Ini adalah review atau ulasan kami tentang Etoro Malaysia untuk tahun 2023. Untuk pengetahuan anda, broker forex eToro tidak lagi menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia. Ulasan ini hanyalah sekadar untuk pengetahuan anda sahaja.
eToro ditubuhkan pada tahun 2007 khas untuk semua trader. Tujuan utama ianya ditubuhkan adalah supaya platform trading yang dibina itu mudah dan selesa digunakan.
Kini, eToro merupakan salah sebuah broker terbesar di dunia dan sentiasa trending di media sosial dengan pengguna sekitar 6 Juta di seluruh pelusuk dunia.
Laman Web | etoro.com |
Lokasi Pejabat | Cyprus, UK, Israel |
Dikawal Selia Oleh | UK FCA Registration No.583263 EU CySEC Nombor Lesen: 109/10 |
Deposit Minimum | 200 USD |
Leverage | 1:400 |
Platform Dagangan | eToro: Investing made social |
Platform Berasaskan Web | Ya |
Aplikasi Mudah Alih | Ya |
Adakah eToro Forex Broker yang Selamat?
Broker eToro dikawal selia oleh beberapa badan berkuasa seperti berikut:
- eToro (Europe) Ltd. (“eToro Europe”), sebuah Cypriot Investment Firm (CIF) yang berdaftar. Nombor pendaftaran syarikat ialah HE200585. eToro Europe dikawal oleh Cyprus Securities & Exchange Commission (CySEC) di bawah nombor lesen 109/10.
- eToro (UK) Ltd. (“eToro UK”), no pendaftaran syarikat. 7973792 diberi kuasa dan dikawal oleh Financial Conduct Authority (FCA), di bawah nombor rujukan firma 583263.
- eToro AUS Capital Limited (“eToro Australia”) ABN 66 612 791 803. eToro Australia ialah pemegang Australian Financial Services Licence (AFSL), nombor 491139 yang dikeluarkan oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC).
eToro Europe dan eToro UK kedua-duanya beroperasi di bawah dan mematuhi Markets in Financial Instruments Directive (MiFID).
Kelebihan eToro
- Perdagangan saham dan ETF percuma
- Pembukaan akaun yang lancar
- Perdagangan sosial
Kelemahan eToro
- Yuran bukan dagangan yang tinggi
- Hanya satu mata wang asas akaun
- Sokongan pelanggan harus diperbaiki
Ciri-Ciri Keselamatan
eToro menyediakan perkhidmatan melalui ibu pejabatnya yang terletak di Cyprus dan entitinya yang terletak di eToro (Europe), eToro(UK), dan eToro AUS Capital dan dipantau oleh tiga perundangan yang berbeza.
Segala aktiviti perdagangan mahupun pelaburan adalah tertakluk sepenuhnya kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan berlandaskan MiFID.
Pemantauan yang ketat membolehkan anda berdagang dengan eToro dengan jaminan bahawa dana anda akan dilindungi. Oleh kerana matlamat utama eToro adalah untuk menjamin keselamatan dana pelanggan, maka dana itu perlu diasingkan daripada dana syarikat dan kawalan harus dilaksanakan ke atas dana tersebut secara dalaman dan luaran.
eToro juga menawarkan perkhidmatan perlindungan baki negatif (Negative Balance Protection) untuk memastikan pelanggan tidak kehilangan dana melebihi jumlah minimum deposit yang dibuat oleh pelanggan pada awalnya.
eToro memberi jaminan bahawa mereka akan memberi pampasan kepada pelanggan-pelanggan mereka sekiranya berlaku kesilapan yang di sebabkan oleh syarikat.
