FXPRIMUS Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

FXPRIMUS adalah sebuah platform perdagangan kewangan atas talian global dan broker forex yang menawarkan pelbagai aset dagangan yang ditubuhkan pada tahun 2009 di Mauritius tetapi sekarang mereka mempunyai ibu penjabat di Cyprus. Selepas 13 tahun kemudian, FXPRIMUS telah berkembang dan menawarkan pelaburan dalam perdagangan Forex dan perdagangan Sosial. Misi utama mereka adalah untuk menyediakan persekitaran dagangan dalam talian yang paling selamat dan terus berinovasi dalam bidang keselamatan bagi memberi pelanggan mereka mekanisme keselamatan perintis dan termaju dalam industri, melalui dua asas iaitu teknologi dan pendidikan.

FXPRIMUS regulated di tiga buah negara yang berbeza iaitu, regulated di Cyprus oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (SySEC) dengan nombor lesen 261/14 dan nombor pendaftaran HE 337614, regulated di Vanuatu Financial Services Commission (VFSC) dengan nombor pendaftaran 14595 dan regulated di South Africa oleh Financial Sector Conduct Authority (FSCA) dengan nombor lesen 46675.

FXPRIMUS menawarkan beberapa instrumen dagangan kepada pelanggan mereka iaitu, Forex, Metals, Energies, Equities, Indices dan Futures. FXPRIMUS juga menawarkan dua jenis akaun dagangan iaitu akaun ECN Premier Spreads dan akaun Variable Spread. Status akaun anda pula bergantung dengan jumlah deposit anda. Jika anda deposit dalam lingkungan 500 USD dan ke atas status akaun anda adalah Standard, jika anda deposit 2500 USD dan ke atas status akaun anda adalah Premium akhir sekali, jika anda deposit 10,000 USD dan ke atas maka status akaun anda adalah VIP.

FXPRIMUS menawarkan platform dagangan MetaTrader 4 yang boleh diakses dalam versi Desktop, Web, dan telefon mudah alih (Android & iOs). FXPRIMUS juga menyediakan ruang rujukan dan pembelajaran di laman web rasmi mereka seperti weekly outlook, expert guests, live webinar, seminar, video pembelajaran dan blog. Rujukan dan pembelajaran ini sesuai untuk semua peringkat pedagang sama ada pedagang berpengalaman atau pedagang baru.

Laman Webhttps://www.myprimusmarkets.com
NegaraCyprus
Pengawal SeliaCySEC (license no. 261/14), VFSC (registration no. 14595) dan  FSCA (license no. 46675)
Deposit Minimum100 USD
BonusAda
Leverage Maksimum1:1000
Spread MinimumBermula daripada 0.1 pip
Platform DaganganMT4
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan di MalaysiaYa

Kelebihan

  • Leverage sehingga 1:1000
  • Dikawal selia dengan baik oleh CySEC, VFSC dan FSCA.
  • Menyediakan akaun secara berasingan (segregated account)

Kelemahan

  • Deposit terlalu tinggi untuk mencapai status akaun VIP iaitu 10,000 USD.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau FXPRIMUS Malaysia

FXPRIMUS dikawal selia oleh beberapa badan-badan berkuasa. FXPRIMUS adalah nama jenama yang digunakan oleh:

  1. Primus Global Ltd, Syarikat Eropah mereka yang dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) dengan nombor lesen 261/14
  2. Primus Markets INTL Limited, Syarikat Antarabangsa mereka dengan nombor pendaftaran 14595 dan diberikan kebenaran untuk menjalankan urus niaga sekuriti sebagai Prinsipal yang dikawal selia oleh Vanuatu Financial Services Commission (VFSC).
  3. Primus Afrika (Pty) Ltd, dikawal selia oleh Financial Sector Conduct Authority (FSCA), dengan nombor lesen 46675.

Produk-Produk Yang Didagangkan Oleh FXPRIMUS Malaysia

FXPRIMUS menawarkan enam jenis instrumen dagangan kepada pelanggan mereka iaitu, Forex, Metals, Energies, Equities, Indices dan Futures.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan FXPRIMUS Malaysia.

Sokongan perkhidmatan pelanggan FXPRIMUS tersedia 24 jam sehari, 5 hari seminggu melalui email dan sembang langsung dari 00:00 GMT + 3 Ahad hingga 00:00 GMT + 3 Jumaat. Sokongan perkhidmatan pelanggan FXPRIMUS tersedia dalam beberapa pilihan bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa English.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh FXPRIMUS Malaysia

FXPRIMUS menawarkan dua jenis akaun dagangan iaitu akaun ECN dan akaun Variable. Status akaun ada adalah bergantung dengan jumlah deposit  akaun dagangan anda.

