Kenapa Ramai Orang Gagal Buat Duit Dari Forex Trading?

Forex trading diwar-warkan sebagai kaedah alternatif untuk menjana pendapatan pasif. Ramai yang terjerat dengan janji-janji manis si penjual sistem trading.

“Teknik forex gerenti untung”

“Signal VIP 99.99% tepat”

“Buat 1000% dalam satu malam”

Ya kawan-kawan. Nama baik forex telah dicarik-carik oleh serigala-serigala buas ini yang menyamar sebagai sifu forex berupa malaikat.

Tak hairan lah, oleh sebab mereka-mereka ini lah, ramai newbie yang gagal buat duit dari forex.

Berikut Adalah 7 Sebab Kenapa Ramai Orang Gagal Buat Duit Dari Forex Trading

1# Berdagang mengikuti emosi

Sebab utama mengapa ramai orang gagal buat duit dari forex adalah kerana mereka membiarkan emosi campur tangan dalam membuat keputusan perdagangan. Keputusan perdagangan anda sepatutnya tidak melibatkan emosi. Anda perlu mempertimbangkan keputusan perdagangan anda hendaklah seimbang dengan pengetahuan perdagangan, strategi dan emosi. Sebelum memasuki pasaran forex, pastikan anda dalam keadaan yang santai dan mampu membuat keputusan dengan bijak.

Disamping itu, anda juga perlu sedar bahawa dalam pasaran forex, anda tidak bersaing dengan siapa-siapa. Lawan sebenarnya ada adalah diri sendiri. Ketika anda melihat rakan-rakan di media sosial post mengenai screenshot keuntungan yang lumayan dari forex trading, jangan sekali-kali merasa tercabar atau tertekan. Dalam situasi ini, anda perlu tetap mengawal emosi dan disiplin dalam perdagangan anda

2# Terlalu fokus untuk mendapatkan keuntungan yang banyak (Tamak)

Sikap terlalu fokus untuk mendapatkan keuntungan yang banyak juga menyebabkan anda gagal buat duit dari forex. Mindset seperti itu akan memberikan anda tekanan setiap kali berdagang forex. Tidak dinafikan bahawa forex boleh membayar bill-bill anda namun anda perlu ingat bahawa forex merupakan pelaburan yang tidak menentu dan sangat berisiko tinggi. Fikirkan bahawa forex hanyalah sebagai kerja sambilan anda atau sekadar mengisi masa lapang.

Katakan anda mempunyai modal 10,000 USD, anda sepatutnya tidak merisikokan 10,000 USD ini dengan sakali entry sahaja dengan harapan akan mendapat keuntungan yang banyak. Ini adalah mindset yang salah. Tambahan pula, kebarangkalian untuk untung atau rugi adalah 50-50. Sila amalkan pengurusan kewangan yang betul dengan merisikokan sekurang-kurangnya 3% daripada modal anda. Sebaiknya dahulukan risiko anda, fikir profit kemudian.

3# Berdagang tanpa perancangan

Sebelum berdagang forex, pastikan anda sudah mempunyai plan atau perancangan. Jangan sekadar “asal buka MT4 dan nak entry sahaja”. Jangan sekali-kali bergantung dengan “nasib”. Plan perdagangan sepatutnya berapa modal yang sanggup anda risikokan, berapa target keuntungan anda, kenapa anda melakukan entry tersebut, bagaimana anda mengurus trade tersebut dan kenapa anda keluar dari trade tersebut.

Selain itu, adalah lebih baik jika anda mempunyai nota atau dairi perdagangan anda. Ia boleh menjadi sumber rujukan anda setiap kali membuat perancangan untuk entry. Ia juga membantu anda untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama ketika berdagang forex.

4# Tidak mempunyai pengetahuan dalam forex

Tidak mempunyai pengetahuan dalam forex juga menjadi punca kegagalan trader untuk buat duit dari forex. Forex merupakan satu bidang yang sangat luas. Anda tidak akan dapat menguasai forex dengan sepenuhnya dalam waktu yang singkat. Tetapi ia tidak bermaksud bahwa anda tidak boleh berdagang forex.

Sebelum memutuskan untuk berdagang forex, pastikan anda mempunyai pengetahuan asas forex seperti Money Management, bagaimana melakukan entry dan bagaimana cara menggunakan platform perdagangan forex. Anda tidak boleh terjun di dunia forex dengan tangan yang kosong. Confirm anda akan rugi.

5# Gagal mengadaptasi pasaran forex

Sebelum memasuki pasaran, anda perlu membuat perancangan seperti melakukan analisis pasaran dan merancang langkah-langkah untuk setiap situasi yang bakal anda hadapi di pasaran nanti. Cara ini membantu anda untuk mengurangkan risiko kerugian yang besar. Anda perlu mencari peluang pada setiap perubahan pasaran. Jika anda ingin berjaya dalam forex, pastikan anda mengadaptasi perubahan pasaran dalam setiap keadaan.

6# Pengurusan kewangan yang lemah

Sesetengah trader apabila memasuki pasaran forex lebih cenderung untuk memikirkan sejauh mana perdagangan mereka boleh pergi dan berapa banyak keuntungan yang mereka dapat. Pemikiran seperti ini boleh membuat anda menjadi seorang trader yang gagal. Anda perlu ingat bahawa semakin tinggi potensi anda untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan maka semakin besar pula risiko yang perlu anda tanggung. Untuk mengelakkan kerugian yang terlalu besar, anda mesti menguruskan kewangan anda dengan baik.

#7 Tidak Mengekalkan Disiplin Perdagangan

Dalam perdagangan forex, kita tidak boleh lari dari loss atau kerugian. Itu merupakan perkara yang normal. Yang menjadi masalah adalah, apabila kita mengalami kerugian lalu kita melibatkan emosi dalam membuat keputusan perdagangan kita. Anda perlu ingat bahawa, rugi tidak bermaksud kita tidak pandai berdagang forex, tetapi ini kerana kita tidak boleh mengawal pasaran. Oleh itu, sama ada anda rugi atau untung, kekalkan disiplin dalam perdagangan anda.

Kesimpulan

Perdagangan forex bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Ramai juga antara trader yang berjaya dan menjadikan forex sebagai sumber pendapatan mereka. Yang penting adalah bagaimana anda menguruskan perdagangan anda sehingga boleh membuahkan hasil yang lumayan.

Selain itu, anda juga perlu memilih broker forex (Saya sarankan broker XM dan GMI Edge) yang menawarkan persekitaran perdagangan yang baik yang memenuhi keperluan anda sebagai seorang trader dan mampu membantu anda untuk mencapai matlamat perdagangan anda. Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk menjadi trader yang lebih konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *