Cara Kira Pips: Panduan Lengkap

Anda mungkin sering mendengar istilah “pip” dalam perbualan harian para trader forex. Mari kita mendalami topik asas “pip” ini supaya anda akan menjadi seorang trader bijak yang boleh membuat segala pengiraan penting dengan betul.

JustMarkets

Apa Itu Pip?

Pip ialah singkatan dari tiga perkataan: “Price Index Point”. Ini adalah unit ukuran yang digunakan untuk mengukur perubahan nilai di antara dua matawang.

Satu pip adalah perubahan nilai paling kecil yang boleh berlaku dalam harga sesuatu pasangan matawang (currency pair).

Digit pip pada EUR/USD

Image source: BabyPips

Contoh: Kalau EUR/USD naik dari 1.1050 kepada 1.1051, kenaikan 0.0001 itu ialah satu pip.

Kebanyakan currency pair ada 4 digit perpuluhan dan pip adalah digit yang ke-empat itu.

Dapatkan 10 senarai broker forex terbaik di Malaysia. Klik di sini untuk info lanjut.

Namun demikian, untuk semua currency pair yang mengandungi matawang Yen Jepun (JPY), mereka hanya ada 2 digit perpuluhan, dan pip adalah digit perpuluhan yang ke-dua.

Contoh: Kalau USD/JPY turun dari 131.70 kepada 131.69, kita boleh katakan bahawa USD/JPY telah menurun sebanyak 0.01 atau 1 pip.

Hakikatnya, satu pip ialah 0.0001 bagi semua pair tanpa JPY dan 0.01 bagi semua pair dengan JPY.

Apa Itu “Pipette”?

Pip dan Pipette

Image source: CashBackForex

Kalau anda sudah faham tentang “pip”, apa pula “pipette” yang ada digunakan juga sekarang?

Senang sahaja. 1 pipette ialah 1/10 daripada 1 pip, atau dengan erti kata lain, 1 pip ada 10 pipette.

Sekarang banyak broker menggunakan harga currency pair dengan 5 dan 3 digit perpuluhan (dahulunya 4 dan 2 digit).

Bagi currency pair dengan 5 digit perpuluhan, pipette adalah digit perpuluhan ke-lima dan bagi pair dengan 3 digit perpuluhan pula, ia adalah digit perpuluhan ke-tiga.

Contoh: Kalau harga EUR/USD naik dari 1.10634 kepada 1.10639, kenaikan nilai adalah 5 pipette sahaja.

Bagaimana Mengira Keuntungan Berdasarkan Nilai Pip

Andaikan akaun anda dalam USD dan anda trade 1 lot standard atau 100,000 unit.

Jika anda Buy GBP/USD pada harga 1.10580 dan Sell pada harga 1.10605, berapa pip anda telah untung dan apakah nilai keuntungan itu?

Bilangan pip = (1.10605 – 1.10580) / 0.0001 = 2.5

Profit = 2.5 x 10 = $25 (sebab nilai setiap pip ialah $10)

Anda boleh klik di sini untuk menggunakan bantuan kalkulator nilai pip: https://www.babypips.com/tools/pip-value-calculator

Bagaimana Mengira Saiz Lot Berdasarkan Risiko

Sebagai seorang trader, anda perlu tahu bagaimana mengira saiz lot yang harus anda trade berdasarkan risiko.

Peratusan risiko (risk percentage) yang disyorkan ialah 1% daripada modal akaun.

Contoh:

Andaikan ada satu peluang trade GBP/USD yang memerlukan stop loss 10 pip (mengikut strategi) dan modal dalam akaun ialah $1000.

Amaun risiko = 1% daripada jumlah dalam akaun = 1% x 1000 = $10.

Jadi risiko maksima setiap pip = $10/ 10 pips = $1

Ini bermaksud anda hanya boleh trade 0.1 lot iaitu 10,000 unit sebab nilai pip demikian ialah $1 setiap pip (1 lot standard bersamaan 100,000 unit).

Untuk mengelakkan masalah pengiraan lot, lebih senang lagi jika anda menggunakan Kalkulator Saiz Position macam berikut:

Kalkulator Saiz Position

Image source: BabyPips

Kesimpulan

Tahniah! Sekarang anda sudah tahu bagaimana mengira pips dengan betul. Ini adalah langkah pertama yang sangat penting demi mencapai kejayaan sebagai seorang trader.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *