Artikel ini menerangkan secara terperinci tentang perbezaan saham dan forex yang perlu anda tahu. Sila baca artikel ini sehingga selesai sebelum membuat keputusan.
Saham dan forex merupakan dua pasaran kewangan global yang paling popular. Ia bukan sesuatu yang baru. Sebelum anda memutuskan untuk masuk ke dalam pasaran saham atau pasaran forex, adalah lebih baik untuk mengetahui dan memahami apa sebenarnya forex dan saham, apa perbezaan, dan mana satu yang lebih memenuhi selera perdagangan anda.
Di bawah ini merupakan maksud sebenar forex dan saham.
Apa Itu Forex Trading?
Kredit gambar: Marga Santoso – unsplash
Forex merupakan singkatan bagi Foreign Exchange atau pertukaran mata wang asing. Forex merupakan pasaran kewangan yang terbesar di dunia dengan berjuta-juta transaksi setiap hari. Forex trading pula merupakan aktiviti pertukaran mata wang. Kita melakukan aktiviti jual dan beli mata wang untuk mendapatkan keuntungan.
Contoh yang lebih mudah difahami adalah, katakan hari ini anda pergi ke money exchange untuk menukar wang 100 USD iaitu sekitar RM420, yang pada saat ini 1 USD bernilai RM4.20. Dua minggu kemudian, nilai mata wang USD naik sebanyak 1 USD bersamaan dengan RM4.90. Lalu anda menukar 100 USD tersebut ke Ringgit Malaysia. Anda akan dapat tukaran sebanyak RM490. Perbezaan RM70 tersebut merupakan keuntungan anda. Namun, dalam pasaran forex, pertukaran mata wang ini tidak berlaku secara fizikal. Ia berlaku secara maya dengan menggunakan platform yang sedia ada.
Apa Itu Saham?
Kredit gambar: Austin Distel – unsplash
Jika Forex menjalankan aktiviti pertukaran mata wang untuk mendapatkan keuntungan, lain pula dengan saham. Saham adalah pemilikan atau pegangan sebahagian hak milik sesebuah syarika perniagaan dalam bentuk ekuiti. Biasanya, pelabur akan membeli saham dari sebuah syarikat yang dipanggil sebagai share dengan harapan syarikat tersebut akan berkembang dan memberikan keuntungan kepada si pelabur di kemudian hari. Apabila anda membeli saham daripada sesebuah syarikat, anda dianggap sebagai shareholder kerana anda juga turut mendapat keuntungan dari syarikat tersebut.
Pasaran saham pula ialah pasaran stok di mana ianya tempat untuk saham dalam syarikat dijual dan dibeli. Syarikat biasanya akan menjual saham mereka melalui bursa saham seperti Nasdaq atau Bursa Saham New York. Pelabur kemudian boleh membeli dan menjual saham ini sesama mereka melalui broker saham. Bursa saham pula biasanya mengesan penawaran dan permintaan (supply & demand) saham setiap syarikat, yang secara langsung mempengaruhi harga saham tersebut.
Perbezaan Utama
Perbezaan yang ketara bagi pasaran forex dan pasaran saham adalah apa yang akan anda niagakan. Forex merupakan pasaran pertukaran mata wang atau jual beli mata wang asing. Sementara saham pula adalah unit pemilikan dalam sesebuah syarikat. Terdapat beberapa perbezaan utama saham dan forex yang perlu anda tahu, iaitu:
Waktu Dagangan
Kredit gambar: Agê Barros-unsplash
Bagi mereka yang tidak tahu, saham dan forex mempunyai waktu perdagangan yang berbeza. Waktu pasaran saham beroperasi adalah terhad berbanding pasaran forex. Contohnya di Amerika Syarikat, kebanyakan bursa saham hanya dibuka pada pukul 9:30 pagi (EST) dan ditutup pada pukul 4:00 (EST) petang.
Bebeza pula dengan pasaran forex. Pasaran forex buka dan beroperasi sepanjang 24 jam sehari tanpa henti. Tetapi, ada sebilangan broker forex yang buka bermula hari Ahad pukul 5:00 (EST) petang sehingga hari Jumaat pukul 5:00 (EST) petang. Dalam masa yang sama, sokongan perkhidmatan pelanggan broker juga biasanya tersedia sepanjang 24 jam 7 hari seminggu. Namun ada juga broker yang hanya menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan sepanjang 24 jam 5 hari seminggu sahaja. Perkara ini menjadikan pasaran forex sentiasa “sibuk” kerana ia mempunyai masa yang lebih flexible kepada pedagang mereka. Anda boleh berdagang forex bila pun anda mahu.
Kecairan (Liquidity)
Secara umumnya, kecairan bermaksud kadar jangka masa sesuatu aset atau saham boleh dibeli dan dijual dengan pantas. Semakin tinggi kecairan maka semakin mudah sesebuah aset untuk dibeli dan dijual.
Kecairan merupakan salah satu aspek yang perlu dititik beratkan kerana semakin ramai jumlah peniaga, semakin banyak wang yang akan mengalir dipasaran setiap masa. Peningkatan peniaga ini membantu anda untuk lebih mudah untuk beli dan jual sesuatu aset. Kadar kecairan saham adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan forex, kecuali saham-saham yang besar seperti Facebook dan Apple yang mempunyai kadar kecairan yang lebih baik.
Pengaruh Pasaran
Joe Biden – Presiden Amerika Syarikat
Pengaruh pasaran saham dan juga forex juga berbeza. Biasanya, jika anda memilih untuk melabur dengan saham, faktor yang perlu anda pertimbangkan adalah lebih kepada maklumat mengenai syarikat tersebut seperti berapa banyak hutang syarikat, aliran tunai (cash flows) dan pendapatan serta laporan ekonomi, laporan berita dan kestabilan sektor tersebut.
Berbeza pula dengan forex, faktor yang anda perlu perhatikan adalah lebih luas yang dapat mempengaruhi harga pasaran. Antara penggerak terbesar pasaran forex adalah inflasi, pekerjaan, politik dan kadar faedah.
Turun naik pasaran (Volatility)
Turun naik pasaran atau volatility merupakan ukuran berapa drastiknya keadaan turun naik harga pasaran yang tidak dijangka akan berlaku. Anda akan melihat perubahan harga yang sangat cepat jika pasaran mempunyai kadar turun naik harga yang tinggi. Manakala, untuk pasaran yang mempunyai kadar turun naik harga yang rendah, biasanya perubahan harga juga lebih perlahan.
Volatility ini juga berkait rapat dengan kecairan. Kecairan yang tinggi biasanya menjadikan pasaran tidak stabil dan menyebabkan harga berubah secara drastik. Manakala kecairan yang lebih rendah biasanya akan mewujudkan pasaran yang lebih stabil di mana harga tidak turun dan naik secara drastik.
Biasanya forex mempunyai kadar turun harga yang tidak menentu disebabkan oleh sebilangan besar perdagangan yang berlaku di pasaran forex. Oleh itu, ketika anda hendak memasuki pasaran forex, adalah lebih baik untuk anda mengetahui isu semasa atau berita yang berlaku di dunia seperti politik, ekonomi dan sosial dan banyak lagi. Kerana penggerak pasaran seperti inilah yang mempengaruhi turun naik harga pasaran dengan drastik.
Saham biasanya lebih stabil dari segi turun naik harga. Namun, anda juga boleh melihat perubahan harga saham dari semasa ke semasa. Perubahan turun naik harga saham pula lebih sensitif kepada politik domestik.
Bilangan Orang Trade Forex vs Saham
Tidak ada nombor sebenar yang menunjukkan bilangan berapa orang trade forex dan saham. Tetapi menurut laporan di website rasmi dailyfx.com bahawa pasaran forex mempunyai volume transaksi yang besar iaitu sekitar 5$ trillion setiap hari manakala pasaran saham pula hanya mempunyai volume transaksi sekitar 200$ billion setiap hari. Ini bermaksud, forex mempunyai lebih ramai pelabur berbanding dengan saham.
Kredit gambar: Timon Studler – unsplash
Perbezaan Liquidity Antara Forex & Saham
Seperti yang saya terangkan di atas, liquidity atau kecairan merupakan salah satu aspek yang perlu diperhatikan. Pasaran forex dan saham mempunyai kecairan yang berbeza.
Pasaran saham mempunyai aktiviti perdagangan yang rendah berbanding forex. Tetapi saham masih mudah diakses dan diperdagangkan. Biasanya, saham besar seperti Amazon, Tesla dan Alibaba mempunyai kecairan yang tinggi.
Sumber: tradingview.com
Berbeza pula dengan forex, pasaran forex adalah pasaran mempunyai kecairan yang tinggi. Salah satu sebab kenapa pasaran forex mempunyai kecairan yang tinggi adalah kerana pasaran forex buka selama 24 jam yang membolehkan trader melakukan aktiviti perdagangan mereka sepanjang masa.
Analisa Fundamental – Saham vs Forex
Menurut wikipedia, Analisis fundamental merupakan satu bidang yang meneliti keadaan kewangan suatu syarikat, pesaingnya dan pasaran.
Dalam pasaran saham, ketika kita memutuskan untuk membeli saham dari sebuah syarikat, ia ibarat kita sedang membeli sebuah perniagaan yang kita percaya akan terus berkembang kerana kita percaya pada model perniagaan dan kecekapan pihak pengurusan syarikat tersebut. Sehingga pada satu saat nanti kita boleh menjual saham tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
Jelas bahawa, dalam pasaran saham, kita mahu mencari syarikat yang bagus dan stabil yang mempunyai pengurusan yang bagus, dipercayai, mempunyai cash flow yang bagus, mempunyai keuntungan yang tinggi dan sebagainya. Perkara seperti ini boleh dinilai daripada laporan kewangan syarikat tersebut. Selain itu, kita juga boleh melihat dan menilai perkara di luar syarikat yang boleh mempengaruhi syarikat tersebut, contohnya siapa pesaing syarikat yang terbesar, bagaimana keadaan pasaran di luar dan bagaimana keadaan trend pasaran pada masa hadapan.
Dalam pasaran forex pula, apa yang perlu diperhatikan bukanlah maklumat sebuah syarikat perniagaan dan sekitarnya. Anda perlu lebih fokus untuk memperhatikan apa yang berlaku di bank pusat. Ini kerana bank pusatlah yang akan mempengaruhi ekonomi sebuah negara. Contohnya, jika kadar inflasi tinggi, harga barang atau perkhidmatan juga turut akan naik. Disebabkan inflasi ini bank pusat akan menaikan kadar faedah untuk mengurangkan kuasa beli pengguna. Oleh itu, sangat penting bagi pelabur forex untuk mengetahui berita terkini daripada bank pusat. Kerana bank pusat merupakan satu-satunya sumber yang memberikan fakta yang tepat apa sebenarnya berlaku di pasaran. Daripada berita itu, anda boleh menganalisis keadaan ekonomi di sesebuah negara dan arah mana mata wang mereka bergerak.
Kesimpulan
Personal Preference – Saya Pilih Pelaburan Yang Mana
Secara jujurnya, saham dan forex mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Anda boleh memilih kedua-duanya atau salah satu sahaja. Tetapi, bagi saya secara peribadi, saya lebih memilih untuk melabur dalam pasaran forex.
Sebab utama kenapa saya memilih pasaran forex adalah kerana pasaran forex buka selama 24 jam sehari yang membolehkan saya melakukan aktiviti perdagangan bila-bila sahaja yang saya mahu. Ia juga tidak memerlukan saya untuk menunggu terlalu lama untuk memasuki pasaran. Selain itu, kecarian forex juga menjadi salah satu sebab kenapa saya memilih forex. Bagi mereka yang tidak mahu terlalu lama mengunggu untuk jual atau beli mata wang (atau saham) rasanya perdagangan forex merupakan pilihan yang tepat bagi anda. Tambahan pula, forex juga merupakan pasaran yang pantas yang memberikan peluang kepada pedagang jangka masa pendek seperti scalper dan peniaga harian.
Bagaimana pula dengan anda? Adakan anda lebih tertarik untuk berdagang dengan perdagangan saham atau perdagangan forex? saya harap artikel ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat, sesuai dengan selera perdagangan anda.