10 Broker Forex Yang Menawarkan Bonus Tanpa Deposit Forex

Andakah anda sedang mencari broker forex yang menawarkan bonus tanpa deposit? Jika ya, anda datang di tempat yang betul.

Artikel ini akan menerangkan tentang 10 broker forex yang menawarkan bonus tanpa deposit forex kepada pelanggan mereka.

Apakah Bonus Forex Tanpa Deposit dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang 10 jenis broker forex yang menawarkan bonus tanpa deposit forex, saya akan menerangkan terlebih dahulu apa itu forex no deposit bonus dan bagaimana ia berfungsi.

JustMarkets

Bonus Tanpa Deposit Forex ialah sejenis bonus promosi yang Broker Forex gunakan untuk menarik pelanggan baru (new traders/new clients) serta mendorong trader lama untuk terus berdagang dengan mereka.

Jenis bonus ini biasanya memberi pedagang atau trader sejumlah wang (wang maya) untuk membuka akaun trading langsung (account live) tanpa deposit diperlukan.

Kemudian, bonus yang disediakan oleh broker forex tersebut boleh digunakan untuk berdagang di pasaran forex secara langsung.

Bonus tanpa deposit ini boleh dikeluarkan selepas syarat tertentu dipenuhi. Bonus tanpa deposit juga boleh membantu pedagang forex untuk membiasakan diri dengan platform dagangan dan mengasah kemahiran perdagangan mereka tanpa perlu mengambil risiko modal mereka sendiri.

10 Broker Forex Yang Menawarkan Bonus Tanpa Deposit

Berikut merupakan senarai 10 forex broker yang menawarkan bonus tanpa deposit kepada pelanggan baru ataupun pelanggan lama mereka (new traders/new clients)

NoBroker ForexLaman Web
#1JustMarketsjustmarkets.com
#2XMhttps://xm.com/
#3GMI Marketsgmimarkets.com
#4FBShttps://ms-brokerfbs.com/
#5Tickmilltickmill.sc
#6HF Marketshttps://www.hfm.com/
#7RoboForexroboforex.com
#8Forex Chiefhttps://www.fcxchief.asia/
#9FXChoicehttps://en.myfxchoice.com/
#10OctaFXoctafxmy.net

1. JustMarkets

Welcome Bonus $30

JustMarkets atau dulu dikenali sebagai JustForex juga merupakan salah satu broker forex yang menawarkan Welcome Bonus $30 kepada pelanggan baru mereka yang tidak pernah mempunyai akaun trading sebelum ini.

Selepas melengkapkan proses pendaftaran dan mengesahkan email dan nombor telefon anda, anda boleh menuntut bonus dengan pergi ke bahagian “Bonus” dalam akaun JustForex anda dan klik pada butang “Dapatkan bonus”.

Bonus tersebut pula akan dikreditkan ke akaun anda secara automatik.

No deposit bonus tersebut boleh digunakan untuk tujuan perdagangan dan boleh dikeluarkan selepas anda memenuhi keperluan dagangan tertentu yang ditetapkan oleh JustForex.

Untuk mengeluarkan bonus, anda perlu berdagang sekurang-kurangnya 5 lot dalam masa 30 hari selepas menerima bonus. Leverage maksimum untuk trade dengan bonus ialah 1:1000.

Terdapat beberapa terma dan syarat penting lain yang perlu anda ketahui sebelum menuntut no deposit bonus JustForex. Sebagai contoh, anda hanya boleh menerima bonus sekali sahaja dan ia tidak boleh digabungkan dengan bonus lain.

Selain itu, jika anda mengeluarkan dana daripada akaun trading anda sebelum memenuhi keperluan dagangan yang ditetapkan, bonus akan ditolak daripada akaun trading anda.

Siapakah yang layak menerima forex no deposit bonus tersebut?

Forex no deposit bonus tersedia untuk pelanggan baru JustForex yang sudah menyelesaikan proses pendaftaran serta telah mengesahkan email dan nombor telefon mereka.

Pelanggan dari negara tertentu mungkin tidak layak untuk promosi ini disebabkan oleh sekatan peraturan. Tetapi pelanggan dari Malaysia boleh menerima no deposit bonus itu.

2. XM

$50 Trading Bonus

$50 Trading Bonus atau 50 no deposit bonus ini merupakan bonus yang ditawarkan oleh broker XM Global kepada pelanggan mereka. Anda pula boleh menuntut forex no deposit bonus tersebut tanpa sebarang deposit.

$50 Trading Bonus ini membolehkan pedagang untuk menguji kualiti perkidmatan dagangan yang ditawarkan oleh forex broker XM dalam persekitaran perdagangan yang sebenar.

Bonus tanpa deposit tersebut akan dikreditkan ke akaun anda serta-merta untuk digunakan untuk berdagang apabila anda menuntut bonus tanpa deposit ini.

Sebarang keuntungan yang dijana daripada aktiviti perdagangan dengan menggunakan bonus tanpa deposit ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, sebarang pengeluaran dana akan menyebabkan pengurangan kadar bonus dagangan anda.

Siapa yang layak mendapatkan bonus tanpa deposit ini?

Promosi $ 50 no deposit ini tersedia untuk semua pedagang yang membuka akaun sebenar XM (live trading account) buat kali pertama.

Ada pula perlu menebus $ 50 no deposit ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembukaan akaun trading anda. Bonus tanpa deposit ini tidak boleh ditebus selepas tempoh 30 hari dari tarikh pembukaan akaun trading anda.

Untuk pengetahuan anda, XM merupakan salah satu broker yang tersenarai dalam list The Best Forex Brokers untuk Tahun 2024.

3. GMI Markets

Welcome Bonus 100%

GMI Markets tidak menawarkan no deposit bonus kepada pelanggan mereka. Tapi mungkin anda boleh mempertimbangkan broker GMI Markets ini kerana ia merupakan salah satu broker yang terkenal dan boleh dipercayai di Malaysia.

Forex broker GMI Markets juga menawarkan bonus promosi yang boleh anda tebus iaitu Welcome Bonus 100%.

GMI Markets menawarkan bonus dagangan kepada pedagang baru yang mendaftar dan membuka akaun perdagangan langsung dengan mereka.

Bonus dagangan tersebut adalah Bonus Selamat Datang 100%. Bonus selamat datang ini ditawarkan kepada pelanggan pada deposit awal mereka.

Untuk mengeluarkan bonus, anda mesti memenuhi keperluan dagangan tertentu yang ditetapkan terlebih dahulu. Contohnya, anda mesti berdagang sejumlah lot (volume) tertentu dalam jangka masa tertentu.

Sebaik sahaja anda telah memenuhi syarat dagangan yang ditetapkan, anda boleh mengeluarkan bonus dan sebarang keuntungan yang diperoleh.

Siapa yang layak mendapatkan deposit bonus tersebut?

Bonus ini tersedia untuk semua pelanggan baru forex broker GMI Markets. Untuk layak mendapat bonus tersebut, anda mesti mendaftar dan membuka akaun trading langsung dengan GMI Markets dahulu.

Setelah akaun anda diluluskan, anda boleh membuat deposit ke dalam akaun anda. Jumlah deposit minimum yang diperlukan untuk melayakkan diri untuk mendapatkan bonus tersebut adalah $100.

Selepas membuat deposit, anda mesti menghubungi pasukan sokongan GMI Markets untuk menuntut bonus. Bonus akan ditambah ke akaun anda dalam masa 24 jam. Jika anda belum menerima bonus lebih daripada 24 jam, anda boleh menghubungi pihak GMI Markets.

4. FBS

Level Up Bonus – Forex No Deposit Bonus

Broker forex FBS menawarkan Level Up Bonus 70 USD/140 USD kepada pelanggan mereka. Forex no deposit bonus ini terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. 140 USD Level Up Bonus – Forex no deposit bonus
  2. 70 USD Level Up Bonus – Forex No deposit bonus.

Jumlah bonus tanpa deposit yang anda akan dapat bergantung bagaimana anda membuka akaun trading dengan FBS.

Anda akan mendapatkan bonus tanpa deposit sebanyak 140 USD jika anda muat turun serta mendaftar akaun trading anda melalui FBS Personal Area app dengan menggunakan telefon Android.

Anda akan mendapatkan bonus tanpa deposit (no deposit bonuses) sebanyak 70 USD sahaja jika anda menggunakan telefon iOs.

Dalam masa yang sama, jika anda mendaftar di FBS Personal Area dengan menggunakan laptop atau komputer, anda akan mendapatkan bonus sebanyak 70 USD sahaja.

Anda pula boleh mengeluarkan keuntungan yang diperoleh semasa berdagang dengan menggunakan forex no deposit bonus tersebut tetapi hendaklah tidak melebihi jumlah bonus anda ($70 atau $140).

Untuk mengeluarkan keuntungan anda daripada akaun bonus, anda perlu memenuhi syarat promosi seperti berikut:

  • Mesti mempunyai rekod 20 hari dagangan aktif- Hari dagangan aktif dikira daripada pesanan dibuka atau ditutup.
  • Sekurang-kurangnya mempunyai 5 lot yang dagangan dalam tempoh 20 hari dagangan aktif.
  • Syarat-syarat bonus perlu dipenuhi dalam tempoh 40 hari dari tarikh pendaftaran dan lulus ujian.

Siapa yang layak mendapatkan forex no deposit ini?

Level Up Bonus tersebut terbuka kepada semua pelanggan baru dan lama (new clients/new traders) yang membuka akaun Level Up Bonus.

Anda boleh mendapatkan info tentang cara buka akaun Level Up Bonus di laman web rasmi FBS. Klik di sini untuk membuat permohonan buka akaun Level Up Bonus.

Untuk pengetahuan anda, FBS merupakan salah satu broker yang tersenarai dalam list The Best Forex Brokers untuk Tahun 2024.

5. Tickmill

$30 Welcome Account

Broker forex Tickmill menawarkan $30 Welcome bonus kepada pelanggan mereka.

Pelanggan forex brokers Tickmill boleh menggunakan bonus tanpa deposit ini untuk menguji persekitaran perdagangan yang disediakan oleh forex brokers Tickmill tanpa menggunakan wang mereka sendiri.

Bonus tanpa deposit ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun trading pelanggan mereka apabila proses pembukaan akaun trading berjaya dan disahkan oleh pihak broker forex Tickmill.

Akaun Welcome Bonus tersedia dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembukaan akaun trading anda. Selepas 60 hari, akaun welcome bonus ada akan dibekukan oleh pihak Tickmill.

Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh mengakses akaun welcome bonus dalam tempoh tambahan 14 hari untuk mengeluarkan keuntungan mereka.

Siapa yang layak memohon $30 no deposit bonus (welcome bonus tanpa deposit) ini?

Welcome bonus tanpa deposit ini terbuka kepada semua pelanggan yang berminat untuk berdagang dengan broker forex Tickmill.

Bonus tanpa deposit ini tidak dapat dikeluarkan, tetapi anda boleh mengeluarkan wang yang dihasilkan daripada aktiviti perdagangan dengan menggunakan welcome bonus tanpa deposit ini.

Minimum keuntungan yang boleh dikeluarkan adalah 30 USD dan maksimum profit yang boleh dikeluarkana adalah 100 USD.

6. HF Markets

$35 No-Deposit Bonus

HF Markets merupakan broker yang menawarkan $35 Non-Deposit Bonus (no deposit bonuses) kepada pelanggan mereka.

Program $35 No Deposit Bonus merupakan skim bonus yang ditawarkan oleh HF Markets (SV) kepada pelanggan mereka yang layak dan memenuhi kreteria yang ditetapkan oleh broker forex HF Markets.

Forex no deposit bonus tersebut memberikan peluang kepada pelanggan mereka untuk memulakan perdagangan forex dalam persekitaran yang sebenar tanpa menggunakan wang mereka sendiri.

Untuk mengeluarkan sebarang keuntungan yang dijana dalam Akaun Skim Bonus, Pelanggan mesti memenuhi syarat berikut:

  1. Volume dagangan terkumpul mestilah lebih daripada 2 lot standard.
  2. Sekurang-kurangnya 5 round-turns.
  3. hanya dagangan di forex, emas dan perak akan dikira. Pasangan mata wang atau instrument dagangan yang lain tidak akan dikira.

Siapa yang layak menerima forex no deposit bonus tersebut?

Forex no deposit bonus hanya tersedia untuk pelanggan baru (new clients/new traders) HF Markets sahaja. Pelanggan lama yang sudah membuka akaun perdagangan dengan HF Markets tidak layak menerima no deposit bonus.

Selain itu, forex no deposit bonus tersebut hanya akan diberikan kepada pelanggan yang berstatus lulus serta pelanggan yang sudah mengesahkan nombor telefon mereka sahaja.

Oleh itu, jika anda nak dapatkan forex no deposit bonus yang ditawarkan oleh HF Markets, anda bolehlah buka akaun trading dengan mereka.

7. RoboForex

Welcome Bonus 30 USD

RoboForex merupakan forex brokers yang menawarkan Welcone Bonus 30 USD ($30 No Deposit Bonus) atau Tawaran Bonus Selamat Datang 30 USD kepada pelanggan baru yang mendaftar akaun perdagangan dengan forex brokers FoboForex.

Tawaran ini memberikan bonus percuma sebanyak $30 kepada pelanggan baru (new traders/new clients) yang boleh digunakan untuk memulakan perdagangan di dalam pasaran forex tanpa mengambil risiko dana sendiri.

Untuk layak menerima tawaran forex no deposit bonus (no deposit bonuses) tersebut, pelanggan baru harus mendaftar akaun trading atau akaun perdagangan sebenar dengan RoboForex dan mengesahkan maklumat peribadi, alamat email, dan nombor telefon mereka.

Setelah proses pengesahan selesai, bonus akan dikreditkan ke akaun pelanggan secara automatik tanpa sebarang deposit terlebih dahulu.

Perlu diingat bahawa tawaran forex no deposit bonus tersebut tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Sebagai contoh, bonus hanya boleh digunakan untuk tujuan perdagangan dan tidak boleh dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, keuntungan yang diperolehi menggunakan forex no deposit bonus tersebut boleh dikeluarkan setelah syarat volume perdagangan telah dipenuhi.

Syarat volume perdagangan untuk forex no deposit bonus yang ditawarkan oleh broker RoboForex adalah 10 lot standard, yang bermakna pelanggan harus berdagang sebanyak 10 lot pasangan mata wang untuk dapat mengeluarkan keuntungan yang diperolehi menggunakan dana bonus.

Selain itu, leverage maksimum untuk trade dengan Welcone Bonus 30 USD broker RoboForex adalah 1:500.

Siapa yang layak menerima bonus tanpa deposit RoboForex?

Welcome Bonus 30 USD ini terbuka kepada pelanggan baru RoboForex yang telah membuka akaun trading (perdagangan) dan mengesahkan maklumat peribadi, email dan nombor telefon mereka.

Anda tidak akan menerima bonus tersebut jika tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

8. Forex Chief

Welcome Bonus 100 USD

Forex Chief adalah broker forex yang menawarkan no deposit bonus kepada pelanggan baru yang membuka akaun perdagangan dengan mereka.

Bonus tanpa deposit yang ditawarkan oleh Forex Chief ini adalah Bonus Selamat Datang $100 yang boleh digunakan oleh pedagang baru untuk memulakan dagangan tanpa perlu mendepositkan sebarang dana mereka sendiri.

No deposit bonus tersebut boleh digunakan untuk berdagang dalam pasaran forex. Sebarang keuntungan yang diperoleh daripada hasil perdagangan dengan bonus boleh dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, terdapat terma dan syarat tertentu yang dikenakan ke atas no deposit bonus tersebut yang mesti dipatuhi oleh pedagang untuk mengeluarkan keuntungan yang diperoleh daripada berdagang dengan bonus tersebut.

Sebagai contoh, pedagang mesti mencapai volume dagangan tertentu sebelum mereka boleh mengeluarkan keuntungan yang diperoleh daripada berdagang dengan no deposit bonus. Jumlah dagangan yang diperlukan berbeza-beza bergantung pada jumlah bonus.

Siapa yang layak mendapatkan no deposit bonus tersebut?

No deposit bonus tersedia untuk semua pelanggan baru mereka. Untuk layak mendapat no deposit bonus, pelanggan baru mesti melengkapkan proses pendaftaran dan mengesahkan maklumat peribadi mereka, seperti nama, alamat dan nombor telefon mereka.

Setelah proses pengesahan selesai, bonus $100 akan dikreditkan ke akaun trading mereka.

9. FXChoice

FXChoice juga merupakan salah satu broker yang menawarkan no deposit bonus kepada pelanggan mereka. No deposit bonus tersebut membolehkan pelanggan baru menerima bonus percuma tanpa membuat deposit.

Bonus ini hanya boleh digunakan untuk berdagang dan tidak boleh dikeluarkan sehingga syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Salah satu syarat utama no deposit tersebut adalah, ia tidak boleh dikeluarkan sehingga jumlah lot tertentu telah didagangkan iaitu minimu 2 lot. Keperluan volum tertentu berbeza-beza bergantung pada jumlah bonus, jenis akaun dan instrumen dagangan.

Peniaga harus menyemak dengan teliti terma dan syarat bonus sebelum menerimanya, untuk memastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya keperluan dan batasan.

Satu lagi syarat bonus ialah ia hanya tersedia untuk pelanggan baharu, dan hanya boleh dituntut sekali bagi setiap orang, isi rumah atau alamat IP.

Ini bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan promosi dan memastikan semua pelanggan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat manfaat daripadanya.

Sebagai tambahan kepada Bonus Tanpa Deposit, FXChoice juga menawarkan pelbagai bonus dan promosi lain, seperti bonus deposit, rebat pulangan tunai, dan pertandingan perdagangan.

Insentif ini boleh memberikan nilai tambahan kepada peniaga dan membantu mereka memaksimumkan keuntungan mereka.

Secara keseluruhannya, Bonus Tanpa Deposit yang ditawarkan oleh FXChoice ialah cara terbaik untuk pedagang baharu untuk menguji keadaan dan merasai perkhidmatan broker tanpa mempertaruhkan dana mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, peniaga harus sentiasa ingat bahawa perdagangan membawa risiko dan harus mempertimbangkan dengan teliti matlamat dan toleransi risiko mereka sebelum terlibat dalam sebarang perdagangan.

Siapa yang layak mendapatkan no deposit bonus tersebut?

No deposit bonus ini terbuka kepada semua pelanggan baru mereka. Untuk mendapatkan no deposit bonus tersebut, pelanggan baru mesti membuka akaun dengan FXChoice dan melengkapkan proses pengesahan.

Setelah akaun tradng anda disahkan, bonus akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda.

10. OctaFX

50% Bonus On Each Deposit

Pernah dengan atau nampak iklan OctaFX di YouTube atau media sosial yang lain? OctaFX merupakan broker forex yang popular di Malaysia kerana iklan mereka yang viral oleh beberapa artis tanah air yang terkenal.

OctaFX juga menawarkan bonus deposit kepada pelanggan mereka. Walaupun bonus yang ditawarkan memerlukan deposit permulaan, tapi ia mungkin berbaloi untuk anda cuba.

Deposit bonus yang ditawarkan oleh OctaFX adalah tawaran bonus yang diberikan kepada pelanggan baru atau pelanggan sedia ada apabila mereka melakukan deposit ke dalam akaun dagangan mereka.

Bonus yang diberikan bergantung kepada jumlah deposit yang dimasukkan oleh pelanggan.

Siapa yang layak mendapatkan deposit bonus tersebut?

Bonus deposit ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan lama broker forex OctaFX. Untuk mendapatkan bonus ini, anda perlu buka akaun dagangan dengan OctaFX dan deposit akaun dagangan anda.

Anda tidak boleh mengeluarkan bonus ini tetapi anda boleh mengeluarkan profit dari aktiviti perdagangan dengan bonus tersebut.

Selain itu, anda juga perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti akaun dagangan anda mestilah disahkan dan berdagang dengan jumlah tertentu sebelum anda boleh mengeluarkan keuntungan daripada bonus tersebut.

Bagaimana Memilih Broker Dengan Forex Bonus Tanpa Deposit Yang Baik?

Sebelum memilih broker forex, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu diperhatikan:

Peraturan/Regulation

Anda hanya perlu berurusan dengan broker yang dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan yang dipercayai. Ini akan memastikan bahawa dana atau wang anda dilindungi dan broker beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Platform dagangan

Broker yang bagus seharusnya menyediakan platform dagangan yang mudah digunakan dan boleh dipercayai yang memenuhi keperluan anda. Oleh itu, cari platform yang membolehkan anda berdagang dengan mudah dan mempunyai alat analisis teknikal yang anda perlukan.

Caj dan komisen

Anda juga harus mempertimbangkan caj dan komisen yang dikenakan oleh broker. Cari broker yang mempunyai spread yang kompetitif, komisen rendah dan caj tersembunyi yang lebih rendah.

Perkhidmatan pelanggan

Pilih broker yang menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik. Mereka harus bersedia untuk menjawab soalan dan menangani kebimbangan anda dengan cara yang tepat pada masanya dan profesional.

Kaedah deposit dan withdrawal

Pastikan broker menyokong kaedah deposit dan pengeluaran yang sesuai untuk anda.

Instrumen dagangan

Anda perlu mempertimbangkan instrumen dagangan yang ditawarkan oleh broker. Cari broker yang menyediakan akses kepada pelbagai pasangan mata wang forex, serta aset lain seperti saham, komoditi dan mata wang kripto.

Reputasi

Sebelum membuat pilihan, sila selidik dahulu reputasi broker dalam talian seperti cari ulasan atau review daripada trader lain tentang broker tersebut di laman web yang menyediakan ulasan broker forex. Selepas itu, sila pilih broker yang mempunyai reputasi yang baik dan boleh dipercayai.

Kesimpulan

Inilah senarai 10 broker forex yang menawarkan bonus yang menarik kepada pelanggan mereka. Terdapat banyak tawaran bonus tanpa deposit yang tersedia untuk trader forex di Malaysia.

Namun, anda perlu berhati-hati dan melakukan penelitian sebelum memilih broker dan bonus yang tepat untuk anda.

Pastikan anda sudah membaca dan memahami syarat dan ketentuan dengan teliti serta memahami risiko dan keterbatasan bonus yang ditawarkan oleh broker forex tersebut.

Broker forex yang menawarkan bonus tanpa deposit ini sebenarnya memberikan anda peluang untuk mula berdagang dalam pasaran forex dengan mudah.

Jika anda merupakan trader newbie yang baru berjinak-jinak dalam dunia forex dan mempunyai modal yang kecil, saya sarankan annda untuk trade dengan broker forex yang saya senaraikan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *