Tickmill Malaysia Review: Ulasan Tickmill Untuk Tahun 2024

Tickmill ialah nama dagangan bagi Tickmill Ltd yang merupakan ahli Tickmill Group dan dikawal selia oleh beberapa badan-badan yang berkuasa seperti Perkhidmatan Kewangan Labuan Malaysia dan Seychelles Financial Services Authority (FSA). Tickmill mempunyai pejabat di Malaysia yang beralamat di Unit B, Lot 49, Tingkat 1, Blok F, Lazenda Warehouse 3, Jalan Ranca-Ranca, 87000 FT Labuan. Bagi pelanggan Tickmill Malaysia, anda boleh mengubungi sokongan perkhidmatan pelanggan (customer service) mereka melalui live chat Malaysia yang tersedia di laman web mereka atau hantar emel kepada support@tickmill.com.

Tickmill Malaysia ditubuhkan oleh peniaga untuk peniaga (traders to traders). Ahli pasukan mereka mempunyai pengalaman perdagangan dalam pasaran kewangan sejak tahun 80-an dan telah berdagang di seuruh pasaran kewangan utama dari Asia hingga Amerika Utara. Misi utama Tickmill Malaysia adalah untuk menyediakan pelanggan runcit dan institusi di seluruh dunia dengan persekitaran perdagangan yang luar biasa yang membolehkan trader-trader untuk mencapai sasaran perdagangan mereka.

Menurut pernyataan yang dinyatakan oleh pihak Tickmill Malaysia di dalam laman web rasmi mereka, sehingga hari ini, mereka telah pun mempunyai lebih daripada 150000 pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, mempunyai lebih daripada 350000 pelanggan yang berdaftar, lebih daripada 385 juta dagangan yang dilaksanakan dan mempunyai lebih daripada 200 pekerja di seluruh dunia.

Dengan rekod kewangan yang terbukti kukuh dan peningkatan yang stabil, Tickmill meletakkan diri mereka sebagai peneraju pasaran dan inovator.

Kelebihan Tickmill

  1. Menawarkan lebih daripada 80 instrumen dagangan dengan spread serendah 0.0 pip.
  2. Pelaksanaan pasaran yang pantas.
  3. Semua strategi perdagangan dibenarkan termasuk EA, hedging dan scalping.
  4. Dana pelanggan disimpan di dalam akaun yang berasingan dengan top-tier bank dan menyediakan Perlindungan Baki Negatif.
  5. Perkhidmatan pelangan yang mempunyai pelbagai pilihan bahasa termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  6. Menawarkan platform dagangan (trading platforms) MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5).

Kelemahan Tickmill

  1. Sokongan perkhidmatan (customer service) pelangan yang slow dan tersedia 5 hari seminggu sahaja.
  2. Tidak menawarkan akaun sen.
Laman Webhttps://www.tickmill.sc
NegaraSeychelles
Tahun Ditubuhkan2014
Dikawal Selia OlehFSA nombor lesen SD008, FCA nombor daftar FCA 717270,
CySEC nombor lesen 278/15, Labuan FSA nombor
lesen MB/18/0028 dan FSCA nombor lesen FSP 49464.
Deposit Minimum100 USD
Bonus30% welcome bonus
Leverage Maksimum1:500
SpreadBermula dari 0.0 pip
Platform DaganganMT4 dan MT5
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan di MalaysiaYa

Badan Berkuasa Yang Memantau Tickmill di Malaysia

Tickmill.com dimiliki dan dikendalikan dalam syarikat Kumpulan Tickmill. Kumpulan Tickmill terdiri daripada :

  • Tickmill UK Ltd, yang dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (Pejabat Berdaftar: 3rd Floor, 27 – 32 Old Jewry, London EC2R 8DQ, England)
  • Tickmill Europe Ltd, yang diatur oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (Pejabat Berdaftar: Kedron 9, Mesa Geitonia, 4004 Limassol, Cyprus)
  • Tickmill South Africa (PTY) LTD, FSP 49464, diatur oleh Financial Sector Conduct Authority (FSCA) (Pejabat Berdaftar: The Colosseum, tingkat 1, Century Way, Office 10, Century City , 7441, Cape Town)
  • Tickmill Ltd, Alamat: 3, F28-F29 Eden Plaza, Eden Island, Mahe, Seychelles yang dikawal selia oleh Financial Services Authority of Seychelles dan anak syarikat 100% miliknya Procard Global Ltd, nombor pendaftaran UK 09369927 (Pejabat Berdaftar: 3rd Floor, 27 – 32 Old Jewry, London EC2R 8DQ, England),
  • Tickmill Asia Ltd yang dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Malaysia (Nombor Lesen: MB / 18/0028 dan Pejabat Berdaftar: Unit B, Lot 49, Tingkat 1, Blok F, Lazenda Warehouse 3, Jalan Ranca-Ranca, 87000 FT Labuan, Malaysia).

Selain itu, Tickmill juga berdaftar dengan Financial Conduct Authority, Federal Financial Supervisory Authority, Commissione Nazionale per le Società e la Borsa, Autorité de Contrôle Prudential, dan Comisión Nacional del Mercado de Valores. Mereka juga mempunyai keahlian dalam MiFID ll, Financial Services Compensation Scheme (FSCS), dan Investor Compensation Fund (ICF).

Bagi anda yang kurang mengenali badan-badan berkuasa yang memantau aktiviti Tickmill Malaysia, anda boleh baca info lebih lanjut di laman web rasmi mereka.

Produk-Produk Yang Boleh Didagangkan di Tickmill Malaysia

Tickmill menawarkan 62 pasang Forex, 6 Stock Indices dan Oil, 2 Metal, 4 Bonds, dan, 3 Cryptocurrencies.

Forex

Anda boleh berdagang dengan lebih daripada 60 pasangan mata wang utama, minor dan exotic terasuk pasangan mata wang GBP/USD, EUR/GBP, and ZAR/USD.

Stock Indices & Oil

Anda mempunyai akses kepada 6 stock indices & oil termasuk FTSE, DAX, Dow Jones (US30), dan NASDAQ (Nas100).

Bond

Anda juga boleh berdagang dengan 4 jenis bond German yang terpilih.

Cryptocurrencies

Tickmill menawarkan akses Forex and CFD pada cryptocurrency melalui beberapa pasangan Crypto FX (BTC / USD, ETH / USD, dan LTC / USD) yang boleh diperdagangkan di platform dagangan (trading platforms) MT4.

Metals

Dapatkan harga emas dan perak secara langsung dari platform dagangan (trading platforms) Tickmill. Anda boleh nikmati spread rendah, pelaksanaan pantas & keadaan perdagangan yang hebat.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan Tickmill Malaysia

How can I help you? Beautiful call center workers in headphones are working at modern office.

Broker Tickmill Malaysia menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan (customer service) dalam 14 bahasa termasuklah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Anda boleh menghubungi customer service Tickmill Malaysia untuk mengetahui info lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan yang mereka tawarakan atau soalan-soalan lain di:

  1. Live chat (Isnin 9 am -jumaat 10 pm). Waktu UTC +2.
  2. Phone: +44 203 608 6100 (Tickmill UK); +852 5808 2921 and +65 3163 0958 (Tickmill Seychelles).
  3. Email: support@Tickmill.co.uk (Tickmill UK) da support@Tickmill.com (Tickmill Seychelles)
  4. Social media: Facebook.com/Tickmill and Twitter.com/Tickmill
  5. Callback Request Tab.

Ia mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mendapatkan respons jika anda menghubungi mereka melalui live chat. Manakala, untuk sosial media pula, anda perlu menunggu sehingga satu jam untuk mendapat maklum balas daripada mereka. Jika anda memilih komunikasi melalui email, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk dijawab. Manakala Callback request pula akan dijawab pada hari yang sama.

Jenis Akaun Dagangan

Tickmill menawarkan lima jenis akaun dagangan termasuk akaun Demo iaitu, Akaun Klasik, Akaun Pro (Pro account), VIP account, dan Akaun Islamik. Kelima-lima akaun dagangan ini mempunyai syarat dagangan (trading conditions) yang berbeza.

Classic Account

Deposit MinimumDeposit minimum 100 USD
Baki MinimumTiada Minimum
Mata Wang AsasUSD, EUR, GBP
SpreadBermula dari 1.6 pip
Leverage Maksimum1:500
Lot Minimum0.01 Lot
Komisen0 Komisen
All Strategies AllowedYa
Swap-fee Akaun IslamikYa

Pro Account

Deposit MinimumDeposit minimum 100 USD
Baki MinimumTiada Minimum
Mata Wang AsasUSD, EUR, GBP
SpreadBermula dari 0.0 pip
Leverage Maksimum1:500
Lot Minimum0.01 Lot
Komisen2 setiap sisi setiap 100,000 diniagakan
All Strategies AllowedYa
Swap-fee Akaun IslamikYa

VIP Account

Deposit Minimum
Baki Minimum50,000 USD
Mata Wang AsasUSD, EUR, GBP
SpreadBermula dari 0.0 pip
Leverage Maksimum1:500
Lot Minimum0.01 Lot
Komisen1 setiap sisi setiap 100,000 diniagakan
All Strategies AllowedYa
Swap-fee Akaun IslamikYa

Islamic Account

Mata wang AsasUSD, EUR, GBP
Model PelaksanaanNDD
Jenis PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
Kadar Kelajuan Pelaksanaan0.20 saat
Margin Call/Stop Out100% / 30%

Spread

Tickmill Malaysia adalah antara forex broker yang menawarkan spread yang paling rendah di Malaysia. Baru-baru ini, mereka telah membuat pengurangan spread secara mendadak untuk memberi faedah yang lebih kepada trader. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan di antara spread lama dan spread baru yang mereka tawarkan untuk pair dan aset yang terpilih.

Spread LamaSpread Baru (Kebiasaan)Perubahan
EURUSD
0.20.0-100%
GBPUSD0.70.2-71%
USDJPY0.20.1-50%
USDCAD0.60.2-67%
AUDUSD0.40.1-75%
USDCHF0.70.3-57%
NZDUSD0.70.3-57%
GBPJPY1.10.9-18%
EURJPY0.70.2-71%
EURGBP0.50.3-40%
XAUUSD0.120.07-42%

Deposit Dan Withdrawal

Deposit

Anda boleh deposit akaun trading anda dengan menggunakan Bank Transfer, Visa atau Mastercard, Skrill, Neteller, Fasapay, UnionPay, Qiwi Wallet, dan NganLuong.vn. Minimum deposit adalah 100 USD/EUR/GBP. Manakala, tempoh deposit anda diproses adalah instant atau selewat-lewatnya 1 hari bekerja.

Tiada komisen atau caj yang dikenakan ke atas mana-mana kaedah deposit ini, kecuali Bank Transfer. Tetapi jika anda membuat deposit lebih daripada 5000USD, anda tidak dikenakan sebarang bayaran.

Withdrawal

Untuk tujuan pengeluaran dana pula, anda boleh menggunakan kaedah yang sama dengan deposit anda. Pengeluaran dana akan mengambil sekurang-kurangnya 1 hari bekerja untuk diproses. Minimum pengeluaran pula adalah 25 USD. Tickmill tidak akan mengenakan sebarang caj perkhidmatan pengeluaran kepada pelanggan mereka. Tetapi, sila ambil perhatian bahawa pihak bank mungkin akan mengenakan bayaran perkhidmatan dan ia adalah di luar kawalan Tickmill Malaysia.

Local Bank Transfer atau Pemindahan Dana Melalui Bank Tempatan adalah kaedah paling popular digunakan oleh trader-trader di Malaysia untuk membuat deposit dan withdrawal. Anda boleh transfer duit dari bank tempatan seperti Maybank terus masuk ke akaun trading broker Tickmill Malaysia dan sebaliknya, transfer duit dari akaun trading Tickmill Malaysia masuk ke dalam akaun bank tempatan anda.

Leverage

Tickmill membenarkan para trader dari Malaysia untuk trade menggunakan leverage sehingga 1: 500. Sebaliknya, trader yang berpangkalan di EU tertakluk kepada leverage maksimum 1:30 mengikut peraturan EU.

Bonus dan Promosi

Satu-satunya bonus yang ditawarkan oleh Tickmill Malaysia ialah welcome bonus sebanyak 30USD dan ia hanya ditawarkan kepada trader-trader yang membuka akaun dagangan dengan Tickmill Seychelles.

Tiada bonus atau promosi diberikan untuk trader-trader di bawah naungan Tickmill Europe atau Tickmill UK. Ini kerana agensi pengawal selia di kedua-dua bidang kuasa ini telah mengharamkan bonus dan promosi.

Rujukan dan Pembelajaran

Tickmill Malaysia menyediakan bahagian pendidikan di laman sesawang mereka secara percuma. Bahagian rujukan dan pembelajaran ini tersedia dalam bentuk webinar, e-book, glossary, video, dan artikel pendidikan.

Webinar live terdapat dalam pelbagai bahasa, bukan sahaja bahasa Inggeris. Video pula dalam bahasa Inggeris dan mengajar pelbagai konsep teras, terutamanya mengenai strategi perdagangan, technical indicators, dan trading sosial.

Cara Untuk Buka Akaun Trading Dengan Broker Tickmill Malaysia

Oleh kerana Tickmill Malaysia dikawal oleh Pihak Berkuasa Perundangan, anda mesti melepasi beberapa pematuhan asas untuk memastikan bahawa anda telah pun memahami risiko forex trading sebelum mereka membenarkan anda untuk trade forex. Anda akan diminta untuk memasukkan beberapa maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan email. Selain itu anda juga akan diminta untuk menyediakan dokumen sokongan berikut:

1. Salinan berwarna kad pengenalan, pasport atau lesen memandu.

2. Bill utiliti atau penyata bank yang terbaru atau dikeluarkan tiga bulan yang lepas untuk pengesahan alamat anda.

Untuk membuka akaun dagangan dengan Tickmill Malaysia, anda hanya perlu melengkapkan borang pendaftaran seperti ganbar dibawah kemudian muat naik dokumen sokongan anda. Selepas akaun anda disahkan, anda boleh deposit akaun dagangan dan mula berdagang forex.

Kelebihan Broker Tickmill

  • Tickmill Malaysia merupakan broker forex yang dipantau oleh badan berkuasa yang kukuh seperti FSA nombor lesen SD008, FCA nombor daftar FCA 717270, CySEC nombor lesen 278/15, Labuan FSA nombor lesen MB/18/0028 dan FSCA nombor lesen FSP 49464.
  • Dikawal selia di Malaysia iaitu di Labuan FSA nombor lesen MB/18/0028 dan FSCA nombor lesen FSP 49464.
  • Kadar komisen yang rendah untuk akaun PRO dan VIP.
  • Menawarkan pelaksanaan agensi sahaja.
  • Welcome bonus $30 untuk pedagang-pedagang dari Malaysia.
  • Sokongan Malaysia 24 jam, 5 hari melalui email dan live chat.
  • Spread rendah bermula dari 0.0 pip.
  • Menawarakan platform dagangan (trading platform) MT4 dan MT5.
  • Memenangi beberapa anugerah seperti Best Forex Execution Broker di UK Forex Awards pada tahun 2018.

Apakah Tickmill Selamat Bagi Trader di Malaysia?

Ya, Tickmill Malaysia selamat bagi trader di Malaysia dan sesuai untuk semua pelabur. Namun, sila pastikan bahawa anda sudah pun membaca dan memahami amaran risiko mengenai perdagangan forex. Anda boleh baca amaran risiko Tickmill Malaysia di laman web rasmi mereka.

Untuk pengetahuan anda, Tickmill Ltd dikawal selia sebagai Peniaga Sekuriti oleh Pihak Berkuasa Financial Services Authority of Seychelles (FSA). Oleh itu, Tickmill Malaysia tertakluk kepada peraturan FSA, yang bermaksud bahawa dana anda dipegang atau disimpan dalam akaun berasingan untuk melindungi aset atau dana anda.

Seperti yang anda ketahui bahawa pasaran forex merupakan pasaran yang sangat berisiko tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua individu yang takut untuk kehilangan wang mereka. Saya nasihatkan, jika anda takut dan anda tidak mampu kehilangan wang, anda boleh memilih pelaburan yang lebih selamat seperti ASB.

Kesimpulan

Tickmill Malaysia terkenal sebagai forex broker yang menawarkan spread yang rendah dan sangat popular di kalangan trader di Malaysia dan juga di Brunei.

Sila ambil perhatian, sebelum anda mula berdagang dengan Tickmill Malaysia, pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang bakal anda hadapi dan anda akan lebih berhati-hati untuk menguruskan risiko anda. Sila ambil perhatian bahawa perdagangan forex adalah perdagangan yang berisiko tinggi – high risk of losing money!