Berapakah Jumlah Deposit Yang Sesuai Sebelum Anda Mula Main Forex?


Berapakah amaun yang sesuai bagi anda untuk mula trade forex?

a. 10 USD

b. 50 USD

c. 100 USD

d. 200 USD

e. 500 USD

f. 1000 USD

g. 2000 USD ke atas

…..

Orang lain akan jawab: Pilih mana sahaja yang sesuai dengan kemampuan anda.

Jawapan saya: Lagi tinggi amaun yang anda deposit, lagi bagus. Saiz deposit yang paling sesuai adalah di antara 1,000 USD sehingga 10,000 USD.

Forex trading adalah bidang yang berisiko tinggi. Anda memerlukan modal yang besar sebagai “peluru” tambahan sekiranya keputusan dagangan tidak memihak kepada anda. Jika anda trade dengan modal yang kecil seperti 100 USD atau lagi teruk 10 USD, anda sebenarnya bermain dengan api. Anda berpotensi untuk melenyapkan seluruh akaun trading anda dengan hanya satu trade.

Adakah Modal Besar Menjanjikan Ganjaran Besar?

Tidak semestinya. Anda masih boleh mendapat ganjaran besar walaupun modal anda kecil. Apa yang membezakan modal besar dan modal kecil adalah, modal besar memberi anda peluru tambahan untuk bertahan lebih lama dalam “permainan” forex. Sebagai trader, anda akan mengalami musim untung dan musim rugi. Apabila anda mengalami beberapa siri kerugian, modal tambahan ini boleh membantu anda untuk teruskan berjuang dan mengelakkan “margin call”.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda hanya mempunyai modal cukup-cukup makan sahaja, saya tidak sarankan anda untuk deposit melebih kemampuan anda. Anda juga boleh deposit serendah 10 USD.

Strategi Menggunakan 2 Akaun Trading: High Risk & Low Risk

Anda boleh membuka 2 akaun trading: satu akaun low risk dan satu lagi, akaun high risk. Untuk akaun low risk, anda boleh membuat deposit yang besar, di antara 1,000 USD hingga 10,000 USD. Untuk akaun high risk pula, anda boleh membuat deposit kecil, 50 USD hingga 100 USD.

Akaun trading low risk – Ambil 5% risk per trade.

Akaun trading high risk – Ambil 50% risk per trade.

Strategi ini boleh dikira sebagai agak “advanced”. So, jika anda masih baru dalam forex, lebih baik anda buka satu akaun trading sahaja.

Akaun Trading Low Risk

Untuk akaun trading low risk, saya mencadangkan supaya anda mengambil paling tinggi pun 5% risk per trade sahaja. Akaun ini akan digunakan untuk meningkatkan kekayaan jangka panjang anda.

Untuk setiap trade yang anda buat, anda bersedia untuk rugi sebanyak 5% daripada jumlah modal keseluruhan. Katakan modal yang anda deposit adalah sebanyak 2000 USD, 5% daripada 2000 USD adalah 100 USD.

Oleh itu, dengan berbekalkan modal sebanyak 2000 USD, anda bersedia untuk rugi sebanyak 100 USD untuk setiap trade yang anda buat.

Jika risk to reward ratio anda adalah 4:1, untuk setiap 100 USD yang dipertaruhkan, anda berpotensi untuk menjana profit sebanyak 400 USD.

Ambil risiko sebanyak 100 USD untuk menjana profit sebanyak 400 USD!

Katakan pulangan profit setiap bulan untuk akaun trading low risk anda adalah sebanyak 20% sebulan, dalam 12 bulan, anda berpotensi untuk menjana sebanyak 17,832.20 USD, sekiranya modal permulaan anda adalah sebanyak 2000 USD dan dengan syarat, anda tidak pernah membuat sebarang withdrawal (pengeluaran).

BulanModal%Jumlah
1$ 2000+20%$ 2400
2$ 2400+20%$ 2880
3$ 2880+20%$ 3456
4$ 3456+20%$ 4147.2
5$ 4147.2+20%$ 4976.64
6$ 4976.64+20%$ 5971.97
7$ 5971.97+20%$ 7166.36
8$ 7166.36+20%$ 8599.63
9$ 8599.63+20%$ 10319.56
10$ 10319.56+20%$ 12383.47
11$ 12383.47+20%$ 14860.17
12$ 14860.17+20%$ 17832.2

Akaun trading low risk sesuai untuk mengembangkan kekayaan anda untuk jangka masa panjang.

Bagaimana Pula Dengan Akaun Trading High Risk?

Untuk akaun trading high risk pula, modal permulaan anda kecil, serendah 50 USD, dan risiko yang anda ambil untuk setiap trade pula adalah tinggi, setinggi 50% untuk setiap trade.

Contohnya, dengan modal permulaan sebanyak 50 USD, jika anda trade dan rugi, anda akan hilang 50% daripada modal anda, Baki modal tinggal 25 USD.

Bagaimana pula jika anda profit? Jika anda profit, modal 50 USD anda akan berganda menjadi 100 USD, jika anda menggunakan risk to reward ratio sebanyak 2:1.

Jadual di bawah menunjukkan perkembangan modal anda dari 50 USD menjadi 204,800 USD dalam 12 bulan menggunakan strategi akaun trading high risk.

MonthPrevious%Total
1$ 50+100%$ 100
2$ 100+100%$ 200
3$ 200+100%$ 400
4$ 400+100%$ 800
5$ 800+100%$ 1600
6$ 1600+100%$ 3200
7$ 3200+100%$ 6400
8$ 6400+100%$ 12800
9$ 12800+100%$ 25600
10$ 25600+100%$ 51200
11$ 51200+100%$ 102400
12$ 102400+100%$ 204800

Jadual di atas adalah berdasarkan modal permulaan 50 USD dengan andaian bahawa anda cuma akan trade sekali sebulan dan anda tidak pernah rugi walau satu trade pun.

Kesimpulan

Jika anda seorang yang baru nak mula trade forex, saranan saya adalah, sentiasa mula dengan modal yang kecil, 50-100 USD, dan amalkan risk per trade sebanyak 5%. Jika anda sudah ada sedikit pengalaman dan anda mahu kembangkan akaun anda, anda boleh menggunakan strategi low risk and high risk akaun untuk “growkan” akaun trading anda dengan lebih cepat.

Adakah anda berminat untuk trade dan menjana profit seperti seorang professional forex trader? Klik di sini untuk info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *