Langkah 1: Belajar Asas Sebelum Sentuh Duit
Minimum: pasangan mata wang, pip, lot, leverage & margin, spread. Anggaran masa: 1–2 minggu. 90% kerugian trader baru berpunca dari tak faham leverage dan saiz lot.
Langkah 2: Pilih Broker Yang Betul
- Rekod pembayaran — kriteria #1 kami, mengatasi segala-galanya
- Lesen — ASIC, CySEC, FSCA, FSA
- Deposit/pengeluaran melalui bank Malaysia
- Sokongan Bahasa Melayu
- Deposit minimum rendah
Langkah 3: Buka Akaun Demo Dahulu
Minimum 2–4 minggu, ATAU sehingga anda boleh jawab tanpa fikir: “Kalau saya buy 0.01 lot EUR/USD dan harga jatuh 50 pip, berapa RM saya rugi?” Tak boleh jawab = belum sedia.
Langkah 4: Buka Akaun Sebenar & Lengkapkan Verifikasi
MyKad + bukti alamat (bawah 3–6 bulan). Siapkan verifikasi sebelum deposit — ramai tersangkut masa pengeluaran sebab KYC tak lengkap.

Langkah 5: Deposit Kecil — Serius, Kecil
RM100–RM500 cukup untuk belajar dengan emosi sebenar. Modal besar di tangan pemula = kerugian besar yang lebih cepat.
Langkah 6: Trade Pertama Anda
| Parameter | Cadangan |
|---|---|
| Saiz | 0.01 lot (micro) |
| Pasangan | EUR/USD |
| Stop loss | WAJIB, sebelum tekan buy/sell |
| Risiko maksimum | 1–2% modal / trade |
Modal RM500, risiko 2% = RM10 setiap trade. Matlamat trade pertama bukan untung — melaksanakan proses dengan betul.
Langkah 7: Rekod, Semak, Ulang
Jurnal trading: kenapa masuk, kenapa keluar, apa perasaan anda. Pembeza terbesar antara trader yang berkembang dan yang ulang kesilapan sama.
Kesilapan Pemula Paling Kerap
Soalan Lazim
Berapa modal minimum nak mula forex di Malaysia?
Teknikalnya RM50–RM100. Praktikalnya RM300–RM500 memberi ruang belajar lebih selesa dengan micro lot.
Berapa lama nak mahir?
Perlu ke kelas forex berbayar?
Dagangan forex melibatkan risiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua. Jangan berdagang dengan wang yang anda tidak mampu rugi.








