M4Markets Malaysia Review: Ulasan Untuk Tahun 2024

M4Markets atau nama dagangannya Trinota Markets (Global) Limited ditubuhkan pada tahun 2019 di Cyprus yang dikawal-selia oleh Seychelles Financial Services Authority.

M4Markets membolehkan anda berdagang dalam Forex, Commodities, Indeks, Saham dan Kripto dengan tiga pilihan jenis akaun dagangan yang tersedia iaitu akaun Standard, akaun Raw Spread dan akaun Premium dengan minimum deposit serendah 5 USD.

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan tentang broker forex M4Markets dengan lebih terperinci.

Badan Berkuasa Yang Memantau M4Markets

M4Markets atau nama dagangannya Trinota Markets (Global) Limite dipantau dan dikawal-selia sebagai peniaga sekuriti oleh Seychelles Financial Services Authority (FSA) dengan nombor lesen SD035.

FSA ditubuhkan di bawah Financial Services Authority Act 2018. Tanggungjawab utama FSA adalah termasuk pelesenan, penyeliaan dan pembangunan perkhidmatan kewangan bukan bank di Seychelles melalui rejim pengawalseliaan yang kukuh.

Laman Webhttps://www.m4markets.ms/
NegaraCyprus
Tahun Penubuhan2019
Dikawal Selia OlehFinancial Services Authority of Seychelles with license number (SD035)
Deposit Minimum5 USD
BonusAda disediakan
Leverage Maksimum1:1000
Platform DaganganMT4 & MT5
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan M4markets

  • Deposit rendah bermula daripada 5 USD
  • menawarkan Bonus Kredit 50%
  • Deposit rendah pada akaun Premium hanya 250 USD (Deposit sebenar 10,000 USD)
  • Swap-free automatik untuk pedagang Malaysia

Kelemahan M4Markets

  • Offshore regulation

Produk Dagangan

Broker M4Markets menawarkan lebih daripada 50 pasangan mata wang Forex, 15 Commodities termasuk emas, perak, platinum dan minyak, 14 Indeks termasuk UK100, US300 dan NAS100, Saham dan Kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Untuk pengetahuan anda, setiap produk dagangan mempunyai keadaan perdagangan yang berbeza-beza. Contohnya, jika anda buka akaun dagangan jenis Premium, maka leverage bagi produk dagangan Forex adalah 1:500, Emas dan Perak pula adalah 1:200 dan kripto adalah 1:2.

Sokongan Perkhidmatan Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan broker forex M4Markets boleh dihubungi melalui Email, WhatsApp, Telegram dan Sembang Langsung (Live Chat) yang tersedia di laman web rasmi mereka.

Untuk memudahkan komunikasi, M4Markets menyediakan Sokongan Perkhidmatan Pelanggan dengan pelbagai pilihan bahasa termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

Selain itu, M4Markets juga menyediakan halaman Soal Jawab di laman web rasmi mereka yang menjawab soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh pelanggan mereka.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan oleh M4Markets

M4Markets menawarkan tiga jenis akaun trading iaitu akaun Standard, akaun Spread Raw dan akaun Premium.

Ketiga-tiga jenis akaun trading ini mempunyai tawaran yang berbeza. Contohnya, minimum deposit bagi akaun trading Standard adalah 5 USD, manakala untuk akaun trading Spread Raw pula, minimum deposit adalah 500 USD dan minimum deposit untuk akaun trading Premium adalah 10,000 USD.

Akaun Standard

Deposit Minimum5 USD
SpreadDari 1.1 pips
Leverage maksimum1:1000
Jumlah minimum perdaganganDari 0.01
Margin Call100%
Stop out level20%
Matawang AkaunUSD, EUR, GBP dan JPY
Akaun Bebas SwapDisediakan
KomisenForex dan Metals $0 setiap sisi, Ekuiti 0.05% setiap sisi

Akaun Spread Raw

Deposit Minimum500 USD
SpreadDari 0.0 pips
Leverage maksimum1:500
Jumlah minimum perdaganganDari 0.01
Margin Call100%
Stop out level40%
Matawang AkaunUSD, EUR, GBP dan JPY
Akaun Bebas SwapDisediakan
KomisenForex dan Metals $3.5 setiap sisi, Ekuiti 0.05% setiap sisi

Akaun Premium

Deposit Minimum250 USD (asalnya 10,000 USD)
SpreadDari 0.0 pips
Leverage maksimum1:500
Jumlah minimum perdaganganDari 0.01
Margin Call100%
Stop out level40%
Matawang AkaunUSD, EUR, GBP dan JPY
Akaun Bebas SwapDisediakan
KomisenForex dan Metals $2.5 setiap sisi, Ekuiti 0.05% setiap sisi

Bagi trader di Malaysia, M4Markets menawarkan minimum deposit serendah 250 USD untuk akaun Premium, yang asalnya deposit minimum adalah 10,000 USD.

Deposit & Withdrawal

Deposit

Broker M4Markets menyediakan kaedah deposit melalui perbankan atas talian, e-wallet, Fasapay, Neteller, Skrill, lokal depositor dan banyak lagi. M4Markets tidak mengenakan sebarang bayaran bagi transaksi deposit.

Withdrawal

Untuk withdrawal pula, broker M4Markets juga menyediakan kaedah yang sama seperti deposit. Anda boleh mengeluarkan keuntungan anda melalui perbankan atas talian, e-wallet, Fasapay, Neteller, Skrill dan lokal depositor.

Semua kaedah pengeluaran adalah percuma dan mengambil masa sehingga 1 hari bekerja untuk penyelesaian pengeluaran. Maksudnya, wang anda akan masuk ke dalam akaun bank atau e-wallet anda dalam tempoh 1 hari bekerja.

Platform Perdagangan

Broker M4Markets menyediakan dua jenis platform perdagang iaitu MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT4).

Sumber: m4markets.ms

Anda boleh memasang perisian atau aplikasi MT4 dan MT5 ini pada komputer riba, MacOS dan telefon pintar Android (Play Store) dan iOS (App Store).

Cara Untuk Buka Akaun Trading M4Markets

Saya akan menunjukkan cara buka akaun trading M4Markets di bawah. Dalam panduan ini, saya akan menggunakan komputer riba untuk membuka akaun serta memilih akaun trading Standard.

Cara-cara membuka akaun trading M4Markets adalah seperti berikut:

Langkah 1

Untuk membuka akaun trading M4Markets, anda boleh terus ke website rasmi mereka. Tetapi, untuk memudahkan urusan anda, anda boleh tekan butang “Buka Akaun” di bawah ini untuk membuka akaun trading M4Markets.

Langkah 2

Selepas anda tekan butang “Buka Akaun” di atas, anda akan melihat borang pendaftaran akaun dengan M4Markets.

Sila isi semua maklumat yang di minta seperti nama, tarikh lahir dan nombor telefon.

Apabila semua maklumat telah diisi dengan lengkap, sila tanda butang persetujuan kemudian tekan butang “Teruskan”.

Langkah 3

Selepas itu, sila masukkan kod pengesahan akaun trading M4Markets yang dihantar melalui alamat email anda di ruangan yang telah di sediakan kemudian tekang butang “Teruskan”.

Langkah 4

Selepas anda memasukkan kod pengesahan akaun trading, anda akan dibawa ke halaman seterusnya iaitu Dashboard atau Member Area M4Markets. Di Dashboard ini, anda akan diminta untuk memuat naik salinan dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan) dan bukti kediaman (bil utiliti terkini, penyata bank atau kad kredit terkini dan sebagainya).

Selain itu, anda juga perlu melengkapkan profile ekonomi anda di bahagian Butiran Profil Ekonomi seperti gambar di bawah.

Selepas anda melengkapkan semua dokumen yang dikehendaki, sila tunggu sehingga akaun trading anda disahkan (aktif).

Langkah 5

Selepas akaun anda telah disahkan (aktif), barulah anda boleh membuka akaun trading Live dan deposit akaun trading anda.

Untuk buka akaun trading Live, sila login ke Member Area M4Market, klik butang “Akaun” kemudian klik butang “Buka Akaun Live”.

Bonus

M4Markets menawarkan beberapa bonus kepada pelanggan mereka seperti Bonus Kredit 50%. Untuk pengetahuan anda, bonus yang saya senaraikan ini adalah bonus yang tersedia ketika artikel ini ditulis.

Bonus Kredit 50%

M4Markets menawarkan Bonus Kredit 50% kepada pelanggan mereka yang berjaya membuka akaun live dan deposit sekurang-kurangnya 50 USD.

Jika anda deposit 50 USD, maka anda akan menerima bonus sebanyak 25 USD.

Salah satu kelebihan Bonus Kredit 50% ini adalah, anda boleh mengeluarkan bonus tersebut. Sebaik sahaja anda melengkapkan perdagangan 1 lot, anda boleh memindahkan bonus tersebut ke dalam baki akaun anda.

Klik di sini untuk tebus Bonus Kredit 50% anda sekarang.

Refer a Friend

M4Markets juga menawarkan bonus melalui program Refer a Friend. Dengan program Refer a Friend ini, anda boleh menjemput keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta berdagang dengan M4Markets.

Anda pula akan menerima bonus 5 USD untuk setiap 1 lot yang rakan anda dagangkan melalui akaun Standard.

Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu buka akaun trading live dengan M4Markets dan jemput keluarga dan rakan-rakan anda melalui pautan khas anda.

Anda boleh klik di sini untuk info lanjut cara untuk menyertai program ini.

Wheel of Fortune

Wheel of Fortune ini merupakan sebuah permainan yang memerlukan anda untuk memusing roda (wheel) untuk menentukan hadiah apa yang anda akan dapat. Roda ini pula biasanya mempunyai beberapa bahagian dalam satu bulatan dengan hadiah yang berbeza.

Wheel of Fortune ini terbuka kepada semua pedagang M4Markets yang berdagang sehingga 1 lot dan ke atas setiap bulan. Anda akan mendapat satu pusingan untuk setiap 1 lot yang anda dagangkan.

Anda boleh klik di sini untuk info lanjut tentang Wheel of Fortune.

Elite Account Promo

Promosi terakhir yang ditawarkan oleh M4Markets adalah Elite Account Promo. Elite Account Promo ini membolehkan anda untuk membuka dan mengakses semua kemudahan yang tersedia pada Akaun Premium dengan minimum deposit serendah 250 USD (minimum deposit sebenar adalah 10,000 USD)

Antara kelebihan akaun Premium ini adalah spread bermula daripada 0.0 pip dan level stop out adalah 40%. Jika anda berminat untuk buka akaun Premium, anda boleh mendaftar di sini.

Apa Orang Kata Tentang M4Markets

Kami telah membuat penyelidikan komen orang ramai tentang M4Markets melalui laman web seperti TrustPilot anda Forex Peace Army.

Di bawah ini merupakan beberapa komen atau testimoni orang ramai terhadap M4Markets.

Komen pelanggan tentang M4Markets di TrustPilot

Komen pelanggan tentang M4Markets di Forex Peace Army

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker M4Markets

  • M4Markets menawarkan Bonus Kredit 50% kepada pelanggan mereka.
  • M4Markets memberikan keistimewaan kepada pedagang dari Malaysia dengan menawarkan minimum deposit 250 USD untuk akaun Premium (deposit asal 10,000 USD).
  • Menawarkan deposit dan pengeluaran melalui melalui perbankan atas talian, e-wallet, Fasapay, Neteller, Skrill dan lokal depositor dalam tempoh satu hari sahaja.
  • Menawarkan platform dagangan MT4 dan MT5 yang boleh dipasang pada komputer riba, MacOS dan telefon pintar Android (Play Store) dan iOS (App Store).

Kesimpulan

Broker forex M4Markets menawarkan beberapa kelebihan khususnya kepada trader dari Malaysia. Walaupun M4Markets masih dianggap baru dalam bidang ini, tetapi mereka telah mendapat sambutan daripada pedagang forex terutamanya di Malaysia. Jika anda berminat nak menggunakan broker M4Markets, anda boleh cuba buka akaun Standard dan deposit serendah 5 USD dahulu.