Variable Spreads

Spread untuk Variable lebih tinggi berbanding ECN. Walau bagaimanapun, tidak ada caj komisen yang dikenakan pada akaun Variable.

Deposit Minimum100 USD
SpreadBermula dari 1.50 pip
Leverage1:1000
KomisenTiada

ECN Premier Spreads

Spread untuk akaun ECN adalah lebih rendah. Walau bagaimanapun, caj komisen akan dikenakan.

Deposit Minimum500 USD
SpreadBermula dari 1.10 pip
Leverage1:1000
Komisen$10.00 per lot

Perbezaan akaun Standard, Premium dan VIP

Deposit & Withdrawal

Deposit

FXPRIMUS menyediakan kemudahan deposit melalui Bank Wire Transfer, Local Transfer, Kad Kredit dan E-Wallet (Bitcoin, ecoPay, fasapay, UnionPay, Neteller dan Skrill). FXPRIMUS tidak mengenakan sebarang bayaran deposit. Tetapi Pihak bank atau penyedia perkhidmatan mungkin akan mengenakan bayaran kepada anda, ia adalah di luar kawalan FXPRIMUS. Dana yang diterima dalam mata wang alternatif ke akaun perdagangan, secara automatik akan ditukar menjadi mata wang asas akaun. Semua deposit akan diproses pada waktu bekerja dari Isnin hingga Jumaat, 7:00 – 21:00 GMT + 2.

Withdrawal

FXPRIMUS menyediakan kemudahan withdrawal atau pengeluaran dana melalui Bank Wire Transfer, Local Transfer, Kad Kredit dan E-Wallet (Bitcoin, ecoPay, fasapay, UnionPay, Neteller dan Skrill). Anda boleh menggunakan kaedah pengeluaran dana yang sama dengan deposit. 

Semua permintaan pengeluaran dana akan diproses dalam tempoh 24 hingga 48 jam, pada waktu bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7:00 – 21:00 GMT + 2. Pengeluaran minimum dikenakan, pelanggan yang ingin membuat pengeluaran di bawah tahap minimum akan diminta untuk membayar semua caj yang berkaitan dengan permintaan pengeluaran dana. 

Sila ambil perhatian bahawa bank anda mungkin menggunakan bank lain untuk memindahkan dana anda ke bank FXPRIMUS. Apabila ini berlaku, setiap bank pengantara mungkin akan mengenakan bayaran perkhidmatan mereka sendiri. FXPRIMUS tidak akan menanggung kos bank anda. 

Leverage

FXPRIMUS Menawarkan leverage sehingga 1:1000 bergantung jumlah deposit anda.

  • 0 USD sehingga  2,000 USD : sehingga 1: 1000
  • 2,001 USD sehingga 30,000 USD : sehingga 1: 500
  • 30,001 USD sehingga 50,000 USD : sehingga 1: 400
  • 50,001 USD sehingga 80,000 USD : sehingga 1: 300
  • 80,001 USD sehingga 100,000 USD: sehingga 1: 200
  • 100,001 USD sehingga 1,000,000 USD: sehingga 1: 100
  • 1,000,000 USD dan ke atas : Sehingga 1:20

Catatan: Harap maklum bahawa ini hanyalah garis panduan dan FXPRIMUS berhak untuk mengubah pada bila-bila masa.

Rujukan pembelajaran

FXPRIMUS menyediakan ruang rujukan dan pembelajaran di laman web rasmi mereka seperti weekly outlook, expert guests, live webinar, seminar, video pembekajaran dan blog. Rujukan dan pembelajaran ini sesuai untuk semua peringkat pedagang sama ada pedagang berpengalaman atau pedagang baru.

PAMM

Perkhidmatan PAMM ialah penyelesaian perisian yang membolehkan penyalinan operasi dagangan daripada akaun Master ke satu atau beberapa akaun Follower dan membantu mengautomatikkan pengagihan untung/rugi. PAMM ini sesuai bagi mereka yang mahu menjana pendapatan melalui forex tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam forex atau mempunyai masa yang terhad untuk berdagang dalam forex. Anda boleh memilih Master yang anda mahu berpandukan prestasi trading mereka. Untuk mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam trading pula, anda juga boleh memohon untuk menjadi Master.

Bagaimana cara untuk menjadi Master?

Untuk menjadi seorang Master, anda perlu membuka akaun dagangan sebenar dengan FXPRIMUS. Selepas itu, klik link ini untuk buka akaun PAMM anda: https://pamm.fxprimus.com

Untuk membuat akaun Master dan dapat menerima Pengikut atau Follower, anda perlu deposit 500 USD terlebih dahulu.

Bagaimana cara untuk menjadi Follower?

Untuk menjadi seorang Followe, anda hanya perlu membuka akaun dagangan sebenar dengan FXPRIMUS. Kemudian mendaftar sebagai Follower PAMM.

Bagaimana buka akaun dengan FXPRIMUS Malaysia?

Apa Yang Anda Perlukan sediakan:

  • Komputer riba atau Telefon Pintar.
  • Sambungan internet.
  • Perisian atau aplikasi Metatrader4 (MT4) yang dipasang pada komputer riba atau Telefon Pintar.
  • Modal untuk diperdagangkan, sekurang-kurangnya 100 USD.

Langkah 1

Klik di sini untuk buka akaun dagangan FXPRIMUS.

Langkah 2

Sila isi maklumat yang diminta seperti gambar di bawah

Langkah 3

Sila masukkan PIN unik yang dihantar ke email anda.

Langkah 4

Sila lengkapkan pendaftaran akaun dagangan FXPRIMUS anda dengan mengisi maklumat peribadi, maklumat akaun, menjawab soal selidik dan muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda.

Langkah 5

Sila pilih jenis akaun dagangan yang anda mahu, leverage dan matawang asas akaun dagangan anda. Saya sarankan anda untuk memilih akaun jenis Variable kerana deposit minimum yang lebih rendah.

Langkah 6

Sila muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan FXPRIMUS anda.

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

  • Satu salinan depan dan belakang Kad Pengenalan/passport
  • Dua jenis dokumen pengesahan kediaman (Bil utiliti terkini seperti elektrik, gas, air, telefon,surat-surat rasmi, lesen memandu, penyata akaun bank) bertarikh dalam 6 bulan terkini dan mengesahkan alamat berdaftar anda

Langkah 7

Akaun anda akan disahkan dalam tempoh 24 jam oleh pihak FXPRIMUS. Pihak FXPRIMUS biasanya akan menghantar pemberitahuan bahawa akaun anda telah pun diaktifkan melalui email. Selepas akaun dagangan anda diaktifkan, anda boleh teruskan dengan memasukkan dana ke dalam akaun dagangan anda.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Forex FXPRIMUS Malaysia?

  1. Dikawal-selia dengan baik oleh CySEC, VFSC dan FSCA.
  2. FXPRIMUS sudah lama beroperasi di Malaysia sejak tahun 2010.
  3. Mempunyai jaringan IB dan sistem sokongan pelanggan yang kuat di Malaysia.
  4. Pengeluaran dana adalah pantas dengan menggunakan keadah Local Bank Transfer melalui bank tempatan Malaysia seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan sebagainya. Ia Mengambil masa kurang dari 24 jam untuk dana anda dikreditkan ke dalam akaun bank anda.
  5. FXPRIMUS menawarkan Pelindungan Baki Negatif (NBP) kepada semua pelanggan mereka supaya mereka tidak akan menanggung kerugian yang melebihi baki akaun mereka.
  6. Menyediakan akaun secara berasingan (segregated account). Dana pelanggan disimpan di dalam akaun bank berasingan untuk memastikan dana mereka sentiasa dilindungi.
  7. Menawarkan perkhidmatan PAMM. PAMM merupakan platform dagangan yang ditawarkan oleh FXPRIMUS yang memberi peluang kepada pelanggan untuk mengikuti dagangan pedagang profesional atau ‘master’. Ia berfungsi seperti Copy Trade.
  8. Menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu Micro, Variable dan ECN dengan deposit minimum serendah 100 USD.

Kesimpulan

FXPRIMUS merupakan sebuah broker forex yang sudah lama menjalankan perniagaan mereka di Malaysia. Mereka mempunyai persekitaran perdagangan yang bagus dan selamat. Selain itu, sokongan perkhidmatan pelanggan mereka juga memberi tindak balas yang baik ketika dihubungi terutama melalui sembang langsung. Jika anda masih tercari-cari broker forex pilihan anda, saya boleh sarankan anda untuk buka akaun dagangan dan berdagang dengan broker FXPRIMUS.