Signal forex atau isyarat forex merupakan salah satu perkhidmatan yang sangat popular dan dicari-cari oleh para pedagang forex. Menurut wikipedia, isyarat forex atau isyarat forex merupakan petunjuk untuk memasuki perdagangan pasangan mata wang biasanya pada harga dan waktu tertentu.
Forex signals ini biasanya dihasilkan sama ada oleh penganalisis manusia atau robot Forex automatik yang dibekalkan kepada pelanggan perkhidmatan isyarat forex.
Salah satu saluran perkhidmatan forex signal ini ditawarkan adalah melalui Telegram. Tetapi malangnya, ramai individu yang mengambil kesempatan dengan menipu para pedagang forex yang mencari forex signal tersebut.
Ramai juga yang terpedaya dengan perkhidmatan isyarat forex yang ditawarkan. Kononnya ketepatan isyarat tersebut sehingga 60% bahkan 90%.
Antara taktik scammer isyarat forex Telegram menarik minat orang ramai untuk menyertai mereka adalah seperti berikut:
Rekod Keuntungan
Rekod keuntungan yang “cantik” sudah semestinya menarik minat dan membuatkan para pedagang forex percaya untuk mengikuti forex signals tersebut. Taktik ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menarik minat anda kerana motivasi seorang pedagang forex adalah untuk mendapatkan keuntungan dari perdagangan mereka.
Oleh itu, sila berhati-hati jika penyedia isyarat forex tersebut hanya memberikan rekod perdagangan yang bagus. Ada kemungkinan mereka adalah scammer. Sila kaji kesahihan penyedia isyarat forex tersebut sebelum mengambil keputusan untuk follow isyarat forex dari mereka.
Profile Palsu
Penyedia isyarat forex sebenar biasanya mempunyai profile yang jelas dan dipercayai. Mereka juga biasanya akan mempunyai lama web yang tersendiri atau sekurang-kurangnya akaun Facebook rasmi mereka dan mempunyai pengikut yang tersendiri.
Scammer juga biasanya akan mempunyai profile mereka yang menunjukkan seakan akan mereka ini adalah benar tetapi tidak mempunyai identiti yang jelas. Mereka juga mungkin akan mempunyai laman web dan profile Facebook yang mempunyai pengikut yang ramai. Sila pastikan bahawa maklumat yang mereka berikan boleh dipercayai seperti maklumat diri atau syarikat, dimana mereka beroperasi, sokongan perkhidmatan pelanggan dan sebagainya.
Tawaran Tidak Masuk Akal
Selain daripada rekod perdagangan yang bagus, anda juga perlu berhati-hati dengan penyedia signal forex yang menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal. Antara ayar-ayat scammer untuk memperdaya dan menarik minat anda adalah:
“Ketepatan signal forex dijamin 80%-90%”
“Dapatkan pulangan 70%-90%”
No such thing, it’s not easy to get a 100% accurate signal!
Sedangkan hakikatnya ketepatan signal forex biasanya tidaklah mencapai sehingga 90%. Tidak dinafikan bahawa ada juga signal yang tepat tetapi tidak semua. Dalam lima signal yang diberikan, mungkin hanya dua sahaja yang betul.
Jika penyedia signal forex memberikan anda janji seperti berikut maka anda perlu berhati-hati. Anda kemungkinan mereka adalah scammer. Jangan percaya bulat-bulat dengan janji mereka.
Testimoni Terlalu Positif
Zaman sekarang, anda tidak boleh percaya dengan testimoni-testimoni yang dikeluarkan oleh penyedia signal forex atau pun peniaga yang lain. Anda perlu ingat bahawa scammer merupakan individu-individu yang pintar. Testimoni melalui perbualan whatsapp, telegram dan messenger biasanya boleh dipalsukan.
Jika testimoni penyedia signal semuanya baik dan tidak ada cacat celanya, maka anda perlu berhati-hati. Sila kaji idnentiti penyedia signal forex tersebut sebelum anda mengikut signal forex yang disediakan oleh mereka. Anda juga boleh baca testimoni penyedia signal forex melalui website seperti forexpeacearmy.com. Pengikut yang ramai tidak menjanjikan bahawa ia adalah penyedia signal yang benar.
Cara Untuk Tidak Terjebak Dengan Scammer
1# Belajar Forex
Salah satu cara untuk mengelakkan diri anda daripada terjebak dengan scam forex adalah belajar ilmu forex. Jika anda perasan, mangsa scam biasanya mereka yang kurang mahir dan tahu ilmu forex. Jika anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam forex, anda akan tidak terjebak dengan scam forex kerana anda tahu bagaimana signal forex itu berfungsi. Anda juga boleh mengenal pasti mana satu scammer signal forex.
2# Kaji Latar Belakang Penyedia Signal
“Pencuri” sudah semestinya tidak akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenar. Mereka mungkin akan menggunakan indeniti orang lain atau identiti palsu. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk mengikuti signal forex telegram, sila kaji dahulu latar belakang penyedia signal forex tersebut. Sila kenalpasti identiti mereka sama ada mempunyai reputasi yang bagus atau buruk, siapa individu disebalik akaun telegram tersebut dan berapa lama mereka beroperasi.
3# Komunikasi Lancar
Komunikasi merupakan salah satu yang perlu anda titik beratkan ketika memilih mana-mana perkhidmatan yang anda mahu. Penyedia signal yang betul mempunyai sistem komunikasi yang lancar. Mereka tidak akan membiarkan soalan-soalan anda tidak dijawab dalam tempoh yang lama. Jika penyedia signal forex mempunyai komunikasi yang tidak lancar maka anda perlu pertimbangkan keputusan anda untuk mengikuti mereka.
4# Meminta Wang Dengan Cara Mendesak
Ada sesetengah penyedia signal forex melalui telegram mengenakan bayaran. Tetapi tidak semua penyedia signal forex itu baik. Ada di antara mereka yang hanya mahukan wang anda sahaja. Oleh itu, anda juga boleh mengenalpasti kesahihan mereka dari cara layanan mereka. Jika penyedia signal forex tersebut meminta bayaran daripada anda dengan cara yang mendesak ada kemungkinan mereka hanya mahukan wang anda. Sila pastikan anda jangan bayar apa-apa sebelum mengetahui kesahihan identiti mereka.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai cara scammer untuk memeras wang anda. Mereka juga mempunyai kepakaran menyamar sehingga boleh membuatkan akan terpedaya untuk mengikuti mereka. Pastikan anda kaji dahulu latar belakang mereka dan cari tahu siapa individu disebalik Telegram tersebut. Jika anda sudah pasti bahawa mereka adalah individu yang boleh dipercayai, barulah anda memutuskan untuk mengikut mereka.