Apa Itu Bitcoin? Info Untuk Warga Malaysia (2024)

Bitcoin merupakan salah satu mata wang digital atau digital currency yang pernah menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, Bitcoin yang pada mulanya hanyalah suatu idea di atas kertas dan kod di dalam komputer, bertukar menjadi mata wang digital yang mempunyai nilai hingga puluhan Dollar.

Mungkin masih ada yang tidak mengetahui apa itu Bitcoin. Di artikel ini, saya akan menerangkan apa itu Bitcoin dan bagaimana ia berfungsi. Sila baca artikel ini sehingga selesai.

Apa itu Bitcoin Malaysia?

Rangkaian Bitcoin ialah matawang digital atau mata wang kripto (cryptocurrency) yang beroperasi bebas tanpa sebarang kawalan daripada pusat atau pengawasan bank dan kerajaan. Bitcoin bergantung pada perisian dan kriptografi peer-to-peer.

Bitcoin dicipta pada tahun 2009 oleh seseorang tokoh tanpa nama dikenali sebagai Satoshi Nakamoto pada tahun 2008. Sehingga hari ini, tiada sesiapa yang mengetahui identiti sebenar pencipta Bitcoin yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto tersebut. Pangkalan data blockchain yang pertama juga diciptaka oleh Satoshi Nakamoto.

Selepas membangun konsep dan teknologi Bitcoin pada tahun 2011, Satoshi Nakamoto menyerahkan sumber domain kepada orang lain dalam komuniti Bitcoin dan menghilang begitu sahaja.

Matlamat utama Bitcoin ini diciptakan adalah untuk mencipta sistem tunai elektronik baru yang terdesentralisasi sepenuhnya tanpa pelayan (server) atau campur tangan pihak berkuasa pusat.

Adakah Bitcoin Sah di Malaysia?

Bitcoin tidak diiktiraf sebagai tender atau pelaburan yang sah di Malaysia dan ia tidak dikawal oleh bank pusat. Bagaimanapun, kerajaan tidak berhasrat untuk melarang rakyat Malaysia daripada membeli dan menjual matawang kripto.

Siapa Yang Mengawal Bitcoin?

Menurut laman web bitcoin.org, Bitcoin dikawal oleh semua pengguna Bitcoin di seluruh dunia. Pembangun atau Developer hanya menambah baik perisian Bitcoin, tetapi mereka tidak boleh mengubah peraturan protokol Bitcoin kerana semua pengguna adalah bebas untuk memilih perisian yang mereka gunakan.

Bagaimana Ia Berfungsi

Setiap Bitcoin pada asasnya adalah sebuah file komputer yang disimpan dalam aplikasi yang disebut sebagai Digital Wallet (dompet digital) dan membolehkan pengguna menghantar dan menerima Bitcoin dengan mereka. Digital wallet ini boleh dipasang (install) pada telefon pintar atau komputer.

Di belakang tabir pula, rangkaian Bitcoin berkongsi public ledger atau rekod yang dipanggil sebagai rantaian blok atau blockchain. Ledger  ini mengandungi setiap transaksi Bitcoin yang pernah diproses dan membenarkan pengguna komputer untuk mengesahkan kesahihan setiap transaksi Bitcoin tersebut.

Ketulenan setiap transaksi Bitcoin dilindungi oleh tandatangan digital yang sepadan dengan alamat penghantaran. Ia membolehkan semua pengguna mempunyai pengawalan penuh ke atas penghantaran bitcoin dari alamat Bitcoin mereka sendiri.

Di samping itu, proses transaksi Bitcoin juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan kuasa pengkomputeran perkakasan khusus dan mendapatkan ganjaran Bitcoin untuk perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini disebut sebagai mining atau perlombongan.

Mining Bitcoin

Bitcoin mining atau perlombongan Bitcoin  merupakan proses mencipta atau untuk mendapatkan bitcoin baru dengan menyelesaikan soalan atau yang disebut sebagai puzzle matematik yang rumit di rangkaian Bitcoin. Ia terdiri daripada sistem pengkomputeran yang dilengkapi dengan cip khusus untuk menyelesaikan soalan matematik.

Pelombong Bitcoin yang berjaya menyelesaikan soalan matematik tersebut akan diberikan ganjaran dengan Bitcoin. Proses perlombongan ini sangat penting untuk mengekalkan ledgar atau rekod transaksi di dalam blockchain kerana ia boleh menjadikan Bitcoin ini sesuatu yang boleh dipercayai.

Apa Yang Diperlukan Untuk memulakan Mining?

Pada awal kemunculan Bitcoin, sesiapa sahaja boleh mencari blok yang baru dengan menggunakan CPU komputer mereka. Memandangkan semakin hari semakin ramai orang yang memulakan perlombongan, kesukaran mencari blok baru meningkat dengan ketara sehingga satu-satunya kaedah perlombongan yang menjimatkan kos hari ini ialah menggunakan perkakasan khusus seperti AntMiner S7, AntMiner S9 dan Avalon6. Proses perlombongan Bitcoin ini memakan kos yang tinggi kerana ia memerlukan teknologi yang canggih dan penggunaan elektrik yang tinggi yang akan membuat bill elektrik anda melambung tinggi.

Adakah Membeli Bitcoin Akan Menguntungkan?

Ya, membeli Bitcoin masa ini adalah menguntungkan. Namun anda tidak boleh berharap untuk menjadi kaya dengan membeli Bitcoin atau mana-mana teknologi yang baru muncul. Walaupun pasaran kripto kelihatan stabil, anda juga perlu mengambil langkah berhati-hati agar tidak kehilangan semua aset anda.

Seperti yang anda tahu, Bitcoin merupakan mata wang digital yang mempunyai sejarah perkembangan harga yang tinggi sehingga mencapai 50,000 USD. Anda mungkin boleh menyimpan Bitcoin dan menjualnya kembali ketika harga melambung tinggi. Dari sudut pelaburan, ia boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi.

Adakah Bitcoin Boleh Ditukarkan kepada Wang Sebenar?

Jika anda merancang untuk menukarkan Bitcoin kepada wang tunai, anda hendaklah mempunyai alamat dompet (Bitcoin wallet) Bitcoin anda disimpan.

  • Log masuk ke akaun/dompet anda di ATM Bitcoin, dan pilih pilihan “Keluarkan Tunai”.
  • Masukkan jumlah wang tunai yang anda ingin keluarkan, dan selepas proses pengesahan, sila teruskan proses pengeluaran.

Setelah transaksi disahkan pada rangkaian blockchain, anda sudah pun boleh mengambil wang tunai anda. Ini biasanya berlaku dalam masa kurang dari 30 minit.

Bagaimana Cara Jual Bitcoin di Malaysia?

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan Bitcoin seperti:

Jual Secara Tunai

Anda boleh menjual Bitcoin melalui platform pertukaran matawang kripto, platform P2P, dan juga ATM Bitcoin. Bagi rakyat Malaysia, anda hendaklah memastikan platform diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Keselamatan Malaysia.

Sebelum anda mula menjual Bitcoin anda, anda mesti terlebih dahulu menghubungkan akaun bank anda ke platform pertukaran matawang kripto. Proses ini juga memerlukan anda untuk mengesahkan identiti anda yang mengambil masa yang agak panjang.

Jual di Bursa Saham

Bitcoin juga boleh dijual di bursa saham. Caranya adalah, anda kena mendaftar terlebih dahulu di bursa saham yang menyenaraikan pasangan dagangan matawang kripto/USD pilihan anda. Untuk mematuhi peraturan kerajaan Malaysia, kebanyakan bursa memerlukan beberapa maklumat peribadi anda seperti nama, alamat dan bukti ID anda sebelum anda boleh mula menjual.

Jual untuk Mata Wang Kripto Lain

Bagi anda yang ingin menjual Bitcoin untuk altcoin, anda boleh cari pertukaran yang menyenaraikan pasangan matawang kriptp pilihan anda. Cari pasangan matawang kripto dan masukkan butiran transaksi anda. Setelah Bitcoin anda telah dijual, pindahkan cryptocurrency baru anda ke dalam dompet atau wallet yang selamat. Anda juga peru pertimbangkan untuk mencari dompet yang membolehkan anda kekal mengawal kunci peribadi anda pada setiap masa.

Peer-to-Peer

Selain itu, anda juga boleh menjual Bitcoin anda terus kepada orang lain. Kaedah ini lebih mudah dan cepat berbanding kaedah di atas. Terdapat perkhidmatan yang akan memudahkan perdagangan langsung antara pengguna Bitcoin. Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda hanya perlu siarkan tawaran, atau sebagai alternatif, balas tawaran sedia ada yang disiarkan oleh orang lain. Anda dapat menemui tawaran ini di platform Peer-to-Peer (P2P) seperti Remitano, LocalBitcoins dan Binance P2P.

Step By Step Menjual Bitcoin Anda

Langkah-langkah untuk menjual Bitcoin di Malaysia adalah berbeza mengikut platform dan perkhidmatan yang anda gunakan. Walau bagaimanapun, di bawah adalah langkah umum yang perlu diambil untuk berjaya menjual Bitcoin anda.

  • Log masuk ke akaun anda di bursa seperti Luno.
  • Klik pada tab “Dompet”.
  • Jika anda sudah mempunyai Bitcoin pada platform, anda boleh terus menjualnya. Jika tidak, anda perlu mendepositkan Bitcoin daripada dompet peribadi anda ke dompet anda dalam platform pertukaran.
  • Cari segmen “Beli/Jual”.
  • Klik pada “Jual” pada pasangan BTC/MYR.
  • Masukkan jumlah BTC yang anda ingin jual.
  • Pilih mata wang yang anda mahu tukar dengan BTC.
  • Semak butiran transaksi.
  • Klik “Jual”.

Setelah transaksi telah diproses, anda boleh keluarkan wang anda ke akaun bank anda.

Bagaimana Cara Mengeluarkan Wang Anda Selepas Menjual Bitcoin?

Jika anda telah menjual Bitcoin melalui platform yang membenarkan pengeluaran mata wang fiat,sila semak kaedah pengeluaran disediakan. Pilihan kaedah pengeluaran mungkin termasuk:

  • Bank transfer
  • Kad kredit/debit
  • PayPal
  • Tunai

Apabila memilih kaedah pengeluaran anda, pastikan anda mempertimbangkan beberapa perkara berikut:

  • Bayaran pengeluaran –  Kebanyakan (tetapi tidak semua) platform mengenakan bayaran pengeluaran. Bayaran pengeluaran yang dikenakan biasanya berbeza-beza bergantung pada kaedah pengeluaran yang anda pilih.
  • Had pengeluaran – Sila semak had pengeluaran yang ditetapkan.
  • Masa pemprosesan – Sila semak berapa lamakah masa yang diambil untuk wang anda sampai ke dalam dompet atau akaun bank anda. Sebagai contoh, walaupun pengeluaran tunai adalah secara instant, tetapi pemindahan bank boleh mengambil masa beberapa hari untuk wang anda dikreditkan.
  • Halangan lain – Sebagai contoh, sesetengah bursa memerlukan anda mengeluarkan dana menggunakan kaedah pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk membuat deposit anda.

Kelebihan Dan Kelemahan Bitcoin

Kelebihan

Kebebasan pembayaran – Anda boleh menghantar dan menerima bitcoin di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Tanpa cuti bank. Tanpa sempadan. Tanpa birokrasi. Bitcoin membolehkan penggunanya mengawal sepenuhnya wang mereka.

Pilih bayaran anda sendiri – Tiada bayaran untuk menerima bitcoin. Kebanyakan dompet membolehkan anda untuk mengawal berapa besar bayaran yang perlu anda dibayar ketika anda berbelanja. Bayaran yang lebih tinggi boleh menjadikan pengesahan urus niaga anda dengan lebih pantas.

Selain itu, terdapat juga merchant processors yang akan membantu pedagang untuk memproses urus niaga mereka seperti proses penukaran Bitcoin kepada mata wang fiat dan deposit wang dalam akaun pedagang setiap hari. Memandangkan perkhidmatan ini berdasarkan Bitcoin maka ia ditawarkan dengan bayaran yang jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan PayPal atau kad kredit.

Risiko rendah untuk pedagang – Urus niaga Bitcoin adalah selamat, tidak boleh diubah dan tidak mengandungi maklumat sensitif atau maklumat peribadi pelanggan. Ini melindungi pedagang daripada kerugian yang disebabkan oleh penipuan atau caj balik penipuan.

Keselamatan dan kawalan – Pengguna Bitcoin mempunyai kawalan penuh ke atas urus niaga mereka. Pembayaran Bitcoin boleh dilakukan tanpa maklumat peribadi yang terikat dengan transaksi. Perkara ini boleh menindungi daripada identiti anda dicuri oleh orang lain. Pengguna Bitcoin juga boleh melindungi wang mereka dengan backup dan penyulitan.

Telus dan neutral – Semua maklumat mengenai bekalan wang Bitcoin tersedia pada rantaian blockchain untuk disahkan dan digunakan oleh sesiapa sahaja dalam masa yang nyata. Tiada individu atau organisasi yang boleh mengawal atau memanipulasi protokol Bitcoin kerana ia selamat dari segi kriptografi. Perkara ini menjadikan teras Bitcoin boleh dipercayai kerana neutral, telus dan boleh diramal.

Kelemahan

Tahap penerimaan – Ramai orang masih tidak mengetahui tentang Bitcoin. Walaupun Bitcoin pernah menjadi buah mulut kerana harga Bitcoin yang melambung tinggi dengan secara tiba-tiba, namu masih ramai yang tidak mengetahui perkara tersebut dan tidak menerima Bitcoin.

Volatility – Jumlah nilai Bitcoin dalam edaran dan bilangan perniagaan yang menggunakan Bitcoin masih sangat kecil berbanding dengan apa yang mampu dilakukan. Oleh itu, acara, perdagangan atau aktiviti perniagaan yang agak kecil boleh menjejaskan harga Bitcoin dengan ketara. Secara teorinya, turun naik ini akan berkurangan apabila pasaran Bitcoin dan teknologi itu matang.

Pembangunan berterusan – Perisian Bitcoin masih dalam versi beta dengan banyak ciri yang tidak lengkap dalam pembangunan aktif. Alat, ciri dan perkhidmatan baharu sedang dibangunkan untuk menjadikan Bitcoin lebih selamat dan boleh diakses oleh orang ramai.

Kesimpulan

Bitcoin pernah menjadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia kerana peningkatan harga Bitcoin secara mendadak. Bitcoin menjadi cryptocurrency paling populer dibanding 5 ribu lebih lainnya cryptocurrency yang ada saat ini. Walaupun nilai Bitcoin sangat tinggi namun ia masih belum disahkan dan diiktiraf oleh badan berkuasa di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *