Forex Exchange atau Pertukaran Mata Wang Asing yang disingkatkan kepada Forex merupakan satu jenis perdagangan atau transaksi yang memperdagangkan mata wang satu negara terhadap mata wang negara lain. Forex merupakan pasaran yang paling aktif di dunia, dengan jumlah purata dagangan harian sehingga $5 trilion. Perdagangan forex melibatkan agensi-agensi yang besar contohnya bank-bank besar di dunia.
Menurut laporan tiga tahun terakhir dari Bank of International Settlements (sebuah bank global untuk bank pusat nasional), rata-rata jumlah dagangan forex harian melebihi 6.5 trilion dalam jumlah perdagangan harian pada tahun 2019.
Pasaran Forex merupakan suatu pasaran yang unik kerana:
- Jumlah dagangan yang besar.
- Likuiditi pasaran yang tinggi.
- Pasaran forex terdiri daripada pelbagai jenis pedagang.
- Geografi penyebarannya yang meluas (Seluruh dunia).
- Dagangan dibuka 24 jam sehari.
- Pelbagai faktor yang mempengaruhi nilai tukaran wang asing.
Perdagangan Forex dilakukan oleh pelbagai pihak, dari kerajaan, bank-bank pusat, syarikat antarabangsa hinggalah ke individu-individu tertentu yang memiliki aset dalam jumlah yang besar. Transaksi jual beli mata wang di antara pelbagai pihak itu tidak dilakukan di sebuah pasar dengan bangunan fizikal, tetapi di dalam jaringan alam maya yang disebut forex market.
Setiap mata wang dalam pasaran forex diwakili oleh tiga kod huruf, dengan dua huruf pertama mewakili sesebuah negara. Sebagai contoh, USD bermaksud dolar Amerika Syarikat (AS) dan YPY merupakan Yen Jepun. Dalam pasangan mata wang ia disebut sebagai USD/JPY, anda membeli dolar AS dengan menjual Yen Jepun.
Forex juga mempunyai beberapa pasangan atau yang biasa disebut sebagai pair utama yang kerap didagangkan. Pair utama tersebut adalah EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD and USD/CHF. Selain itu, Forex juga mempunyai minor pair iaitu, EUR/GBP, EUR/CHF, GBP/JPY. Minor pair ini adalah pair yang kurang didagangkan. Mata wang ini biasanya mempunyai mata wang utama berbanding dolar AS. Yang terakhir adalah Exotics. Exotics merupakan mata wang utama menentang mata wang dari ekonomi kecil atau baru muncul. Ini termasuk pair USD / PLN, GBP / MXN, EUR / CZK.
Pasaran forex dilakukan secara elektronik bebas (Over-The-Counter – OTC). Semua transaksi dilaksanakan melalui rangkaian komputer di antara pedagang di seluruh dunia dan bukan pada satu pertukaran berpusat. Pasaran dibuka 24 jam sehari, lima setengah hari seminggu, dan mata wang diperdagangkan di seluruh dunia di pusat kewangan utama London, New York, Tokyo, Zurich, Frankfurt, Hong Kong, Singapura, Paris dan Sydney di hampir setiap zon waktu.
Dalam arus putaran forex (GMT +8), secara global, pasaran kewangan akan bermula dari negara New Zealand dan Australia pada pukul 6.00am sampai 3.00pm, kemudian bergerak ke arah Barat, menuju ke Asia yang berlangsung pada pukul 8.00am hingga 5.00pm. Selanjutnya ianya akan menuju ke pasaran Eropah pada 2.00pm hingga 11.00pm yang kemudian diikuti oleh pasaran Amerika pada jam 9.00pm hingga 6.00am. Ini bermaksud bahawa ketika hari perdagangan di AS berakhir, pasaran pertukaran mata wang asing dimulakan lagi di Tokyo dan Hong Kong. Dengan ini, pasaran pertukaran wang asing dapat menjadi sangat aktif setiap sepanjang hari, dengan penawaran harga yang berubah secara konsisten.
Sejarah Forex
Sistem barter merupakan kaedah pertukaran tertua yang bermula pada tahun 6000 sebelum masihi yang di perkenalkan oleh suku Mesopotamia. Sistem barter melibatkan pertukaran barang dari satu individu ke individu yang lain. Sistem ini kemudian berkembang sehingga akhirnya barang-barang seperti garam dan rempah menjadi medium pertukaran yang popular. Seiring dengan perkembangan ekonomi, akhirnya sistem barter tidak lagi digunakan disebabkan ianya mempunyai kelemahan yang banyak sehinggalah ianya digantikan dengan wang untuk melakukan transaksi jual dan beli.
Transformasi besar pertama pasaran pertukaran asing adalah Sistem Bretton Woods yang berlaku menjelang akhir Perang Dunia II. Amerika Syarikat (AS), Britain, dan Perancis bertemu di Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bretton Woods, NH untuk merancang susunan ekonomi global yang baru. Lokasi itu dipilih kerana pada masa itu, AS adalah satu-satunya negara yang tidak mengalami perang.
Sebilangan besar negara-negara utama Eropah berada dalam keadaan kucar-kacir dan secara kebetulan, Perang Dunia II telah mengubah status dollar AS daripada mata wang yang gagal (setelah kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929) menjadi mata wang penanda aras (benchmark currency).
Selepas Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971, transaksi jual beli mata wang utama akan dilakukan oleh bank, manakala pihak lain seperti kerajaan dan syarikat-syarikat perdagangan perlu menghubungi bank sebagai pengantara. Mereka perlu menghubungi pihak bank melalui telefon, di mana bank akan mencatat harga suatu mata wang dibeli atau dijual. Dari sini, maka terciptalah pasaran interbank sebagai satu jaringan tak berpusat (over-the-counter) di mana mata wang akan ditukarkan dan nilai pertukaran mata wang akan mengalami perubahan secara dinamik.
Perkembangan ekonomi global yang berlaku sekitar tahun 80an hingga 90an telah menyebabkan perubahan baru di dalam dunia perdagangan forex di mana masyarakat kini boleh mengejar dunia yang sebelum ini hanya didominasikan oleh bank-bank besar dan syarikat-syarikat yang bertaraf antarabangsa.
Transaksi melalui perantaraan perbankan tidak lagi dilakukan melalui panggilan telefon tetapi boleh dilaksanakan menerusi Internet, malah satu platform trading juga telah dicipta untuk membolehkan sesiapa sahaja melihat ‘harga’ (nilai tukaran mata wang) dan menjual-beli mata wang secara real-time.
Perkembangan teknologi merupakan titik penting dalam sejarah forex trading kerana ianya telah mendorong perdagangan di pasaran forex untuk meningkat naik menjadi pasaran kewangan terbesar di dunia.
Pasaran Spot, Pasaran Hadapan & Niaga Hadapan
Institusi perbankan, syarikat-syarikat dan individu boleh berdagang Forex di Pasaran Spot, Pasaran Hadapan dan Pasaran Niaga Hadapan. Dagangan Forex di pasaran spot selalunya menjadi pasaran terbesar kerana ia adalah aset sebenar yang mendasari pasaran hadapan dan niaga hadapan. Sebelum ini, pasaran niaga hadapan adalah tempat yang paling popular bagi pedagang kerana ia tersedia untuk pelabur individu untuk jangka masa yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, dengan kemunculan perdagangan elektronik dan kemunculan broker forex yang semakin banyak, pasaran spot telah menyaksikan lonjakan aktiviti yang besar dan kini mengatasi pasaran niaga hadapan sebagai pasaran perdagangan pilihan untuk pelabur dan spekulator individu.
Apabila orang merujuk kepada pasaran Forex, biasanya mereka merujuk kepada pasaran spot. Pasaran hadapan dan niaga hadapan biasanya lebih popular dengan syarikat yang perlu melindungi risiko pertukaran wang asing sehingga tarikh tertentu pada masa akan datang.
Dalam erti kata lain, pasaran spot adalah tempat mata wang dibeli dan dijual mengikut harga semasa. Harga tersebut pula ditentukan oleh penawaran dan permintaan (supply and demand), yang merupakan cerminan terhadap banyak perkara, termasuk kadar faedah semasa, prestasi ekonomi, sentimen terhadap situasi politik yang sedang berlaku sama ada dalam atau luar negara, dan juga tanggapan prestasi terhadap satu mata wang berbanding yang lain.
Apabila suatu perjanjian diselesaikan, ini dikenali sebagai “kesepakatan spot”. Kesepakatan spot merupakan urusniaga dua hala di mana satu pihak memberikan jumlah mata wang yang dipersetujui kepada pihak lawan dan menerima jumlah mata wang lain yang ditentukan pada nilai kadar pertukaran yang dipersetujui. Setelah kedudukan ditutup, penyelesaian akan dilakukan secara tunai. Walaupun pasaran spot biasanya dikenali sebagai yang berurusan dengan urusniaga pada masa sekarang (bukannya masa depan), namun proses perdagangan ini sebenarnya memerlukan masa selama dua hari untuk diselesaikan.
Pasaran hadapan dan pasaran niaga hadapan tidak memperdagangkan mata wang sebenar. Sebaliknya, mereka berurusan dalam kontrak yang mewakili tuntutan untuk jenis matawang tertentu dan tarikh penyelesaian untuk masa depan.
Di pasaran niaga hadapan, kontrak niaga hadapan dibeli dan dijual berdasarkan ukuran standard dan tarikh penyelesaian di pasaran komoditi awam. Kontrak berjangka mempunyai perincian khusus, termasuk jumlah unit yang diperdagangkan, tarikh pengiriman dan penyelesaian, dan kenaikan harga minimum yang tidak dapat disesuaikan. Pertukaran bertindak sebagai rakan niaga kepada peniaga, memberikan pelepasan dan penyelesaian.
Spekulasi Dalam Pasaran Forex
Spekulasi di pasaran pertukaran asing melibatkan pembelian dan penjualan mata wang dengan tujuan memperoleh keuntungan. Ini disebut spekulasi kerana ketidakpastian yang terlibat kerana tidak ada sesiapa yang dapat mengatakan dengan pasti apakah pasaran akan naik atau turun. Pedagang menilai kemungkinan kedua-dua senario tersebut sebelum melakukan perdagangan.
Ramai yang percaya bahawa semua bentuk pelaburan itu boleh dikatakan sebagai spekulasi kerana tiada sesiapa pun yang benar-benar tahu ke mana dan sampai di mana market akan bergerak. Namun kenyataannya, istilah spekulasi biasanya lebih digunakan pada transaksi yang melibatkan risiko yang besar sahaja.
Sebagai contoh, jika seorang spekulator pasaran membeli 1 lot Euro/USD ketika pasaran sedang menurun, tindakannya yang melawan arus itu dilakukan atas dasar “anggapan” bahawa harga (kemungkinan) telah sampai pada titik tertinggi jualan dan akan naik tidak lama lagi.
Spekulator pasaran juga biasanya hanya akan melakukan transaksi pada beberapa instrumen saja. Mereka hanya akan menguasai 1 pasangan (pair) mata wang. Mereka hanya akan membuka dan melaksanakan posisi mereka pada pasangan tersebut. Hari demi hari, mereka akan menghabiskan masa dengan melihat dan memahami pergerakannya. Hasil dari kesabaran dan ketabahan ini, mereka boleh mendapatkan keuntungan yang berganda dengan menjual dan membeli pasangan tersebut pada titik-titik penting.
Oleh itu, bermulalah dengan menumpukan pada satu pasangan mata wang saja dulu. Luangkan masa anda untuk melakukan analisa teknikal mahupun fundamental pada pair tersebut – fahami setiap pergerakan terlebih dahulu.
Kemunculan Pedagang Forex Runcit
Bagi anda yang sudah mengenal forex, anda mungkin sudah tidak sabar untuk mulai memburu keuntungan. Namun begitu, salah satu syarat yang harus dipenuhi sebelum anda memulakan perdagangan dan menghasilkan pendapatan dari forex adalah, anda harus terlebih dahulu memiliki akaun dagangan (trading account) dengan forex broker seperti Justforex, FxPro, XM, Tickmill dan sebagainya.
Pedagang forex runcit atau retail trader wujud oleh kerana adanya forex broker yang beroperasi secara online.
Pada era 90an, proses untuk berdagang forex tidaklah semudah sekarang kerana pada masa itu, kos transaksi yang harus ditanggung oleh trader adalah sangat besar. Selain itu, pertukaran mata wang asing masih lagi mendapat campur tangan daripada pihak kerajaan.
Semua ini berubah apabila sebuah lembaga pengawas dan pelindung perdagangan berjangka dan komoditi di Amerika Syarikat (Commodities Futures Trade Commission (CFTC)) membuka pintu perdagangan forex, terutamanya forex trading secara online. Dengan pembukaan itu, akhirnya muncul lah forex broker yang berfungsi sebagai jambatan untuk pasaran forex trader runcit. Dengan kemajuan Internet yang semakin berkembang, akhirnya bisnes forex mulai dikenali secara perlahan-lahan dan mendapat perhatian ramai. Dengan hanya satu klik, semua aktiviti forex trading boleh dimulakan dengan segera.
Bagi forex broker pula, mereka mempunyai fungsi yang tersendiri. Forex broker adalah sebuah syarikat mahupun agen yang menjadi pihak pengantara untuk menghubungkan penjual dan pembeli atau para trader untuk membolehkan mereka masuk ke dalam pasaran forex. forex broker biasanya akan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka dalam bentuk spread dan komisen.
Risiko Dalam Forex Trading
Pasaran pertukaran mata wang asing memudahkan pembelian dan penjualan mata wang di seluruh dunia. Seperti saham, tujuan utama perdagangan forex adalah untuk menghasilkan keuntungan bersih dengan membeli pada harga yang rendah dan menjual pada kadar harga yang tinggi. Pedagang forex mempunyai kelebihan dalam memilih beberapa mata wang berbanding peniaga saham yang harus menilai ribuan syarikat dan sektor. Dari segi jumlah dagangan, pasaran forex adalah yang terbesar di dunia, dan oleh kerana jumlah dagangan yang tinggi, aset forex diklasifikasikan sebagai aset yang sangat cair.
Sebagai produk leveraged (bermanfaat tinggi), risikonya juga tinggi. Antara risiko yang mungkin timbul adalah:
1) Risiko Leveraged
Dalam perdagangan forex, leverage diperlukan jika dana anda kecil bagi mendapatkan akses kepada pasaran mata wang asing. pergerakan turun dan naik harga, biarpun kecil dapat mengakibatkan panggilan margin (margin call). Dalam situasi ini, pelabur akan diminta untuk “top-up” akaun trading mereka dengan dana tambahan bagi membayar margin tambahan. Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, penggunaan laverage yang agresif akan mengakibatkan kerugian besar yang melebihi pelaburan awal.
2) Risiko Kadar Faedah
Kita tahu bahawa kadar faedah mempengaruhi kadar pertukaran negara. Seandainya kadar faedah sebuah negara meningkat, mata wangnya juga akan meningkat akibat kemasukan pelaburan ke dalam aset negara itu. Sebaliknya, jika kadar faedah jatuh, maka mata wang juga akan jatuh ketika pelabur mula menarik pelaburan mereka. Apabila perkara ini berlaku, perbezaan antara nilai mata wang boleh menyebabkan harga forex berubah secara mendadak.
3) Risiko Transaksi
Dagangan Forex beroperasi pada masa 24 jam, dan dalam tempoh ini, pertukaran nilai mata wang boleh berubah sebelum perdagangan selesai. Akibatnya, mata wang boleh diperdagangkan pada harga yang berbeza pada waktu yang berlainan. Semakin besar perbezaan waktu antara memasuki dan menyelesaikan kontrak, semakin tinggi risiko transaksi. Perbezaan masa boleh memungkinkan risiko pertukaran berubah-ubah. Individu dan syarikat yang berurusan dengan mata wang akan menghadapi kenaikan dan mungkin juga membebankan kos transaksi.
Kebaikan dan Cabaran Dalam Forex Trading
Kebaikan
1)Mudah diakses
Pasaran forex adalah antara pasaran yang paling mudah diakses oleh peniaga individu. Pedagang boleh membuka akaun forex dalam masa yang singkat dan boleh mula berdagang dengan berbekalkan modal serendah 50 USD (Sekitar RM220). Aktiviti perdagangan boleh dilakukan secara atas talian dan pedagang boleh mendapat info tentang harga pasaran masa sebenar, berita pasaran, carta harga, alat dan strategi melalui platform perdagangan dalam talian. Selain itu, pasaran forex dibuka 24 jam sehari / 5 hari seminggu. Pedagang forex boleh trade pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masing-masing.
2) Leverage
Leverage adalah alat dagangan yang sangat berguna bagi trader yang mempunyai modal kecil. Leverage boleh membantu trader dengan modal kecil untuk memperoleh keuntungan yang besar.Pasaran forex menyediakan leverage yang jauh lebih tinggi berbanding pasaran-pasaran yang lain.Pedagang mungkin dapat memperolehi akses kepada margin yang membenarkan leverage sehingga 1000:1, bergantung pada jenis broker.
3) Potensi untuk memperolehi pendapatan dengan lebih cepat
Pasaran forex bergerak pantas dan mempunyai kecairan yang tinggi. Ciri-ciri tersebut digabungkan dengan leverage yang biasanya lebih tinggi bagi pedagang forex, memungkinkan keuntungan dijana dengan lebih pantas.
4) Strategi Teknikal
Pasaran forex sesuai untuk analisis teknikal. Terdapat beberapa strategi teknikal yang biasanya digunakan oleh pedagang forex seperti price action untuk menjana keuntungan. Pedagang forex boleh memperoleh keuntungan dengan hanya menggunakan analisis teknikal carta harga.
5) Kecairan
Pasaran forex adalah pasaran terbesar di dunia. Ini bermakna terdapat banyak kecairan untuk perdagangan, terutamanya dalam mata wang utama. Pedagang yang bekerja dengan “trading desk model” di broker forex biasanya ditawarkan kecairan yang cukup untuk perdagangan biasanya kerana broker itu sendiri akan mengambil kedudukan yang berlawanan dari perdagangan apabila kecairan mungkin kurang di bahagian lain pasaran.
Cabaran
1)Turun naik/Volatility
Pasaran forex sangat aktif dan tidak stabil. Nilai harga matawang boleh berubah dalam beberapa saat dan jika anda tidak berhati-hati, modal anda boleh turut melayang dalam sekelip mata. Pedagang forex yang mengharapkan keuntungan dalam masa jangka pendek mungkin terdedah kepada ketidakstabilan melampau yang tidak dijangka, dan boleh menjadikan strategi perdagangan mereka mungkin tidak menguntungkan.
2) Peniaga Kecil Mungkin Menghadapi kelemahan.
Lebih daripada 5 trilion USD diperdagangkan setiap hari di pasaran forex global dan sebahagian besar perdagangan itu masih dilakukan oleh pemain utama seperti bank, dana lindung nilai dan institusi kewangan lain yang besar. Oleh kerana saiz dagangan mereka yang besar dan akses mereka pada maklumat dan teknologi yang lebih canggih, para pemain utama ini memiliki kelebihan dalam menetapkan harga dan mempengaruhi pergerakan harga di pasaran.
Keadaan ini berlaku di kebanyakan pasaran di dunia, tetapi ianya sangat jelas kelihatan di pasaran forex. Pedagang mesti peka terhadap perubahan ekonomi semasa dan keadaan pasaran yang pantas untuk memastikan perdagangan mereka menguntungkan.
Selain itu, anda juga perlu bijak untuk memilik broker forex yang menawarakan persekitaran perdagangan yang baik seperti menawarkan deposit yang rendah dan mempunyai spread yang rendah seperti broker forex Tickmill. Anda boleh baca ulasan broker Tickmill disini.
3) Peraturan yang tidak ketat.
Pasaran forex adalah pasaran bebas. Ini bermaksud perdagangan tidak dilakukan di bursa terpusat, dan pengawasan peraturan kadang-kadang terhad. Oleh kerana itu, pedagang mungkin perlu melakukan siasatan “ketekunan wajar” mengenai reputasi dan persekitaran perdagangan broker pilihan mereka sebelum mendaftar akaun dagangan dengan broker.
4) Emosi
Yang terakhir adalah emosi. Masalah utama kenapa kebanyakan pedagang gagal adalah kerana emosi mereka sendiri. Pedagang terlalu mengejar keuntungan sehingga mereka tidak dapat mengawal emosi mereka ketika berdagang. Oleh itu, untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, selain strategi yang hebat untuk mengaut keuntungan, anda juga perlu mentaliti yang kuat serta memiliki ilmu pengetahuan tentang pasaran forex sebanyak yang mungkin.
Kesimpulan
Forex trading adalah aktiviti yang sangat menguntungkan jika anda faham bagaimana industri forex bergerak dan faham bagaimana untuk menganalisa pergerakan nilai matawang.
Namun begitu, bukan semua orang boleh berjaya dalam bidang forex. Selain daripada kemahiran dalam menganalisa pasaran, anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal risiko dan mengawal emosi. Kebanyakan trader gagal dalam pengawalan risiko dan emosi.
Jika anda berminat untuk mendalami bidang forex, anda harus memperlengkapkan diri anda dengan ilmu forex yang secukupnya supaya apabila anda sudah trade menggunakan duit sebenar, emosi anda lebih stabil dan profit pun lebih senang masuk.