– Laporan Disemak · Broker Forex

AvaTrade Malaysia Review 2026: Ulasan Lengkap Sebelum Anda Daftar

Dalam ulasan ini, saya akan bedah AvaTrade dari perspektif trader Malaysia bukan sekadar salin fakta dari laman rasmi mereka. Kita akan semak lesen regulasi satu persatu (dengan nombor lesen yang boleh anda sahkan sendiri), kos dagangan sebenar, akaun Islamik, dan beberapa perkara yang AvaTrade sendiri tidak highlight dalam iklan mereka.

Disahkan · Jul 2026

Bonus & promo berubah kerap
Dagangan forex melibatkan risiko kerugian modal.

Jika anda mahu melihat sendiri, anda boleh melawati laman web rasmi AvaTrade di sini. Namun, kami cadangkan anda membaca ulasan ini sehingga habis terlebih dahulu — terutamanya bahagian Kekurangan.

Ditulis oleh Shahrul FX

Dikemaskini: Julai 2026 | Ditulis oleh Shahrul FX

Status Semakan
Maklumat broker
disahkan & dikemas kini
Tahun ditubuhkan 2006
Ibu pejabat Dublin, Ireland
Regulasi CBI (Ireland), ASIC (Australia), FSCA (Afrika Selatan), FSA & FFAJ (Jepun), BVI FSC, ADGM/FRSA (Abu Dhabi), ISA (Israel)
Deposit minimum USD 100 (lebih kurang RM470)
Leverage maksimum 1:400 (entiti antarabangsa)
Jenis spread Tetap (fixed), EUR/USD dari 0.9 pip
Komisen Tiada — kos dalam spread
Platform MT4, MT5, WebTrader, AvaTradeGO, AvaOptions, AvaSocial, DupliTrade
Akaun Islamik Ada (dengan beberapa syarat — lihat bawah)
Instrumen 1,250+ (forex, saham, indeks, komoditi, crypto CFD, bon, ETF, opsyen FX)

01

Siapa AvaTrade?

Ini bahagian yang kebanyakan review lain tulis secara kabur. Kami tulis secara terus terang.

AvaTrade ditubuhkan pada tahun 2006 di Dublin, Ireland menjadikannya antara broker CFD yang telah lama beroperasi dan masih aktif sehingga kini. Selepas hampir dua dekad dalam industri, AvaTrade melayani ratusan ribu trader di seluruh dunia dengan jumlah dagangan bulanan yang besar.

Sebagai perbandingan, banyak broker yang kami ulas di laman ini mempunyai sejarah operasi sekitar 5–10 tahun sahaja. Rekod operasi yang panjang tanpa kontroversi besar merupakan satu faktor yang wajar dipertimbangkan, terutamanya bagi trader yang ingin mengelakkan risiko broker tidak sah atau skim penipuan seperti yang dibincangkan dalam panduan kami tentang broker scammer yang menyasarkan trader Malaysia.

AvaTrade beroperasi sebagai broker jenis market maker dengan model spread tetap. Ini bermaksud spread tidak berubah mengikut keadaan pasaran, yang boleh menjadi kelebihan kerana kos dagangan lebih mudah dijangka. Namun, spread tetap biasanya lebih tinggi berbanding broker ECN yang menawarkan spread mentah. Perbezaan ini penting untuk difahami sebelum memilih akaun dan strategi dagangan yang sesuai.

02

Regulasi AvaTrade: Disahkan Satu Persatu

Ini bahagian paling penting dalam mana-mana ulasan broker, dan saya semak setiap lesen terus dari sumber rasmi. Setakat 2026, AvaTrade beroperasi di bawah lesen-lesen berikut:
Platform Butiran
MetaTrader 4 (MT4) Platform paling popular di kalangan trader Malaysia. Menyokong EA dan indicator lama.
MetaTrader 5 (MT5) Versi lebih moden dengan timeframe tambahan dan Depth of Market. Sesuai untuk trader baharu.
AvaTradeGO Aplikasi mudah alih proprietari dengan antara muka lebih mesra pengguna berbanding aplikasi MT4/MT5. Sesuai untuk memantau posisi ketika bergerak.
WebTrader Trade terus melalui browser tanpa perlu memuat turun apa-apa.
AvaOptions Platform khusus untuk opsyen FX (FX options). Tawaran yang jarang tersedia di broker retail lain. Deposit minimum USD 1,000.
AvaSocial / DupliTrade / ZuluTrade Tiga pilihan copy trading untuk mengikuti strategi trader lain secara automatik. AvaTrade menawarkan ekosistem copy trading yang lengkap.
Nota penting untuk trader Malaysia: apabila anda daftar dari Malaysia, akaun anda kemungkinan besar akan dibuka di bawah Ava Trade Markets Ltd (BVI) entiti antarabangsa mereka. I adalah amalan standard industri: broker menggunakan entiti offshore untuk menawarkan leverage tinggi (1:400) yang tidak dibenarkan di bawah regulasi EU atau Australia.
Adakah ini masalah? Secara jujur: lesen BVI sahaja memang lemah. Tetapi konteks penting di sini syarikat yang sama turut memegang lesen Bank Pusat Ireland, ASIC dan FSA Jepun (antara regulator paling ketat di dunia). Broker yang tunduk kepada audit regulator tier-1 di negara lain jauh lebih dipercayai berbanding broker yang hanya ada lesen offshore. Ini perbezaan besar berbanding sesetengah broker yang hanya bersandar pada satu lesen pulau kecil.
Perkara yang perlu anda tahu juga: AvaTrade tidak mempunyai lesen FCA (UK) mahupun CySEC (Cyprus) secara langsung jangan percaya laman review lain yang claim sebaliknya tanpa semakan.

03

Adakah AvaTrade Sah Digunakan di Malaysia?

Dua soalan berbeza yang selalu dikelirukan, jadi mari asingkan:
Dari segi undang-undang: AvaTrade tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia  sama seperti hampir semua broker forex antarabangsa. Kedudukan undang-undang trading forex dengan broker luar negara di Malaysia berada dalam kawasan kelabu; SC menyelia pasaran modal tempatan dan tiada broker forex retail antarabangsa yang memegang lesen SC. Ramai trader Malaysia menggunakan broker antarabangsa, tetapi anda perlu faham anda berbuat demikian di luar payung perlindungan regulator tempatan.
Dari segi keselamatan dana: ini soalan berbeza. AvaTrade mengasingkan dana pelanggan daripada dana operasi syarikat (segregated accounts), menyediakan perlindungan baki negatif (negative balance protection) untuk pelanggan retail, dan mempunyai rekod pembayaran withdrawal selama 20 tahun. Rating Trustpilot mereka 4.7/5 daripada lebih 11,000 ulasan  antara tertinggi dalam industri.

Kesimpulan pendek: sah atau tidak adalah soal status regulasi tempatan (tiada), selamat atau tidak adalah soal rekod dan struktur syarikat (kukuh). Jangan biarkan mana-mana marketer gabungkan dua perkara ini jadi satu ayat.

04

Platform Dagangan AvaTrade

Ini antara kekuatan sebenar AvaTrade pilihan platform mereka lebih luas daripada kebanyakan broker:
MetaTrader 4 (MT4) Platform paling popular di kalangan trader Malaysia. Menyokong EA dan indicator lama.
MetaTrader 5 (MT5) Versi lebih moden dengan timeframe tambahan dan Depth of Market. Sesuai untuk trader baharu.
AvaTradeGO Aplikasi mudah alih proprietari dengan antara muka mesra pengguna untuk memantau posisi ketika bergerak.
WebTrader Platform berasaskan browser tanpa perlu memuat turun apa-apa.
AvaOptions Platform khusus untuk opsyen FX (FX options). Deposit minimum USD 1,000.
AvaSocial / DupliTrade / ZuluTrade Tiga pilihan copy trading untuk mengikuti strategi trader lain secara automatik.

Satu lagi ciri unik AvaTrade ialah AvaProtect  fungsi perlindungan dagangan yang membolehkan anda membayar fi tertentu untuk melindungi posisi daripada kerugian dalam tempoh masa yang dipilih.

Ciri ini mungkin tidak sesuai untuk semua trader kerana fi perlindungan merupakan kos tambahan. Namun, bagi trader baharu yang masih belajar mengurus risiko ketika pasaran bergerak pantas, AvaProtect boleh menjadi pilihan tambahan yang menarik.

05

Jenis Akaun AvaTrade

Nota: jika anda pernah baca review lama (termasuk versi lama artikel ini), lupakan senarai “Akaun Rebate” dan “Akaun Spread Rendah USD 5,000” struktur itu sudah tidak wujud. Struktur akaun AvaTrade sekarang lebih ringkas:
Jenis Akaun Butiran
Akaun Retail (Standard) Deposit minimum: USD 100
Spread tetap, tiada komisen
Leverage sehingga 1:400 (entiti antarabangsa)
Akses semua platform
Akaun Islamik (Swap-Free) Deposit minimum: USD 100
Tiada caj swap/faedah overnight — patuh syariah
Perlu buka akaun standard dahulu, kemudian mohon status Islamik
Had penting: Tidak menyokong dagangan cryptocurrency dan beberapa pasangan seperti TRY, ZAR, RUB serta MXN dikecualikan.
Akaun Profesional Untuk trader berpengalaman yang memenuhi kriteria tertentu seperti saiz portfolio, pengalaman industri dan volum dagangan.
Spread lebih ketat, tetapi perlindungan baki negatif tidak tersedia.
Kebanyakan trader retail Malaysia tidak layak dan tidak memerlukan akaun ini.
Akaun Demo Percuma dengan dana maya untuk menguji platform sebelum menggunakan wang sebenar.
Sesuai untuk trader baharu yang ingin memahami perbezaan antara akaun demo dan akaun real.

06

Spread, Leverage & Kos Sebenar

Spread
EUR/USD bermula dari 0.9 pip (tetap). Bandingkan dengan broker ECN yang menawarkan 0.0-0.2 pip + komisen selepas campur komisen, kos ECN biasanya masih lebih rendah untuk trader aktif. Kelebihan spread tetap ialah kepastian: masa news besar seperti NFP, spread anda tidak melebar mengejut. Untuk swing trader dan trader baru, ini trade-off yang berbaloi. Untuk scalper, tidak.
Leverage

Sehingga 1:400 untuk forex di bawah entiti antarabangsa. Emas dan komoditi lebih rendah. Ingat: leverage tinggi adalah pedang dua mata ia bukan “kelebihan” secara automatik.

Komisen
Tiada. Semua kos dalam spread.
Swap
Dikenakan untuk posisi overnight (kecuali akaun Islamik).
Penukaran mata wang: deposit/withdrawal dalam mata wang berbeza dari mata wang asas akaun dikenakan fi penukaran sekitar 0.5%. Untuk trader Malaysia, buka akaun dalam USD dan deposit dalam USD untuk elak caj berganda.

07

Deposit & Withdrawal untuk Trader Malaysia

Kaedah Deposit:

  • Kad kredit/debit (Visa, Mastercard) — proses segera
  • E-wallet: Skrill, Neteller, WebMoney — dalam 24 jam
  • Bank wire antarabangsa — 2 hingga 7 hari bekerja, minimum USD 500

Withdrawal:

  • Tiada fi withdrawal dari pihak AvaTrade
  • Diproses dalam 24-48 jam bekerja selepas kelulusan
  • Kad dan e-wallet: 1-2 hari selepas proses; wire: sehingga 10 hari bekerja
  • Peraturan same-method: anda mesti keluarkan jumlah sehingga nilai deposit asal ke kaedah yang sama anda guna untuk deposit (keperluan AML standard). Untung melebihi deposit boleh dikeluarkan ke kaedah lain.
  • KYC penuh diperlukan sebelum sebarang withdrawal siapkan verification awal-awal, jangan tunggu masa nak keluarkan duit.

08

Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan:

Rekod operasi hampir 20 tahun tanpa skandal regulasi besar. Antara sejarah operasi terpanjang dalam industri broker CFD.

Regulasi kukuh dengan pelbagai lesen antarabangsa termasuk regulator seperti Bank Pusat Ireland, ASIC Australia dan FSA Jepun.

Spread tetap. Kos dagangan lebih mudah dijangka dan tidak berubah mengikut keadaan pasaran.

Pilihan platform yang luas termasuk MT4, MT5, AvaTradeGO, AvaOptions serta beberapa platform copy trading.

AvaProtect. Ciri perlindungan posisi yang jarang ditawarkan oleh broker retail lain.

Akaun Islamik tersedia untuk trader Muslim yang memenuhi syarat.

Tiada caj deposit atau withdrawal daripada pihak AvaTrade.

Bahan pendidikan yang lengkap termasuk video, webinar dan e-book untuk membantu trader meningkatkan kemahiran.

Kekurangan:

Fi tidak aktif agak tinggi. Caj dikenakan selepas 3 bulan tidak aktif, termasuk fi pentadbiran selepas tempoh tertentu.

Spread tetap mungkin kurang sesuai untuk trader aktif. Scalper dan trader berfrekuensi tinggi biasanya boleh mendapat kos lebih rendah melalui broker dengan spread mentah.

Akaun trader Malaysia menggunakan entiti antarabangsa tertentu. Perlindungan daripada regulator tier-1 tidak semestinya terpakai secara langsung kepada akaun tersebut.

Akaun Islamik mempunyai beberapa sekatan. Termasuk tiada dagangan crypto dan pengecualian beberapa pasangan mata wang.

Tiada mata wang asas MYR. Trader Malaysia mungkin menanggung kos penukaran mata wang.

Pilihan pembayaran lebih terhad berbanding broker yang memberi fokus khusus kepada pasaran Asia.

Jika perkara ini menjadi faktor penting dalam keputusan anda, bandingkan juga pilihan lain dalam senarai broker forex terbaik untuk trader Malaysia untuk mencari broker yang lebih sesuai dengan gaya dagangan anda.

10

AvaTrade Sesuai Untuk Siapa?

Sesuai jika anda:

  • Trader baru atau pertengahan yang mahukan kos boleh dijangka
  • Swing trader atau position trader (pegang posisi berhari-hari)
  • Berminat dengan copy trading atau opsyen FX
  • Utamakan track record panjang berbanding spread paling murah
  • Rating Trustpilot yang tinggi (~4.4/5)

Kurang sesuai jika anda:

  • Scalper atau day trader volum tinggi (kos spread tetap akan makan untung anda)
  • Trader yang aktif musim-musim sahaja (fi tidak aktif akan hakis akaun anda)
  • Mahukan deposit melalui perbankan tempatan Malaysia dengan mudah

11

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah AvaTrade broker penipu (scam)?
Tidak. AvaTrade beroperasi sejak 2006 dengan 8 lesen regulasi termasuk Bank Pusat Ireland, ASIC dan FSA Jepun, dan mempunyai rekod pembayaran withdrawal 20 tahun. Rating Trustpilot 4.7/5 daripada 11,000+ ulasan. Namun, sentiasa berhati-hati dengan laman web klon yang menyamar sebagai AvaTrade — pastikan anda hanya mendaftar melalui domain rasmi avatrade.com.
Berapa deposit minimum AvaTrade?
USD 100 (lebih kurang RM470) untuk akaun standard. Bank wire memerlukan minimum USD 500, dan platform AvaOptions memerlukan USD 1,000.
Adakah AvaTrade ada akaun Islamik?
Ya, akaun swap-free tersedia atas permohonan selepas membuka akaun standard. Nota: akaun Islamik tidak boleh trade cryptocurrency dan beberapa pasangan mata wang dikecualikan.
Berapa lama withdrawal AvaTrade?
Permintaan diproses dalam 24-48 jam bekerja. Selepas itu, kad dan e-wallet mengambil 1-2 hari manakala bank wire boleh mengambil sehingga 10 hari bekerja.
Adakah AvaTrade dilesenkan di Malaysia?
Tidak — AvaTrade tidak memegang lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sama seperti hampir semua broker forex antarabangsa. Trader Malaysia biasanya didaftarkan di bawah entiti BVI mereka.
Adakah AvaTrade mengenakan komisen?
Tidak. AvaTrade menggunakan model spread tetap tanpa komisen — semua kos dagangan terbina dalam spread, bermula 0.9 pip untuk EUR/USD.

12

Kesimpulan

AvaTrade adalah broker yang menawarkan keselamatan dan kestabilan, tetapi bukan pilihan paling murah. Kekuatan utama mereka terletak pada rekod operasi yang panjang, regulasi berlapis, pilihan platform yang lengkap, dan struktur kos yang lebih mudah dijangka.

Kelemahan utama AvaTrade pula adalah fi tidak aktif yang agak tinggi serta spread tetap yang kurang kompetitif berbanding broker ECN untuk trader aktif dan volum tinggi.

Pendirian kami: untuk trader baharu Malaysia yang mahu belajar dalam persekitaran yang lebih stabil tanpa perubahan spread yang ketara, AvaTrade adalah pilihan yang wajar dipertimbangkan. Namun, untuk scalper dan trader yang melakukan banyak transaksi, terdapat pilihan lain dengan kos dagangan lebih rendah dalam senarai broker terbaik kami.

Apa sahaja pilihan anda, jangan deposit lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi. Mulakan dengan jumlah kecil dahulu dan uji proses deposit, dagangan serta pengeluaran sebelum menambah modal sebenar.

Lawati Laman Web Rasmi AvaTrade →

Penafian: Dagangan forex dan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi. Artikel ini mengandungi pautan affiliate  kami mungkin menerima komisen jika anda mendaftar melalui pautan kami, tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ini tidak mempengaruhi penilaian editorial kami.