Duit Vietnam atau Dong (VND) merupakan mata wang rasmi yang digunakan di negara Vietnam. Bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Vietnam atau menjalankan urusan perniagaan, menukar mata wang dari Dong Vietnam kepada Ringgit Malaysia atau sebaliknya adalah perkara penting.
Artikel ini akan memberikan anda info tentang kadar tukaran mata wang, panduan pertukaran wang, dan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran Dong Vietnam kepada Ringgit Malaysia (MYR).
Duit Vietnam
Mata wang rasmi Vietnam dikenali sebagai Dong (VND). Pertukaran Dong Vietnam kepada Ringgit adalah satu topik penting bagi mereka yang ingin melakukan urusan pertukaran mata wang.
Dong diperkenalkan pada tahun 1978 dan menjadi satu-satunya mata wang sah yang digunakan di Vietnam. Dong dicetak dan dikeluarkan oleh Bank Negara Vietnam (State Bank of Vietnam).
Seperti mata wang negara lain, nilai Dong Vietnam juga biasanya berubah-ubah setiap masa berdasarkan keadaan ekonomi negara dan keadaan ekonomi global. Untuk transaksi antarabangsa, pertukaran Dong Vietnam ke Ringgit Malaysia adalah perkara biasa.
Kadar Pertukaran VND Kepada MYR
Kadar pertukaran VND kepada MYR pada bulan Januari 2025 adalah seperti berikut:
- 1.000 VND = RM 0.0001779 MYR
- RM 1.000 = 5,620 VND
RM 0.0001779 menunjukkan kadar semasa, tetapi ia boleh berubah setiap hari bergantung kepada keadaan pasaran kewangan dan faktor ekonomi global. Oleh itu, anda harus sentiasa menyemak carta pertukaran VND kepada MYR untuk mengetahui kadar yang lebih tepat.
Sejarah Kadar Pertukaran (VND/MYR)
Pada tahun 2024, kadar pertukaran VND ke MYR mengalami beberapa perubahan yang sangat ketara, antaranya:
- Kadar pertukaran tertinggi berlaku pada 28 September 2024 adalah 5,966.39 VND untuk setiap RM1. Ini merupakan pertukaran VND kepada MYR yang paling tinggi pada tahun 2024.
- Kadar pertukaran terendah pula dicatatkan pada 14 Februari 2024 iaitu 5,119.33 VND ke MYR (currency pairings for Dong).
Sumber: wise.com
Panduan Untuk Pertukaran Mata Wang VND ke MYR
Menukar Dong Vietnam kepada Ringgit Malaysia mudah sahaja. Berikut merupakan beberapa panduan yang anda boleh gunakan untuk menukar VND kepada MYR.
- Untuk menukar Dong vietnam ke Ringgit Malaysia, sila pilih tempat pertukaran yang sah dan dipercayai. Bank atau penyedia pertukaran mata wang yang berlesen adalah tempat yang selamat untuk menukar wang. Ini memastikan bahawa tukaran mata wang sebenar dilakukan dengan kadar yang baik.
- Sila periksa kadar pertukaran yang terkini jika anda ingin menukar wang. Pastikan kadar pertukaran yang ditawarkan sesuai dan tidak terlalu rendah (pada kadar tukaran mata wang yang berbaloi). Anda juga boleh melihat carta pertukaran VND kepada MYR melalui kaunter pertukaran mata wang (money exchange).Carta ini akan menunjukkan kadar pertukaran semasa dan juga kadar pertukaran tertinggi bagi pasangan mata wang tertentu termasuk Dong (top currency pairings for Dong Vietnam).
- Simpan resit pertukaran sebagai bukti transaksi.
Tips untuk Mendapatkan Kadar Pertukaran yang Lebih Baik
Untuk mendapatkan kadar pertukaran yang lebih baik, anda boleh membuat perbandingan kadar pertukaran di pelbagai tempat seperti bank, money changer yang berlesen atau platform pertukaran wang dalam talian seperti Wise.
Selain itu, elakkan menukar mata wang di lokasi seperti lapangan terbang kerana yuran atau caj yang dikenakan mungkin lebih tinggi. Akhir sekali, anda juga boleh menukar mata wang VND atau MYR semasa kadar pertukaran berada dalam keadaan yang baik.
Faktor yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Mata Wang Sesebuah Negara
Kadar pertukaran mata wang sesebuah negara dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti inflasi, kadar faedah, kestabilan politik, dan perdagangan antarabangsa. Contohnya, permintaan tinggi terhadap Ringgit Malaysia atau Dong Vietnam boleh mempengaruhi peningkatan nilai mata wang.
Selain itu, tahap eksport dan import turut memainkan peranan penting. Ini kerana, negara dengan eksport yang tinggi cenderung untuk memiliki mata wang yang lebih kukuh.
Melancong ke Vietnam
Bagi rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Vietnam, penting untuk anda memahami kadar pertukaran antara Dong (VND) dan Ringgit Malaysia (MYR). Pengetahuan ini akan membantu anda untuk menguruskan bajet perjalanan dengan lebih cekap serta mengelakkan kerugian akibat pertukaran yang tidak menguntungkan.
Cara untuk menukar Dong kepada MYR mudah sahaja. Oleh itu, sebelum melancong, pastikan anda memantau kadar pertukaran terkini dan memilih tempat pertukaran wang yang boleh dipercayai dan menawarkan nilai pertukaran terbaik.
Kesimpulan
Kadar pertukaran antara VND dan MYR sentiasa berubah. Bagi mereka yang ingin menukar mata wang, sama ada untuk melancong atau perniagaan, anda perlu memahami trend kadar pertukaran dan memilih masa yang sesuai agar anda mendapatkan nilai pertukaran yang lebih baik. Dengan memantau kadar pertukaran secara berkala dan membandingkan pilihan tempat pertukaran, anda boleh mendapatkan nilai pertukaran mata wang yang lebih baik.