Scammer Forex Malaysia: Apa yang Perlu Anda Tahu Untuk Menghindari Scammer Forex

Dagangan forex atau forex trading merupakan salah satu pilihan pelaburan (investment) yang popular di Malaysia. Ramai pelabur atau pedagang di Malaysia yang terjun ke dunia forex dan memanfaatkan pulangan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan yang datang dari perdagangan mata wang asing.

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan jumlah platform dagangan forex atas talian serta kemudahan akses kepada pasaran forex di Malaysia, ramai individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab mula melakukan aktiviti penipuan dalam perdagangan forex secara agresif.

Individu atau kumpulan ini biasanya dipanggil atau dikenali sebagai scammer forex atau forex scam.

Ini bukanlah satu perkara yang boleh dianggap ringan. Ramai rakyat Malaysia yang sudah terjebak dan kehilangan wang yang banyak.

Biasanya, scammer forex ini sering menyasarkan individu mudah percaya dengan janji pulangan tinggi dan keuntungan terjamin jika trade dengan mereka.

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan cara mengenali penipuan forex di Malaysia dan memberikan tip tentang cara melindungi diri anda daripada menjadi mangsa aktiviti penipuan ini.

Dengan mengetahui ciri-ciri penipuan dan mengambil langkah berjaga-jaga, anda boleh trade forex dengan lebih yakin dan selamat.

Adakah Forex Sah di Malaysia?

Dagangan forex adalah sah di Malaysia, tetapi ia dikawal selia oleh Securities Commission of Malaysia (SC) dengan ketat. SC bertanggungjawab untuk memastikan semua pasaran kewangan, termasuk pasaran forex, beroperasi secara telus dan cekap.

Mana-mana orang atau syarikat yang ingin menawarkan perkhidmatan dagangan forex di Malaysia mesti dilesenkan dan dibenarkan oleh SC terlebih dahulu.

Individu yang ingin berdagang forex di Malaysia juga perlu mengetahui garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh SC, termasuk sekatan ke atas leverage dan syarat dagangan yang lain.

Forex Scam: Bagaimana Mengenal Pasti Scammer Forex?

Untuk mengenali pasti scammer forex ini bukanlah satu kerja yang susah. Saya akan terangkan di bawah ciri-ciri forex scam atau taktik yang sering digunakan oleh forex trading scam untuk menipu orang ramai.

Broker regulated atau dikawal Selia

Broker forex yang betul dan boleh dipercayai biasanya dikawal selia dengan baik oleh badan berkuasa yang kukuh seperti Financial Conduct Authority (FCA) dan Australian Securities and Investments Commission (ASIC).

Biasanya, broker forex yang dikawal selia oleh dua badan berkuasa ini dianggap mempunyai reputasi yang tinggi dan boleh dipercayai. Dengan adanya kawalan ketat ke atas broker forex, keselamatan dan anda akan lebih terjamin.

Anda boleh semak maklumat regilator di website rasmi broker forex. Jika anda jumpa forex broker atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan atau investement forex yang tidak dikawal selia, saya nasihatkan anda untuk tidak berdagang atau meresikokan wang anda dengan mereka.

Platform perdagangan

Platform dagangan atau trading platform merupakan aplikasi atau perisian (software) yang membolehkan trader untuk mengakses pasaran pertukaran asing dan melakukan aktiviti dagangan forex. Salah satu trading platform yang popular di kalangan pedagang forex adalah MetaTrader 4 (MT4).

Ia berfungsi sebagai interface antara trader forex dan broker forex, yang menyediakan akses masa nyata kepada data pasaran, carta dan alat dagangan lain untuk membantu anda membuat keputusan perdagangan.

Broker yang bagus biasanya akan menyediakan platform perdagangan yang bagus kepada pelanggan mereka untuk melaksanakan perdagangan mereka.

Jika platform dagangan yang disediakan oleh broker forex kelihatan mencurigakan, saya sarankan anda untuk tidak trade dengan broker tersebut.

Caj dan Komisen

Ramai broker forex yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj dan komisen yang tinggi kepada pelanggan mereka. Akibatnya, kos dagangan anda akan tinggi berbanding dengan kos kebiasaannya.

Oleh itu, anda perlu cari broker yang menawarkan spread yang kompetitif, komisen rendah serta caj lain yang lebih rendah.

Sokongan Perkhidmatan Pelanggan

Sokongan perkhidmatan pelanggan merupakan faktor yang yang sangat penting. Broker yang bagus biasanya mempunyai sokongan perkhidmatan pelanggan yang bagus dan mudah dihubungi.

Mereka perlu sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan dan menangani masalah anda dengan cepat dan secara profesional.

Elak menggunakan broker forex yang mempunyai sokongan perkhidmatan pelanggan yang lemah. Kerana kemungkinan besar broker forex tersebut adalah scammer.

Deposit dan Withdrawal

Forex forex yang bagus dan boleh dipercayai biasanya akan menawarkan kemudahan deposit dan withdrawal yang mudah kepada pelanggan mereka.

Salah satu contoh, menyediakan kemudahan deposit dan withdrawal melalui perbankan atas talian atau online bank transfer dengan bank tempatan yang tersedia di Negara anda.

Reputasi

Broker forex atau syarikat investment scammer biasanya mempunyai ulasan reputasi yang buruk. Macam mana nak tahu broker tersebut mempunyai reputasi yang buruk atau bagus? Mudah sahaja!

Anda boleh membaca ulasan pelanggan di website yang boleh dipercayai seperti trustpilot. Di website trustpilot ini, anda dapat melihat pelbagai ulasan pelanggan tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh forex broker.

Jenis Penipuan Forex Yang Sering Terjadi di Malaysia

Broker Forex Palsu

Anda perlu ingat bahawa scammer bukanlah orang bodoh. Mereka sangat bijak dan mempunyai 1001 cara untuk menipu orang ramai.

Salah satunya adalah dengan mencipta broker forex palsu untuk menarik trader berdagang dengan mereka.

Mereka juga mungkin menawarkan bonus menarik, caj dagangan yang rendah dan insentif lain untuk menarik orang ramai membuka akaun forex trading dengan mereka.

Sebaik sahaja anda memasukkan wang ke dalam akaun trading anda penipu tersebut mungkin hilang atau enggan memulangkan wang anda.

Nasihat saya, jangan mudah terjebak dengan bonus serta tawaran yang terlalu bagus dan menarik daripada broker forex. Ada baiknya anda membuat kajian terlebih dahulu sebelum mula berdagang dengan mereka.

Scammer Signal Forex

Isyarat atau signal forex merupakan amaran atau cadangan perdagangan yang mengesyorkan titik masuk atau keluar dalam pasaran forex yang perpotensi untuk menghasilkan keuntungan atau profit.

Trader pula boleh menggunakan signal forex ini untuk membantu mereka membuat keputusan perdagangan.

Namun, anda perlu ingat, tidak semua pembekal signal forex ini boleh dipercayai. Ramai scammer forex yang menjual atau memberikan signal forex kepada orang ramai dan menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Mereka juga mungkin membuat testimoni palsu seperti gambar profit dan sebagainya. Namun pada hakikatnya, signal forex yang mereka berikan adalah salah.

Skim Ponzi

Skim Ponzi merupakan satu bentuk penipuan pelaburan. Ia juga pernah menjadi topik perdebatan hangat di kalangan rakyat Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Syarikat atau individu yang menjalankan skim Ponzi ini biasanya akan menggunakan wang pelabur baru untuk membayar pelabur terdahulu.

Dalam skim Ponzi forex, penipu biasanya memperkenalkan diri mereka sebagai peniaga forex yang berjaya dan meminta anda untuk membuat pelaburan di dalam syarikat mereka dengan janji pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

Apabila anda sudah memberikan wang anda untuk tujuan pelaburan kepada individu atau syarikat tersebut, akhirnya penipu akan hilang dengan wang mereka dan meninggalkan pelabur tanpa apa-apa.

Sumber: iluminasi.com

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa pelaburan forex merupakan salah satu pelaburan yang menguntungkan di Malaysia

Namun, penipuan dalam perdagangan forex merupakan masalah serius di Malaysia yang boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak kepada pelabur yang kurang peka dan mudah termakan dengan janji-janji manis yang ditawarkan.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan ini, anda hendaklah membuat penyelidikan secara terperinci sebelum memutuskan untuk melabur dalam mana-mana platform atau syarikat dagangan forex. Cari ulasan atau review pengguna sebelum ini, semak kelayakan syarikat serta peraturannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *