5 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Menjadi Seorang Introducing Broker (IB) Dalam Dunia Forex

Jika anda seorang individu yang bermotivasi, berwawasan tinggi dan mempunyai impian untuk menjadi seorang usahawan, anda mungkin berminat untuk menjadi seorang introducing broker (IB).

JustMarkets

Introducing broker (IB) adalah USAHAWAN dalam dunia forex trading. Mereka menghubungkan forex broker seperti Justforex, Tickmill atau XM dengan client (trader). Seorang IB akan menawarkan peluang untuk trade forex kepada prospek mereka. Atau, jika prospek mereka cuma mahu melabur duit kerana kemungkinan mereka tak berminat untuk belajar trade forex, mereka akan membantu prospek untuk mencari akaun copytrade atau fund manager yang sesuai.

Peluang anda untuk berjaya sebagai IB adalah sangat cerah kerana hari demi hari, semakin ramai orang sudah sedar akan kepentingan pasaran matawang sedunia dan terutama sekali, peluang yang ada untuk menjana pendapatan sampingan daripada pergerakan pasaran matawang.

BACA: Senarai 10 Broker Forex Terbaik (Paling Bagus) Di Malaysia Untuk Tahun 2021

Berikut adalah 5 sebab utama kenapa anda harus menjadi seorang forex introducing broker:

  1. Anda boleh menawarkan platform-platform trading yang terbaik kepada pelanggan anda.
  2. IB dibayar berdasarkan trading volume yang dijana oleh trader-trader di bawah mereka. Semakin besar rangkaian trader di bawah anda, semakin besar komisen yang anda boleh buat. Setakat ini, di Malaysia, saya pernah diberitahu bahawa ada seorang IB yang menjana $80,000 USD sebulan. Setiap bulan. Bayangkan, berapa banyak duit itu jika diconvert menjadi Ringgit.
  3. Anda tak perlu fikir tentang isu-isu back office seperti perakaunan, perundangan, IT dan sebagainya. Semua ini sudah diuruskan oleh pihak broker. Anda cuma perlu fokus kepada sales and marketing sahaja.
  4. Industri forex sedang berkembang dengan pesat, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain seperti Thailand, Filipina, South Africa dan juga di serata dunia. Jika anda seorang yang bijak menghidu peluang, anda sebenarnya boleh membina sebuah bisnes yang global di dalam industri forex dengan trader sebagai pasaran sasaran anda.
  5. Permintaan pasaran untuk pelaburan alternatif seperti forex dan crypto sedang melonjak buat masa sekarang. Kebanyakan pelabur-pelabur besar (big fish) tidak ada masa untuk trade. Sebagai IB, anda boleh menawarkan perkhidmatan “managed account” yang dikawal selia oleh fund manager. Biasanya jumlah deposit daripada pelabur-pelabur “high net worth” ini jauh lebih tinggi daripada trader-trader biasa yang cuma larat untuk depo 5 USD.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam industri forex! Sebenarnya, anda tak perlu jadi trader yang hebat untuk menjadi seorang IB yang efektif dan berjaya. Anda cuma perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya dan inisiatif untuk mengambil tindakan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *