Teknik SNR Forex: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Support and Resistance (SNR) merupakan konsep penting dalam forex trading. Ia adalah kunci untuk memahami market forex dan membantu trader untuk meramal pergerakan harga dalam jangka masa pendek dan panjang.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan apa itu Support dan Resistance, dan bagaimana ia boleh membantu dalam trading. Kita juga akan melihat cara-cara untuk mengenal pasti mereka pada carta forex.

Apa Itu Support dan Resistance?

Support dan Resistance

Image source: BabyPips.com

Dalam ertikata yang paling mudah, support dan resistance adalah level atau tahap di mana harga currency kemungkinan besar akan mengalami sesuatu tindakbalas – sama ada pembalikan (reversal) atau penyambungan (continuation).

Support merujuk kepada tahap harga di mana permintaan untuk membeli currency menjadi kuat dan memberi tekanan pada peningkatan harga.

Resistance pula merujuk kepada tahap harga di mana penawaran untuk menjual currency menjadi kuat dan memberi tekanan pada penurunan harga.

Konsep Support Becomes Resistance(SBR) dan Resistance Becomes Support(RBS)

Ini ialah konsep yang lebih advanced setelah memahami konsep asas SNR forex.

Resistance Becomes Support

Image source: Steemit.com

Lihat gambar di atas. Semasa trend bullish, harga breakout ke atas melepasi tahap Resistance 1. Kemudian ia kembali untuk menguji (retest) tahap Resistance 1 tadi, tetapi sekarang tahap ini sudah bertukar daripada resistance menjadi support. Ini dipanggil sebagai Resistance Becomes Support (RBS).

Support Becomes Resistance

Image source: Steemit.com

Dengan cara yang sama, semasa downtrend harga akan breakout ke bawah (melepasi tahap Support 1) dan kemudian kembali untuk menguji tahap Support 1 tadi. Sekarang tahap ini sudah bertukar daripada support menjadi resistance. Ini dipanggil sebagai Support Becomes Resistance (SBR).

Bagaimana Support dan Resistance Boleh Membantu Dalam Trading?

Pertama sekali, mereka membantu trader untuk mengenal pasti peluang trading yang menguntungkan dengan menentukan tahap harga di mana harga cenderung untuk berbalik (reverse) atau melanjutkan trend.

Kedua, support dan resistance boleh membantu trader untuk menentukan risiko dan had keuntungan. Dengan mengetahui tahap harga support dan resistance, trader dapat menentukan tempat paling sesuai untuk meletakkan Stop Loss dan Take Profit yang berpotensi. Ini memungkinkan trader untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan potensi keuntungan.

Cara-cara Mengenal Pasti Tahap Support dan Resistance

Ada beberapa cara untuk mengenal pasti tahap support dan resistance di atas carta forex. Berikut adalah kaedah yang biasa digunakan:

Trendline

Support Level dan Resistance Level Trendline

Image source: BabyPips.com

Trendline merupakan salah satu kaedah yang paling popular dan mudah untuk mengenal pasti support dan resistance. Trendline dibina dengan menghubungkan titik-titik harga yang membentuk trend.

Jika trendline menaik (uptrend), ia menjadi tahap support. Sebaliknya, jika trendline menurun (downtrend), ia menjadi tahap resistance.

Garisan Melintang

Garisan melintang juga merupakan kaedah yang biasa digunakan untuk mengenal pasti support dan resistance.

Garisan melintang dibina dengan mengenal pasti tahap harga tertinggi dan terendah yang menjadi tahap support dan resistance. Trader boleh menentukan tahap-tahap ini dengan melihat sejarah pergerakan harga atau dengan menggunakan analisis teknikal.

Garisan Melintang Support dan Resistance

Image source: DailyPriceAction.com

Pivot Point

Pivot Point dengan Tahap Support dan Resistance

Pivot point adalah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti tahap support dan resistance dengan menggunakan harga Close, High, dan Low hari sebelumnya. Tahap support dan resistance dikira menggunakan formula matematik berdasarkan tahap pivot point dan tahap harga tinggi, rendah dan penutupan sebelumnya.

Bagaimana Melukis Garisan Support dan Resistance Melintang

Anda boleh pakai satu teknik yang mudah untuk melukis garisan snr forex ini.

Tukarkan paparan carta anda daripada candlestick kepada carta garisan(line chart). Kemudian lukiskan garisan melintang pada kawasan-kawasan utama di mana kebanyakan puncak(peak) dan lurah(valley) harga akan menyentuh garisan tersebut.

Lihatlah contoh di bawah untuk memahami teknik ini. Pattern berbentuk puncak adalah Resistance level (R) dan pattern yang berbentuk lurah adalah Support level (S).

Apabila anda selalu berlatih mengenalpasti dan melukis garisan SNR forex begini, anda akan menjadi lebih mahir lagi dan boleh melakukan langkah ini dengan cepat.

Support and Resistance levels on a line chart

Image source: Tradeciety.com

Bagaimana Melukis Zon Support dan Resistance

Anda harus ingat bahawa tahap Support dan Resistance bukan lah sesuatu tahap yang boleh ditandakan dengan tepat dengan hanya menggunakan garisan semata-mata.

Konsep yang lebih tepat ialah jika anda anggap zon snr forex ini sebagai satu kawasan yang boleh merangkumi beberapa pip sehingga lebih daripada 10 pip.

Anda boleh gunakan Rectangle tool dalam MT4 atau MT5 untuk menandakan zon berwarna pada tahap-tahap utama di mana harga kelihatan membuat pusingan U seperti dalam gambarajah di bawah.

Support and Resistance Zones

Image source: Tradeciety.com

Tahap Support dan Resistance Sekitar Nombor Bulat

Apakah nombor bulat dalam forex?

Nombor bulat wujud merupakan tahap support dan resistance yang berbentuk psikologi.

Segala pergerakan harga currency pair dalam pasaran forex dipengaruhi oleh transaksi Buy atau Sell yang dimasukkan oleh trader manusia (bukan robot), jadi anda harus faham tabiat trader-trader ini supaya mempunyai kelebihan untuk mendapat trade yang berjaya.

Nombor bulat wujud setiap 100 pip. 139.00 dan 141.00 adalah contoh nombor bulat untuk EURJPY manakala 1.3600 dan 1.4100 adalah contoh bagi EURUSD.

Cara yang mudah untuk mengenalpasti nombor bulat ialah hanya lihat sama ada terdapat 2 sifir di sebelah kanan nombor itu.

Apabila harga sampai ke tahap nombor bulat, biasanya anda akan nampak sesuatu tindakbalas. Mengapakah ini berlaku?

Ini ialah kerana kebanyakan trader akan meletakkan Stop order, Limit order dan juga Take Profit mereka pada tahap nombor bulat. Ramai juga yang akan meletakkan Stop Loss mereka pada tahap tersebut. Jadi harga akan tertarik kepada tahap nombor bulat ini macam tarikan magnet.

Jadi anda haruslah berwas-was apabila harga berada di sekitar tahap nombor bulat, dan bersedia untuk menutup trade sekiranya berlaku reversal.

Pembalikan Harga Pada Nombor Bulat

Image source: FXSSI.com

Bagaimana Melukis Tahap Support Resistance Trendline

Tahap Support Resistance trendline tidak dilukis dengan garisan melintang, tetapi dengan garisan yang condong ke atas atau condong ke bawah.

Memandangkan harga currency akan selalu mengikut trend , trendline sering digunakan untuk mengenal pasti trend menaik atau trend menurun.

Setiap kali harga menghampiri trendline, terdapat kemungkinan besar harga akan melantun dari trendline. Sama seperti tahap Support Resistance melintang, trendline harus mempunyai sekurang-kurangnya tiga sentuhan harga sebelum ia dianggap penting.

Uptrend
Downtrend

Image source: MyTradingSkills.com

Untuk mendapat trendline uptrend yang sah, trendline harus menyambungkan sekurang-kurangnya 3 titik ayunan rendah (swing low). Lihat gambarajah yang pertama di atas.

Untuk trendline downtrend yang sah pula, trendline harus menyambungkan sekurang-kurangnya 3 titik ayunan tinggi (swing high) seperti dalam gambarajah yang kedua di atas.

Bagaimana Menggunakan Fibonacci Sebagai Tahap Support Atau Resistance

Fibonacci Retracement adalah satu teknik popular yang sering digunakan oleh trader untuk mengenalpasti tahap di mana pullback atau reversal akan berhenti, dan harga dijangka membuat penyambungan trend yang asal.

Price level of Fibonacci tool

Image source: MyTradingSkills.com

Leonardo Fibonacci ialah seorang ahli matematik terkemuka Itali yang telah mencipta jujukan Fibonacci. Ini ialah satu siri nombor “ajaib” yang sekarang digunakan oleh trader seluruh dunia untuk meramal tahap di mana harga akan membuat reversal.

Apabila anda belajar bagaimana menggunakan Fibonacci retracement dengan betul, ini akan memantapkan lagi kejayaan trading anda.

Tahap Support Resistance Dinamik

Sekarang kita akan lihat sejenis SNR forex yang dinamik.

Perbezaan utama di antara support resistance dinamik dan support resistance standard adalah support resistance dinamik sentiasa bertukar mengikut aksi harga (price action).

Untuk melukis jenis SNR ini, trader selalu menggunakan indicator moving average dan biasanya, Exponential Moving Average (EMA) digunakan.

Dynamic Support and Resistance with 10 EMA

Image source: HowToTrade.com

Cuba lihat candlestick pattern dalam gambar di atas.

Anda boleh perhatikan bahawa hampir setiap kali candlestick harga menghampiri 10 EMA dan mengujinya, EMA itu bertindak sebagai resistance dan harga melantun (bounce) semula ke bawah. Agak menakjubkan, bukan?

Anda perlu ingat bahawa kadang-kala harga tidak akan bertindakbalas serta-merta tetapi mungkin juga boleh melintasi garisan EMA dan pergi ke arah lawan untuk seketika sebelum ia berpatah balik dan menyambung trend asal.

Dynamic Support and Resistance with Multiple EMAs

Image source: HowToTrade.com

Sesetengah trader menambah lebih daripada satu moving average pada carta dan hanya Buy atau Sell apabila harga berada di tengah-tengah ruang antara dua moving average itu. Kawasan ini dikenali sebagai ‘zon’.

Pada lazimnya, 90% daripada trader menggunakan satu atau lebih daripada 5 setting berikut bagi Exponential Moving Average (EMA):

10, 20, 50, 100, 200

Strategi Trading Break Dan Retest Tahap Support Dan Resistance

Anda sudah mempelajari pelbagai cara untuk mencari tahap support atau resistance dalam forex. Sekarang mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan satu strategi trading yang amat berkesan dengan tahap SNR forex, iaitu Break dan Retest.

Tidak kira apa jenis support resistance yang anda pakai, anda boleh mengaplikasikan teknik ini.

Break and Retest Strategy

Image source: FXSSI.com

Lihat gambar di atas. Bila harga breakout ke atas, anda perlu menunggu sehingga harga patah balik dan menguji (retest) tahap itu semula sebelum membuat entry trade.

Dengan cara demikian, anda boleh mengelakkan daripada diperangkap oleh breakout palsu (false breakout). Banyak breakout bermula dengan candlestick yang keluar dari tahap tertentu tetapi kemudian diikuti oleh candlestick lain yang serta-merta kembali ke paras asal.

Satu lagi kelebihan teknik ini ialah ia membantu trader untuk mengesahkan arah trend yang terkini. Apabila harga naik dari tahap resistance dan mengujinya semula dari bahagian atas, ini adalah penanda yang jelas bahawa tahap support baharu telah terbentuk dan mengesahkan bahawa trend ialah bullish.

Kesimpulan

Konsep Support Resistance ialah satu konsep luas yang merangkumi banyak teknik berbeza. Namun demikian, anda harus mengambil masa untuk berlatih dan menjadi mahir dalam mengenalpasti tahap-tahap SNR semasa trading. Hanya dengan beginilah anda boleh mendapat banyak trade yang berjaya dan profit yang konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *