Jenis Candlestick: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Apakah Itu Candlestick?

Bar Chart and Candlestick Chart

Image source: HowToTrade.com

Candlestick bermaksud “batang lilin”. Gambar di atas menunjukkan satu carta Bar dan satu carta Candlestick untuk harga currency yang sama. Nama “candlestick” datang daripada bentuknya yang seolah-olah lilin.

Semua trader harus mengetahui topik asas candlestick ini supaya dapat memahami pergerakan harga currency dengan lebih senang. Selain itu, candlestick juga membentuk pelbagai corak atau pattern yang boleh memberi petanda awal tentang halatuju currency seterusnya.

Oleh demikian, para trader yang ada ilmu candlestick pattern yang kuat akan mempunyai kelebihan berbanding dengan trader lain.

Sejarah Candlestick

Teknik mencatat pergerakan harga ini berasal dari Jepun sejak kurun ke-18 lagi. Pada tahun 1750, seorang pedagang beras yang bernama Munehisa Honma telah mencipta teknik ini untuk menganalisa aksi harga (price action) dan mencatat pergerakan harga beras pada carta dengan mudah.

Munehisa Honma

Image source: LearnToTradeTheMarket.com

Teknik candlestick ini begitu berkesan sehingga Munehisa telah menjadi trader beras yang sangat berjaya dan kaya. Dia dikhabarkan telah melakukan 100 trade berturut-turut yang berjaya.

Kemudian pada zaman 90-an, seorang yang bernama Steve Nison telah mempopularkan teknik candlestick pattern ini ke seluruh dunia melalui buku-buku yang ditulisnya.

Steve Nison

Image source: NinjaTraderEcosystem.com

Asas Candlestick

Asas Candlestick

Image source: BabyPips.com

Setiap candlestick mewakili pergerakan harga dalam sesuatu jangkamasa (timeframe) tertentu (dari 1 minit sehingga jangkamasa yang lebih besar seperti 1 jam, 4 jam, 1 hari dan 1 bulan).

Candlestick terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

Real Body

Real Body ialah “badan lilin” yang dihasilkan daripada Open Price (Harga Pembukaan) dan Close Price (Harga Penutupan).

Jika Harga Pembukaan lebih rendah daripada Harga Penutupan (candlestick kiri dalam gambarajah di atas), maka ini adalah Bullish candlestick. Biasanya candle begini akan berwarna hijau atau putih.

Sebaliknya jika Harga Pembukaan lebih tinggi daripada Harga Penutupan (candlestick kanan dalam gambarajah di atas), maka ini adalah Bearish candlestick. Biasanya candle begini akan berwarna merah atau hitam.

Body candlestick yang panjang vs yang pendek

Image source: BabyPips.com

Perbezaan jenis candlestick dari segi saiz body juga memberi petanda yang jelas tentang kekuatan Buyer atau Seller.

Candle bullish dengan body candle yang panjang menunjukkan tekanan Buy yang kuat, manakala candle bearish dengan body yang panjang menunjukkan tekanan Sell yang kuat.

Jika body itu pendek, ini menunjukkan tekanan Buy atau Sell itu lemah.

Upper Shadow

Upper Shadow atau “Upper Wick” ialah “ekor” yang keluar dari atas candlestick. Ini terbentuk bila buyer cuba menolak currency sehingga harga tertinggi (High Price) dan kemudian seller pula menolak harga kembali ke bawah.

Lower Shadow

Lower Shadow atau “Lower Wick” menunjukkan harga terendah (Low Price) yang dicapai oleh currency tersebut. Ini menunjukkan seller cuba menolak harga ke bawah namun kemudian buyer pula menolak harga kembali ke atas.

Shadow yang panjang menunjukkan terdapat banyak penolakan atau “rejection”. Upper Shadow yang panjang menunjukkan bahawa kuasa seller kuat dan Lower Shadow yang panjang pula menunjukkan bahawa kuasa buyer kuat.

Candlestick Pattern Dengan Satu Candlestick

Doji

Doji candlestick pattern

Image source: HowToTradeBlog.com

Doji adalah candlestick pattern yang sangat mudah untuk dikenalpasti. Doji akan terbentuk apabila harga ditutup pada tahap yang sama seperti ia dibuka. Oleh itu, Doji kelihatan seperti sengkang dengan ekor (shadow).

Ada 4 jenis candlestick pattern Doji, iaitu Doji Star, Long Legged Doji, Dragonfly Doji dan Gravestone Doji (seperti dalam gambar di atas).

Doji selalunya menandakan ketidakpastian dan sesuatu pembalikan harga (reversal) akan berlaku.

Spinning Tops

Spinning Tops

Image source: ForexTrainingGroup.com

Candlestick pattern Spinning Tops kelihatan macam gasing, dengan badan yang pendek dan kepala serta ekor yang sama panjang.

Pattern ini menunjukkan bahawa Buyer dan Seller sedang bergelut antara satu sama lain, tetapi tiada satu pun daripada mereka yang dapat menguasai.

Namun demikian, jika anda nampak pattern ini dalam carta semasa trend menurun (downtrend), ini menunjukkan bahawa kuasa Seller telah menjadi lemah.

Marubozu

Marubozu

Image source: ForexTrainingGroup.com

Candlestick pattern Marubozu hanya mempunyai badan (real body) tanpa shadow atau wick.

Marubozu ialah pattern yang menunjukkan penyambungan trend (trend continuation). Dalam kes Bullish Marubozu, ketiadaan shadow bermaksud trend menaik itu begitu kuat sehingga harga hanya menuju ke atas dan tidak pernah jatuh lebih rendah daripada harga pembukaan.

Bearish Marubozu pula bererti trend menurun (downtrend) itu begitu kuat sehingga harga hanya menuju ke bawah dan tidak pernah naik lebih tinggi daripada harga pembukaan.

Hammer dan Hanging Man (Reversal)

Hammer and Hanging Man

Image source: ForexTrainingGroup.com

Kedua-dua candlestick pattern Hammer dan Hanging Man mempunyai badan kecil dengan shadow atas yang kecil dan shadow bawah yang panjang. Mereka kelihatan sama dan perbezaan hanya sama ada body itu Bullish atau Bearish.

Kedua-dua candlestick pattern termasuk dalam golongan reversal pattern. Perbezaan di antara mereka adalah hammer menandakan reversal bagi trend bearish, manakala hanging man menandakan reversal bagi trend bullish.

Inverted Hammer dan Shooting Star (Reversal)

Inverted Hammer and Shooting Star

Image source: ForexTrainingGroup.com

Candlestick pattern Inverted Hammer dan Shooting Star merupakan imej cermin kepada Hammer dan Hanging Man.

Mereka mempunyai body yang kecil, shadow bawah yang kecil dan shadow atas yang panjang. Inverted Hammer menandakan reversal trend bearish, manakala Shooting Star menandakan reversal trend bullish.

Candlestick Pattern Dengan Dua Candlestick

Bullish dan Bearish Engulfing (Reversal)

Bullish Engulfing and Bearish Engulfing

Image source: ForexTrainingGroup.com

“Engulfing candle” bermaksud sejenis candle yang “menelan” atau merangkumi seluruh body candle yang sebelumnya.

Bullish Engulfing ialah formasi candlestick dengan dua candle, di mana selepas satu candle bearish anda dapat satu candle bullish lebih besar dengan body yang menelan body candle yang sebelumnya.

Bearish Engulfing pula akan ada satu candle bullish, diikuti oleh satu candle bearish yang lebih besar.

Bullish Engulfing menandakan reversal trend menjadi bullish, manakala Bearish Engulfing menandakan reversal trend menjadi bearish.

Tweezer Tops dan Bottoms (Reversal)

Tweezer Bottoms and Tweezer Tops

Image source: ForexTrainingGroup.com

Tweezer Bottoms terdiri daripada satu candle bearish diikuti oleh satu candle bullish. Kedua-dua candle mempunyai body yang kecil, tiada shadow di atas dan mereka mempunyai ukuran yang hampir sama.

Tweezer Bottoms ialah satu tanda reversal bahawa harga akan bertukar arah dan menuju ke atas.

Tweezer Tops pula terdiri daripada satu candle bullish diikuti oleh candle bearish. Sama juga, kedua-dua candle mempunyai body yang kecil, tiada shadow di bawah.

Tweezer Tops ialah petanda reversal yang menunjukkan bahawa harga akan bertukar arah dan menuju ke bawah.

Candlestick Pattern Dengan Tiga Candlestick

Morning Star dan Evening Star (Reversal)

Evening Star and Morning Star

Image source: ForexTrainingGroup.com

Sekarang mari kita lihat lebih lanjut tentang candlestick pattern yang terbentuk daripada tiga candlestick.

Salah satu candlestick pattern yang popular ialah Morning Star. Ia terdiri daripada satu candle bearish diikuti oleh satu candle bearish atau bullish yang sangat kecil, dan akhirnya diikuti oleh satu candle bullish yang lebih besar daripada setengah saiz candle pertama.

Evening Star pula ialah pattern yang bertentangan dengan Morning Star. Ia bermula dengan satu candle bullish, diikuti oleh satu candle bearish atau bullish yang lebih kecil, dan akhirnya diikuti oleh satu candle bearish yang saiznya lebih besar daripada setengah candle pertama.

Kedua-dua kumpulan candlestick ini adalah petanda reversal, di mana Evening Star menunjukkan trend bullish akan berakhir, manakala Morning Star menandakan trend bearish akan berakhir.

Three Soldiers (Reversal)

Three Bullish Soldiers and Three Bearish Soldiers

Image source: ForexTrainingGroup.com

Candlestick pattern Three Soldiers boleh digolongkan kepada jenis bearish atau bullish. Three Bullish Soldiers terdiri daripada tiga candle bullish berturutan dengan ciri-ciri demikian:

  • Satu candle bullish yang kecil
  • Satu candle bullish lebih besar, yang close berdekatan tahap yang paling tinggi
  • Satu candle bullish yang lebih besar lagi, yang hampir tiada shadow

Pattern Three Bearish Soldiers hampir sama tetapi secara songsang. Ia mempunyai ciri-ciri tersebut:

  • Satu candle bearish yang kecil
  • Satu candle bearish lebih besar, yang close berdekatan tahap terendah
  • Satu candle bearish lebih besar lagi, yang hampir tiada shadow

Three Bullish Soldiers digunakan untuk meramal bahawa reversal bakal berlaku dan trend bullish akan bermula.

Three Bearish Soldiers pula menandakan bahawa trend bakal bertukar menjadi bearish tidak lama lagi.

Contoh Penggunaan Candlestick Pattern Dalam Carta

Candlestick Patterns on Chart

Image source: ForexTrainingGroup.com

Setelah mempelajari pelbagai jenis candlestick pattern, sekarang mari kita lihat satu contoh bagaimana kita boleh menggunakan pattern-pattern ini untuk mendapat trade yang lebih berjaya.

Ini ialah carta timeframe daily EUR/USD untuk tempoh 21 Julai – 8 Oktober.

Analisis carta candlestick menunjukkan tiga candlestick pattern bearish yang berjaya.

Yang pertama ialah Evening Star. Anda sudah tahu bahawa Evening Star menandakan price akan turun. Inilah yang berlaku dalam carta selepas itu. Kami mendapat penurunan harga sebanyak 126 pip.

Pattern kedua yang kami dapat ialah Hanging Man pada penghujung trend bullish. Selepas kemunculan Hanging Man, harga EUR/USD menurun kira-kira 387 pip selama tiga hari!

Pattern candlestick ketiga ialah satu lagi Evening Star. Pada akhir trend bullish, pattern Evening Star diikuti oleh penurunan harga sebanyak 40 pip untuk satu hari.

Kesimpulan

Demikianlah apa yang anda perlu tahu tentang jenis candlestick pattern yang boleh wujud dalam pasaran forex. Jika anda selalu melatih mata anda untuk mencari pattern-pattern ini setiap kali anda trade, ini akan menolong anda untuk mendapat trade yang cukup tepat dan menguntungkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *