Cara Main Forex Dengan Modal Kecil

Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil

Pasaran pertukaran mata wang asing atau forex adalah salah satu pasaran kewangan yang paling mudah diakses di dunia. Perdagangan forex merupakan salah satu kaedah yang paling popular untuk menjana pendapatan.

Ramai pemain forex memulakan forex trading dengan modal yang besar sehingga berjuta-juta, seolah-olah keuntungan ditentukan oleh berapa banyak modal yang sedia untuk dipertaruhkan. Sebenarnya, anda juga boleh trade forex hanya dengan modal kecil yang boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda.

Saya akan terangkan secara terperinci bagaimana cara main forex dengan modal kecil dibawah ini.

Berapakah Modal  Untuk Anda Mula Bermain Forex

Sebenarnya anda tidak perlu modal permulaan untuk trade forex. Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman trading forex, anda boleh menggunakan akaun demo yang disediakan oleh broker forex terlebih dahulu. Akaun demo ini mempunyai fungi yang sama dengan akaun sebenar kerana anda dapat melalukan aktiviti jual dan beli instrumen kewangan.

Selain itu, anda juga boleh membuka akaun dagangan dengan broker yang menawarkan bonus tanpa deposit seperti broker forex XM. Anda juga boleh guna bonus deposit yang diberikan oleh broker forex tersebut untuk bermain forex.

Tetapi jika anda ingin bermain forex lebih serius dan ingin menjana pendapatan daripada forex, maka anda perlu mengeluarkan modal untuk trade forex.

Jumlah modal setiap bermain forex anda berbeza bergantung pada kemampuan mereka. Ada pemain yang biasa menggunakan modal yang besar dan ada juga yang lebih suka menggunakan modal kecil untuk bermain forex.

Sebahagian besar pemain forex mereka, biasanya mereka lebih suka untuk menggunakan modal kecil bermula 100 USD sehingga 500 USD. Namun ada juga yang hanya sanggup membelanjakan modal serendah 10 USD sehingga 50 USD sahaja.

Perbezaan Modal Besar Dan Modal Kecil

Terdapat dua jenis pemain forex iaitu pemain harian dan pemain jangka panjang atau Day Trading atau Swing Trading.

Day Trading

Day trading merupakan proses jual beli di pasaran forex yang terjadi dalam waktu yang singkat atau satu hari. Pemain forex membeli dan menjual instrumen kewangan (membuka posisi dan menutup posisi) dalam hari yang sama, supaya semua posisi ditutup sebelum pasaran ditutup pada hari tersebut.

Pemain yang mempunyai modal kecil biasanya lebih suka kepada day trading. Sekiranya anda deposit serendah 100 USD, saya nasihatkan untuk tidak mengambil risiko lebih daripada 1% hingga 3% daripada modal anda pada setiap perdagangan.

Selain itu, anda juga perlu meletakkan stop-loss untuk setiap perdagangan anda. Stop loss ini akan menutup perdagangan anda secara automatik apabila ia mencapai had limit kerugian yang telah anda tetapkan.

Swing Trading

Jika Day trading merupakan perdagangan jangka masa pendek, berbeza pula dengan Swing trading. Swing trading merupakan aktiviti perdagangan forex yang lakukan dalam jangka masa yang panjang. Pemain biasanya akan membuka posisi dalam pasaran dan membiarkan posisi tersebut selama beberapa hari bahkan hingga berminggu-minggu untuk menutup posisi tersebut.

Teknik perdagangan ini merupakan teknik perdagangan yang popular di kalangan pemain forex yang mempunyai deposit yang lebih besar. Ini kerana, pemain forex biasanya akan memegang posisi perdagangan mereka beberapa hari untuk cuba memperoleh keuntungan daripada perubahan harga pasaran.

Pemain yang mempunyai modal kecil tidak sesuai untuk menggunakan teknik ini. Kerana, modal yang rendah tidak akan dapat menampung jika harga jatuh terlalu rendah. Ia juga menyebabkan pemain akan kehilangan duit mereka 100% dan anda mungkin gagal untuk memperoleh keuntungan.

Namun, perdagangan jangka masa pendek ini memerlukan lebih banyak masa anda di depan komputer atau telefon anda. Sementara itu, untuk perdagangan jangka masa panjang pula, ia lebih santai dan tidak mengambil masa anda terlalu lama untuk memantau perdagangan tersebut.

Cara Main Forex Dengan Modal Kecil

Pilih Broker Forex dan Akaun Dagangan Yang Tepat

Dalam forex, memilih broker yang baik merupakan perkara yang sangat penting bagi pemain forex. Terdapat banyak broker forex yang tersedia di Malaysia yang boleh dipilih tetapi sekiranya anda mempunyai modal yang kecil, maka anda perlu mencari broker yang menawarkan modal permulaan yang rendah mengikut kemampuan anda.

Selain itu, anda juga harus memastikan bahawa anda memilih broker yang mempunyai reputasi yang baik dan dikawal selia oleh badan berkuasa yang kukuh dan dipercayai seperti Financial Conduct Authority (FCA). Anda juga perlu menyemak syarat perdagangan broker anda yang lain seperti leverage, komisen dan kaedah pengeluaran pengeluaran.

Selepas memilih broker forex, anda seterusnya perlu memilih akaun dagangan yang sesuai dengan modal anda. Jika anda mempunyai modal yang kecil, saya sarankan anak untuk memilih akaun yang mempunya deposit minimum yang rendah seperti akaun jenis micro.

Belajar Asas Trading Forex

Anda tidak boleh terjun terus ke dunia trading forex tanpa apa-apa pengetahuan. Anda mungkin akan kehilangan wang anda jika tidak tahu apa-apa tentang forex. Sebelum anda mula bermain forex dengan wang sebenar, sangat penting untuk anda memastikan bahawa anda sudah pun memahami sepenuhnya konsep asas perdagangan forex, seperti pengurusan risiko dan analisis teknikal.

Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, anda juga boleh menghadiri kelas forex, seminar atau meminta bimbingan daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, anda juga boleh menggunakan akaun demo terlebih dahulu untuk menguji kemahiran anda sebelum mempertaruhkan modal sebenar untuk forex trading.

Leverage

Leverage membolehkan pemain forex membuka posisi yang lebih besar walaupun mempunyai modal yang kecil. Konsep leverage ini sangat biasa dikalangan pemain forex. Tetapi anda perlu ingat, walaupun leverage memberi kelebihan kepada anda, anda juga berhadapan dengan risiko kehilangan wang anda jika anda gagal untuk menggunakan leverage yang sesuai.

Untuk pemula, saya sarankan anda untuk menggunakan leverage 1:100. Anda tidak boleh terus membuka lot dengan besar. Jika modal anda adalah serendah 100 USD, saya sarankan anda untuk buka lot 0.01 sehingga 0.03 sahaja.

Instrument

Pemilihan instrumen dagangan juga sangat penting. Jika anda mempunyai modal yang kecil, saya sarankan anda untuk memilih instrument atau pasangan mata wang yang lebih mudah untuk “dijual beli” seperti EUR/USD, JPY/USD, GBP/USD dan AUS/USD.

Perkara ini tidak memerlukan anda untuk hold posisi anda di pasaran dengan terlalu lama. Fokus kepada satu atau dua pasangan mata wang yang memberikan keuntungan yang bagus untuk anda agar anda tidak terlalu banyak melakukan kesilapan dalam perdagangan dan kehilangan wang anda.

Trade Kecil Tetapi Kerap

Jika anda mempunya modal yang kecil, anda perlu bijak untuk mengatur jadual perdagangan anda. Anda perlu meletakkan sasaran untuk trade dengan jumlah yang kecil setiap minggu sambil mengasah kemahiran anda untuk bermain forex.

Anda boleh mula bermain dengan modal 5 USD sehingga 10 USD untuks setiap entry. Dengan  cara ini, anda dapat bermain forex dengan risiko yang lebih rendah tanpa menjejaskan modal anda. Kaedah ini mungkin memberikan pulangan yang rendah tetapi ia lebih selamat daripada anda menghabiskan modal anda dengan sekali entry.

Sabar dan Kawal Emosi

Kejayaan forex bukanlah diukur dan ditentukan oleh berapa banyak modal perdagangan yang anda miliki dan kepakaran anda dalam bermain forex. Tetapi, forex kejayaan seseorang dalam forex adalah ditentukan oleh kesabaran dan disiplin yang tinggi. Nak jadi trader bejaya, kena sabar.

Anda harus banyak bersabar kerana trading ini tidak akan memberikan anda keuntungan dengan mudah. Ia mengambil masa yang lama untuk anda dapat trade forex dan memperoleh keuntungan secara konsisten.

Di dunia forex, anda mungkin sangat mudah untuk terpengaruh dengan keseronokan ketika bermain forex yang menyebabkan anda membuat keputusan terburu-buru ketika trade forex. Untuk berjaya dalam forex, anda perlu mengekalkan sasaran anda terutamanya jika anda mempunyai modal yang kecil. Jangan terlalu mengejar pip sehingga beratus-ratus kerana ia mungkin menjadi punca trading anda gagal!

Pengurusan Kewangan dan Risiko

Jika nak jadi trader yang berjaya, anda mestilah mempunyai pengurusan keewangan dan risiko yang bagus. Apabila anda trade forex dengan modal yang kecil, pengurusan kewangan dan risiko adalah perkara yang amat penting untuk anda titik beratkan. Contohnya, tetapkan 1% hingga 3% risiko modal anda setiap kali anda trade forex.

Selain itu, anda juga perlu menetapkan Take Profit dan Stop Loss untuk setiap perdagangan anda. Untuk berjaya dalam forex, anda perlu menguasai pengurusan kewangan dan risiko.

Broker Forex Yang Menawarkan Deposit Yang Kecil

Broker forex ialah syarikat perkhidmatan kewangan yang menyediakan akses kepada pedagang (pemain forex) kepada platform perdagangan untuk membeli dan menjual mata wang asing. Broker forex berfungsi sebagai penghubung atau orang tengah antara pembeli dan penjual.

Terdapat beberapa broker forex di Malaysia yang menawarkan minimum deposit yang rendah seperti dibawah:

1# XM

Broker XM merupakan broker forex yang paling popular di Malaysia. XM ditubuhkan pada tahun 2009 dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchanges Commission (CySEC), Australian Securities and Investments Commission (ASIC) dan Belize Regulatory Authority (FSC).

XM menawarkan empat jenis akaun dagangan iaitu akaun Standard, akaun XM Ultra Low, akaun Micro dan akaun Shares. Untuk akaun Standard, akaun XM Ultra Low dan akaun Micro, minimum deposit yang ditetapkan adalah serendah 5 USD (sekitar RM21) sahaja. Ketiga-tiga jenis akaun ini sesuai bagi anda yang mempunyai modal yang kecil.

Selain itu, broker XM juga menawarkan deposit bonus 30 USD kepada pelanggan mereka. Oleh itu, anda boleh memanfaatkan bonus deposit tersebut dalam perdagangan anda.

2# Onda

Broker forex Oanda merupakan antara broker forex yang awal ditubuhkan. Oanda ditubuhkan pada tahun 1996 di Amerika Syarikat. OANDA dikawal-selia oleh badan-badan kewangan di beberapa negara, termasuklah badan kewangan UK iaitu Financial Conduct Authority (FCA).

Broker forex Oanda menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu akaun Standard, akaun Core dan akaun Swap-free. Perkara yang menarik tentang Oanda adalah, Oanda tidak menetapkan minimum deposit. Ini bermaksud, anda boleh mula bermain forex dengan deposit serendah 1 USD.

3# GMI Markets

Broker forex GMI Markets atau GMI Edge nama dahulunya merupakan broker forex global yang dikawal selia oleh Vanuatu Financial Services Commission dengan nombor pendaftaran 14647. GMI Markets juga pernah memenangi beberapa award seperti Best Trading Platform Forex Broker, Best Trading Environment dan Best IB Supported Forex Broker. GMI Markets kini mempunyai lebih daripada 1 juta akaun berdaftar di lebih 30 negara.

GMI Markets menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu akaun ECN, akaun Cent dan akaun Standard. Ketiga-tiga akaun ini mempunya minimum deposit bermula daripada 15 USD sehingga 100 USD. Ia sesuai bagi pemain forex yang mempunyai modal yang kecil.

4# InstaForex

InstaForex Malaysia merupakan sebuah jenama yang terkenal dan mempunyai duta jenama mereka sendiri seperti Vladimir Moravcik yang merupakan Muay Thai Fighter. InstaForex ditubuhkan pada tahun 2007 dan dikawal selia dan berdaftar dengan FSC Saint Vincent (Nombor Pendaftaran IBC22945).

InstaForex menawarkan empat jenis akaun dagangan iaitu akaun Insta Standard, akaun Insta Eurica, akaun Cent Standard dan akaun Cent Eurica. Deposit minimum bagi keempat-empat akaun dagangan ini adalah bermula daripada 1 USD. InstaForex juga menawarkan beberapa bonus kepada pelanggan mereka iaitu Bonus 100%, Bonus 55% dan Bonus 30%.

5# AvaTrade

Broker Forex AvaTrade ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan salah satu broker forex yang paling selamat. AvaTrade dibawal selia oleh 7 badan berkuasa di 6 benua. Diantaranya adalah, MiFID, Central Bank of Ireland, Australian Securities and Investments Commission (ASIC), Financial Services Commission (FSC), British Virgin Islands Financial Services Commission (BVIFSC) dan Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC).

AvaTrade menawarkan empat jenis akaun dagangan kepada pelanggan mereka iaitu akaun Spread Rendah, akaun Standard, akaun Islamik dan akaun Rebate. Deposit minimum bagi akaun dagangan yang ditawarkan oleh AvaTrade adalah bermula daripada 100 USD dan ke atas.

Kesimpulan

Jika anda benar-benar berminat dan serius untuk bermain forex tetapi mempunyai modal yang kecil, anda perlu belajar dan memahami pengurusan risiko dan kewangan. Anda juga boleh bermain forex dengan menggunakan akaun demo terlebih dahulu sebelum bermain dengan akaun sebenar.

Selain itu, disiplin, kesabaran dan juga mindset juga sangat  penting ketika anda bermain forex jika nak jadi trader yang berjaya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjadi trader yang berjaya. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *