Panduan Menggunakan OctaFx Copy Trade Bagi Tahun 2024

Adakah anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut bagaimana menggunakan kemudahan OctaFx Copy Trade? Artikel ini akan membincangkan dengan terperinci bagaimana untuk bermula menggunakan perkhidmatan ini.

Pengenalan

Copy Trade adalah kemudahan yang disediakan oleh forex broker untuk menghubungkan forex trader yang mahir (Master atau Sifu) dengan pelabur (Copier). Master menggunakan perkhidmatan Copy Trade untuk berkongsi transaksi sebenar yang mereka lakukan secara “real time”, manakala Copier akan meniru transaksi yang dilakukan secara “real time”.

Jika Sifu memperolehi profit, Copier pun akan memperolehi profit. Contohnya, katakan seseorang Sifu Forex menjana profit pada bulan Ogos 2020 sebanyak 30% daripada modal, jika modal permulaan anda adalah sebanyak 1000 USD dan anda menggunakan Copy Trade untuk meniru transaksi trade yang dilakukan oleh Sifu Forex, maka profit yang anda akan perolehi adalah sebanyak 30% daripada modal anda, atau sebanyak 300 USD. Anda memperoleh profit ini tanpa melalukan apa-apa. Master Trade yang trade, ada pula yang profit.

Konsep copy trading buat masa sekarang, cuma boleh digunakan dalam perdagangan forex. Saya belum pernah mendengar konsep ini digunakan dalam platform lain seperti Bitcoin dan sebagainya.

Copy Trade sangat sesuai untuk trader-trader yang baru sahaja mengenal forex dan juga trader-trader berpengalaman yang ingin berkongsi ilmu dan kepakaran forex mereka kepada khalayak yang lebih besar.

Apakah Itu OctaFx Copy Trade?

OctaFx adalah antara forex broker yang “trusted” dan digemari oleh trader-trader dari Malaysia. Mereka juga menawarkan perkhidmatan Copy Trade. OctaFx Copy Trade menyediakan peluang kepada trader-trader newbie untuk meniru trade yang dilakukan oleh forex trader yang berpengalaman secara automatik tanpa perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk menguasai ilmu forex. Kerja anda mudah sahaja. Anda cuma perlu pilih daripada Master forex yang disediakan di dalam platform OctaFx Copytrading.

Bagaimana Untuk Membuka Akaun Copy Trade Dibawah OctaFx?

Mula-mula sekali, anda perlu membuka akaun trading OctaFX. Klik di sini untuk buka akaun trading dengan Octafx.

Selepas anda sudah membuka akaun trading OctaFx, anda akan diberi akses kepada ruangan Copy Trade di dalam akaun trading anda. Begini caranya untuk buka akaun trading dengan OctaFx.

Pertama, sila lawat laman web Octafx.com. Anda akan nampak screenshot seperti dibawah. Sila isi nama penuh, email dan kata laluan anda.


Kemudian, sila masukkan butiran anda seperti alamat kediaman, nombor telefon dan juga tarikh lahir anda. Jika anda pernah berdagang forex, sila pilih YA dan jika tidak pernah sila pilih TIDAK. Kemudian klik butang Teruskan.


Selepas itu, anda akan menerima maklumat akaun trading anda seperti screenshot dibawah.

Langkah seterusnya adalah, anda perlu memuat naik dokumen pengesahan akaun trading seperti di dalam gambar di bawah. Anda perlu memuat naik salinan Kad Pengenalan atau lesen memandu. Selepas anda memuat naik dokumen pengesahan akaun, anda boleh deposit akaun trading OctaFx anda.

Bagaimana Cara Untuk Deposit Akaun Trading OctaFx?

OctaFx menawarkan beberapa kaedah deposit yang mudah iaitu melalui Skrill, Bitcoin, Visa, Neteller dan deposit melalui bank tempatan Malaysia seperti Maybank, CIMB, BSN dan banyak lagi.

Deposit anda akan diproses dalam tempoh 1-3 jam waktu bekerja jika anda deposit melalui bank tempatan Malaysia. Jika anda deposit dengan menggunakan Visa dan Bitcoin, ia mengambil masa dalam 1-30 minit untuk diproses dan yang terakhir jika anda deposit dengan menggunakan Skrill dan Neteller, maka deposit anda akan diproses dengan serta merta.

Ikut Langkah-Langkah Dibawah Untuk Proses Deposit Melalui Bank Tempat Malaysia.

Login ke akaun trading OctaFX anda dan klik bahagian Deposit. Kemudian sila pilih kaedah deposit yang anda ingin gunakan. Jika anda trader dari malaysia, saya sarankan anda untuk menggunakan Malaysia Local Bank untuk deposit. Tetapi anda juga boleh pilih kaedah yang lain mengikut kesesuaian anda.

Akhir sekali, sila tanda bahagian PILIHAN BONUS, jika anda ingin menerima bonus daripada OctaFx. Pilihan bonus ini akan berubah dari semasa ke semasa.

Bagaimana Cara memilih Master Trader Anda?

Cara untuk memilih Master adalah mudah sahaja. Saya akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk memilih Master Trader anda dibawah.

Pertama sekali, jika anda belum muat turun aplikasi OctaFx di telefon anda, anda perlu muat turun dahulu aplikasi OctaFX Copytrading di Google play atau Apps Store anda.

Selepas itu, sila login dengan menggunakan email dan kata laluan akaun trading OctaFx anda.

Selepas anda login ke akaun OctaFX Copytrading, ada boleh “swipe” ke kiri untuk melihat prestasi perdagangan Master. Untuk mula meniru transaksi sebenar Master, anda perlu deposit akaun OctaFX Copy Trade anda dahulu. Jika anda sudah pun membuat deposit, anda hanya perlu memindahkan deposit anda dari trading akaun OctaFx ke akaun OctaFX Copy Trading melalui pemindahan dalaman (sila rujuk gambar dibawah). Jika belum, anda boleh deposit akaun OctaFX Copytrade anda (Sila rujuk bahagian Deposit).

Selepas proses deposit selesai, anda boleh teruskan dengan proses memilih Master anda. Biasanya, anda akan melihat Master dengan keuntunagn terbaik dalam tempoh dua minggu ysng terakhir. Anda boleh menggunakan “filter” yang terdapat dibawah untuk mencari Master yang sesuai dengan kemahuan anda. “Filter” tersebut membolehkan anda untuk melihat Master mengikut kepakaran mereka, jenis komisen yang mereka kenakan dan sama ada mereka menawarkan percubaan secera percuma.

Selepas itu, anda akan melihat senarai Master mengikut kesesuaian yang pilih.

Anda boleh klik mana-mana Master yang anda mahu untuk melihat prestasi Master tersebut secara terperinci. Sekiranya anda sudah bersedia untuk meniru transaksi Master tersebut, anda hanya perlu klik butang “Start Copying” di bahagian atas skrin anda.

Kemudian, sila masukkan jumlah yang anda ingin laburkan dengan Master ini. Pastikan jumlah pelaburan anda sepadan atau melebihi baki Master . Dengan cara ini anda akan dapat meniru strategi perdagangan Master sepenuhnya dan tidak akan terlepas sebarang keuntungan. Selain itu, jangan lupa set peratusan “Drawdown Percentage” anda. Ini bertujuan untuk melindungi baki wang anda walaupun Master mula kehilangan wang mereka.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak perlu meletakkan kesemua wang anda dalam satu Master Trader sahaja. Anda juga boleh membahagikan wang anda untuk meniru transaksi beberapa Master Trader yang lain yang mempunyai prestasi yang baik. Proses untuk meniru transaksi Master Trader yang lain adalah sama sahaja.

Selepas anda selesai meniru transaksi Master Trader, anda tidak perlu lakukan apa-apa. Apa yang akan berlaku selepas anda siap meniru transaksi perdagangan Master Trader ialah, order copier akan menyalin order Master dengan volume atau margin yang mencukupi.

Bagaimana Cara Untuk Menyemak Profit Anda?

Anda boleh menyemak bahagian dana anda. Jika dana anda semakin bertambah, maka ia bermaksud Profit. Jika dana anda makin berkurangan maka ia bermaksud anda rugi.

Bolehkah Anda Berhenti Meniru Transaksi Master Trader?

Boleh. Anda boleh berhenti untuk meniru transaksi Master Trader pada bila-bila masa sahaja. Apabila anda berhenti untuk meniru transaksi Master Trader, semua dana yang anda masukkan dalam Master Trader dan mana-mana keuntungan aan dikembalikan ke dalam “Wallet” anda. Sebelum anda berhenti untuk meniru tarnsaksi perdagangan Master Trader, sila pastikan semua dagangan semasa ditutup.

Saya berharap anda telah membaca dan berpuas hati dengan ulasan yang telah kami beri di artikel ini. Anda boleh teruskan membaca artikel-artikel kami yang lain atau daftar dengan Octafx menggunakan butang di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *