– Laporan Disemak · Broker Forex

Tickmill Malaysia Review 2026: Ulasan Lengkap
Selepas Semakan Semula

Tickmill adalah antara segelintir broker forex antarabangsa yang benar-benar memegang lesen di Malaysia bukan sekadar “menerima pelanggan dari Malaysia.”

Disahkan · Jul 2026

Bonus & promo berubah kerap

Dilesenkan oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) dengan nombor lesen MB/18/0028 dan mempunyai pejabat berdaftar di Labuan.

Dalam ulasan Tickmill Malaysia yang dikemas kini sepenuhnya untuk 2026 ini, kami telah semak semula semua maklumat, termasuk perubahan besar pada struktur akaun mereka (akaun Pro dan VIP sudah tiada), komisen baharu, dan platform baharu seperti TradingView
dan Tickmill Trader.

Ditulis oleh Shahrul FX

Dikemaskini: Julai 2026 | Ditulis oleh Shahrul FX

Status Semakan
Maklumat broker
disahkan & dikemas kini
Laman Web tickmill.com
Ditubuhkan 2014
Ibu Pejabat London, United Kingdom
Regulasi Labuan FSA, FCA, CySEC, FSA Seychelles, FSCA, DFSA
Deposit Minimum USD 100
Spread & Komisen Dari 0.0 pip | USD 3/lot/sisi (Raw)
Leverage Maksimum Sehingga 1:1000
Platform MT4, MT5, TradingView, Tickmill Trader
Akaun Islamik Ya (swap-free)
Sokongan Bahasa Melayu Ya

01

Adakah Tickmill Dilesenkan?

Tickmill beroperasi di bawah beberapa entiti berasingan, dan setiap satu dikawal selia oleh

Badan berkuasa yang berbeza:

  • Tickmill Asia Ltd — Labuan FSA, Malaysia (Lesen: MB/18/0028). Pejabat berdaftar: Unit
    B, Lot 49, Tingkat 1, Blok F, Lazenda Warehouse 3, Jalan Ranca-Ranca, 87000 W.P.
    Labuan.
  • Tickmill UK Ltd — Financial Conduct Authority (FCA), United Kingdom (No. Daftar:
    717270)
  • Tickmill Europe Ltd — Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) (Lesen:
    278/15)
  • Tickmill Ltd — Financial Services Authority (FSA) Seychelles (Lesen: SD008)
  • Tickmill South Africa (Pty) Ltd — Financial Sector Conduct Authority (FSCA) (Lesen:
    FSP 49464)
  • Tickmill DFSA — Dubai Financial Services Authority

Anda boleh semak sendiri lesen FCA di register.fca.org.uk dan lesen Labuan di laman rasmi Labuan FSA.

Perkara penting untuk trader Malaysia: apabila anda mendaftar dari Malaysia, akaun anda kebiasaannya akan dibuka di bawah Tickmill Ltd (entiti Seychelles) — bukan entiti UK atau Cyprus. Ini bermakna anda mendapat leverage tinggi sehingga 1:1000, tetapi anda TIDAK dilindungi oleh skim pampasan seperti FSCS (UK) atau ICF (Cyprus). Dana anda disimpan dalam akaun berasingan (segregated accounts) di bank top-tier, dan perlindungan baki negatif disediakan — tetapi tiada dana pampasan pihak ketiga jika broker muflis.

02

Kelebihan

Lesen Labuan FSA di Malaysia

antara segelintir broker antarabangsa dengan lesen dan pejabat berdaftar di Malaysia, bukan sekadar menerima pelanggan Malaysia dari jauh.

Kos dagangan antara terendah di pasaran

Akaun Raw menawarkan spread dari 0.0 pip dengan komisen $3 setiap lot setiap sisi. Kos keseluruhan EUR/USD lebih kurang 0.7 pip sahaja.

Pilihan platform lengkap 2026

MT4, MT5, TradingView, dan aplikasi Tickmill Trader.
Sokongan TradingView adalah tambahan baharu yang ramai trader tunggu.

