Senarai VPS Forex Murah untuk Forex Trader di Malaysia (2024)

Perdagangan forex atau forex trading merupakan perdagangan yang sangat berisiko tinggi. Oleh sebab itu, seorang pedagang yang berjaya tahu bahawa mereka perlu sebuah platform perdagangan (forex brokers) yang boleh dipercayai dan selamat untuk trading.

Sambungan komputer yang perlahan merupakan salah satu penyebab pedagang forex mengalami kerugian hingga berjuta-juta ringgit dalam masa setahun. Perkara ini akan mengubah keputusan sistem perdagangan (trading) trader forex.

Automated trading dan kecekapan pelaksanaan berprestasi tinggi (high performance) merupakan dua aspek yang paling penting dalam forex trading. Untuk menjadi trader forex yang berjaya, anda perlu memikirkan cara untuk memasukkan perkara ini ke dalam strategi dagangan (trading) anda, bermula dengan mempunyai gabungan teknologi yang betul seperti VPS Forex.

Dalam artikel ini, saya akan mengulas tentang apa itu VPS Forex, bagaimana ia bekerja dan apakah VPS yang murah di Malaysia.

Apa Itu VPS Forex

VPS forex atau Virtual Private Server merupakan sebuah alat dagangan khas untuk pedagang forex (forex traders) yang menjalankan transaksi jual beli mata wang di pasaran forex dengan menggunakan sistem remote robot yang boleh berjalan sendiri secara automatik.

Robot forex merupakan salah satu alat atau inovasi dalam dunia forex yang boleh memudahkan trader untuk berdagang. Robot Forex akan membantu pedagang berdagang secara automatik. Oleh itu, pedagang tidak perlu memantau komputer atau telefon pintar mereka kerana ia dikawal oleh robot termasuk Pengurusan Risiko dan Psikologi.

Bagaimana VPS Forex Berfungsi

Pada dasarnya, VPS Forex hanyalah sebuah cloud-based desktop PC. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda mesti tahu bagaimana Forex VPS berfungsi.

Sebelum anda menggunakan VPS Forex, pastikan anda sudah mempunyai EA yang ingin anda pasang, serta akaun dagangan. Selain itu, sila pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil dan pantas.

Untuk menggunakan VPS Forex ini, anda tiga entiti yang terlibat iaitu PC anda, VPS dan EA, serta MT4 server anda. Ketiga-tiga entiti ini akan disambung atau dihubungkan ke internet. Dengan menghubungkan ketiga-tiga entiti ini, trader tidak perlu memantau PC anda sepanjang masa. Ia juga akan tetap berjalan walaupun PC anda terputus sambungan internet atau ketika PC anda ditutup.

EA yang dipasang di VPS akan menghantar pesanan (order) ke MT4 anda secara automatik.

Perdagangan EA biasanya memerlukan terminal dagangan yang beroperasi dalam tempoh 24 jam 5 hari seminggu. Jika anda tidak mempunyai VPS Forex, EA tidak akan berfungsi jika platform dagangan anda berada di luar talian (offline) atau ditutup.

Oleh itu, anda boleh memasang VPS Forex ini pada mana-mana platform perdagangan bersama dengan EA anda supaya ia boleh beroperasi dalam tempoh 24 jam 5 hari seminggu tanpa gangguan walaupun platform anda ditutup atau terputus sambungan internet.

Anda juga boleh mengakses VPS forex anda dengan menggunakan Remote Desktop Connection pada bila-bila masa.

Kenapa Forex Trading Perlu Menggunakan VPS Forex?

Jika anda mempunyai lebih daripada 1 akaun MT4, maka VPS Forex merupakan pilihan terbaik untuk anda. Dengan adanya VPS Forex ini, anda akan dapat mengakses akaun MT4 anda dalam masa yang sama secara serentak tanpa perlu login atau logout daripada akaun MT4 anda.

Secara ringkasnya, VPS Forex ini membantu anda untuk bermain forex dengan lancar tanpa terjejas dengan gangguan-gangguan seperti tiada sambungan talian internet (internet connection) dan blackout.

Terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu menggunakan VPS Forex. Antaranya adalah:

Kebebasan Berdagang

Apabila anda melanggan VPS Forex, anda akan menerima email beserta dengan panduan ringkas yang membimbing anda untuk memasang VPS Forex dan Remote Windows Desktop anda (Remote Desktop Connection).

Remote Windows Desktop ini membolehkan anda untuk masuk ke dalam akaun MT4 daripada mana-mana peranti elektronik. Anda boleh berdagang melalui MT4 dengan menggunakan komputer, laptop, tablet dan telefon pintar anda.

Kelebihan seperti ini sangat berguna jika anda adalah seorang pedagang profesional. Ini kerana, anda masih boleh mengakses MT4 anda dan melakukan perdagangan ketika anda sedang bercuti di pantai dengan hanya menggunakan telefon pintar anda.

Backup

Pelayan VPS Forex biasanya akan sentiasa membuat backup atau sandaran bagi keseluruhan susunan konfigurasi dagangan anda termasuk sistem pengendalian dan perisian dagangan.

Tidak kira apa sahaja isu yang akan berlaku pada komputer atau peranti anda, VPS akan bertindak sebagai jaring keselamatan untuk melindungi peranti anda jika isu seperti sambungan terputus secara tidak dijangka berlaku.

Meningkatkan Kependaman dan Mengurangkan Slippage

Kependaman (low latency) dalam perdagangan pada asasnya menerangkan betapa pantas perdagangan anda dilaksanakan. Dalam erti kata lain, ia merupakan masa ketika saat anda menekan butang ‘OK’ untuk mengesahkan perdagangan dan saat dagangan anda diterima di pasaran.

Dalam perdagangan forex, kependaman diukur dalam milisaat tetapi dalam milisaat tersebut pasaran forex bergerak dengan sangat pantas dan ia merupakan perkara yang sangat penting.

Salah satu cara untuk mengurangkan latency adalah dengan menyediakan pelayan komputer secara fizikal lebih dekat dengan server. Anda boleh menggunakan sambungan VPS untuk melakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, jika pelayan broker anda terletak di Amsterdam, anda boleh memilih VPS Amsterdam.

Dengan sambungan yang pantas anda kurang terdedah kepada Slippage. Slippage merupakan perbezaan harga sebenar antara saat ketika anda menekan butang untuk mengesahkan dagangan dan saat dagangan diterima di pasaran forex.

Apa yang perlu dipertimbangkan semasa memilih VPS forex?

Berikut adalah beberapa aspek utama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih perkhidmatan pengehosan VPS forex:

  • Kependaman minimum (lowest latency) – Low latency akan membuatkan pelaksanaan perdagangan anda lebih pantas. Ia juga membuatkan pesanan (oder) anda diterima di pasaran dengan lebih cepat.
  • Keselamatan – Pembekal VPS yang baik akan memastikan keselamatan data dan rangkaian anda, termasuk menyediakan pelayan firewall dan lain-lain dengan harga yang berpatutan.
  • Fleksibiliti – Setiap trader mungkin menggunakan sistem pengendalian yang berbeza, jadi adalah lebih baik untuk anda menyemak sama ada pembekal VPS pilihan anda menyokong sistem pengendalian yang anda guna atau tidak. Pembekal juga harus mempunyai pusat data di pelbagai lokasi di seluruh dunia supaya anda boleh memilih lokasi yang berdekatan.
  • Sokongan Perkhidmatan – Pembekal VPS yang baik akan mempunyai teknikal support yang baik, termasuk membalas sebarang pertanyaan anda dengan pantas dan dapat menyelesaikan masalah teknikal, sandaran percuma dan pemantauan pelayan.
  • Uptime – Uptime merupakan perkara yang penting untuk diperhatikan ketika anda memilih penyedia VPS anda. Anda mestilah memilih penyedia VPS yang mempunyai update sekurang-kurangnya 90%. Uptime yang baik membolehkan anda untuk mengakses pasaran pada bila-bila masa sahaja tanpa gangguan.

Apakah VPS terbaik untuk dagangan forex

Perisian MetaTrader tidak memerlukan banyak sumber pelayan untuk beroperasi dengan lancar. VPS yang baik untuk perdagangan harus mempunyai sekurang-kurangnya 1 CPU, 1 GB RAM dan sekitar 25 GB HHD. Walau bagaimanapun, lebih tinggi spesifikasi pelayan (RAM/CPU) dan lebih cepat kelajuan internet hos maka lebih cepat kelajuan pelaksanaan akan dilakukan.

Forex VPS Murah di Malaysia

Terdapat beberapa penyedia VPS Forex yang murah untuk perdagangan forex.

Berikut merupakan penyedia VPS Forex yang murah:

Shinjiru Forex VPS Hosting

Shinjiru ditubuhkan pada tahun 1998. Mereka mempunyai pejabat di Malaysia yang No.19-2, Wisma Laxton, Jalan Desa, Taman Desa, Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Selain daripada penyedia VPS Forex, Shinjiru juga menawarkan perkhidmatan lain seperti pembelian domain name, web hosting, dedicated IP, dedicated servers, cloud platform dan Microsoft solutions.

Shinjiru menawarkan empat pakej untuk Forex VPS iaitu Malaysia Forex VPS Value, Malaysia Forex VPS Pro, Malaysia Forex VPS Premium dan Malaysia Forex VPS Ultimate dengan harga bermula daripada RM39.95 sehingga RM199.95 sebulan.

Harga bagi setiap pakej ini adalah berbeza. Anda juga boleh melanggan perkhidmatan mereka secara pukal bermula dari 1 bulan hingga 36 bulan. Semakin lama tempoh langganan anda, semakin murah harga yang anda perlu bayar.

Kelebihan VPS Forex Shinjiru

  • Membolehkan beberapa pengguna dan MT4 berjalan dengan serentak.
  • Anda boleh mengakses VPS Forex anda melalui remote desktop pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • Sokongan pelanggan 24 jam 7 hari seminggu.
  • Melaksanakan MT/EA (Expert Advisors) Robot 24 jam, 7 hari seminggu.
  • Low latency
  • Shinjiru menjanjikan uptime sehingga 99.99%

Exabytes Forex VPS Hosting

Exabytes ditubuhkan pada tahun 2001 dan berkembang menjadi salah satu penyedia penyelesaian cloud, e-Dagang dan penyelesaian digital terkemuka di Asia Tenggara. Mereka mempunya dua cawangan di Malaysia yang terletak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Mereka mempunyai pusat data di empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan New York, United States.

Exabytes menawarkan tiga pakej VPS Forex iaitu, Forex VPS Lite dengan harga RM99 sebulan, Forex VPS Plus dengan harga RM169 sebulan dan Forex VPS Gold dengan harga RM358 sebulan. Masing-masing pakej ini dilengkapi dengan SSD Disk Space, bermula 2 GB Memory, vCPU, pemindahan data setiap bulan, 100 Mbps bandwidth dan termasuk lite management plan.

Kelebihan VPS Forex Exabytes

  • VPS mempunyai alamat IP khusus supaya anda tidak akan disekat oleh pusat data atau broker dagangan disebabkan isu log masuk daripada pengguna yang lain.
  • MT/EA Robot berjalan selama 24 jam 7 seminggu.
  • Dikuasakan oleh pemproses Intel Xeon Dual Hex-Core, VPS SSD Window mereka membantu anda mencapai prestasi yang lebih baik dan mengendalikan aplikasi I/O yang paling kuat
  • Sokongan teknikal tersedia 24 jam sehari.
  • Low latency
  • Exabytes menjanjikan uptime sehingga 99.99%

AccuWebHosting Forex VPS Hosting

AccuWebHosting mempunyai lebih daripada 17 tahun pengalaman di pasaran ini. Mereka menyediakan rangkaian perkhidmatan pengehosan yang luas seperti shared hosting, VPS hosting, cloud hosting, dan dedicated server, yang kedua-duanya boleh dijalankan melalui platform Windows dan Linux.

AccuWebHosting menawarkan enam Forex VPS Plans iaitu, Forex VPS 1, Forex VPS 2, Forex VPS 3, Forex VPS 4, Forex VPS 5 dan Forex VPS 6 dengan harga bermula daripada 12.00 USD (sekitar RM 51.46) sebulan sehingga 383.99 USD (sekitar RM1,646.55) sebulan.

Masing-masing pakej ini dilengkapi dengan RAM bermula daripada 1 GB, vCPU, penyimpanan, bandwidth dan IP address.

Kelebihan VPS Forex AccuWebHosting

  • Lebih daripada 15 lokasi server
  • Backup percuma setiap minggu
  • Semua pelayan HyperV yang mengehos VPS dagangan Forex berjalan dengan sambungan port 1 Gbps.
  • Semua VPS Dagangan Forex dikuasakan oleh pelayan siri Dual Xeon E5 dengan 256 GB DDR3 RAM, pemacu SSD gred pelayan berkelajuan tinggi dan persediaan RAID.
  • Tiada caj tambahan untuk menjalankan Forex EA.
  • Low latency
  • AccuWebHosting menjanjikan uptime sehingga 99.99%
  • Customer service dan technical support tersedia 24 jam, 5 hari seminggu.

JavaPipe Forex VPS Hosting

JavaPipe merupakan sebuah syarikat penyelesaian internet yang disokong oleh pakar IT yang pakar dalam Java dan keselamatan yang diasaskan pada tahun 2001 dan ibu pejabat mereka terletak di Salt Lake City, Utah dengan pusat penyental Cloud dan DDoS di Amerika dan Eropah.

JavaPipe menawarkan empat Forex VPS plans iaitu, VPS1, VPS 2, VPS 3, dan VPS 4 dengan harga bermula daripada 7 USD (sekitar RM30.10 sebulan) sebulan hingga 26 USD (sekitar RM 111.49 sebulan)sebulan.

RouterHosting Forex VPS Hosting

RouterHosting bermula sebagai sebuah syarikat yang kecil dengan hanya satu lokasi pelayan. Pada tahun 2012, mereka mula memperluaskan perkhidmatan mereka ke 15 pusat data di seluruh dunia.

Pada tahun 2018 mereka telah pun mempunyai 10,000 pelanggan. Pada tahun 2020 mereka mula menawarkan penyelesaian pengehosan VPS yang ringkas tetapi praktikal di lebih daripada 17 lokasi global di tiga benua termasuk Asia.

Router Hosting menawarkan empat Forex VPS plans iaitu, Beginner, Standard, Business dan Entrepreneurial dengan harga bermula daripada 7.95 USD (sekitar RM34.09 sebulan) sebulan sehingga 54.95 USD (sekitar RM235.63 sebulan) sebulan.

Antara ciri-ciri yang disertakan bersama dengan VPS Forex ini adalah, desktop with RDP software, compatibility with cTrader, MT4 MT5 dan banyak lagi.

Kelebihan VPS Forex RouterHosting

  • Mereka menyediakan “7 Day Money Back Guarantee” yang bermaksud, anda boleh minta wang anda dipulangkan dalam tempoh 7 hari jika anda tidak menyukai perkhidmatan mereka.
  • Technical support tersedia 24 jam, 7 hari seminggu.
  • 15 lokasi server di seluruh dunia.
  • Menjanjikan uptime sehingga 99.99%

Kesimpulan

Dengan VPS Forex, anda boleh menikmati perdagangan secara  santai dan tanpa tekanan. Namun, walaupun VPS Forex mempunyai banyak kelebihan, anda juga harus bersedia dengan segala resiko yang akan terjadi.

Selain itu, anda juga perlu memilih penyedia VPS yang memenuhi keperluan perdagangan anda serta mempunyai technical support yang bagus.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *