Perkara Paling Penting

Gold bergerak jauh lebih besar dari forex dan nilai pip-nya berbeza. Saiz lot gaya EUR/USD di gold = akaun hangus. Mula dengan 0.01 lot, SL lebih luas, dan elak waktu berita AS.

Apa Itu XAUUSD?

Harga 1 auns emas dalam USD. Anda berdagang CFD ke atas harga emas — bukan emas fizikal. Boleh buy atau sell. Beza penting: CFD gold guna leverage; emas fizikal/akaun emas bank adalah simpanan tanpa leverage. Dua benda berbeza.

Kenapa Gold Berbeza Dari Forex

Saiz Lot Pergerakan USD1.00 harga gold Dalam RM*
1.0 lot USD100 ≈ RM470
0.10 lot USD10 ≈ RM47
0.01 lot USD1 ≈ RM4.70

USD/MYR Selalu berubah, jadual di atas adalah rujukan semata – mata

Spread gold 15–35 sen bergantung broker/akaun  — jauh lebih tinggi dari EUR/USD.

Waktu Terbaik Trade Gold (Waktu Malaysia)

Sesi MYT Ciri
Asia 7:00 pagi – 3:00 ptg Perlahan, range kecil
London 3:00 ptg – 12:00 mlm Momentum masuk
London–NY overlap 8:30 mlm – 12:00 mlm Paling aktif

Berita AS (NFP, CPI, Fed) sekitar 8:30–9:30 malam MYT menggerakkan gold dengan ganas. Pemula patut ELAK waktu ini, bukan memburunya.

Langkah Praktikal

  • Kuasai asas: cara mula trading forex

  • Demo dengan XAUUSD secara khusus

  • Mula 0.01 lot — keperluan untuk modal bawah RM5,000

  • SL wajib & lebih luas dari forex — kira dengan formula saiz lot

  • Masukkan jumlah dalam MYR atau USD

  • Broker spread gold kompetitif — perbandingan kami

4 Kesilapan Yang Menghanguskan Akaun Di Gold

  1. Saiz lot gaya forex — 0.10 “biasa je” di EUR/USD adalah posisi besar di gold
  2. Tiada SL sebab “gold mesti naik balik” — gold boleh jatuh USD50+ sehari
  3. Trade lawan trend semasa berita AS
  4. Averaging posisi rugi (“marti”) — pembunuh akaun #1 trader gold Malaysia

Soalan Lazim

Berapa modal minimum nak trade gold?

Teknikalnya RM100–200 pada 0.01 lot; praktikalnya RM1,000+ memberi ruang bernafas realistik.

Gold ke forex lebih senang untuk pemula?

EUR/USD lebih sesuai untuk belajar. Gold sesuai selepas disiplin lot & SL kukuh.

Boleh trade gold 24 jam?

Isnin pagi – Sabtu awal pagi MYT dengan rehat singkat harian. Kecairan terbaik sesi London/NY.

Dagangan CFD gold melibatkan risiko tinggi dan leverage. Bukan nasihat pelaburan.