Akaun Trading
Akaun VIP
- Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
- Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
- Deposit minimum: 20000 USD
- Saiz order minimum: 0.1
- Leverage: 1:30
- Jenis spread: Fixed
- Spread minimum: 3 pip
- Scalping: Dibenarkan
Akaun Gold
- Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
- Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
- Deposit minimum: 5000 USD
- Saiz order minimum: 0.1
- Leverage: 1:30
- Jenis spread: Fixed
- Spread minimum: 3 pip
- Scalping: Dibenarkan
Akaun Silver
- Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
- Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
- Deposit minimum: 1000 USD
- Saiz order minimum: 0.1
- Leverage: 1:30
- Jenis spread: Fixed
- Spread minimum: 3 pip
- Scalping: Dibenarkan
Akaun Bronze
- Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
- Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
- Deposit minimum: 200 USD
- Saiz order minimum: 0.1
- Leverage: 1:30
- Jenis spread: Fixed
- Spread minimum: 3 pip
- Scalping: Dibenarkan
Platform Trading

eToro menyediakan beberapa platform trading yang unik termasuk eToro Web Trader, eToro OpenBook, dan aplikasi eToro Mobile Trader.
eToro juga menawarkan platform dagangan MT4 terutamanya kepada para trader yang telah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Menggunakan saiz transaksi antara 10 ribu hingga 50 juta unit.
- Menggunakan Pelaksanaan Pesanan jenis STP.
- Menggunakan peralihan pertukaran.
- Menggunakan leverage 1:100.
- Mempunyai deposit minimum sebanyak 20,000 USD
Sokongan Pelanggan

Anda boleh mendapatkan bantuan dari wakil pelanggan eToro dengan mudah. Selain daripada perkhidmatan live chat yang tersedia 24/7, anda juga boleh menghubungi mereka melalui email. Yang menariknya, eToro juga menyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, English, Indonesia dan sebagainya.
Deposit & Withdrawal
Di Malaysia, anda boleh menggunakan membuat deposit ke akaun trading eToro anda dengan secara online. Anda boleh menggunakan kredit kad, debit kad, PayPal, Skirill, WebMoney dan juga local bank transfer ( Maybank, CIMB Bank Berhad, RHB Banking Group, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad, AmBank Group).
Untuk Proses withdrawal atau pengeluaran pula anda masih boleh menggunakan cara yang sama dengan deposit. Sila ambil perhatian bahawa caj yang dikenakan untuk proses withdraw adalah $25 sementara minimum withdrawal adalah $50. ia mengambil masa sehingga 8 hari untuk duit anda dikreditkan ke akaun bank anda, bergantung dengan kaedah yang anda guna.
Spread
Spread bagi broker eToro boleh dikatakan rendah iaitu bermula dari 3 pips dan tanpa komisen.
Instrumen Dagangan
Produk eToro termasuk currencies, commodities, stock indices, eToro CFD dan produk terbaru yang kian meningkat iaitu Bitcoin dan cryptocurrency juga. Platform ini terkenal dengan perdagangan cryptocurrency eToro dengan menggunakan CFD, yang mana ia adalah sebuah kelebihan besar kerana murah dan terjamin dan juga membolehkan untuk trade dengan eToro Bitcoin, eToro Ethereum, eToro Ripple, eToro Litecoin dan sebagainya.
Adakah eToro Sesuai Untuk Trader Dari Malaysia?
eToro sudah menjadi sinonim dengan forex trading kerana reputasi baik mereka dalam pasaran forex. Walaupun mereka sudah berada dalam industri forex sejak 2006, eToro kurang dikenali oleh warga trader di Malaysia.
Saya percaya, situasi ini bakal berubah bermula dengan tahun 2021 kerana saya dapat lihat mereka sudah mula mempertingkatkan usaha untuk rekrut IB dan trader-trader dari Malaysia melalui kempen-kempen pemasaran yang terancang dan usaha yang gigih untuk memantapkan perkhidmatan copy trading mereka.
Ini adalah berita yang sangat baik untuk warga trader dari Malaysia. eToro sememangnya sebuah broker yang dikenali dengan servis yang sangat mesra pelanggan dan cepat. Warga forex trader Malaysia sudah tentu akan mendapat manfaat sepenuhnya jika mereka bekerjasama dengan broker trusted seperti eToro.