4 Mitos (Cerita Dongeng) Tentang Pasaran Forex (2024)

Pasaran forex dan forex trading semakin meningkat dari segi populariti di Malaysia. Ramai orang yang nak jadi forex trader, lebih-lebih lagi, selepas kejatuhan pasaran Crypto.

Namun tidak dapat dinafikan, masih lagi banyak mitos atau fakta tidak benar tentang forex trading di luar sana.

Dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan 4 mitos atau cerita dongeng tentang pasaran forex yang anda harus berwaspada.

#1. Untuk mula trade forex, anda perlu modal yang besar.

Ini sama sekali tidak tepat. Untuk bermula dalam forex trading, anda tak perlu modal yang besar. Dan dalam sesetengah situasi, anda sebenarnya tak perlu keluar modal pun.

Contohnya broker XM menawarkan 30 USD percuma untuk berdagang forex menggunakan platform mereka. Satu sen pun anda tak perlu keluar modal.

#2. Lagi tinggi leverage, lagi bagus.

Leverage tinggi adalah pedang bermata dua. Anda berpotensi untuk mencapai jumlah profit yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, disebabkan tiadanya kawalan, ianya juga boleh menyebabkan anda rugi pada kadar yang sangat cepat.

Jika anda trade dengan menggunakan leverage yang tinggi, anda mengamalkan strategi trading “high risk”.

Untuk trader-trader baru, pada permulaannya, saya menyarankan supaya anda trade menggunakan leverage yang rendah. Apabila anda sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam pasaran forex, anda boleh mencuba strategi “high risk” menggunakan leverage tinggi dengan menggunakan kadar stop loss yang sesuai.

#3. Forex adalah rahsia untuk menjadi kaya dengan cepat.

Ini adalah cerita dongeng. Forex bukan lah skim cepat kaya. Ianya cuma alat pelaburan untuk mengembangkan modal, sama seperti pelaburan ASB, unit trust dan juga pelaburan hartanah.

Sebenarnya, lebih ramai orang yang “rugi” dalam forex berbanding dengan orang yang “untung” dalam forex. Ini mungkin disebabkan persepsi yang salah di kalangan trader yang menganggap forex sebab “mesin casino“.

Jika anda main forex seperti anda bermain jackpot, saya boleh gerenti 100% yang anda akan hilang modal anda.

#4. Forex hanya sesuai untuk trader jangka pendek.

Pasaran forex digemari oleh trader kerana pergerakan pasaran forex yang sangat laju (volatile) menyebabkan trader mampu untuk menjana profit dalam jangka masa yang pendek.

Namun begitu, jika anda seorang trader yang low risk, anda boleh trade menggunakan time frame yang lebih tinggi dan menggunakan strategi trading jangka panjang. Anda tak perlu bayar spread yang tinggi kepada broker dan jika anda beragama Islam, anda tak perlu bayar “swap fee” yang dikenakan oleh broker setiap hari.

Forex sesuai untuk trader jangka pendek dan juga trader jangka panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *