AMarkets Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

AMarkets atau AMarkets LTD ditubuhkan pada tahun 2007, yang bertempat di P.B. 1257 Bonovo Road, Fomboni, Comoros, KM . AMarkets merupakan sebuah broker antarabanga yang menawarkan perkhidmatan di Amerika Latin, Asian dan Commonwealth of Independent States (CIS).

Broker AMarkets menawarkan pelbagai jenis instrumen kewangan untuk dagangan dalam talian. Antaranya adalah Forex, CFD, logam, bon, komoditi dan mata wang kripto. Mereka juga menawarkan tiga jenis akaun dagangan (trading account) kepada pelanggan mereka, termasuk Islamic account yang mematuhi undang-undang Syariah sepenuhnya.

Laman Webamarkets.com
NegaraComoros
Tahun Penubuhan2007
Dikawal Selia OlehMwali International Services Authority (MlSA)
Deposit Minimum10 USD
BonusAda
Leverage Maksimum1:100 – 1:3000
Spread Minimum0.2 pip
Platform DaganganMetaTrader 4, MetaTrader 5, AMarkets App and AMarkets App
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan dan Kelemahan AMarkets

Kelebihan

  • Mempunyai lebih daripada 550 pilihan instrumen perdagangan
  • Menawarkan tiga jenis akaun dagangan (Standard, Tetap, ECN);
  • Deposit permulaan 10 USD
  • Akaun ECN mempunyai spread terendah, leverage sehingga 1:3000 dan deposit pembukaan akaun minimum $200
  • Leverage sehingga 1:3000 (untuk indeks 1:100)
  • Pelaksanaan pesanan sepantas 0,03 saat
  • Tiada slippage dan requotes
  • Spread serendah 0.2 pip
  • Pangkalan data besar Penasihat Pakar
  • Isyarat dagangan autochartist dan perkhidmatan analisis teknikal
  • Pelayan Peribadi Maya (VPS) 24/7
  • Penunjuk sentimen pasaran unik yang dibangunkan oleh pakar syarikat
  • Trading news, hedging dan scalping dibenarkan
  • 0 komisen deposit
  • Pengeluaran wang yang pantas
  • Program pulangan tunai eksklusif (cashback)
  • Program affiliate yang menguntungkan
  • Perkhidmatan perdagangan salinan (copy trading)

Kelemahan

  • AMarkets tidak menerima pedagang dari Amerika Syarikat

Badan Berkuasa Yang Memantau AMarkets – Regulations

AMarkets merupakan ahli The Financial Commission. The Financal Commission merupakan sebuah organisasi penyelesaian pertikaian luaran bebas yang memastikan peniaga dan broker menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara yang cepat, cekap dan tidak berat sebelah. Suruhanjaya Kewangan menyediakan insurans sehingga €20 000 setiap tuntutan daripada Dana Pampasannya.

Sumber: amarkets.com

AMarkets LTD berdaftar dan berlesan sebagai syarikat international brokerage and clearing di Pulau Mwali (Comoros) dengan nombor lesen T2023284 dan diselia oleh Mwali International Services Authority (MlSA). Pejabat syarikat berdaftar di P.B. 1257 Bonovo Road, Fomboni, Comoros, KM.

AMarkets LLC pula berdaftar di Cook Islands dengan nombor pendaftaran LLC 14486/2023 dan pendaftaran berkaitan yang dikendalikan oleh Financial Supervisory Commission (FSC). Pejabat berdaftar bagi Syarikat ini adalah T&F Chambers Main Road, Rarotonga, Kepulauan Cook

AMarkets LTD. berdaftar di Saint Vincent dan Grenadines dengan nombor syarikat perniagaan 22567 SM 2015 dan pendaftaran berkaitan yang dikendalikan oleh Financial Services Authority (FSA). Pejabat Syarikat yang berdaftar adalah Beachmont Business Centre, 272 Kingstown, St.Vincent dan Grenadines.

Negara yang Disokong

Syarikat AMarkets menyediakan perkhidmatan pembrokeran di Asia, Amerika Latin, Timur Tengah dan negara-negara CIS dengan lebih daripada 16 bahasa yang tersedia termasuk Melayu dan Inggeris.

Produk Dagangan AMarkets

Produk dagangan atau instrumen dagangan merujuk kepada jenis pasaran yang boleh anda dagangkan di pasaran kewangan. Kadangkala ia juga dipanggil sekuriti yang terdiri daripada commodity futures, saham dan CFD, mata wang, emas, logam dan banyak lagi.

AMarkets menawarkan lebih daripada 550 produk dagangan yang anda boleh dagangankan iaitu, forex, logam, mata wang kripto, bon, komoditi, indeks dan saham.

Sokongan Perkhidmatan Pelanggan

AMarkets boleh dihubungi melalui panggilan telepon, Email dan juga aplikasi Telegram. Berikut merupakan maklumat perhubungan mereka:

  • Nombor telefon: +44 330 777 22 22
  • Telegram: https://t.me/amarkets_supportbot 
  • Email: support@amarkets.com

Selain itu, mereka juga menyediakan Live Chat di website rasmi mereka yang tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jenis Akaun Dagangan di AMarkets

Akaun Fix

Jenis akaun ini sesuai untuk dagangan kedudukan atau position trading. Deposit permulaan bagi akaun ini adalah 100 USD dan fixed spread serendah 3 pip, bergantung pada instrumen dagangan.

Minimum deposit100 USD
Leverage1:3000
Jumlah PesananDaripada 0.01 dengan langkah 0.01
SpreadFixed dari 3 pip
Komisen
Stop Out level20%
Mata Wang AkaunUSD, EUR

Akaun Standard

Akaun dagangan ini merupakaan pilihan yang popular di kalangan pedagang mereka. Pelanggan boleh memilih jenis pelaksanaan – Pasaran atau Segera. Deposit permulaan bagi akaun dagangan ini ialah 100 USD dan spread floating serendah 1.3 pip.

Minimum deposit100 USD
Leverage1:3000
Jumlah PesananDaripada 0.01 dengan langkah 0.01
SpreadFloating dari 1.3 pip
Komisen
Stop Out level20%
Mata Wang AkaunUSD, EUR

Akaun ECN

Akaun dagangan ECN disesuaikan dengan keperluan pedagang yang berpengalaman. Akaun ini sesuai untuk scalping dan mempunyai pelaksanaan pesanan terpantas serta spread yang sangat ketat. Deposit permulaan akaun dagangan ini ialah 200 USD dan spread floating bermula dari 0 pip.

Minimum deposit200 USD
Leverage1:3000
Jumlah PesananDaripada 0.01 dengan langkah 0.01
SpreadFloating dari 0 pip
Komisen
Stop Out level40%
Mata Wang AkaunUSD, EUR

Bagi pelanggan yang beragama Islam, broker AMarkets menawarkan pilihan akaun Islamik. Akaun Islamik tersebut mematuhi undang-undang Syariah sepenuhnya. Akaun Islamik yang mereka sediakan adalah bebas swap, yang bermaksud, tiada caj faedah untuk memindahkan kedudukan (position) ke hari berikutnya pada logam dan pasangan mata wang. Akaun Islamik ini tersedia untuk semua jenis akaun dagangan di atas.

Deposit & Withdrawal Untuk Pedagang Dari Malaysia

Deposit

AMarkets menyediakan kaedah deposit seperti berikut:

  • VISA dan Mastercard
  • Cryptocurrencies
  • E-wallet
  • Pindahan Kawat Bank

AMarkets memberi pampasan sepenuhnya untuk caj dan komisen deposit. Jika anda dikenakan komisen tambahan, sila hubungi sokongan pelanggan mereka untuk pembayaran balik.

Withdrawal

AMarkets menyediakan kaedah withdrawal seperti berikut:

  • VISA dan Mastercard
  • Cryptocurrencies
  • E-wallet
  • Pindahan Kawat Bank

Pelanggan AMarkets boleh deposit akaun dagangan mereka dalam mata wang USD dan EUR. Walaupun proses deposit adalah percuma, namun anda akan dikenakan yuran pengeluaran dana serta limit pengeluaran. Sila ambil perhatian bahawa yuran pengeluaran adalah berbeza untuk setiap kaedah pengeluaran.

Yuran, Spread dan Komisen

Sila ambil perhatian bahawa:

  • Anda hendaklah melengkapkan pengesahan identiti untuk membolehkan anda memasukan (deposit) dana ke dalam akaun dagangan anda.
  • Minimum deposit AMarkets adalah bermula daripada 100 USD/200 USD.
  • Yuran pengeluaran AMarkets berbeza mengikut kaedah pembayaran.
  • AMarkets tidak mengenakan bayaran untuk akaun yang tidak aktif.
  • AMarkets tidak mengenakan bayaran deposit.

Spread AMarkets adalah bermula daripada 0.0 pip pada pasangan mata wang EUR/USA. Jenis spread dan caj komisen bergantung pada jenis akaun dagangan pelanggan, instrumen kewangan dan keadaan pasaran. 

Kadar spread dan komisen AMarkets adalah bermula daripada 1.3 pip pada Akaun Standard, bermula 3 pip pada akaun Fixed dan bermula 0.0 pip pada akaun ECN. Pelanggan yang memilih untuk berdagang dengan akaun ECN akan dikenakan komisen sebanyak 2.5 USD setiap lot.

Aplikasi AMarkets dan Dagangan Mudah Alih

AMarkets membolehkan pelanggan mengakses akaun dagangan mereka terus ke pasaran kewangan untuk menjana pendapatan melalui telefon pintar. Di dalam aplikasi tersebut, pelanggan boleh membuat pesanan (order), memasukkan dana ke dalam akaun dagangan (deposit) dan mengeluarkan keuntung (withdraw) serta mengikut perkembangan pasaran terkini melalui market event, company news dan promosi.

Untuk memastikan keselamatan akaun dagangan pelanggan anda selamat, AMarkets telah mengambil inisiatif yang memberikan kelebihan kepada anda seperti memasangkan two-factor authentication pada aplikasi mereka. Anda boleh menggunakan PIN 4 digit untuk melindungi akaun dagangan anda.

Perkhidmatan Perdagangan Salinan Untuk Pelabur dan Pedagang

Copy trading atau perdagangan salinan merupakan salah satu perkhidmatan AMarkets yang popular. Copy trading ini merupakan perkhidmatan pelaburan dan perdagangan yang membolehkan pelanggan menyalin transaksi pedagang profesional.

Dalam kes ini, pelabur tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam perdagangan forex. Semuanya bergantung kepada pemilihan strategi yang paling bagus dan menguntungkan daripada pedagang profesional. Pelabur boleh memilih strategi dagangan berdasarkan pelbagai parameter seperti keuntungan, peratusan komisen, bilangan pelabur, umur strategi dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan AMarkets yang yakin dengan kemahiran dagangan mereka juga boleh menjadi pengurus peniaga dan membina strategi mereka sendiri dalam sistem dan memperoleh pendapatan tambahan daripada pelaburan.

Program Affiliate

AMarkets menawarkan affiliate program kepada pelanggan mereka yang berminat untuk menjadi usahawan. Affiliate program yang mereka tawarkan mempunyai dua model kerjasama iaitu Webmaster (CPA) dan Agent (revenue share). Affiliate program ini merupakan cara terbaik untuk menjana pendapatan yang stabil tanpa risiko dengan hanya memperkenalkan pelanggan baru kepada AMarkets sahaja.

Sehingga hari ini, AMarkets telah pun mempunya lebih daripada 3000 ahli affiliate di seluruh dunia. Jumlah bayaran kepada rakan kongsi mereka telah melebihi $20,000,000. Kedua-dua webmaster dan agent boleh menjana keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan industri lain. Jenis perdagangan ini tersedia untuk semua tanpa mengira umur, pekerjaan dan pengalaman dalam pasaran kewangan.

Bonus dan Promosi

AMarkets kerap mengadakan pelbagai promosi dan peraduan yang membolehkan pelanggan menjana lebih banyak keuntungan. Pelanggan baru yang memilih jenis akaun Standard atau Fixed dalam platform MetaTrader 4 berpeluang untuk mendapatkan welcome bonus daripada AMarkets.

Di bawah ini merupakan bonus dan promosi yang ada di AMarkets:

Get cashback from AMarkets

Get cashback from AMarkets merupakan tawaran eksklusif yang membolehkan pelanggan mengembalikan semula sebahagian daripada spread ke dalam akaun dagangan mereka. Maksudnya, pelanggan melakukan dagangan dan mendapat pulangan tunai daripada aktiviti perdagangan mereka. Pelanggan boleh mendapat sehingga 17 USD setiap lot bergantung kepada tahap mereka di dalam program tersebut. 

Switch Your Broker Bonus

Switch your broker bonus menggalakkan pelanggan untuk memindahkan dagangan daripada broker sedia ada mereka kepada AMarkets dan mendapatkan syarat dagangan yang lebih baik dan bonus dagangan eksklusif 20% pada deposit permulaan.

Double Your Trading Deposit Bonus

Double your trading deposit bonus ialah bonus alu-aluan yang membolehkan pelanggan baru mendapat bonus 100% pada deposit awal mereka.

 0 % Commission

Dengan Komisen 0%, pelanggan AMarkets boleh menerima pampasan komisen deposit dan yuran yang dikenakan oleh mana-mana sistem pembayaran, tanpa mengira jumlah deposit. Tawaran ini tersedia untuk semua jenis akaun.

Trade Demo, Earn Real Cash

Trade demo, earn real cash merupakan tawaran yang membolehkan pelanggan memperoleh wang sebenar apabila berdagang dengan akaun demo. Ia merupakan tawaran yang sangat baik untuk mereka yang bersedia untuk beralih daripada akaun demo kepada akaun sebenar. Pelanggan hanya perlu membuat keuntungan pada akaun demo dan kemudian memindahkannya ke akaun dagangan sebenar mereka.

Invite a friend bonus

Invite a Friend Bonus membolehkan pelanggan sedia ada untuk mendapatkan wang tunai tambahan. Pelanggan yang menjemput rakan mereka untuk berdagang dengan AMarkets akan mendapatkan 10 USD untuk setiap rakan yang mereka rujuk. Semua pelanggan baru yang dijemput pula akan mendapatkan 15% bonus dagangan pada deposit mereka.

Cara Buka Akaun Dagangan AMarkets

Dibawah ini merupakan cara buka akaun dagangan sebenar dengan broker AMarkets. Saya akan membuka akaun Standard dalam demo ini.

Langkah 1

Klik butang Buka Akaun di bawah.

Langkah 2

Isi borang pendaftaran seperti gambar di bawah kemudian klik butang Open Account.

Langkah 3

Selepas itu, anda akan dibawa terus ke Member Area AMarkets seperti gambar di bawah. Sila klik butang NEXT sehingga popup tersebut hilang.

Langkah 4

Selepas itu, anda perlu mengesahkan email, nombor telefon, identiti dan mengesahkan kaedah pembayaran.

Langkah 5

Selepas mengesahkan email dan nombor telefon, anda perlu mengesahkan identity anda pula. Caranya adalah, scan QR code seperti gambar di bawah dengan telefon pintar anda.

Selepas itu, sila tangkap gambar depan dan belakang Kad Pengenalan anda. Salinan Kad pengenalan anda akan dimuat naik secara automatik ke dalam Member Area AMarkets.

Selepas memuat naik salinan Kad Pengenalan anda, AMarkets akan mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengesahkan dokumen anda.

Langkah 6

Akhir sekali, selepas akaun anda disahkan, anda akan menerima pemberitahuan melalui email seperti gambar di bawah.

Ini bermaksud, anda sudah boleh mula berdagang dengan AMarkets. Sebelum memulakan aktiviti perdagangan, anda perlu deposit akaun dagangan anda terlebih dahulu.

Sila klik butan Deposit seperti gambar di bawah atau login ke Member Area AMarkets untuk deposit akaun dagangan anda.

Kesimpulan

Mereka mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik seperti bonus dan promosi yang menguntungkan, pilihan akaun dagangan yang tidak membingungkan, kaedah deposit dan withdrawal yang mudah dan banyak lagi.

AMarkets merupakan salah satu broker forex yang mempunyai tawaran yang bagus terutamanya trader di Malaysia.