Tifia Malaysia Review: Ulasan Tifia Broker Untuk Tahun 2024

Broker forex Tifia telah menamakan operasi mereka di Malaysia pada 30 May 2022. Artikel ini hanya bertujuan untuk memberikan anda maklumat tentang broker forex Tifia. Sebagai langkah keselamatan, kami tidak sarankan anda untuk menggunakan broker forex ini.

Submber: majalahtrader.com

Tifia broker atau Tifia Markets Limited ditubuhkan pada tahun 2011 di Russia. Tifia merupakan sebuah broker ECN/STP yang menyediakan syarat-syarat perdagangan yang telus kepada pelanggan mereka. Broker Tifia menyatakan di laman web rasmi mereka bahawa, anda tidak akan menghadapi konflik interest dan akan mendapatkan perhidmatan perdagangan yang berkualiti tinggi, mempunyai akses kecairan daripada bank Tier-1 dengan harga yang terbaik serta pelaksanaan (execution) yang cepat. 

Tifia Markets Limited menawarkan beberapa produk daganan iaitu 7 pasangan mata wang utama forex, 21 pasangan mata wang minor forex, 23 pasangan mata wang eksotik forex, 2 minyak, 4 logam dan juga 11 Indeks. Dalam masa yang sama, Tifia juga menawarkan platform perdagangan MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5) yang boleh diakses melalui Windows PC serta  platform mudah alih iaitu Android dan iOS.

Broker Tifia merupakan salah satu broker yang selalu mengadakan pertandingan dan promosi kepada pelanggan mereka. Klik di sini untuk mengetahui promosi terbaru daripada Tifia. Tifia juga menawarkan bonus kepada pelanggan mereka iaitu Bonus 100% dan Bonus 30%.

Laman webhttps://tifia.com
NegaraRussia
Tahun Penubuhan2011
Pengawal-seliaanFSC
Leverage Maksimum1:1000
SpreadBermula daripada 0.0 pip
Platform DaganganMT4 dan MT5
Platform Berasaskan WebYa
Platform Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan Tifia

Akaun Berasingan

Tifia Markets Limited memberikan perkhidmatan akaun berasingan atau segerated account. Akaun berasingan merujuk kepada pemisahan sejumlah dana pelanggan dari dana operasi syarikat broker forex untuk memastikan keselamatan dalam pelaksanaan transaksi perdagangan forex.

Scalping, automated trading, news trading dibenarkan.

Tifia membenarkan pelanggan mereka menggunakan strategi-strategi dagangan seperti scalping, dagangan EA automatik, berita-berita dagangan. 

Leverage bermula dari 1:1 sehingga 1:1000.

Para pelanggan Tifia boleh memilih nilai leverage yang bersesuaian dengan strategi dagangan mereka. Anda boleh memilih leverage dari 1:1 sehingga 1:1000.

Pelaksanaan pantas tanpa quotes yang berulang

Kerja anda di pasaran forex akan lebih mudah dan tidak terganggu kerana tidak ada sebut harga semula atau requotes ketika melaksanankan pesanan di Tifia. Peluang untuk menutup atau membuka order dengan serta merta membolehkan anda untuk bertindak balas ke atas ketidaktentuan (fluctuations) pasaran dengan pantas.

Model ECN yang adil

Syarat-syarat dagangan merupakan keputusan daripada syarikat itu sendiri tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak seperti ejen(dealer). Ini kerana Tifia secara khusus menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Lindung nilai (hedging)(posisi kunci penuh atau sebahagian) dibenarkan

Pelanggan-pelanggan Tifia boleh melindungi kedudukan secara separa atau sepenuhnya. Lindung nilai membolehkan anda mengurangkan risiko kehilangan wang dalam perdagangan yang tidak menguntungkan.

Platform perdagangan terbaik MT4 dan MT5

Tifia menyediakan platform perdagangan yang popular iaitu MT4 dan MT5. Platform MT4 dan MT5 ini boleh dipasang di desktop komputer anda atau telefon pintar (Android/iOS).

Sokongan perkhidmatan tersedia 24 jam 5 hari seminggu.

Perkhidmatan sokongan pelanggan mereka tersedia 24 jam 5 hari seminggu dan tersedia dalam Bahasa English dan Bahasa Melayu.

Tier-1 Bank Liquidity

Tifia menawarkan akses kepada yang tulus pelanggan mereka  terhadap kecairan bank Tier-1 dalam talian dengan harga yang kompetitif dan keperluan margin yang rendah.

Spread forex berdaya saing, ‘spread’ bermula dari 0.0 pips

Tifia menyediakan spread yang ketat bagi instrumen Forex utama. Menurut Tifia, mereka akan berusaha untuk mengekalkan harga yang kompetitif dalam keadaan perdagangan pasaran dan memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi, tidak kira tahap turun naik pasaran.

No-Dealing Desk – Dagangan dengan tanpa campur tangan ajen

Di TifIa, arahan-arahan(orders) di laksanakan tanpa campur tangan agen, di mana tiada kepentingan peribadi yang terbabit.

Kepelbagaian bahan analisis dan kelengkapan perdagangan.

Tifia menyediakan alat dan bahan analisis asas dan teknikal diberikan kepada pelanggan mereka secara percuma. Ulasan Forex terkini mereka disampaikan oleh profesional pasaran Forex untuk memastikan perdagangan yang paling berkesan.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau Tifia

Tifia Markets Limited dilesenkan sebagai “Investment Dealer (Full Service Dealer, excluding Underwriting)” oleh Financial Services Commission (FSC) Republik Mauritius dan dikawal selia berdasarkan tuntutan Seksyen 29 Akta Sekuriti 2005, Peraturan 4 bagi peraturan Sekuriti (Pelesenan) 2007 dan Peraturan Perkhidmatan Kewangan (Pelesenan dan Yuran disatukan) 2008. Lesen Utama membolehkan Tifia Markets Limited melaksanakan senarai penuh perkhidmatan Broker/Dealer termasuk penyediaan perdagangan dengan produk Forex dan CFD, antara instrumen dan sekuriti lain.

Alamat: C/o Credentia International Management Ltd, Silicon Avenue, 40 Cybercity 2nd Floor, Suite 207, The Catalyst, 40 Cybercity 72201 Ebene, MAURITIUS.

Nombor Pendaftaran Syarikat: GB19024824

Tifia Markets Limited dilesenkan sebagai “Dealer in Securities” oleh “Ministry of Finance and Economic Management” dan dikawal berdasarkan Akta Securities Dealers (Licensing) [CAP.70] daripada Republic of Vanuatu . Lesen Utama ini membenarkan Tifia Markets Limited untuk mengendalikan perkhidmatan sebagai Broker/Dealer, termasuk (tetapi tidak terhad) berkaitan dengan matawang asing, Logam-logam bernilai, Komoditi, Pengururusan kewangan, Clearing, Primary Brokering dan aktiviti-aktiviti sah yang lain.

Alamat: Govant Building, BP 1276 Port Vila VANUATU.

Nombor Pendaftaran Syarikat: 40209

Produk-Produk Yang Didagangkan

Tifia menawarkan beberapa produk danganan iaitu 7 pasangan mata wang utama forex, 21 pasangan mata wang minor forex, 23 pasangan mata wang eksotik forex, 2 minyak, 4 logam dan juga 11 Indeks.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan Tifia

Anda boleh menghubungi wakil sokongan perkhidmatan pelanggan Tifia melalui email, panggilan telefon dan juga Live Chat yang tersedia di laman web rasmi mereka. Sokongan perkhidmatan pelanggan Tifia tersedia 24 jam 5 hari seminggu. Anda boleh berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa English.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Tifia Malaysia

Akaun Start Micro

PlatformMT4
Akaun Mata Wang AsasUSD, EUR
Deposit Minimum$10
Komisen (Setiap Pusingan Giliran Lot)
Jenis PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
SpreadDari 2.2 pip
Leverage1:1000
Saiz Lot $10 000 *
Minimum Saiz Trade0.01 Lot
Maksimum Saiz Trade100 Lot
Margin Call100%
Stop Out50%
Quote BerulangTidak
PenolakanTidak
Akaun Islamik (Bebas-Swap)Ya
Scalping, Expert Advisors, HedgingYa
Akaun DemoYa
BonusYa
Instrumen Dadagangan28 Tukaran Matawang Asing, 2 Logam

Akaun ECN Classic

PlatformMT4 dan MT5
Akaun Mata Wang AsasUSD, EUR
Deposit Minimum$100
Komisen (Setiap Pusingan Giliran Lot)
Jenis PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
SpreadDari 1.1 pip
Leverage1:1000
Saiz Lot $100 000 *
Minimum Saiz Trade0.01 Lot
Maksimum Saiz Trade100 Lot
Margin Call100%
Stop Out50%
Quote BerulangTidak
PenolakanTidak
Akaun Islamik (Bebas-Swap)Ya
Scalping, Expert Advisors, HedgingYa
Akaun DemoYa
BonusYa
Instrumen Dadagangan36 Tukaran Matawang Asing, 2 Logam, 2 Komoditi, 11 Indice

Akaun ECN Pro

PlatformMT4
Akaun Mata Wang AsasUSD, EUR
Deposit Minimum$500
Komisen (Setiap Pusingan Giliran Lot)$8
Jenis PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
SpreadDari 0.0 pip
Leverage1:500
Saiz Lot $100 000 *
Minimum Saiz Trade0.01 Lot
Maksimum Saiz Trade100 Lot
Margin Call100%
Stop Out50%
Quote BerulangTidak
PenolakanTidak
Akaun Islamik (Bebas-Swap)Tidak
Scalping, Expert Advisors, HedgingYa
Akaun DemoYa
BonusTidak
Instrumen Dadagangan52 Tukaran Matawang Asing, 6 Logam, 2 Komoditi, 11 Indices

Deposit Dan Withdrawal

Deposit

Tifia menyediakan perkhidmatan deposit melalui Bank Wire Transfer, Visa dan Mastercard, Local Deposit dan e-wallet. Pihak Tifia tidak mengenakan caj pembayaran bagi proses deposit, tetapi kadar pertukaran mata wang tertakluk kepada rakan niaga yang memproses pembayaran deposit anda. Permintaan deposit anda akan diproses serta merta atau selewat-lewatnya 5 hari berkerja mengikut kaedah deposit yang anda gunakan.

Withdrawal

Tifia menyediakan perkhidmatan pengeluaran dana melalui Bank Wire Transfer, Visa dan Mastercard, Local Deposit dan e-wallet. Tifia mengenakan caj pengeleluaran sehingga 35 $ mengikut kaedah pengeluaran yang anda gunakan. Permintaan pengeluaran dana anda akan diproses sehingga 5 hari berkerja mengikut kaedah deposit yang anda gunakan.

Leverage

Tifia menyediakan leverage bermula dari 1:1 sehingga 1:1000.

Platform Yang Disediakan Oleh Tifia Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan

Tifia menawarkan dua jenis platform dagangan kepada pelanggan mereka iaitu MT4 dan MT4. Kedua-dua platform dagangan ini boleh dipasang di desktop komputer dan juga boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda (Android/iOS).

Rujukan dan Pembelajaran

Tifia tidak menyediakan ruang rujukan dan pembelajaran di laman web rasmi mereka. Tapi sebenarnya, Tifia menyediakan ruang rujukan pembelajaran dalam kabinet mereka. Untuk mendapatkan akses ke ruang rujukan dan pembelajaran tersebut, anda perlu buka akaun dagangan terlebih dahulu dengan Tifia. Antara sumber rujukan yang disediakan adalah strategi perdagangan, video pembelajaran daripada MetaQuores, petunjuk ekonomi global, kursus video, e-book dan glossary.

  • Strategi Perdagangan: Memberi gambaran lebih daripada 60 strategi secara grafik.
  • Petunjuk Dagangan: Terdiri daripada 20 petunjuk dengan makna, tahap kepentingan, perubahan indeks dan perubahan mata wang.
  • Video Pendidikan: Mengandungi lebih daripada 17 video mengenai penggunaan platform MetaTrader seperti membuat robot perdagangan, trading signal dan banyak lagi.
  • Glosari: Mengandungi lebih daripada 300 istilah perdagangan forex / CFD bersama dengan definisi.
  • Kursus Video: Mengandungi 9 video pembelajaran mengenai perdagangan dan analisis forex.
  • Forex eBook: E-book yang mempunyai 45 halaman bertajuk ‘Panduan pemula untuk perdagangan forex’.

Alat Perdagangan

Perdagangan Sosial

Tifia menyediakan perkhidmatan perdagangan sosial kepada pelanggan mereka. Perdagangan sosial merupakan perkhidmatan inovatif yang menggabungkan rangkaian sosial yang komprehensif untuk pelabur dan peniaga profesional dengan sistem perdagangan salinan (copy trading). Anda boleh mendaftar sebagai trader atau investor. 

Copytrade adalah perkhidmatan yang membolehkan anda menyalin perdagangan dari trader lain. Apabila anda copy perdagangan dari trader lain, sistem akan menyalin transaksi yang sama bagi pihak anda ( dalam arah yang sama, dengan level yang sama dan untuk posisi yang sama). 

Kalender Ekonomi

Ini merupakan salah satu alat analisis yang penting kerana ia memaparkan tarikh, masa dan peristiwa yang dapat mempengaruhi pasaran kewangan.

Analisis Pasaran Kewangan

Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Kajian pasaran – Kajian pasaran dikemas kini setiap hari di beberapa instrumen berikutan analisis dan berita pasaran. Ulasan ini memberi gambaran kepada peniaga tentang pasaran dan juga idea perdagangan.
  2. Analisis Teknikal – Pedagang disajikan dengan analisis carta beberapa pasangan forex menggunakan petunjuk dan catatan sejarah. Analisis ini dikemas kini setiap hari dan juga menawarkan signal forex yang berpotensi tinggi.
  3. Analisis Asas – Analisis harian ini menggunakan berita, situasi ekonomi, komen dan pendekatan analisis asas umum untuk mendapatkan cadangan perdagangan. Analisis asas ini akan diakhiri dengan idea untuk entry point prices, key levels, take profit dan stop loss values.

Claws & Horns Analysis

Pelanggan broker Tifia mendapat akses bahan-bahan berkualiti tinggi dari agensi analisis bebas Claws & Horns dalam Kabinet pelanggan . Anda akan menerima analisa pasaran teknikal dan fundamental, kalendar ekonomi Forex, mata wang, saham, ramalan indeks, isyarat penunjuk dagangan dan banyak lagi.

Kalkulator Dagangan

Kalkulator dagangan membantu pedagang untuk mengira kos perdagangan, margin, swap fees dan sebagainya sebelum melakukan perdagangan.

Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan Tifia Malaysia

Langkah 1

Klik disini untuk buka akaun dagangan Tifia.

Sila masukkan nama penuh, negara, nombor telefon, email, kata laluan dan rujukan UID anda. Kemudian, klik butang Daftar.

Langkah 2

Sila masukkan Kod yang dihantar ke nombor telefon anda. Kemudian klik butang Confirm.

Langkah 3

Sila tetapkan tetapan kata kunci keselamatan anda seperti gambar di bawah.

Langkah 4

Sila isi maklumat peribadi anda seperti tarikh lahir dan alamat kediaman anda. Kemudian klik butang simpan.

Langkah 5

Sila muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda. Dokumen yang boleh digunakan adalah salinan Kad pengenalan, passport dan lesen memandu. Pastikan anda memuat naik dokumen yang berwarna dan jelas.

Langkah 6.

Selepas semuanya selesai, anda boleh terus ke langkah seterusnya iaitu proses deposit. Sila rujuk bahagian deposit dan withdrawal untuk cara deposit akaun dagangan anda.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Tifia.

  • Menawarkan leverage sehingga 1:1000
  • Menawarkan bonus dagangan kepada pelanggan mereka iaitu Bonus 100% dan Bonus 30%.
  • Menawarkan tiga jenis akaun dagangan serta dua jenis platform dagangan yang mudah digunakan.
  • Dikawal selia dengan baik oleh Financial Services Commission (FSC), Nombor Pendaftaran Syarikat GB19024824 dan Ministry of Finance and Economic Management, Nombor Pendaftaran Syarikat 40209.
  • Perkhidmatan sokongan pelanggan tersedia 24 jam 5 hari seminggu dengan pelbagai pilihan bahasa.
  • Pelaksanaan pantas tanpa quotes yang berulang.
  • Tifia membenarkan pelanggan mereka menggunakan strategi-strategi dagangan seperti scalping, dagangan EA automatik, berita-berita dagangan. 
  • No-Dealing Desk, dagangan dengan tanpa campur tangan ajen.

Kesimpulan

Tifia adalah broker yang menawarkan perkhidmatan perdagangan forex dan CFD dalam talian yang berpatutan. Mereka menegaskan bahawa mereka mengoperasikan model ECN/STP yang menawarkan pelaksanaan pasaran dengan harga terbaik. Selain itu, dana pelanggan juga diasingkan dan broker mematuhi dasar Anti Money Laundering (AML).

Platform perdagangan MT4 dan MT5 yang disediakan adalah hebat, canggih dan standard di kalangan industri perdagangan dalam talian. Semua strategi perdagangan dibenarkan termasuk lindung nilai, scalping dan penggunaan penasihat pakar (EA). Dalam masa yang sama, mereka juga menyediakan rujukan dan pembelajaran yang sangat berguna kepada pelanggan mereka.