Semua strategi dibenarkan

scalping, hedging, EA/robot trading, semuanya tanpa
sekatan.

Lesen Labuan FSA di Malaysia

antara segelintir broker antarabangsa dengan lesen dan pejabat berdaftar di Malaysia, bukan sekadar menerima pelanggan Malaysia dari
jauh.

Lesen Labuan FSA di Malaysia

antara segelintir broker antarabangsa dengan lesen dan pejabat berdaftar di Malaysia, bukan sekadar menerima pelanggan Malaysia dari
jauh.

Lesen Labuan FSA di Malaysia

antara segelintir broker antarabangsa dengan lesen dan pejabat berdaftar di Malaysia, bukan sekadar menerima pelanggan Malaysia dari
jauh.

Lesen Labuan FSA di Malaysia

antara segelintir broker antarabangsa dengan lesen dan pejabat berdaftar di Malaysia, bukan sekadar menerima pelanggan Malaysia dari
jauh.

03

Kekurangan

  • Spread akaun Classic kurang kompetitif — purata 1.6–1.7 pip untuk EUR/USD adalah agak lebar berbanding broker lain untuk akaun tanpa komisen.

  • Komisen Raw naik dari $2 ke $3 setiap sisi pada 2026 — masih kompetitif, tetapi kenaikan 50% yang perlu anda tahu jika anda baca ulasan lama.

  • Akaun VIP sudah dimansuhkan — trader volum tinggi kehilangan tier komisen $1 yang dulu tersedia.

  • Alat pihak ketiga dihentikan — Autochartist, Pelican dan Capitalise.ai tidak lagi ditawarkan mulai 2026.

  • Pilihan instrumen sederhana — kira-kira 600+ simbol, tetapi tiada saham fizikal atau ETF sebenar; semuanya CFD.

  • Komisen Raw Spread (~USD 3/lot) perlu diambil kira dalam kos dagangan sebenar

  • Aduan kelewatan pengeluaran pada entiti Seychelles — majoriti pengeluaran lancar, tetapi ada laporan trader menunggu lebih lama daripada 1 hari bekerja yang diiklankan, terutamanya melalui bank transfer

04

Jenis Akaun Tickmill 2026: Classic vs Raw

PENTING: Jika anda pernah baca ulasan Tickmill sebelum ini yang menyebut akaun “Pro” dan “VIP” — maklumat itu sudah lapuk. Pada 2026, Tickmill telah memudahkan struktur akaun mereka kepada dua pilihan utama sahaja: Classic dan Raw.

Akaun Classic

Perkara Butiran
Deposit Minimum 100 USD
Spread Dari 1.6 pip
Komisen Tiada
Leverage Sehingga 1:1000
Lot Minimum 0.01
Platform MT4, MT5, Tickmill Trader
Pilihan Islamik Ya

Akaun Classic sesuai untuk pemula yang mahu kiraan kos yang mudah semua kos sudah termasuk dalam spread, tiada komisen berasingan. Kelemahannya: spread 1.6 pip untuk EUR/USD agak mahal mengikut standard 2026.

Akaun Raw

Perkara Butiran
Deposit Minimum 100 USD
Spread Dari 0.0 pip
Komisen $3 setiap lot setiap sisi ($6 round-turn)
Leverage Sehingga 1:1000
Lot Minimum 0.01
Platform MT4, MT5, Tickmill Trader
Pilihan Islamik Ya

Akaun Classic sesuai untuk pemula yang mahu kiraan kos yang mudah semua kos sudah termasuk dalam spread, tiada komisen berasingan. Kelemahannya: spread 1.6 pip untuk EUR/USD agak mahal mengikut standard 2026.

Akaun TradingView Raw

Untuk trader yang mahu berdagang terus dari antara muka TradingView, Tickmill menawarkan varian Raw dengan komisen sedikit lebih tinggi — $3.50 setiap lot setiap sisi. Anda dapat akses penuh kepada carta TradingView dengan 400+ indicator terbina, di samping akses silang platform melalui Tickmill Trader

Akaun Islamik (Swap-Free)

Kedua-dua akaun Classic dan Raw boleh ditukar kepada versi swap-free yang mematuhi prinsip kewangan Islam. Tiada caj faedah semalaman (overnight swap). Sebaliknya, yuran pentadbiran kecil mungkin dikenakan untuk posisi tertentu yang dipegang lebih daripada 3 malam — ini standard di kebanyakan broker.

Jika anda baru nak mula dan belum pasti akaun mana sesuai, baca dulu panduan membuka akaun forex sebenar kami sebelum membuat keputusan.

05

Spread dan Kos Dagangan

Reputasi Tickmill dibina atas satu perkara: kos dagangan rendah. Berikut anggaran spread purata semasa untuk akaun Raw (sebelum komisen):

Perkara Butiran
EUR/USD 0.1 pip
GBP/USD 0.2 pip
USD/JPY 0.1 pip
AUD/USD 0.1 pip
XAU/USD (Emas) Minimum 0 pip (purata tipikal 0.09)

Nota: spread berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Angka di atas adalah purata biasa, bukan jaminan.

Kos lain yang perlu anda tahu:

  • Yuran tidak aktif: $10 setiap suku tahun, tetapi HANYA selepas akaun tidak aktif selama 12 bulan berturut-turut.
  • Faedah dana terbiar: Tickmill membayar faedah sehingga 3.5% atas baki melebihi $100 dengan syarat ada aktiviti dagangan dalam 30 hari terakhir.
  • Komisen CFD lain: Tiada komisen untuk indeks, crypto, minyak dan bon pada akaun Raw komisen hanya untuk forex dan logam berharga.

06

Instrumen Yang Boleh Didagangkan

Pada 2026, Tickmill menawarkan lebih 600 instrumen merangkumi:

Forex — 62 pasangan mata wang major, minor dan exotic

Indeks Saham — S&P 500, DAX, FTSE 100, Dow Jones (US30), NASDAQ (NAS100) dan lain-lain

Komoditi — emas, perak, minyak

Saham CFD — saham terpilih AS dan Eropah

Cryptocurrency CFD — kira-kira 15 coin termasuk BTC, ETH

Bon — bon kerajaan Jerman terpilih

Ini bukan pilihan terluas di pasaran broker seperti XM menawarkan lebih banyak saham CFD tetapi untuk trader forex tulen, ia lebih daripada mencukupi.

07

Platform Dagangan

Ini antara peningkatan terbesar Tickmill sejak ulasan lama kami:

MetaTrader 4 (MT4) — standard industri untuk EA dan robot trading. Pelaksanaan pantas dengan purata 0.20 saat.

MetaTrader 5 (MT5) — versi lebih moden dengan lebih banyak timeframe dan depth of market.

TradingView — BAHARU. Berdagang terus dari carta TradingView melalui akaun TradingView Raw.

Tickmill Trader — aplikasi proprietari Tickmill untuk mudah alih, sesuai untuk pantau dan urus posisi semasa bergerak.

Perlu diingat: akaun demo hanya tersedia untuk MT4 dan MT5. Jika anda mahu cuba TradingView atau Tickmill Trader, anda perlu buka akaun live dahulu.

08

Deposit dan Pengeluaran Untuk Trader Malaysia

Deposit

Kaedah yang tersedia termasuk bank transfer, kad Visa/Mastercard, Skrill, Neteller, dan pemindahan cryptocurrency. Deposit minimum ialah 100 USD dan kebanyakan kaedah diproses serta-merta

Pengeluaran

  • Pengeluaran minimum: 25 USD
  • Tiada caj pengeluaran daripada pihak Tickmill (bank anda mungkin mengenakan caj
    sendiri)
  • Pengeluaran e-wallet (Skrill/Neteller) selalunya diproses dalam beberapa minit pada waktu bekerja
  • Pengeluaran bank transfer secara rasminya 1 hari bekerja, tetapi secara realistik boleh mengambil 2–7 hari bekerja berdasarkan laporan trader ini kritikan paling konsisten terhadap entiti Seychelles Tickmill pada 2026

Kami percaya lebih baik anda tahu perkara ini sekarang daripada terkejut kemudian. Jika kelajuan pengeluaran adalah keutamaan nombor satu anda, ambil kira faktor ini.

09

Bonus Tickmill 2026:

Ya, bonus $30 tanpa deposit Tickmill masih aktif pada 2026 dan Malaysia layak menyertainya (banyak negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam telah disekat daripada promosi ini).

Cara ia berfungsi:

  • Daftar Welcome Account di laman rasmi Tickmill — $30 dikreditkan secara automatik

  • Anda ada 60 hari untuk berdagang menggunakan dana tersebut (syarat dagangan sama seperti akaun Raw)

  • Keuntungan antara $30 hingga $100 boleh dipindahkan ke wallet anda

  • Untuk menuntut keuntungan: buka akaun sebenar dengan maklumat yang sama, lengkapkan pengesahan KYC, dan buat deposit minimum $100 ke wallet anda

  • EA/robot tidak dibenarkan pada Welcome Account

Bonus $30 itu sendiri tidak boleh dikeluarkan — hanya keuntungan. Anggap ia sebagai cara percuma untuk menguji kualiti pelaksanaan Tickmill dengan wang sebenar sebelum anda komited.

Untuk senarai penuh bonus tanpa deposit yang tersedia di Malaysia, lihat halaman bonus tanpa deposit forex kami.

10

Cara Buka Akaun Tickmill Dari Malaysia

Proses pendaftaran sepenuhnya digital dan biasanya selesai dalam masa kurang sehari:

NO.1 – DAFTAR

Masukkan nama, negara (Malaysia), tarikh lahir, nombor telefon dan emel di
laman rasmi Tickmill

NO.2 – SAHKAN EMEL

Klik pautan pengesahan yang dihantar

NO.3- LENGKAPKAN PROFIL

Alamat, status pekerjaan, pengalaman dagangan, dan kuiz CFD ringkas

NO.4 – PILIH AKAUN

Classic atau Raw, dan mata wang asas (USD disyorkan untuk trader
Malaysia)

NO.5 – SAHKAN IDENTITI

Muat naik salinan MyKad/pasport dan bukti alamat (bil utiliti atau
penyata bank tidak melebihi 3 bulan)

NO.6 – DEPOSIT

Mula berdagang

11

Adakah Tickmill Selamat Untuk Trader Malaysia?

Kami jawab soalan ini dalam dua bahagian, kerana sah dan selamat adalah dua perkara berbeza.

Dari segi lesen: Tickmill antara broker paling kukuh regulasinya dalam kategori broker yang menerima pelanggan Malaysia. Lesen FCA (UK) adalah tier-1, dan lesen Labuan FSA memberi mereka kehadiran rasmi di Malaysia yang jarang dimiliki broker lain. Tickmill Group telah beroperasi sejak 2014 dan kini melayani lebih 490,000 pelanggan aktif di seluruh dunia.

Dari segi perlindungan dana anda: akaun trader Malaysia kebiasaannya di bawah entiti Seychelles (FSA, lesen SD008). Dana disimpan berasingan di bank top-tier dan perlindungan baki negatif disediakan. Tetapi dan ini penting tiada skim pampasan pihak ketiga untuk entiti Seychelles. Jika berlaku perkara paling buruk, tiada dana FSCS atau ICF yang akan menampung anda

Kesimpulannya: risiko broker Tickmill adalah rendah mengikut standard industri offshore, tetapi tidak sifar. Amalan biasa kami tetap sama jangan simpan lebih daripada modal dagangan aktif anda di dalam mana-mana broker, dan buat pengeluaran keuntungan secara berkala.

Dan seperti biasa, berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai broker atau ejen. Bacapanduan kami tentang scammer forex di Malaysia dan penipuan signal Telegram supaya anda tahu tanda-tanda amaran.

12

Program IB Tickmill

Bagi anda yang berminat menjana pendapatan sampingan sebagai Introducing Broker, Tickmill turut menawarkan program IB dengan struktur komisen berdasarkan volum dagangan pelanggan rujukan anda.

Untuk memahami cara program IB berfungsi secara umum, baca panduan IB forex kami.

13

Tickmill vs Broker Lain Di Malaysia

Bagaimana Tickmill berbanding pilihan popular lain untuk trader Malaysia?

  • Tickmill vs XM: Tickmill menang dari segi kos dagangan mentah (Raw account). XM menang dari segi pilihan instrumen, bahan pendidikan dan promosi. Untuk scalper dan pengguna EA, Tickmill. Untuk pemula yang mahu sokongan lebih, XM.

  • Tickmill vs JustMarkets: JustMarkets menawarkan deposit minimum lebih rendah dan akaun sen sesuatu yang Tickmill tidak ada. Tickmill pula lebih kukuh dari segi regulasi berbilang bidang kuasa.

  • Tickmill vs FxPro: kedua-duanya broker mapan dengan regulasi kukuh. Tickmill lebih murah untuk forex tulen; FxPro menawarkan lebih banyak platform dan instrumen.

Untuk perbandingan penuh semua broker yang kami ulas, lihat senarai broker forex terbaik Malaysia.

14

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Tickmill mempunyai lesen di Malaysia?

Ya. Tickmill Asia Ltd dilesenkan oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) dengan nombor lesen MB/18/0028 dan mempunyai pejabat berdaftar di W.P. Labuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan akaun trader runcit Malaysia dibuka di bawah entiti Seychelles (Tickmill Ltd, lesen FSA SD008).

Adakah Tickmill sah di Malaysia?

Tickmill Asia Ltd memegang lesen money-broking daripada Labuan FSA, sebuah badan berkanun persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, entiti Labuan beroperasi di bawah rangka kerja berbeza daripada broker berlesen Securities Commission Malaysia. Soal sah dan soal selamat adalah dua perkara berbeza — kami huraikan kedua-duanya dalam seksyen keselamatan di atas.

Berapakah deposit minimum Tickmill?

Deposit minimum ialah 100 USD untuk kedua-dua akaun Classic dan Raw.

Apakah beza akaun Classic dan Raw?

Akaun Classic tiada komisen tetapi spread bermula dari 1.6 pip. Akaun Raw menawarkan spread dari 0.0 pip dengan komisen $3 setiap lot setiap sisi. Untuk kebanyakan trader aktif, kos keseluruhan akaun Raw lebih rendah.

Adakah Tickmill masih menawarkan akaun Pro dan VIP?

Tidak. Pada 2026, Tickmill telah memansuhkan akaun Pro dan VIP. Struktur akaun semasa hanya Classic dan Raw, dengan varian TradingView Raw dan pilihan Islamik.

Adakah bonus $30 Tickmill masih ada pada 2026?

Ya, Welcome Account $30 tanpa deposit masih aktif dan trader Malaysia layak menyertainya. Keuntungan antara $30 hingga $100 boleh dikeluarkan selepas melengkapkan KYC dan deposit minimum $100.

15

Kesimpulan

Tickmill adalah broker yang jujur dengan identitinya: pakar forex kos rendah. Ia tidak cuba menjadi segala-galanya untuk semua orang. Jika keutamaan anda ialah spread ketat, komisen rendah, pelaksanaan pantas dan kebebasan menggunakan sebarang strategi termasuk EA — Tickmill wajar berada dalam senarai pendek anda, dan lesen Labuan FSA memberikan kelebihan kredibiliti tempatan yang jarang ada.

Tetapi ia bukan tanpa kelemahan. Kenaikan komisen Raw pada 2026, kehilangan akaun VIP, alat pihak ketiga yang dihentikan, dan aduan kelewatan pengeluaran pada entiti Seychelles adalah perkara sebenar yang perlu anda timbang. Pemula yang mahu bahan pembelajaran berstruktur dan pilihan instrumen luas mungkin lebih selesa dengan broker lain dalam senarai broker forex terbaik kami.

Seperti biasa, dagangan forex melibatkan risiko kerugian yang tinggi. Jangan berdagang dengan wang yang anda tidak mampu kehilangan.