Olymp Trade Review: Ulasan Broker Olymp Trade Untuk Tahun 2024

olymptrademalaysia

Artikel ini membongkar maklumat secara terperinci tentang Broker Forex Olymp Trade Malaysia. Sila baca artikel ini sehingga selesai sebelum ada mula berdagang dengan Olymp Trade.

Pengenalan

Olymp Trade merupakan broker atas talian yang ditubukan pada tahun 2014. Olymp Trade merupakan ahli kategori A Financial Commission (FinaCom), yang membuktikan dan mengesahkan bahawa syarikat Olypm Trade merupakan syarikat yang boleh dipercayai dan mempunyai kualiti perkhimatan yang baik. Selain itu, kualiti pelaksanaan perdagangan platform juga disahkan oleh pemeriksaan bebas Verify My Trade.

Dengan mempunyai lebih daripada 25,000 pedagang yang berdagang setiap hari dan pendapatan lebih daripada 171 juta setiap bulan, Olymp Trader dikelaskan sebagai syarikat terbesar dalam industri kewangan. Selain itu, syarikat ini juga mempunyai beberapa award seperti Best Financial Broker pada tahun 2017, Best Mobile Trading Platform Global Brand Magazine pada tahun 2019, Best Customer Support Broker Forex Award pada tahun 2019 dan Best FX Trading Platform Forex Expo pada tahun 2020.

Olymp Trader menawarkan lebih daripada 70 aset kewangan termasuk pasangan mata wang, komoditi, saham, indeks dan juga crypto. Selain itu, anda juga boleh mua berdagang dengan Olymp Trade dengan deposit serendah 10 USD. Sokonang perkhidmatan pelanggan mereka juga tersedia dalam pelbagai pilihan bahasa termasuk Bahasa Inggris.

Apa yang lebih menarik adalah, Olymp Trade juga merupakan sebuah syarikat yang aktif melakukan kerja sosial atau kerja amal. Pada May 2020, Olymp Trade telah berkerjasama dengan Rumah Zakat Foundation untuk menghantar bantuak ke Jakarta, Suurabaya, Bandung, Bogor, Bekasi, Depok, Solo (Surakarta) dan Tengerang. Banyak penduduk, termasuk keluarga yang dilanda wabak pandemi Covid-19 telah menerima bekalan makanan yang menolong mereka melalui masa-masa sukar.

Siapa Yang Mengawal Selia Olymp Trade

Walaupun broker Olymp Trade tidak dikawal selia di Eropah dan Amerika Utara tetapi Olymp Trade telah menjadi anggota Financial Commission (FinaCom) sejak tahun 2016. Keahlian ini hanya diberikan kepada syarikat terpilih dan memastikan perlindungan pelanggan dengan melindungi setiap pedagang hingga € 20,000 dalam rangka FinaCom Compensation Fund.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan

  1. Syarikat yang terkawal dan selamat
  2. Akaun demo percuma
  3. Deposit minimum 10 Usd
  4. Jenis akaun dagangan yang simple
  5. Program bonus
  6. Pendidikan dan webinar percuma
  7. Menawarkan platform dagangan MT4
  8. Aktif melakukan kerja amal atau kerja sosial

Kekurangan

  1. Bonus Terhad
  2. Tidak Menerima Pelanggan AS atau EU
  3. Akaun Pelanggan Tidak Diasingkan

Platform Perdagangan

Olymp Trade menawarkan platform perdagangan MetaTrader 4 (MT4) dan platform perdagangan mereka sendiri iaitu Olymptrade.com. Walaupun kedua-dua platform perdagangan ini hampir sama tetapi ia masih mempunyai keadaan perdagangan yang tersendiri.

Platform dagangan MT4 ini boleh dipasang dalam versi Desktop/Window dan mobile melalui perisian iOS atau Android. Anda boleh muat turun perisian MT4 ini di Play Store atau Google Play. Untuk versi Desktop/Window pula, anda boleh download perisian MT4 tersebut melalui link ini: https://olymptrade.com/

Sila buka akaun dagangan sebenar dengan Olymp Trade sebelum memuat turun perisian MT4 ini agar anda boleh mula berdagang dengan cepat.

Aset yang Boleh Didagangkan

Olymp Trade menawarkan beberapa produk dagangan kepada pelanggan mereka iaitu, Forex, Saham, Logam, Indeks, Komoditi, Kripto, EFT dan OTC.

Di bawah ini merupakan jadual ciri-ciri asas produk yang ditawarkan oleh Olymp Trade. Bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar, sila perhatikan aset yang mempunyai volatility yang tinggi atau sederhana dan mempunyai kemungkinan untuk menggunakan pengganda maksimum atau purata.

Pendidikan Pedagang

Di Olymp Trade, anda tidak akan merasa kekurangan. Olymp Trade merupakan salah satu broker yang mementingkan keperluan pelanggan mereka. Olymp Trade menawarkan sumber pembeajaran yang sangat baik untuk para pelanggan mereka. Terdapat pusat pendidikan di laman web rasmi mereka dengan pelbagau bahan pembelajaran. Anda boleh mengetahui setiap indikator, berita, dan strategi serta analisis. Terdapat lebih daripada 318 video yang berbeza menjadi rujukan anda.

Deposit Dan Withdrawal

Deposit

Anda boleh deposit akaun dagangan Olymp Trade dengan menggunakan e-wallet iaitu Neteller atau Skrill. Caranya adalah seperti berikut.

Langkah 1: Sila daftar akaun Neteller wallet anda.

Langkah 2: Deposit melalui bank transfer, kad kredit, bitcoin atau sistem pembayaran elektronik yang lain.

Langkah 3: Deposit akaun trading Olymp Trade anda melalui Neteller.

Anda juga boleh deposit akaun dagangan Olymp Trade anda melalui Visa atau Mastercard dan Online bank transfer melalui bank tempatan Malaysia seperti Maybank, RHB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum mula deposit akaun dagangan anda. Minimum deposit dan withdrawal di Olypm Trade adalah 10 USD.

Cara deposit menggunakan Kad Bank:

Langkah 1: Klik “Deposit.” Pilih kaedah “Kad Bank”, dan masukkan jumlah deposit. Sekiranya jumlah deposit melebihi 30 USD, anda boleh menerima bonus tambahan.

Langkah 2: Masukkan butiran kad bank anda: nombor kad bank, kod CVV, nama pemegang kad (sama seperti yang tertera di kad anda) dan tarikh luput.

Langkah 3: Sekiranya semua maklumat yang anda berikan adalah betul, anda akan diarahkan ke halaman pengesahan pembayaran. Selepas itu, wang anda akan di masuk ke akaun Olymp Trade anda.

Harap maklum, Sekiranya anda menggunakan kad bank Olymp Trade hanya akan menerima kad debit/kad kredit Visa/Visa Electron/Mastercard/JCB/UnionPay . Sekiranya anda menggunakan perbankan internet, pastikan perbankan dan token internet anda aktif. Dan jika anda menggunakan akaun e-wallet pastikan akaun tersebut mempunyai dana.

Deposit biasanya dikreditkan ke dakam akaun perdagangan dengan cepat, tetapi ada masanya prosesnya memakan waktu dari 2 hingga 5 hari bekerja (tergantung pada penyedia pembayaran Anda).

Selain itu, anda juga boleh menyemak kod promosi yang terdapat di bawah kaedah deposit. Sekiranya anda mendapat tawaran kod promosi, anda boleh memilih untuk mengaktifkan kod promosi tersebut atau tidak.

Withdrawal

Anda boleh withdraw dana anda melalui beberapa kaedah yang ditawarkan oleh Olymp Trade. Anda boleh withdraw dana melalui Kad Bank, Digital Wallet seperti Neteller dan Skrill, Local Bank Transfer dan Cryptocurrencies.

Olymp Trade tidak mengenakan sebarang bayaran bagi proses pengeluaran dana. Tetapi pihak bank atau penghantar mungkin akan mengenakan bayaran tertentu kepada anda. Ini adalah di luar kawalan pihak Olymp Trade.

Biasanya, ia hanya mengambil masa 24 jam sahaja untuk dana anda dikreditkan ke akaun bank anda. Namun, sekiranya berlaku hal kecemasan, ia akan mengambil masa sehingga 5 hari untuk wang anda dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

Sokongan Mesra Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan Olymp Trade boleh dihubungi melalui panggilan telefon di 60 (3) 921 262 41. Sokongan perkhidmatan pelanggan Olymp Trade tersedia dalam tempoh 24 jam. Ia juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggris.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi sokongan perkhidmatan pelanggan Olymp Trade melalui email di support-en@olymptrade.com. Email anda akan dibalas dalam tempoh 1 hari bekerja. Olymp Trade juga mempunyai ruang FAQ di laman web rasmi mereja sebagai sumber rujukkan anda.

Jenis-Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Olymp Trade

Akaun Demo

Semua pelanggan yang berdaftar dengan Olymp Trade akan mendapatkan akaun demo atau latihan. Sebenarnya, ia adalah simulator perdagangan percuma yang boleh digunakan untuk mengikuti carta aset dan membuat perdagangan. Namun, pedagang biasanya akan menggunakan unit mata wang demo ketika berlatih dengan menggunakan demo.

Cara buka akaun demo adalah mudah sahaja. Cukup daftar di platform perdagangan Olymp Trade sahaja. Klik disini untuk daftar akaun demo. Akaun demo juga tersedia dalam semua pilihan bahasa platform Olymp Trade.

Apakah Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan untuk MetaTrader 4?

Terdapat dua jenis akaun yang tersedia untuk akaun demo dan akaun perdagangan sebenar iaitu akaun ECN dan akaun Standard. Dengan menggunakan akaun ECN, anda akan berniaga dengan spread sifar dan komisen tetap. Dengan akaun Standard, pedagang harus membayar spread, yang bermula dari 1.1 pip, tetapi anda tidak perlu membayar komisen untuk membuka perdagangan.

Cara Membuka Akaun Dagangan Dengan Olymp Trade

Untuk membuka akaun dengan Olymp Trade anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah yang mudah sahaja. Saya akan menerangkan bagaimana cara untuk buka akaun dagangan dengan Olymp Trade.

Pertama sekali, anda mesti mendaftar di laman web broker seperti gambar di bawah. Setelah memasukkan maklumat peribadi anda, anda boleh mendapatkan akses ke platform perdagangan Olymp Trade. Olymp Trade membolehkan anda menggunakan platform dagangan akaun demo percuma atau akaun sebenar dengan dengan deposit bermula 10 USD. Anda juga boleh berniaga dengan wang sebenar tanpa pengesahan penuh akaun anda. Kami mengesyorkan anda untuk melakukannya pengesahan akaun dagangan terlebih dahulu.

Setelah melakukan pendaftaran, anda perlu melengkapkan butiran akaun dagangan anda. Ini bermaksud anda perlu mengesahkan alamat email dan nombor telefon anda. Penting untuk menggunakan data sebenar anda kerana pihak Olymp Trade akan memerlukan dokumen yang berbeza untuk pengesahan selanjutnya.

Langkah-langkah buka akaun dagangan Olymp Trade.

1. Sign up (Isi borang pendaftaran seperti gambar di atas)

2. Sahkan alamat email anda

3. Sahkan nombor telefon anda

4. Lengkapkan pendaftaran akaun dagangan anda

5. Mula berdagang

Proses pengesahan akaun dagangan.

Proses pengesahan ini mudah sahaja. Ia hanya mengambil masa dalam beberapa minit sahaja untuk melengkapkan profile akaun dagangan anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, anda perlu mengesahkan alamat email dan nombor telefon anda.

Pertama sekali anda perlu mengesahkan bahawa anda menerima dan memahami terma dan syarat Olymp Trade.

Selepas itu, anda perlu memuat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda iaitu, bukti pengenalan diri (salinan kad pengenalan, lesen memandu atau pasprot), swafoto atau selfie dan bukti kediaman (Bill utiliti, bill telefon, bank statement).

Kesimpulan

Olymp Trade menawarkan syarat dan keadaan perdagangan yang baik untuk perdagangan options dan forex dalam satu platform. Perisian ini direka secara profesional dan mudah digunakan oleh pedagang baru dan pedagang berpengalaman. Anda boleh menyesuaikan carta mereka dengan strategi yang berbeza seperti yang anda mahukan. Antara kelebihan Olymp Trade adalah anda boleh mula berdagang dengan deposit serendah 10 USD dan juga pelaburan minimum untuk setiap perdagangan hanya 1 USD.

Selain itu, ruang rujukan dan pembelajaran yang luas dan bagus juga sangat membantu anda untuk lebih mahir dalam berdagang forex. Sokongan perkhidmatan pelanggan mereka juga sangat membantu walaupun sedikit lambat jika menghubungi mereka melalui live chat.