Swing trading adalah salah satu strategi yang terkenal di kalangan trader forex di Malaysia. Teknik atau strategi dagangan ini juga sering digunakan oleh trader untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan harga dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding day trading.
Strategi dagangan ini merupakan pilihan bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau pasaran sepanjang hari tetapi masih ingin memanfaatkan peluang untuk mendapat keuntungan daripada perubahan harga yang berlaku dalam tempoh beberapa hari atau minggu (days or weeks).
Bagi trader newbie, anda perlu memahami beberapa strategi dagangan yang sering digunakan untuk berdagang forex bagi meningkatkan peluang untuk anda menjana pendapatan dengan forex. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara terperinci mengenai swing trading, termasuk strategi dan kelebihannya.
Apa Itu Swing Trading?
Swing trading merupakan strategi dagangan yang melibatkan pembelian dan penjualan matawang atau aset dalam tempoh masa yang sederhana (medium term), biasanya antara beberapa hari hingga beberapa minggu. Tujuannya adalah untuk memanfaatkan perubahan harga atau “swing” di pasaran.
Ia berbeza dengan day trading yang melibatkan pembelian dan penjualan matawang dalam hari yang sama. Dengan swing trading, trader cuba untuk memanfaatkan pergerakan harga dalam arah tertentu dan menutup posisi mereka setelah harga mencapai sasaran keuntungan atau had kerugian yang telah ditetapkan.
Kenapa Anda Perlu Menggunakan Strategi Swing Trading?
Swing trading (swing trading strategies) adalah pilihan yang sesuai bagi trader yang ingin mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk memantau pasaran secara berterusan.
Strategi ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa atau komitmen lain, kerana ia membolehkan trader membuat keputusan berdasarkan analisis teknikal (technical analysis) dan fundamental dengan tumpuan atau pemantauan yang lebih sedikit.
Namun, strategi ini memerlukan disiplin dan kemahiran yang baik dalam membuat keputusan yang tepat. Trader yang menggunakan swing trading perlu sentiasa peka dengan perubahan pasaran dan bersedia untuk mengambil tindakan apabila peluang yang menguntungkan muncul.
Namun, seperti mana-mana bentuk perdagangan, pasaran forex tidak menjanjikan keuntungan yang konsisten dan risiko tetap ada. Oleh itu, sila pelan pengurusan risiko anda dengan baik bagi mengurangkan risiko kerugian.
Strategi Swing Trading Terbaik
Dalam teknik perdagangan swing trading, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh swing traders untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk masuk (entry) dan keluar (exit) atau entry and exit points daripada pasaran. Ini termasuk penggunaan analisis teknikal untuk mencari tanda-tanda perubahan harga atau “swing” yang boleh dimanfaatkan untuk mendapat keuntungan.
Keberkesanan swing trading bergantung kepada strategi yang digunakan oleh seorang trader. Berikut adalah beberapa strategi terbaik yang boleh digunakan oleh swing traders:
1. Swing Trading Strategy Berdasarkan Trend (Trend Following)
Salah satu strategi utama dalam swing trading adalah mengikuti trend pasaran. Trader akan membeli (long position) apabila harga menunjukkan tanda-tanda trend menaik (bullish), dan menjual (short position) apabila harga menunjukkan tanda-tanda trend menurun (bearish).
Ini biasanya dilakukan melalui analisis teknikal dengan menggunakan pelbagai indikator, seperti moving averages, RSI (Relative Strength Index), atau MACD (Moving Average Convergence Divergence), yang memberi gambaran tentang pergerakan harga.
Teknik ini bergantung kepada analisis teknikal untuk mengenal pasti trend jangka pendek dan jangka panjang yang boleh memberi peluang kepada swing trader.
2. Range Trading
Bagi strategi range trading pula, swing trader biasanya akan mencari pasaran atau pergerakan yang bergerak dalam julat harga tertentu. Kemudian mereka akan membeli apabila harga mencapai aras sokongan (support) dan menjual apabila harga mencapai aras rintangan (resistance).
Teknik ini boleh digunakan apabila pasaran tidak menunjukkan arah yang jelas tetapi bergerak dalam julat harga tertentu. Swing trader biasanya akan memantau pergerakan harga dengan teliti dan menggunakan alat analisis teknikal seperti petunjuk atau carta candlestick untuk mengenal pasti paras sokongan dan rintangan.
3. Breakout Trading
Breakout trading adalah strategi dimana swing traders mencari peluang untuk masuk ke dalam pasaran apabila harga suatu aset “pecah” dari tahap support atau resistance yang telah dikenal pasti sebelumnya.
Support and resistance: Untuk pengetahuan anda, support adalah tahap harga dimana harga cenderung untuk berhenti jatuh dan akan berbalik naik. Manakala, Resistance adalah tahap harga dimana harga cenderung untuk berhenti naik dan akan berbalik turun.
Di bawah ini merupakan salah satu contoh corak Bullish Breakout.
Sumber: dailypriceaction.com
Cara Memilih Instrumen Dagangan yang Tepat Untuk Swing Trading
Sumber: connexarcapital.com
Terdapat dua ciri utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih pasangan mata wang atau instrumen dagangan untuk swing trade iaitu likuiditi dan volatiliti.
1. Liquidity
Dalam forex, pasangan mata wang yang lebih cair merupakan pilihan yang lebih baik kerana ia memudahkan trader untuk masuk dan keluar dari pasaran dengan mudah.
Pasangan mata wang utama seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY biasanya mempunyai likuiditi yang tinggi. Jadi, trader akan lebih mudah untuk berdagang dan mengurangkan slippage (perbezaan antara jangkaan harga dan harga yang sebenar).
2. Volatility
Volatiliti atau turun naik harga adalah faktor penting dalam teknik perdagangan swing trading kerana ia memberi peluang kepada trader untuk mendapatkan keuntungan daripada pergerakan harga yang besar.
Pasangan mata wang yang lebih volatile cenderung mempunyai pergerakan harga yang lebih besar dalam tempoh masa yang singkat.
Ini memberi peluang yang lebih besar kepada swing traders untuk mendapatkan keuntungan kerana mereka dapat mengambil keuntungan daripada pergerakan harga jangka pendek yang ketara.
Indicator Teknikal Untuk Swing Trading
Indikator teknikal adalah alat yang penting bagi swing traders untuk mengenal pasti entry dan exit points mereka. Berikut adalah beberapa indikator teknikal yang sering digunakan oleh swing trader:
Exponential Moving Average (EMA)
Exponential Moving Average (EMA) adalah salah satu jenis indikator teknikal yang digunakan dalam swing trading dan ia berbeza daripada Simple Moving Average (SMA) dari segi cara pengiraannya.
EMA memberi lebih banyak penekanan terhadap harga terkini. Ini bermakna, harga terkini mempunyai pengaruh yang lebih besar berbanding harga yang lebih lama. Oleh itu, EMA biasanya lebih sensitif terhadap perubahan harga dan ia akan memberikan isyarat trend yang lebih cepat berbanding SMA.
Relative Strength Index (RSI)
Relative Strength Index (RSI) juga merupakan salah satu indikator teknikal yang digunakan oleh swing traders untuk mengukur kekuatan pergerakan harga suatu aset.
RSI mengukur seberapa cepat harga berubah dalam tempoh tertentu dan menilai sama ada aset tersebut berada dalam keadaan terlebih beli (overbought) atau terlebih jual (oversold).
Stochastic Oscillator
Stochastic oscillator merupakan indikator momentum yang membandingkan harga penutupan (closing price) sekuriti dengan julat harga dalam tempoh masa tertentu. Ia menunjukkan perubahan momentum yang sering berlaku lebih awal sebelum jumlah dagangan mencapai puncaknya.
Sumber: forextraininggroup.com
Indikator ini sangat penting kerana ia dapat mengesan perubahan pasaran dengan lebih cepat dan membuat trader membuat keputusan yang lebih baik sebelum pergerakan harga besar berlaku.
Cara Menentukan Entry and Exit Points
Mengenal pasti entry dan exit points merupakan kunci kejayaan dalam swing trading. Swing traders biasanya menggunakan analisis teknikal seperti di atas untuk mengenal pasti trend dan membuat keputusan perdagangan. Berikut merupakan beberapa kaedah untuk mengenal pasti entry dan exit points termasuk:
- Menggunakan indikator teknikal seperti EMA, RSI, dan stochastic oscillator.
- Menganalisis corak carta dan trend harga.
- Menetapkan arahan stop-loss dan sasaran keuntungan (take profit).
Cara Mengurus Risiko Dengan Baik
Menguruskan risiko dengan baik merupakan perkara yang paling penting untuk menentukan kejayaan dalam swing trading. Swing traders boleh menggunakan beberapa teknik pengurusan risiko, seperti:
- Menetapkan arahan stop-loss untuk menghadkan kerugian.
- Menggunakan saiz posisi yang sesuai untuk mengurangkan risiko kerugian.
- Mempelbagaikan perdagangan untuk mengurangkan risiko perdagangan secara keseluruhan.Sumber: fastercapital.com
Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Swing Trader
Terdapat beberapa kesilapan biasa yang perlu dielakkan oleh swing traders, antaranya adalah:
- Overtrading (terlalu banyak berdagang): Berdagang terlalu kerap boleh meningkatkan risiko kerugian.
- Tidak menggunakan arahan stop lss: Tidak menggunakan stop-loss boleh menyebabkan kerugian yang besar jika perdagangan tidak bergerak mengikut jangkaan.
- Tidak mengurus risiko dengan baik: Tidak menguruskan risiko dengan baik boleh menyebabkan kerugian besar yang sukar diperbaiki.
Kesimpulan
Swing trading adalah strategi yang menarik bagi mereka yang ingin mendapatkan keuntungan daripada perubahan harga dalam jangka masa sederhana. Dengan menguasai analisis teknikal, memahami konsep-konsep asas seperti entry and exit points, serta menggunakan swing trading strategies yang berkesan, anda boleh menjadi swing trader yang berjaya. Namun, anda juga perlu mengurus risiko perdagangan anda dengan baik agar anda tidak kehilangan wang anda ketika berdagang forex.