Panduan Mudah Memahami dan Meningkatkan Skor Kredit Anda

Ramai di antara kita mungkin pernah menghadapi situasi di mana permohonan pinjaman atau kad kredit ditolak tanpa sebab yang jelas. Dalam kebanyakan kes, masalah tersebut mungkin berpunca daripada skor kredit anda. Walaupun kedengarannya rumit, skor kredit sebenarnya tidak sukar untuk difahami. Artikel ini akan memberikan panduan lengkap dan praktikal untuk membantu anda memahami kepentingan skor kredit serta langkah-langkah mudah untuk meningkatkan skor kredit anda.

Apa Itu Skor Kredit?

Skor kredit adalah satu angka yang mewakili kedudukan kewangan seseorang berdasarkan sejarah kewangan mereka. Skor ini digunakan oleh institusi kewangan seperti bank, syarikat pemberi pinjaman, dan agensi pelaporan kredit untuk menilai kelayakan anda dalam mendapatkan pinjaman atau kad kredit. Di Malaysia, skor kredit anda biasanya dinilai melalui laporan seperti laporan Central Credit Reference Information System atau CCRIS dan laporan Credit Tip-Off Service atau MyCTOS Score.

Skor kredit anda sangat penting terutama di mata bank atau pemberi pinjam kerana ia memberi gambaran tentang bagaimana anda menguruskan kewangan, termasuk hutang dan pembayaran pinjaman. Jika anda mempunyai skor kredit yang baik, ini akan memudahkan permohonan pinjaman dan kad kredit anda diterima.

Selain itu, penyedia perkhidmatan lain seperti Telekom Malaysia juga sering melihat nilai skor kredit seseorang sebelum meluluskan permohonan mereka. Di sini kita dapat lihat bahawa skor kredit sangat penting bagi urusan kewangan anda.

Kenapa Skor Kredit Penting?

Skor kredit anda adalah salah satu perkara utama yang dinilai oleh institusi kewangan atau pemberi pinjam untuk meluluskan permohonan pinjaman anda. Berikut merupakan beberapa alasan kenapa skor kredit sangat penting:

1. Kelulusan Pinjaman Dengan Mudah

Permohonan loan atau pinjaman merupakan perkara biasa dan ia sangat membantu memudahkan urusan kewangan untuk pembelian rumah, kereta dan perbelanjaan lain. Jika anda mempunyai skor kredit yang baik, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kelulusan permohonan pinjaman atau kad kredit anda.

2. Kadar Faedah yang Lebih Rendah

Rekod pinjaman yang lebih baik juga memberikan anda peluang untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Perkara ini boleh menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.

3. Had Kelulusan Pinjaman yang Lebih Tinggi

Dengan skor kredit yang baik, anda bukan sahaja lebih mudah untuk mendapatkan kelulusan pinjaman, malah anda juga berpeluang untuk menikmati had pinjaman yang lebih tinggi. Ini bermakna institusi kewangan akan lebih yakin untuk menawarkan jumlah pinjaman atau had kredit yang lebih besar kepada anda kerana mereka melihat anda sebagai seorang peminjam yang bertanggungjawab dan berisiko rendah. Ini amat berguna jika anda merancang untuk membuat pembelian besar seperti rumah atau kenderaan.

4. Kepercayaan Kewangan

Skor kredit anda merupakan penunjuk utama kepercayaan kewangan anda di mata institusi kewangan seperti bank. Ia mencerminkan sejauh mana anda boleh dipercayai dalam menguruskan kewangan, termasuk membayar balik pinjaman atau bill tepat pada masanya. Skor kredit yang baik menunjukkan bahawa anda mempunyai rekod kewangan yang kukuh, sekaligus meningkatkan keyakinan institusi kewangan untuk bekerjasama dengan anda.

Bagaimana Skor Kredit Anda Dinilai?

Skor kredit di Malaysia biasanya dikira berdasarkan beberapa kriteria utama, termasuk:

1. Sejarah Pembayaran

Sejarah pembayaran pinjaman atau bill merupakan kriteria yang paling utama dalam penilaian skor kredit anda. Skor kredit anda dinilai berdasarkan rekod pembayaran semula pinjaman atau bill. Oleh itu, untuk mendakap skor kredit yang baik, anda perlu membayar balik pinjaman dan bill tepat pada masanya. Pembayaran yang lewat akan direkodkan dalam laporan kredit anda dan ia boleh menjejaskan skor kredit anda.

2. Jumlah Hutang Anda

Jika anda mempunyai jumlah hutang atau pinjaman yang terlalu tinggi ia juga boleh menjejaskan skor kredit anda. Institusi kewangan biasanya akan melihat nisbah antara jumlah hutang dan had kredit anda untuk menentukan kemampuan kewangan anda.

3. Tempoh Sejarah Pinjaman

Semakin lama rekod sejarah kredit atau pinjaman anda, semakin banyak maklumat yang boleh digunakan untuk menilai kebolehpercayaan kewangan anda. Oleh itu, kad kredit yang lama digunakan boleh membantu meningkatkan skor kredit anda.

4. Jenis Kredit yang Anda Miliki

Selain itu, dengan mempunyai pelbagai jenis kredit, seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan kad kredit, ia menunjukkan bahawa anda boleh mengurus kewangan anda dengan baik. Anda hanya perlu pastikan bahawa anda membayar pinjaman tepat pada masanya.

5. Permohonan Pinjaman Baru

Jika anda membuat terlalu banyak rekod permohonan kredit atau pinjaman dalam tempoh masa yang singkat, ini boleh memberi kesan negatif pada skor kredit anda. Pemberi pinjaman mungkin menganggap anda terlalu bergantung pada kredit dan pinjaman.

Cara Menyemak Skor Kredit Anda

Untuk memahami keadaan kewangan anda dengan lebih baik, anda perlu mendapatkan laporan kredit anda melalui sistem maklumat rujukan kredit. Di Malaysia, laporan CCRIS boleh diakses melalui Bank Negara Malaysia, manakala laporan MyCTOS Score boleh diperoleh daripada CTOS. Kedua-dua laporan ini memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan kredit anda.

Laporan CCRIS

Sumber Gambar: imoney.my

Laporan CCRIS mengandungi maklumat mengenai pinjaman anda, sejarah pembayaran, dan baki hutang. Maklumat yang tidak tepat pada laporan ini boleh menjejaskan skor kredit anda, jadi pastikan anda memeriksa laporan ini secara berkala.

Laporan MyCTOS Score

Sumber Gambar: ctoscredit.com.my

Laporan MyCTOS Score menyediakan skor kredit anda berdasarkan sejarah pembayaran anda dengan pemberi pinjaman dan maklumat lain yang berkaitan dengan kewangan anda. Ini adalah salah satu alat terbaik untuk melihat dan memahami skor kredit anda di Malaysia.

Langkah-Langkah untuk Meningkatkan Skor Kredit Anda

Jika skor kredit anda rendah, jangan risau. Ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan skor kredit anda.

1. Bayar Tepat pada Masanya

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membayar hutang atau pinjaman anda tepat pada masanya. Ini merupakan cara terbaik untuk skor kredit anda. Anda perlu menetapkan peringatan atau menggunakan perkhidmatan pembayaran automatik untuk memastikan semua pembayaran dilakukan tepat pada waktunya.

2. Kurangkan Jumlah Hutang Anda

Jumlah hutang yang terlalu banyak juga boleh menjejaskan skor kredit anda. Oleh itu, anda perlu mengurangkan baki pada kad kredit anda dan elakkan menggunakan lebih daripada 30% daripada had kredit anda.

3. Periksa Laporan Kredit Anda Secara Berkala

Bagi memastikan maklumat dalam laporan kredit anda tempat, anda perlu menyemak laporan skor kredit anda secara berkala. Jika anda mendapati ada maklumat yang salah dalam laporan CCRIS atau laporan MyCTOS Score, laporkan kepada agensi pelaporan kredit untuk pembetulan segera.

4. Elakkan Permohonan Pinjaman Baru Secara Berlebihan

Jika anda membuat terlalu banyak permohonan kredit dan pinjaman dalam tempoh yang singkat, ini akan menjejaskan skor kredit anda. Pemberi pinjaman mungkin menganggap anda berada dalam situasi kewangan yang buruk atau tidak serius.

5. Gunakan Kad Kredit Secara Bijak

Walaupun kad kredit memberi banyak manfaat kepada kepada anda, namun ia juga boleh menjadi racun kepada status kewangan anda jika tidak digunakan dengan baik. Oleh itu, sila pastikan anda membayar baki kad kredit anda sepenuhnya setiap bulan dan elakkan daripada berhutang.

6. Kekalkan Sejarah Kredit yang Baik

Dengan mempunyai sejarah kredit yang panjang dan positif, ia akan dapat membantu anda meningkatkan skor kredit anda. Oleh itu, jangan tutup akaun kad kredit yang sudah lama, kecuali jika benar-benar perlu.

Kesalahan yang Perlu Dielakkan

Untuk mengekalkan skor kredit yang baik, elakkan kesalahan berikut:

  • Lewat membayar pinjaman atau bill: Pembayaran yang lewat memberi kesan negatif pada skor anda.
  • Menggunakan kad kredit sepenuhnya: Menggunakan kad kredit sehingga mencapai had maksimum juga akan menjejaskan skor kredit anda.
  • Mengabaikan laporan kredit anda: Semak laporan skor kredit anda secara berkala untuk menggalakkan kesalahan data.
  • Memohon terlalu banyak pinjaman dalam masa singkat: Ini menunjukkan anda mungkin terlalu bergantung kepada pinjaman.

Apakah Nilai Skor Kredit Yang Baik?

Sumber: ctoscredit.com.my

Gambar di atas merupakan tahap skor kredit yang baik menurut skor CTOS. Berdasarkan gambar skor kredit di atas, skor kredit di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

  1. 744 – 850 (Cemerlang): Ini adalah skor tertinggi. Ia menunjukkan anda adalah peminjam yang sangat dipercayai dan bertanggungjawab.
  2. 718 – 743 (Sangat Baik): Jika anda berada dalam kategori ini, anda dianggap sebagai pelanggan utama oleh pemberi pinjaman dan institusi kewangan. Skor ini menunjukkan bahawa anda mempunyai kewangan yang kukuh dan mempunyai kebolehpercayaan tinggi dalam membayar balik kredit atau pinjaman anda.
  3. 697 – 717 (Baik): Walaupun berada dalam lingkungan sederhana tinggi, anda masih layak untuk mendapatkan pinjaman baru. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu membuktikan kestabilan kewangan anda kepada pemberi pinjaman seperti menyediakan penjamin.
  4. 651 – 696 (Sederhana): Jika anda berada di kategori ini, maka anda perlu beri perhatian terhadap skor kredit anda. Anda mungkin kurang layak untuk mendapatkan pinjaman baru serta bank dan pemberi pinjaman juga mungkin akan mengenakan syarat yang lebih ketat kepada anda.
  5. 529 – 650 (Rendah): Jika skor anda berada dalam kategori ini, anda berkemungkinan menghadapi masalah semasa memohon pinjaman atau kad kredit. Anda perlu mengambil tindakan segera untuk meningkatkan skor kredit anda.
  6. 300 – 528 (Lemah): Ini adalah kategori yang paling rendah. Permohonan kad kredit atau pinjaman anda mungkin ditolak kerana dianggap peminjam berisiko tinggi. Anda perlu membuat penyelesaian hutang, membayar bill tepat pada masanya, dan membina semula rekod kredit yang baik.
  7. No Score: Jika tiada skor yang diberikan, ini bermakna maklumat kewangan anda tidak mencukupi. Ini biasanya berlaku jika anda belum pernah memohon pinjaman atau kad kredit.

Kesimpulan

Kesimpulannya, mempunyai skor kredit yang baik adalah sangat penting kerana ia dapat memudahkan pelbagai urusan kewangan anda, terutamanya apabila anda ingin membuat permohonan pinjaman bank untuk pembelian aset utama seperti rumah, kereta, atau keperluan lain.

Ia mencerminkan tahap tanggungjawab anda dalam menguruskan hutang dan pembayaran, sekali gus memberikan keyakinan kepada institusi kewangan atau pemberi pinjaman untuk meluluskan permohonan anda. Skor kredit yang baik menunjukkan bahawa anda seorang individu yang dipercayai dalam aspek kewangan, manakala skor yang rendah pula boleh menjejaskan kepercayaan pihak bank terhadap kemampuan anda untuk melunaskan pinjaman.

Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga kesihatan kredit anda dengan memastikan pembayaran balik dibuat tepat pada masanya, tidak melebihi had kredit, dan mengelakkan tunggakan yang boleh memberi kesan negatif kepada rekod kewangan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *