GO Markets Malaysia Review: Ulasan Broker Forex Untuk Tahun 2025

Artikel ini merupakan ulasan tentang broker forex GO Markets, sebuah broker forex yang menawarkan perkhidmatan perdagangan atas talian.

Artikel ini akan menerangkan pelbagai aspek penting mengenai broker ini, termasuk jenis akaun yang ditawarkan, instrumen dagangan yang tersedia, platform dagangan yang disediakan, serta sokongan pelanggan yang disediakan. Selain itu, kami juga akan mengulas tentang lesen pengawalseliaan dan reputasi GO Markets dalam industri perdagangan forex.

Tujuan utama artikel ini adalah untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat sama ada GO Markets sesuai dengan keperluan dagangan anda. Dengan memahami ciri-ciri dan kelebihan broker ini, anda dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman perdagangan anda.

GO Markets ditubuhkan pada tahun 2006 di Australia sebagai penyedia perkhidmatan dagangan CFD dalam talian. Mereka menawarkan lebih daripada 1,000 instrumen kewangan CFD, termasuk Forex, Saham, Indeks, dan Komoditi.

Selain itu, mereka juga menyediakan platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 untuk kemudahan pelanggan mereka. Menurut GO Markets, mereka diiktiraf secara meluas sebagai broker MT4 terkemuka di Australia.

Laman Webgomarkets.com
NegaraAustralia
Tahun Penubuhan2006
Dikawal Selia OlehASIC, CySEC, dan FSA
Deposit Minimum100 USD
BonusTersedia
Leverage Maksimum500:1
Spread Minimum0.0 pip
Platform DaganganPlatforms overview
MetaTrader 4
MetaTrader 5
MetaTrader copy trader
cTrader
cTrader copy trading
Mobile trading platforms
GO WebTrader
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan Go Markets

  • Broker forex yang dikawal-selia oleh ASIC, CySEC, dan FSA.
  • Deposit minimum rendah.
  • Menawarkan pelbagai pilihan platform dagangan.

Kelemahan GO Markets

  • Pilihan akaun dagangan yang terhad.
  • Tidak menerima pelanggan dari Malaysia.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau GO Markets

GO Markets Pty Ltd (MU) merupakan Syarikat Perniagaan Global (No. Syarikat 170969), yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission (FSC) Mauritius sebagai Investment Dealer (Full Service Dealer, excluding Underwriting) (No. lesen GB 19024896 ).

Alamat pejabat mereka pula adalah di Aras 7, Pejabat 12, ICONEBENE Lot B441, Rue de L’Institut, Ebene Mauritius.

GO Markets merupakan sebuah jenama yang terdiri daripada pelbagai entiti berdaftar yang dikawal selia oleh badan berkuasa berikut:

  • GO Markets Pty Limited berdaftar di Australia dengan ABN 85 081 864 039, dibenarkan dan dikawal-selia oleh Australian Securities & Investments Commission (ASIC) dan memegang nombor lesen Australian Financial Services 254963.
  • GO Markets Ltd merupakan Cyprus Investment Firm yang berdaftar di Cyprus dengan Nombor Pendaftaran (CRN): HE 351644, yang dibenarkan dan dikawal-selia oleh Cyprus Securities Exchange Commission dengan nombor lesen 322/17.
  • GO Markets International Ltd diperbadankan di Republik Seychelles dengan nombor pendaftaran 8425985-1 yang diberi lesen dan dikawal-selia oleh Seychelles Financial Services Authority (Nombor Lesen Peniaga Sekuriti SD043).
  • GO Markets International Ltd diperbadankan di Republik Seychelles dengan nombor pendaftaran 8425985-1 yang diberi lesen dan dikawal-selia oleh Seychelles Financial Services Authority (Nombor Lesen Peniaga Sekuriti SD043).
  • GO Markets LLC diperbadankan di Saint Vincent and the Grenadines di bawah Akta Syarikat Perniagaan (Pindaan dan Penyatuan), Bab 149 undang-undang Saint Vincent dan Grenadines yang disemak 2009. No Syarikat Perniagaan: 332 LLC 2020.

Produk-Produk Yang Didagangkan Di GO Markets

Seperti broker forex yang lain, GO Markets juga menyediakan pelbagai produk dagangan yang boleh didagangkan oleh pelanggan mereka di dalam pasaran kewangan.

GO Markets menawarkan lebih daripada 1,000 produk dagangan termasuk Forex, Share CFD, Indeks, Logam, Komoditi dan matawang kripto CFD.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh GO Markets

Pilihan akaun dagangan yang disediakan oleh GO Markets sangat terhad. Mereka hanya menawarkan dua jenis akaun dagangan kepada pelanggan mereka iaitu akaun GO Plus+ dan akaun Standard.

Di bawah ini merupakan butiran lengkap akaun dagangan GO Plus+ dan akaun Standard.

GO Plus+

Sokongan Pelangan24 jam 5 hari seminggu
Pengurus AkaunTersedia
SpreadBermula daripada 0.0 pip (spreads from 0.0 pips)
Komisen$2.50 setiap sisi pada lot standard FX
Instrumen DaganganPelbagai pasangan Forex, Saham, Indeks dan Komoditi
Saiz Dagangan Minimum0.01 lot
Leverage500:1
Alat DaganganYa
EAYa
VPS PercumaYa
ScalpingYa
Matawang AsasAUD, USD, EUR, GBP, NZD, CAD, SGD, CHF, HKD

Standard

Sokongan Pelangan24 jam 5 hari seminggu
Pengurus AkaunTersedia
SpreadBermula daripada 0.8 pip (spreads from 0.8 pips)
Komisen$0
Instrumen DaganganPelbagai pasangan Forex, Saham, Indeks dan Komoditi
Saiz Dagangan Minimum0.01 lot
Leverage500:1
Alat DaganganYa
EAYa
VPS PercumaYa
ScalpingYa
Matawang AsasAUD, USD, EUR, GBP, NZD, CAD, SGD, CHF, HKD

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan

Anda boleh menghubungi perkhidmatan sokongan pelanggan melalui Live Chat yang tersedia di laman web rasmi mereka. Selain itu, anda juga boleh menghubungi mereka melalui panggilan telefon di +230 5869 0074 atau melalui e-mel di alamat support.mu@gomarkets.com.

Perkhidmatan sokongan pelanggan GO Markets tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jika anda menghadapi sebarang isu berkaitan perdagangan anda, pasukan sokongan mereka sentiasa bersedia membantu.

Mereka juga menyediakan ruang FAQ sebagai rujukan anda untuk mendapatkan jawapan bagi soalan lazim berkaitan platform, akaun, dan perdagangan. Bahagian ini direka untuk membantu pelanggan mencari penyelesaian pantas tanpa perlu menunggu respons daripada pasukan sokongan.

Deposit

Bagi Memudahkan urusan pelanggan mereka, GO Markets telah menyediakan beberapa kaedah deposit yang boleh digunakan termasuk Debit dan Kredit kad, Skrill, Neteller dan bank transfer.

Bagi pedagang atau trader forex dari Malaysia, kaedah deposit yang paling mudah digunakan adalah melalui Bank Transfer dan Debit atau Kredit kad.

Withdrawal

GO Markets menyediakan kaedah pengeluaran dana (withdrawal) yang sama dengan kaedah deposit. Anda diwajibkan menggunakan kaedah yang sama untuk kedua-dua transaksi deposit dan pengeluaran.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan perbankan atas talian untuk deposit, anda juga perlu menggunakan perbankan atas talian untuk pengeluaran dana.

Anda boleh memproses pengeluaran dana terus melalui akaun dagangan anda. Kebiasaannya, pengeluaran pertama akan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja untuk diproses.

Leverage

GO Markets menyediakan leverage maksimum sehingga 500:1

Platform Dagangan Yang Disediakan Oleh GO Markets

Walaupun pilihan akaun dagangan yang ditawarkan agak terhad, GO Markets tetap menyediakan pelbagai pilihan platform dagangan yang memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza.

Platform dagangan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Platforms overview
  • MetaTrader 4
  • MetaTrader 5
  • MetaTrader copy trader
  • cTrader
  • cTrader copy trading
  • Mobile trading platforms
  • GO WebTrader

Cara Buka Akaun Trading GO Markets

Cara buka akaun trading atau akaun dagangan GO Markets mudah sahaja. Anda boleh membuka akaun secara atas talian.

Anda hanya perlu menyediakan telefon pintar atau komputer riba, talian internet, dokumen pengesahan seperti salinan kad pengenalan dan modal perdagangan atau deposit.

Malangnya, GO Markets tidak menerima pelanggan dari Malaysia kerana sekatan peraturan. Oleh itu, trader dari Malaysia disarankan untuk mencari broker lain yang sah dan dikawal-selia untuk memastikan keselamatan modal dan pengalaman dagangan yang lancar.

Pastikan anda sentiasa memeriksa status peraturan broker sebelum membuka akaun dagangan. Klik di sini untuk melihat senarai broker terbaik untuk tahun 2025 di Malaysia.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker GO Markets?

Walaupun GO Markets tidak menerima pelanggan dari Malaysia, broker ini tetap mempunyai beberapa kelebihan, termasuk:

  • GO Markets telah menerima beberapa award seperti Best MT4 Broker Forex Trading Platform, Award Winning Client Support, Best Global Forex Broker, Asia 2024, Most Trusted Global Forex Broker, Asia 2024 dan banyak lagi.
  • Menyediakan VPS forex secara percuma.
  • GO Markets menaja beberapa pemain semasa perlawanan berprofil tinggi di Terbuka Australia dan Kejohanan Wimbledon pada 2022 dan 2023.
  • Bekerjasama dengan Chelsea Football Club sebagai Rakan Kongsi Dagangan Dalam Talian Rasmi global mereka selama tiga tahun berturut-turut.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, GO Markets menawarkan pelbagai kelebihan seperti sokongan pelanggan 24 jam dan platform dagangan yang popular.

Namun, mereka tidak menerima pelanggan dari Malaysia (trade with GO Markets) disebabkan oleh sekatan peraturan . Jadi, jika anda dari Malaysia, anda perlu mencari broker lain yang sah dan dikawal selia.