai pengalaman lebih daripada 40 tahun di pasaran forex.
  • Dikawal-selia dengan baik oleh badan-badan berkuasa seperti  FCA 186171, CySEC 259/14, CIMA 1442313, DIFC 00048 dan berdaftar di Saint Vincent and the Grenadines 25228 (IBC 2018).
  • Menawarkan tiga jenis akaun dagangan dan dua jenis platform perdagangan.
  • Menyediakan sumber rujukan dan pembelajaran seperti pengetahuan asas forex, webinar dan workshop (kelas atas talian) serta seminar. 
  • Menyediakan ciri-ciri akaun Islam kepada pedagang yang beragama Islam.
  • HYCM telah menerima banyak anugerah termasuklah Best Mobile Trading App 2020, Best Forex Broker 2019 dan banyak lagi.
  • Mempunyai latar belakang syarikat yang kukuh dan dipercayai sejak tahun 1977.

Kesimpulan

Menurut laporan di laman web rasmi Consultans Review, broker HYCM merupakan broker kedua yang paling awal ditubuhkan di Asia mahupun Eropah. Broker HYCM adalah sebuah broker yang dikawal-selia dengan baik sejak tahun 1977 dan telah mendapat kepercayaan oleh pelanggan mereka sehingga HYCM masih kekal beroperasi sehingga hari ini.

HYCM menawarkan tiga jenis pilihan akaun dagangan dengan minimum deposit 100 USD. Selain itu, mereka juga menawarkan platform dagangan yang popular di kalangan pedagang forex iaitu MT4 dan MT5. Pada masa yang sama, mereka juga tidak mengabaikan kepentingan pelanggan mereka dengan menyediakan ruang pembelajaran dan rujukan yang bermanfaat. Walaupun sokongan perkhidmatan pelanggan mereka tidak tersedia dalam Bahasa Melayu, anda masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa English.