IQ Option Malaysia Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2024

IQ Option Malaysia ditubuhkan pada tahun 2013. Menurut sejarah perkembangan broker IQ Option, hari ini mereka telah pun mempunyai pelanggan seramai 4.8 juta yang berdaftar di bawah mereka dan mempunyai lebih daripada 1 juta transaksi setiap hari. IQ Option menerima pedagang dari 213 negara termasuk Malaysia, India, Nigeria, Afrika Selatan, Philippine, Pakistan, Singapura, dan banyak lagi.

IQ Option telah menerima beberapa anugerah seperti Word’s Leading Binary Options Broker 2014 oleh MasterForex, Best Mobile Trading Platform 2015 oleh IFM Award, Award of Excellence 2017 oleh The Academy of Interactive & Visual Arts dan banyak lagi. Selain itu, IQ Option juga pernah menjadi penaja utama AGM Racing Team untuk Kejuaraan Formula Australia pada tahun 2015 dan penaja Mobile News Awards pada tahun 2017. IQ Option juga aktif melakukan kerja amal seperti projek air di Rwanda, Afrika Timur pada tahun 2019.

IQ Option dibangunkan untuk memenuhi keperluan perdagangan pedagang dalam industri forex dan memberik peluang kepada pelanggan mereka untuk berdagang Forex, Stocks, Crypto, Commodities, ETF dan Options. Selain itu, IQ Option menyediakan dagangan saham Tesla, Netflix, Alibaba, Microsoft, Disney, minyak, emas dan banyak lagi.

Laman Web IQ Optionhttps://iqoption.com
NegaraKingtown
Tahun Penubuhan2013
Dikawal Selia OlehDikawal selia oleh undang-undang St. Vincents dan Grenadines
Minimum Deposit10 USD
LeverageBergantung Dengan Keadaan Pasaran
Platform DaganganPlatform IQ Option
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlikYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan IQ Option

  • Platform perdagangan yang mudah digunakan
  • Minimum deposit serendah 10 USD sahaja.
  • Sokongan perkhidmatan pelanggan tersedia 24 jam, 7 hari seminggu.
  • Kaedah deposit dan withdrawal yang mudah.

Kelemahan IQ Option

  • Tidak dikawal selia oleh badan berkuasa yang ketat seperti FCA dan CySEC.
  • Proses pengeluaran dana yang lambat.
  • Respond wakil perkhidmatan pelanggan lambat.

Badan berkuasa yang memantau IQ Option

IQOPTION LTD adalah syarikat yang berdaftar di alamat Hinds Building, Kingstown, St. Vincent and Grenadines dengan nombor syarikat 24840 IBC 2018. IQOPTION LTD tidak dikawal-selia oleh mana-mana badan yang berkuasa. IQ OPTION LTD beroperasi berdasarkan Terma dan Syarat mereka sendiri. Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Terma dan Syarat mereka di sini https://iqoption.com/en/terms-and-conditions.

Produk-Produk Yang Didagangkan

IQ Option menyediakan produk dagangan seperti Forex, CFD Stock, Commodities, Indices, Options, Cryptocurrencies dan EFT. 

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan IQ Option beroperasi selama 24 jam, 7 hari dalam seminggu. Anda boleh menghubungi wakil perkhimatan pelanggan mereka melalui panggilan telefon dan juga melalui email yang tersedia di laman web rasmi mereka. Anda hanya boleh berkomunikasi dengan mereka melalui Live Chat apabila anda membuka akaun dagangan sebenar dengan IQ Option.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh IQ Option

IQ Option menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu akaun VIP, akaun Standard dan akaun demo. Salah satu keunikan IQ Option adalah, tidak semua pedagang akan mendapat status pemegang akaun VIP. Hanya pedagang yang membuat deposit 1600 USD ke atas sahaja yang akan mendapat status pemegang akaun VIP.

Akaun VIP 

Anda akan mendapatkan status sebagai pemegang akaun VIP jika anda deposit 1600 USD dalam tempoh 60 hari dari pembukaan akaun anda. Kelebihan akaun VIP adalah mempunyai pengurus akaun sendiri, mempunyai tawaran unik, mempunyai bahan pendidikan tambahan, berpeluang untuk menyertai tournaments yang dianjurkan oleh IQ Option, berpeluang menyertai webinar eksklusif dan boleh berhubung dengan pemegang akaun VIP yang lain.

  • Minimum Deposit: 1600 USD
  • Akaun Islam: Tersedia
  • Leverage: Bergantung keadaan pasaran
  • Mata wang: GBP, EUR, MYR, USD

Akaun Standard

Jika anda deposit 1599 USD dan ke bawah, maka status akaun anda adalah akaun Standard. Anda tidak akan mendapat layan VIP tetapi anda masih boleh berdagang semua produk dagangan yang disediakan oleh IQ Option.

  • Minimum Deposit: 10 USD
  • Akaun Islam: Tersedia
  • Leverage: Bergantung dengan keadaan pasaran
  • Mata wang: GBP, EUR, MYR, USD

Deposit dan withdrawal

Deposit

Deposit minimum untuk akaun Standard IQ Option adalah 10 USD. IQ Option tidak mengenakan sebarang bayaran bagi proses deposit. Untuk membuat deposit yang pertama, anda perlu melalui proses pengesahan akaun terlebih dahulu yang memerlukan salinan Kad Pengenalan anda. 

IQ Option menyediakan pelbagai cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun dagangan anda di antaranya adalah melalui Kad Kredit (Visa dan Mastercard) dan Online Bank Transfer. Broker ini juga menerima pembayaran melalui E-wallet (WebMoney, Neteller, AdvCash dan juga Perfect Money).

Withdraw

IQ Option membenarkan pedagang mengeluarkan dana mereka minimum 2 USD. Untuk membuat pengeluaran dana, anda perlu menggunakan kaedah yang sama dengan deposit. Pengeluaran melalui Online Bank Transfer mungkin akan dikenakan bayaran bergantung kepada peraturan bank yang anda gunakan.

Untuk mengeluarkan dana, anda perlu mengesahkan identiti anda terlebih dahulu. Proses pengesahan identiti ini memakan masa sehingga 3 hari. Ini bertujuan untuk mencegah aktiviti penipuan dan untuk melindungi akaun anda dari penggunaan yang tidak dibenarkan.

Leverage

IQ Option tidak menetapkan maksimum atau minimum leverage. Menurut wakil perkhidmatan pelanggan mereka, leverage ditentukan oleh aset yang didagangkan dan keadaan pasaran semasa.

Platform Yang Disediakan Oleh IQ Option Malaysia Untuk Melaksanakan Dagangan

IQ Option menyediakan platform perdagangan mereka sendiri iaitu IQ Option Platform. Antara alat perdagangan yang disediakan termasuk susun atur pelbagai carta, analisis teknikal, kalendar ekonomi, sejarah sebut harga, amaran turun naik harga dan kemas kini pasaran. Tidak seperti broker lain, platform IQ Option tersedia dalam 13 jenis bahasa.

Platform dagangan IQ Option membolehkan anda berdagang pelbagai instrumen dan aset kewangan. Ini termasuk saham, Forex, ETF, cryptocurrency (seperti Bitcoin, Litecoin, dan Ethereum) dan komoditi lain.

Platform ini boleh diakses melalui komputer, laptop dan melalui telefon pintar. Anda boleh memuat turun perisian tersebut melalui App Store atau Google Play.

Cara Untuk Membuka Akaun Dagangan Dengan IQ Option

Sila Ikut langkah-langkah di bawah Untuk Buka akaun dagangan IQ Option

Langkah 1

Sila klik link ini https://iqoption.com dan klik butang “Sign Up” seperti gambar dibawah:

Langkah 2

Sila isi nama, email dan kata laluan akaun anda kemudian klik “Open An Account For Free”.

Langkah 3

Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman seterusnya seperti gambar di atas. Dalam bahagian ini, anda perlu mengesahkan email, nombor telefon dan maklumat peribadi anda. Sila masukkan maklumat yang tepat untuk memudahkan urusan deposit dan withdrawal nanti.

Langakh 4

Selepas anda membuat pengesahan email, nombor telefon dan maklumat peribadi, anda boleh terus ke langkah seterusnya iaitu deposit. Sila klik butang deposit dan pilih kaedah deposit yang anda mahu dan mula berdagang.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker IQ Option

  • Akaun demo percuma. Dapatkan akaun demo dengan wang 10,000 USD yang boleh dimuat turun secara percuma dan boleh di akses bila-bila sahaja.
  • Anda boleh menukar akaun demo ke akaun sebenar dengan serta-merta.
  • Deposit serendah 10 USD. 
  • Kaedah deposit dan withdrawal yang pelbagai.
  • Sokongan perkhidmatan pelanggan tersedia 24 jam, 7 hari seminggu dalam 19 bahasa menerusi live chat, email dan panggilan telefon. 
  • Platform yang ditetapkan sepenuhnya dalam 13 bahasa.
  • IQ Option menerima banyak pengiktirafan dan penganugerahan dari pelbagai pihak.
  • Platform perdagangan yang menarik dan mudah digunakan.

Kesimpulan

IQ Option adalah platform perdagangan yang berguna dan kaya dengan ciri-ciri yang bagus. Dari penggunaan yang mudah, aset yang pelbagai, minimum deposit yang rendah dan ciri akaun demo rasanya ia sudah memenuhi keperluan perdagangan dalam industri forex. Anda harus membuat kajian sendiri. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga ketika berdagang atas talian untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. Saya harap review ini boleh memberikan manfaat kepada anda untuk memilih broker pilihan anda.